Takala seorang muslim melihat isu krisis ekonomi yang semakin ganas dan cepat kitarannya secara global dari sudut pandang syarak, kita meyakini, segala musibah termasuklah krisis ekonomi yang berlaku adalah berpunca dari tangan manusia sendiri.
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.” [TMQ: Asy Syura ayat 30]
Sekitar Oktorber 2013, kita pernah saksikan apa yang dipanggil "Government Shut Down" berlaku di Amerika di mana ketika itu, bajet tidak diluluskan yang berakibat kepada penutupan operasi (shut down) pentadbiran kerajaan pusat dan ratusan ribu pekerja direhatkan atau dalam istilah lainnya disebut sebagai cuti paksa tanpa gaji. Kerajaan Amerika seterusnya terpaksa menaikkan siling hutang. Perlu dinyatakan di sini bahawa situasi normal mana-mana negara sekalipun, secara kewangannya, diurus dalam bentuk mengawal perekonomian dan kewangan agar hutang dapat diturunkan dan bukan untuk dinaikkan. Akan tetapi Amerika adalah satu-satunya negara yang tidak peduli jika mereka tenggelam di dalam hutang sekalipun. Amerika mengeluarkan surat hutang (bonds) sesukanya dan menjamin pembayarannya pada kondisi-kondisi yang sesuai. Walaupun AS tidak mampu membayarnya disebabkan situasi kewangan mereka sekalipun, namun ia boleh, tatkala ia memandang ada kepentingan lain yang perlu diutamakan, mencetak lebih banyak dolar tanpa batasan sandaran di dalam perbendaharaannya seperti halnya negara lain. Apatah lagi, mata wangnya menguasai sebahagian besar rizab negara-negara dunia.
Siling hutang pemerintahan AS (pemerintahan pusat dan pemerintahan negeri) naik dari USD 4.3 trilion pada tahun 1990 menjadi USD 8.4 trilion tahun 2003, kemudian naik lagi kepada USD 8.9 trilion pada 2007 dan pada awal pemerintahan Obama tahun 2009 terus naik kepada USD 10.3 trilion. Pada tahun 2011 ia naik menjadi USD 14 trilion dan sekarang mencapai USD 16.7 trilion. Seandainya negara lain tenggelam dalam hutang meski jauh lebih kecil dari angka itu, nescaya negara itu akan hancur dan perekonomiannya tinggal menjadi sejarah!
Sebagai penutup, kita menyampaikan segala puji bagi Allah bahawa kita adalah sebahagian dari kaum Muslimin dan Allah SWT telah menunjuki kita kepada sistem yang berasal dari sisiNya selaku Zat yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Satu sistem yang dinamakan sebagai sistem Khilafah yang diketuai oleh seorang Khalifah. Khalifah yang akan merasai kelaparan jika rakyatnya lapar dan Khalifah yang akan merasai kekenyangan jika rakyatnya kenyang dan dia tidak akan merasa aman kecuali rakyatnya aman. Inilah sistem yang akan menjamin pemenuhan keperluan asas berupa makanan, pakaian dan tempat perlindungan untuk seluruh individu rakyat. Sesiapa yang mampu bekerja akan disediakan pekerjaan untuknya dan siapa yang tidak mampu bekerja dan tidak memiliki kerabat yang boleh menanggung nafkahnya, maka sang Khalifahlah yang akan bertanggungjawab menjamin nafkahnya dengan makruf (sesuai kecukupannya). Inilah satu sistem yang di dalamnya pemilikan umum (al-milkiyyah al-ammah) diagih-agihkan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kehidupan mereka, sejak mereka dilahirkan lagi. Inilah sistem yang merealisasi perekonomian yang aman dan adil dan memperbaiki keadaan setiap makhluk kerana Al-Khaliq (Pencipta) sistem ini adalah Yang Maha Tahu apa yang membuat manusia menjadi baik. FirmanNya, “Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan atau rahsiakan)? Padahal Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui”[TMQ al-Mulk (67):14].
Allahualam.
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Sunday, September 4, 2016
Tuesday, August 16, 2016
Hancurnya Daulah Khilafah
Mustafa Kamal At Tarturk menghancurkan sistem Khilafah dan menggantikannya dengan negara republik, dengan menduduki jawatan Presiden. Api semangat kebangsaan Turki merupakan kekuatan yang menjadi slogan bagi Mustafa Kamal meraih dokongan pasukan tentera dan pual libral (Turki muda). Perjuangan mereka kononnya memperjuangkan kemerdekaan dan ternyata, British kemudiannya "memerdekakan" Turki sebagai ganjaran usaha pengkhianatan oleh Mustafa Kamal.
