Bila dah besar ni, kita masuk U. Pakai t-shirt tak berkolar kena tolak merit. Tak siap tesis atau tak sempurna kena tolak markah, CGPA drop. Bila kedudukan getir, surat warning dari Penaja e.g. JPA, Mara dll sampai muka pintu rumah kita dikampung. Dapat call ayah pesan study elok-elok.. mak bebel jaga tingkahlaku.. Undang-undang diguna untuk menghukum.
Bila dah berfamili pun sama. Kerajaan menghukum dengan undang-undang. Silap cakap sikit, cikgu-cikgi dihantar mengajar kawasan sukar, tanggung derita. Sokong pembangkang aje, jadi anak tiri macam 'Cinderella'. Speedtrap, roadblock, ungkit saman-saman entah berantah.. itu ini.. semuanya jalan kerajaan cari duit hujung tahun nak tanggung bonus kakitangan (kot)! Kerajaan memang menggunakan undang-undang untuk menghukum.
Ingatlah kenalan-kenalan sekalian, undang-undang sebenarnya diwujudkan untuk mencipta keamanan. Bila undang-undang diguna untuk 'cari makan', intimidasi, kuku besi, diskriminasi dan lain-lain. Cara menggunakan undang-undang ini bukan dari Islam. Sahih ia bukan ajaran Islam kerana syariat Islam bukan diutus untuk menghukum semata-mata kerana syariat Islam adalah PETUNJUK atau PANDUAN hidup dari Sang Pencipta.
Hukuman menurut Islam dikenakan ke atas orang-orang yang mempunyai kesedaran dan keinsafan yang tinggi terhadap Allah SWT dan hari akhirat. Mengambil hukuman Islam sebagai penebus kesalahan merupakan tindakan mulia dan mendapat balasan syurga berbanding hukuman kufur Kapitalisme/Sosialisme. Sebab itulah 'uqubat (hukuman) Islam bersifat zawajir (pencegahan) dan jawabir (perawatan).
Mana satu pilihan anda?
No comments:
Post a Comment