Friday, October 10, 2014

KHILAFAH

Seseorang yang memahami Islam dalam bentuk Ideology tidak akan menerima konsep negara bangsa seperti gagasan Palestine Merdeka, Persekutuan Malaysia dan negara-negara lain yang terpisah secara politik dan sistem.
Idea ini idea yang sangat melawan arus. Khilafah sebagai sebuah negara tunggal kelihatan seakan "mimpi" apabila diukur dengan realiti hari ini. Tak hairan lah jika hamlu dakwah bahkan ulama tersohor pun boleh mengejek-ejek konsep negara Khilafah. Diperparahkan lagi dengan boneka ciptaan Amerika bernama ISIS yang menempelkan imej brutal pada khilafah.
Kebenaran tetap kebenaran, harganya tidak pernah murah. Kekasih Allah, Muhammad s.a.w sendiri berdepan dengan rintangan yang amat berat sebelum mendirikan sebuah negara Islam di bumi gersang Madinah. Namun negara kecil itu berkembang sehingga menguasai sepertiga daratan.
Khilafah tidak pernah menjajah. Buktinya, setelah setiap wilayah dibuka, penduduk tempatan pula bergabung dengan kekuatan dawlah mempertahankannya, baik di benua afrika, nusantara mahupun Eropah. Mereka mempertahankan dawlah kerana keimanan mereka, kerana kesejahteraan yang dikecap di bawah naungan dawlah.