Pada waktu itu, terdapat deligasi dari Mesir dan India selain dari umat Islam di Turki sendiri yang merayu Mustafa Kamal supaya mengambil jawatan khalifah dan mengekalkan sistem Khilafah kerana umat Islam faham, kesultanan (kekuasaan) dan Islam tidak boleh terpisah.Mustafa Kamal menjadikan Ankara sebagai pusat negara sekular yang ditubuhnya, mengambil alih pusat pemerintahan Khilafah yang sebelumnya di Istanbul.
Analisis:
1. Sebagai agent British, matlamat Mustafa Kamal adalah menghancurkan Khilafah, bukan sekadar merampas kuasa. Maka, ini sebab jelas kenapa dia menolak untuk menjadi Khalifah.
2. Slogan kemerdekaan atas nama perjuangan kebangsaan merupakan satu plot yang dirancang musuh bagi memastikan, umat Islam sendiri menentang daulah Islam. Kemerdekaan palsu yang diberikan menjadikan penjajahan terus berlangsung bila mana agent mereka meneruskan legasi tinggalan mereka dan menjaga kepentingan mereka.Perkara yang seakan sama berlaku di Malaya, Mesir, Libya dan beberapa negara umat Islam lain.
3. Umat Islam merupakan sebuah kesatuan. Sekalipun ketika daulah Islam sudah terlalu lemah, mereka memahami, Khalifah adalah simbol kesatuan umat. Runtuhnya institusi Khilafah bermaksud hancurnya kesatuan umat.
4. Ankara mengambil ailh pusat pemerintahan dari Istanbul. Perubahan pusat kekuasaan dan politik hanya berlaku di bandar utama, dan tidak semestinya ibukota. Makar jahat Mustafa Kamal tidak mungkin berhasil jika ia cuba dilakukan di Istanbul yang penduduknya masih menjunjung kekuasaan Khalifah, maka dia mengalihkan pusat politik dan pentadbiran ke Ankara sehingga wujud "political vacuum" antara 1921 hingga 1924, sehingga Khilafah benar-benar dihapuskan.
Adaptasi dari kitab Daulah Islam, Syeikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah-
Pada waktu itu, terdapat deligasi dari Mesir dan India selain dari umat Islam di Turki sendiri yang merayu Mustafa Kamal supaya mengambil jawatan khalifah dan mengekalkan sistem Khilafah kerana umat Islam faham, kesultanan (kekuasaan) dan Islam tidak boleh terpisah.Mustafa Kamal menjadikan Ankara sebagai pusat negara sekular yang ditubuhnya, mengambil alih pusat pemerintahan Khilafah yang sebelumnya di Istanbul.Analisis:
1. Sebagai agent British, matlamat Mustafa Kamal adalah menghancurkan Khilafah, bukan sekadar merampas kuasa. Maka, ini sebab jelas kenapa dia menolak untuk menjadi Khalifah.
2. Slogan kemerdekaan atas nama perjuangan kebangsaan merupakan satu plot yang dirancang musuh bagi memastikan, umat Islam sendiri menentang daulah Islam. Kemerdekaan palsu yang diberikan menjadikan penjajahan terus berlangsung bila mana agent mereka meneruskan legasi tinggalan mereka dan menjaga kepentingan mereka.Perkara yang seakan sama berlaku di Malaya, Mesir, Libya dan beberapa negara umat Islam lain. 3. Umat Islam merupakan sebuah kesatuan. Sekalipun ketika daulah Islam sudah terlalu lemah, mereka memahami, Khalifah adalah simbol kesatuan umat. Runtuhnya institusi Khilafah bermaksud hancurnya kesatuan umat.
4. Ankara mengambil ailh pusat pemerintahan dari Istanbul. Perubahan pusat kekuasaan dan politik hanya berlaku di bandar utama, dan tidak semestinya ibukota. Makar jahat Mustafa Kamal tidak mungkin berhasil jika ia cuba dilakukan di Istanbul yang penduduknya masih menjunjung kekuasaan Khalifah, maka dia mengalihkan pusat politik dan pentadbiran ke Ankara sehingga wujud "political vacuum" antara 1921 hingga 1924, sehingga Khilafah benar-benar dihapuskan.
