Monday, December 5, 2022

 𝗠𝗢𝗡𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡


Media sosial dipenuhi posting mengenai monopoli kekayaan apabila Perdana Menteri DSAI mendedahkan monopoli ke atas import beras yang hanya memanfaatkan segelintir manusia untuk jadi kaya raya dengan luar biasa. Faktanya, bukan sahaja beras, malah monopoli memang berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi. Idea "pasaran bebas" tidaklah benar seperti mana teori, malah kadangkala "monopoli" secara teorinya adalah diperlukan dalam sesetengah keadaan. Contohnya, Petronas memonopoli sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor bekalan tenaga, Telekom dalam penyediaan rangkaian telefon talian darat dan lain-lain sektor yang memerlukan campur tangan kerajaan untuk diuruskan.

Dasar penswastaan yang dilakukan ketika era DSAI menjadi menteri kewangan puluhan tahun dulu yang menukar LLN (Lembaga Letrik Negara) kepada TNB dan Jabatan Telekom Malaysia kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan lain-lain "monopoli" adalah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ketika itu bagi memperkukuhkan sektor yang berkaitan serta dianggap langkah yang tepat dalam meringankan beban kewangan kerajaan. Cuma, seperti mana-mana syarikat, tujuan penubuhan syarikat ialah untuk mendapatkan keuntungan, dan ia berbeza dengan kerajaan yang menyediakan segala kemudahan dengan tujuan menguruskan urusan rakyat 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 (profit).

Di sebalik dasar penswastaan ketika itu, segelintir elit yang benar-benar mengaut kekayaan luar biasa, sedangkan majoriti rakyat yang merupakan pengguna, menanggung kenaikan kos. Inilah sifat sistem ekonomi kapitalisme yang sentiasa memberi kelebihan kepada segelintir manusia, dengan mentelantarkan sebahagian besar yang lain.

Di dalam ajaran Islam, segala keperluan strategik negara harus dikelola oleh negara, sama ada secara langsung, atau melantik pihak lain yang memiliki keupayaan secara teknikal mahupun kewangan. Tujuan utama menguruskan segala keperluan ini untuk kemaslahatan rakyat secara keseluruhan.

اَلْمُسْلِمُوْنَ شُرَكَاءُ في ثلَاَثٍ فِي الْكَلَإِ وَالْماَءِ وَالنَّارِ

𝘒𝘢𝘶𝘮 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘶𝘵𝘶 (𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘵) 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘶𝘮𝘱𝘶𝘵, 𝘢𝘪𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘪 [HR Abu Dawud dan Ahmad]

اَلْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلإِ وَالنَّارِ وَثَمنَهُ حَرَامٌ

𝘒𝘢𝘶𝘮 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘩𝘢𝘭: 𝘢𝘪𝘳, 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘶𝘮𝘱𝘶𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘪; 𝘥𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘮. [HR Ibn Majah]

Sebarang bentuk keperluan seperti jalan raya, sumber air, sumber tenaga dan lainnya tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana pihak, termasuklah kerajaan. Fungsi kerajaan ialah memastikan ianya diurus dengan baik. Perebutan ke atas keperluan ini boleh mengakibatkan sengketa dalam masyarakat.

Dalam polemik politik yang tak berkesudahan, rujuklah sumber wahyu, yang diturunkan buat sekalian manusia untuk mengatur kehidupan manusia baik sebagai individu, mahupun tatacara bernegara. Islam ialah way of life yang mengatur dari sekecil-kecil perkara seperti membasuh najis dan berpakaian, sehinggalah menguruskan negara serta menegakkan keadilan dan memakmurkan negara. Apakah ada 𝘥𝘦𝘦𝘯 yang lain, dicipta oleh manusia yang lebih baik dari 𝘥𝘦𝘦𝘯 ini?

No comments:

Post a Comment