Adaptasi dari kitab Daulah Islam, Syeikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah-
Monday, July 18, 2016
Nasihat dari manusia terkaya di Babylon
Pada tahun 1926, George Samuel Clason menerbitkan satu siri risalah yang ditulis dalam perumpamaan yang telah diwartakan di kota kuno Babylon. Buku ini dikenali sebagai The Richest Man In Babylon telah menjadi "masterpiece" dalam kesusasteraan kewangan. Saya mula-mula menemui buku kecil ini setelah menghadiri seminar IMKK anjuran Dr. Azizan Osman pada Oktober 2015, dalam membina dan mengembangkan keupayaan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga. Sebagai orang yang "makan gaji", saya belum memiliki perniagaan yang kukuh, belum memiliki pengalaman dan pengetahuan untuk berniaga. Maka, pencarian saya dimulakan dengan mengintai "peluang yang sesuai".
Cerita ini berkisar tentang watak Bansir yang merupakan seorang pembina kereta kuda (chariot) dan Kobbi yang merupakan seorang ahli muzik. Kedua-dua telah menjadi yang terbaik dalam kemahiran mereka tetapi ia tidak mempunyai wang dan miskin. Mereka keluar untuk mendapatkan nasihat daripada rakan zaman kanak-kanak mereka, Arkad yang berbeza telah menjadi sangat kaya dan mengumpulkan banyak harta.
Pengajaran yang Arkad berikan untuk rakan-rakan beliau adalah pelajaran tabiat membina kekayaan yang saya percaya setiap orang kaya telah ikuti untuk mengumpul kekayaan mereka. Di bawah adalah pengajaran dalam buku ini yang telah membantu saya dan lain-lain lagi mencapai kewangan yang stabil dan berpotensi bebas kewangan. Saya percaya pengajaran ini akan membantu kita semua membina asas kewangan dalam usaha untuk menjadi orang yang kaya atau setidak-tidaknya bebas dari bebanan kewangan:
1. Bayar diri sendiri dahulu ( “Start thy purse to fattening.”):
Salah satu pelajaran yang paling besar buku ini telah mengajar adalah pelajaran pertama ini. Nasihat Arkad kepada Bansir dan Kobbi yang meminta nashiat darinya, beliau memberitahu mereka cerita. Arkad pernah menjadi ahli kitab miskin yang membuat perjanjian dengan seorang kaya untuk mengetahui rahsia untuk kekayaan dalam pertukaran untuk kerja-kerja pada tulisan tanah liat. Orang kaya memberinya nasihat yang sangat berharga "Saya dapati jalan untuk kekayaan," dia berkata, "Apabila saya membuat keputusan bahawa sebahagian daripada semua yang saya peroleh adalah lombong untuk menyimpan. Kita tidak boleh mengumpul kekayaan jika kita tidak menyimpan apa yang kita lakukan. Kita boleh berbuat demikian dengan membayar diri pertama dan utama sebelum kita menghabiskan apa-apa wang yang kita usahakan. Contohnya, kita berkerja dengan mendapat gaji RM 1000, maka 10% dari jumlah itu, iaitu RM 100 harus disimpan dan kita mesti berdisiplin untuk terus memastikan ia tidak digunakan sebarangan, apalagi untuk dihabiskan begitu saja.
Beza antara orang miskin dengan orang kaya ialah, mereka cukup memahami aturan pertama ini.
2. Hidup di bawah kemampuan kita (“Control thy expenditures”):
Jika kita telah membayar diri kita dahulu sekurang-kurangnya 10% daripada apa yang kita peroleh yang meninggalkan kita dengan 90% atau kurang daripada pendapatan kita untuk hidup. Mengawal perbelanjaan kami membolehkan kita menggunakan sebaiknya selepas kita telah membayar diri kita sendiri. Ada banyak nasihat tentang kesederhanaan selama ini tetapi saya fikir ia tidak akan menyelesaikan masalah bagi kebanyakan daripada kita sehingga kita benar-benar memahami antara keperluan dengan kehendak.
Nasihat yang terbaik untuk menjadi kaya adalah untuk menjaga perbelanjaan ke bawah walaupun kenaikan kuasa kita pendapatan. Ramai di antara kita mempunyai tabiat berbelanja lebih seperti yang kita mendapatkan lebih banyak dan ia bukan luar biasa untuk melihat seseorang berbelanja dan tiba-tiba perbelanjaan mereka meningkat kerana mereka mula mendapatkan lebih. Sebagai contoh, jika kita tiba-tiba mempunyai RM 2,000 - RM 3,000 kenaikan adalah lebih baik untuk mengekalkan tahap perbelanjaan semasa seolah kenaikan itu tidak pernah berlaku.
3. Jadikan wang berkerja untuk kita (“Make thy gold multiply”)
Melabur dalam pelaburan yang baik merupakan tindakan bijak. Sebagai seorang Islam, kita terikat dengan hukum syarak, maka menjadi kewajipan kita untuk memastikan sumber harta dan ke mana ia di belanjakan menepati hukum syarak. Melabur tidak terhad kepada unit amanah, saham dan simpanan berbentuk bon, tetapi boleh juga merangkumi pelaburan hartanah, pelaburan dalam perladangan, perikanan, peruncitan dan sebagainya. Akad yang sah dalam perniagaan yang baik akan mengembangkan kekayaan secara halal lagi berkat.
Kita harus sedar bahawa kita tidak boleh melabur dalam apa-apa yang kita tidak faham sepenuhnya. Melabur wang bermakna kita wajib berpengetahuan tentang apa yang kita laburkan, potensi pelaburan, serta memahami kesan jika pelaburan itu tidak berhasil dan memiliki strategi keluar apabila kita sudah bersedia untuk mengambil wang kita keluar.
4. Melindungi harta (“Guard they treasures from loss.”)
Dalam dunia kapitalis, manusia percaya kepada insurans. Secara praktiknya, sistem insurans ini memberi pampasan jika berlaku malapetaka. Saya tidak mahu membahaskan hukum insurans di sini, cukup untuk kita faham, selain insurans, ada banyak lagi cara melindungi kekayaan. Antaranya ialah dengan mempelbagaikan pelaburan (multiple enterprises), menulis wasiat dan simpanan kecemasan (berbeza dengan simpanan untuk kekayaan, simpanan ini benar-benar untuk digunakan sewaktu kecemasan sahaja).
5. Jadikan kediaman pelaburan yang menguntungkan (“Make of they dwelling a profitable investment”)
Rumah kediaman merupakan perbelanjaan terbesar bagi kebanyakan orang. Tentulah setiap orang mengimpikan rumah yang selesa dan selamat. Namun, seringkali, orang berbelanja besar, terlalu besar sehingga hutang yang dibuat melebihi kemampuan mereka untuk membayar. Dalam point ini, sebenarnya, kita boleh menjana kewangan dari kediaman sendiri. Contohnya, kaedah "sub-rent" iaitu kita menyewa sebuah kediaman, kemudian menyewakan pula bilik-bilik lain dalam rumah itu (mesti dengan persetujuan tuan rumah terlebih dahulu). Silap-silap, boleh duduk free bersama passive income lagi.
6. Rancangan persaraan (“Insure a future income.”)
"Ingatlah bahawa wang adalah yang bersifat menjana prolifik. Wang boleh sekali-kali mempunyai wang, dan keturunannya boleh sekali-kali mempunyai lebih. "- Benjamin Franklin.
Dalam pelan persaraan, masa merupakan sekutu terbaik. Bagi kakitangan kerajaan di Malaysia, mereka memperoleh pencen. Untuk jawatan tertentu mereka layak mendapat pencen sebanding gaji penuh sewaktu bersara!!! Bagi pekerja swasta, majikan mencarum untuk mereka, manakala bagi yang berkerja sendiri keadaannya hanya bergantung kepada keupayaan mereka sendiri.
Jaminan kelangsungan hidup menurut Islam terpikul ke atas orang yang memiliki hak kewalian. Ayah, datuk, bapa saudara dan seterusnya abang atau adik. Sekiranya tiada waris yang mampu, maka ia beralih kepada Negara. Malangnya, dalam dunia kapitalis, jaminan ini tidak ada.
Apa yang boleh dibuat sebatas kapasiti individu, kita menjana tabungan berbentuk "profilik", iaitu tabungan yang boleh berkembang (seperti point no.3)
7. Melabur untuk diri kita (“Increase thy ability to earn.”)
Cara terbaik kita boleh meningkatkan pendapatan kita adalah dengan melabur dalam diri kita sendiri. Kita boleh berbuat demikian dengan terus-menerus belajar dan berusaha untuk membangunkan diri kita sendiri.
Teringat kata-kata rakan saya, Rohaniah Noor (mentor hartanah yang menulis buku, Beli Rumah Kababoom), jika ada RM 100 000, beli rumah, ada RM 1000, pergi kursus, jika ada RM 50, beli buku. Ideanya ialah, kita melabur untuk menambah potensi diri meraih lebih pendapatan.
Terdapat banyak perkara yang kita boleh belajar pada kita sendiri dan perlu berusaha untuk menjadikan diri kita yang sempurna. Sama ada kita belajar untuk makan lebih sihat, meningkatkan kemahiran kerja semasa, atau belajar untuk membuat lebih banyak wang, kita mesti mengambil inisiatif untuk melabur dalam diri kita sendiri. Apabila kita menjadi lebih bijak dan lebih bijak keupayaan untuk mendapatkan lebih banyak juga meningkat.
8. Rekod perbelanjaan anda (Know where you are and where you are going.)
"Anda tidak boleh menguruskan apa yang anda tidak boleh ukur." - Bill Hewitt (pengasas bersama Hewlett Packard)
Dalam usaha untuk kita tahu di mana kedudukan kewangan kita, tindakan yang wajar ialah menghadapi kebenaran keseluruhan keadaan semasa kami. Kita boleh berbuat demikian dengan menjejaki kekayaan semasa. Ini adalah satu praktik yang sukar tetapi kita mesti menghadapi realiti tentang bagaimana kita memperoleh dan membelanjakan wang kita agar kita tahu di mana kita akan pergi. Terdapat perbezaan yang besar antara orang kaya dan orang-orang yang tidak, orang-orang kaya tahu nilai bersih mereka manakala golongan miskin tidak memberi perhatian khusus atau tidak peduli sama sekali untuk menjejak aset dan liabiliti mereka.
Kesimpulan
Demikian serba ringkas perkongsian dari "bedah buku" yang mampu saya kongsikan. Walaupun ideanya kelihatan "biasa" dan sederhana, ia sebenarnya tidak diikuti oleh kebanyakan orang. Selain semua usaha yang wajar, kita juga harus sentiasa bersangka baik dengan Allah, iaitu meyakini rahmat dan pertolongan Nya sentiasa menanti kita. Kekayaan yang melimpah-ruah boleh jadi sedia menunggu untuk kita dapatkan. Insyallah, anda kaya, berjaya dan bahagia.
The 5 Rules of Gold from the “Richest Man in Babylon”
Gold comes gladly and in increasing quantity to any man who will put by not less than one-tenth of his earnings to create an estate for his future and that of his family
Gold labours diligently and contentedly for the wiser owner who finds fir it profitable employment, multiplying even as the flocks of the field
Gold clings to the protection of the cautious owner who invests it under the advice of men wise in its handling
Gold slips away from the man who invests it in business or purposes with which he is not familiar or which are not approved by those skilled in its keep
Gold flees the man who would force it to impossible earnings or who follows the alluring advice of tricksters and schemers or who trusts it to his own inexperience and romantic desires in investment
Adaptasi dari web: http://www.enlight8.com
Sunday, July 17, 2016
Wajah Pemerintah Kaum Muslimin
Dalam kehangatan isu kudeta di Turki, rata-rata rakyat Malaysia begitu menyokong Erdogan, sepertimana ramai yang menyokong dan mengidolakan Sultan Salman As Saud di Hijaz.
Sebarang kritikan ke atas mereka dianggap solah sebagai "mengancam" Islam. Sebarang tindakan mereka yang sekalipun jelas tidak bertepatan dengan syarak, akan mudah dilupakan kerana mereka merupakan wajah-wajah yang menjadi idola dan harapan kaum muslimin.
Manusia biasanya lebih selesa untuk mendenar, melihat, meraikan apa yang mereka suka bukan apa yang menjadi realiti, apalagi jika realiti itu tidak seindah apa yang mereka bayangkan.
Faktanya, wajah-wajah ini terus berjabat tangan penuh ukhwah dengan tangan-tangan yang berlumuran darah kaum muslimin. Mereka hanya menggerakan pasukan tentera sesuai dengan kehendak musuh-musuh Allah.

Hakikatnya, kaum muslimin hari ini diperintah oleh para pemerintah yang KHIANAT. Sekalipun wajah mereka ditampal dengan kosmetik yang Islamik.
“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman? Orang-orang itu bukan dari golongan kamu dan bukan (pula) dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan, sedang mereka mengetahui“. (QS Al Mujaadilah [58]:14 )
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya” , (QS Ali Imran, 118)
Tidakkah masih ada yang mahu mengambil pengajaran?
Sebarang kritikan ke atas mereka dianggap solah sebagai "mengancam" Islam. Sebarang tindakan mereka yang sekalipun jelas tidak bertepatan dengan syarak, akan mudah dilupakan kerana mereka merupakan wajah-wajah yang menjadi idola dan harapan kaum muslimin.
Manusia biasanya lebih selesa untuk mendenar, melihat, meraikan apa yang mereka suka bukan apa yang menjadi realiti, apalagi jika realiti itu tidak seindah apa yang mereka bayangkan.
Faktanya, wajah-wajah ini terus berjabat tangan penuh ukhwah dengan tangan-tangan yang berlumuran darah kaum muslimin. Mereka hanya menggerakan pasukan tentera sesuai dengan kehendak musuh-musuh Allah.

Hakikatnya, kaum muslimin hari ini diperintah oleh para pemerintah yang KHIANAT. Sekalipun wajah mereka ditampal dengan kosmetik yang Islamik.
“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman? Orang-orang itu bukan dari golongan kamu dan bukan (pula) dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan, sedang mereka mengetahui“. (QS Al Mujaadilah [58]:14 )
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya” , (QS Ali Imran, 118)
Tidakkah masih ada yang mahu mengambil pengajaran?
Wednesday, June 29, 2016
Semua Kafir Harbi Diperangi?
1. Orang-orang dan ulama Islam merasa takut bila gelaran kafir Harbi dikenakan kepada orang kafir seperti DAP, definisi bermakna kita menghalalkan darah mereka, inilah pegangan mereka. Ini mentaliti yang dibawa oleh masyarakat kita dan ustaz-ustaz kita hari ini.2. Bahkan ada Mufti-mufti dan ustaz cuba mere-definisi dengan pendapat2 lain supaya orang kafir tidak disebut kafir harbi, bahkan menjadi kafir Zimmi. Nampak sekali pemikiran mereka dalam hal ini terlalu cetek dan tidak mengkaji begitu mendalam dengan pemikiran. Bahkan ada yang menempel dan taklid aja pada pandangan tertentu, tanpa berfikir panjang.
3. Halal darah dan halal harta bila disebut kafir harbi....konsep salah ini dibawa ke mana2.
4. Cuba lihat dalam kitab Bukhari "Bab Jual beli dengan Musyrik dan KAFIR HARBI" Ulama Hadis sendiri menunjukkan ahlu harb tidak diperangi siap boleh berniaga lagi.
5. Ini dia bab yang ditulis Imam Bukhari ra
وْلُهُ : ( بَابُ الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ )
حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ، حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ جَاءَ رَجُلٌ مُشْرِكٌ مُشْعَانٌّ طَوِيلٌ بِغَنَمٍ يَسُوقُهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بَيْعًا أَمْ عَطِيَّةً، أَوْ قَالَ أَمْ هِبَةً، قَالَ: لَا، بَلْ بَيْعٌ فَاشْتَرَى مِنْهُ شَاةً "
Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'man : Telah menceritakan kepada kami Mu’tamir bin Sulaimaan, dari ayahnya, dari Abu Othman, daripada Abdurrahmaan bin Abi Bakr ra, dia berkata : “Kami pernah bersama Nabi SAW. Kemudian datanglah seorang laki-laki musyrik yang tingginya lebih dari rata sambil menggiring kambingnya. Lalu Nabi SAW bersabda : “Adakah ingi dijual atau dihadiahkan?” Laki-laki itu menjawab : “Untuk Dijual”. Maka beliau pun membeli darinya seekor kambingnya [HR Bukhari # 2216].
6. Rasulullah SAW berniaga dengan Kafir Musyrik yang Kafir harbi....jernihkan minda anda, kalau sebut kafir harbi, terus dalam minda pancung kepala. Ulama-ulama fiqh dahulu sering berbicara masalah-masalah batas hubungan kita dengan kafir Harbi ini, ada yang mereka sebut sebagai Harbi Hukman dan Harbi Fi'lan. Oleh kerana ramai ulama hari ini hanya mengkaji setakat level atas sahaja, iaitu Harbi dan Zimmi, mereka tidak mengkaji lebih dalam level kedua iaitu Hukman atau fi'lan.
7. Harap mentaliti Mufti atau tukang komen bab kafir harbi ini telaah dulu kitab2 Hadis dan Fiqh, sebelum nak buat kesimpulan.
8. Insya Allah, kalau ada kesempatan saya akan membicarakan konsep kafir Harbi dari pandangan ulama Muktabar dari aliran pelbagai Mazhab.
Tulisan asal: Ustaz Ahmad (Hizb Tahrir Malaysia)
Adaptasi dari pandangan Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah dalam Syakhsiyyah Islamiyyah Jilid 2.
Saturday, June 25, 2016
Hidup Ini Bukan Semuanya Kita Rancang
Menjelang musim Raya, teringat soalan biasa yang tak best di Hari Raya:
1. Bagi orang bujang: Bila nak kawin?
2. Pasangan muda: Belum ada anak lagi?
3. Pasangan dengan anak kecil dan bersekolah: Berapa result periksa anak ko?
4. Pasangan dengan anak yang meningkat dewasa: Bila nak kahwinkan anak ko?
Kalaulah kehidupan ini diatur semudah lahir, sekolah, kerja, nikah, berzuriat, dan seterusnya dalam aturan yang kita sendiri kawal, tentulah semua orang dapat yang terbaik pada pandangan mereka. Hakikatnya, hidup ini up and down. Tidak mungkin kita dapatkan segala yang kita inginkan dalam hidup.
Padahal, Allah ada perancangan yang kita tidak tahu. Doakan saja untuk Dia memberikan kita yang terbaik dan jangan berlebih-lebihan dalam berdoa:
Dari Abi Na’aamah ia berkata : Bahwasannya Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa : ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebuah istana putih yang terletak di sisi kanan surga, jika kelak aku masuk surga’. Maka ia (‘Abdullah bin Mughaffal) berkata : “Wahai anakku, mohonlah kepada Allah surga dan mohonlah kepada-Nya perlindungan dari api neraka. Karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Sesungguhnya kelak akan ada satu kaum dari umat ini yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 96, Ibnu Maajah no. 3864, dan yang lainnya; shahih]
Konsep berdoa ini merupakan mata rantai kepada penyerahan diri kepada Allah azzawajalla, bila mana kita meyakini bahawa ada bahagian dalam hidup ini tidak mampu kita kawal. Ia berada dalam lingkungan takdir dan ketentuan Allah. Maka, sebagai makhluk yang lemah, manusia memiliki ghorizah Tadayyun, iaitu naluri mengagungkan kuasa yang melebihi diri sendiri.
Menjawab "persoalan-persoalan takdir" seperti di atas, cukuplah dijawab, "Insyallah..."
1. Bagi orang bujang: Bila nak kawin?
2. Pasangan muda: Belum ada anak lagi?
3. Pasangan dengan anak kecil dan bersekolah: Berapa result periksa anak ko?
4. Pasangan dengan anak yang meningkat dewasa: Bila nak kahwinkan anak ko?
![]() |
| Berdoa dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan merupakan anjuran Islam |
Padahal, Allah ada perancangan yang kita tidak tahu. Doakan saja untuk Dia memberikan kita yang terbaik dan jangan berlebih-lebihan dalam berdoa:
Dari Abi Na’aamah ia berkata : Bahwasannya Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa : ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebuah istana putih yang terletak di sisi kanan surga, jika kelak aku masuk surga’. Maka ia (‘Abdullah bin Mughaffal) berkata : “Wahai anakku, mohonlah kepada Allah surga dan mohonlah kepada-Nya perlindungan dari api neraka. Karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Sesungguhnya kelak akan ada satu kaum dari umat ini yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 96, Ibnu Maajah no. 3864, dan yang lainnya; shahih]
Konsep berdoa ini merupakan mata rantai kepada penyerahan diri kepada Allah azzawajalla, bila mana kita meyakini bahawa ada bahagian dalam hidup ini tidak mampu kita kawal. Ia berada dalam lingkungan takdir dan ketentuan Allah. Maka, sebagai makhluk yang lemah, manusia memiliki ghorizah Tadayyun, iaitu naluri mengagungkan kuasa yang melebihi diri sendiri.
Menjawab "persoalan-persoalan takdir" seperti di atas, cukuplah dijawab, "Insyallah..."
Saturday, June 11, 2016
Qunut Nazilah
Ada orang berpandangan ala-ala pendeta, tak berapa suka baca Qunut Nazilah kerana berpendapat, kononnya lebih baik mendoakan orang jahat agar diberi hidayah berbanding mendoakan kehancuran buat mereka. Ini sebenarnya tidak bertepatan dengan sikap yang paling wajar berhadapan dengan musuh yang ganas dan zalim.
Manusia yang paling beriman ialah Muhammad s.a.w dan baginda juga memimpin kaum muslimin membacakan qunut Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra' (yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran). Kumpulan para qurra' ini dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri'l dan Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri'l dan Zakwan berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau'nah (Bi'r Mau'nah), kabilah tersebut berkata: Demi Allah, bukan kamu semua yang kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw. Kabilah-kabilah tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah membunuh semua 70 orang para qurra' tersebut. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke atas kabilah kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka, inilah permulaannya doa qunut. [Sahih al-Bukhari (4088)].
Dalam konteks hari ini,para pemerintah kaum muslimin yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, yang sekian lama memboikot Palestine, berdiam diri terhadap segala macam kekejaman yang berlaku di Syria, Iraq dan lain-lain, bahkan merekalah yang paling kuat menghalangi sebarang usaha mengembalikan kehidupan Islam, bersama para ulama upahan mereka, golongan ini sengat keji. Maka, selayaknya mereka menerima penghinaan dari perbuatan mereka sendiri.
Kita tak doakan Zionist di beri hidayah, kita doakan mereka agar musnah. Selain itu, haruslah difahami bahawa tidaklah cukup dengan sekadar berdoa. Tidak hanya sekadar duduk di atas tikar sembahyang, khusyuk berzikir membilang biji tasbih sambil mengharapkan musuh-musuh Islam ditewaskan. Para generasi agung salafusoleh adalah golongan yang soleh dan semestinya ketaqwaan mereka jauh lebih mulia dari kita. Mereka yang telah dijamin mendapat keredhaan Allah ini juga tidak hanya duduk di dalam masjid beribadat dan berzikir. Tetapi, mereka tetap keluar berdakwah, berjuang di medan jihad demi menegakkan agama. Sejarah Islam telah mencatatkan kisah perjuangan mereka sebagai taulalan kepada generasi seterusnya.
Manusia yang paling beriman ialah Muhammad s.a.w dan baginda juga memimpin kaum muslimin membacakan qunut Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra' (yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran). Kumpulan para qurra' ini dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri'l dan Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri'l dan Zakwan berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau'nah (Bi'r Mau'nah), kabilah tersebut berkata: Demi Allah, bukan kamu semua yang kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw. Kabilah-kabilah tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah membunuh semua 70 orang para qurra' tersebut. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke atas kabilah kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka, inilah permulaannya doa qunut. [Sahih al-Bukhari (4088)].Dalam konteks hari ini,para pemerintah kaum muslimin yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, yang sekian lama memboikot Palestine, berdiam diri terhadap segala macam kekejaman yang berlaku di Syria, Iraq dan lain-lain, bahkan merekalah yang paling kuat menghalangi sebarang usaha mengembalikan kehidupan Islam, bersama para ulama upahan mereka, golongan ini sengat keji. Maka, selayaknya mereka menerima penghinaan dari perbuatan mereka sendiri.
Kita tak doakan Zionist di beri hidayah, kita doakan mereka agar musnah. Selain itu, haruslah difahami bahawa tidaklah cukup dengan sekadar berdoa. Tidak hanya sekadar duduk di atas tikar sembahyang, khusyuk berzikir membilang biji tasbih sambil mengharapkan musuh-musuh Islam ditewaskan. Para generasi agung salafusoleh adalah golongan yang soleh dan semestinya ketaqwaan mereka jauh lebih mulia dari kita. Mereka yang telah dijamin mendapat keredhaan Allah ini juga tidak hanya duduk di dalam masjid beribadat dan berzikir. Tetapi, mereka tetap keluar berdakwah, berjuang di medan jihad demi menegakkan agama. Sejarah Islam telah mencatatkan kisah perjuangan mereka sebagai taulalan kepada generasi seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

