Thursday, April 17, 2014

PEJUANG IDEOLOGY



Digelar Tiger Bukit Jelutong, Karpal Singh merupakan seorang yang berjuang di atas ideology sekular kapitalis dengan teguh, berdiri di atas prinsip kebebasan, hak asasi manusia dan segala cabang pemikiran yang terbit dari ideology yang menjadi panutan. Dengan ideology ini, penyokong yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang berdiri di belakangnya. Dari ideology ini muncul pelbagai method pemecahan kepada permasalahan manusia. Munculnya sistem judiciary (kehakiman), sistem ekonomi, sistem pendidikan dan segala macam lagi berakar umbi dari ideology sekular kapitalis yang meletakkan pemisahan agama dari kehidupan. Ternyata ikatan mabda'e (ideologist) ini, sekalipun berdiri atas premis yang bathil, tetap berjaya menyatukan pelbagai jenis manusia dengan perasaan dan pemikiran yang sama. Ini merupakan ikatan yang lebih kuat berbanding ikatan atas nama bangsa, atas nama keturunan, atas nama tempat (wathaniah) yang menjuzukkan manusia yang secara fitrahnya berbeza.

Ideology sekular yang memisahkan segala aturan hidup dengan Sang Maha Pencipta tetap mengiktiraf agama sebagai hak individu tetapi bukan titik utama dalam prinsip untuk mengatur kehidupan. Maka menjadi urusan individu pula nanti di hadapan Allah Yang Maha Pencipta untuk diperhitungkan segala perbuatan didunia. Tidak menjadi urusan sesiapa untuk tentukan seseorang tu ke syurga atau neraka melainkan Allah.

Sebagai seorang Islam, bila Nabi s.a.w bersabda: “…Maka kalian wajib berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’urRasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia erat-erat dengan gigi geraham…” [HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmidzi], tidakkah kita boleh menilai, apakah ideology sekular kapitalis yang bersamanya ada hak asasi manusia, freedom, demokrasi dan segala macam tsqafah (gugusan pemikiran) lain itu sesuai dengan SUNNAH yang Rasululullah s.a.w perintahkan kita agar berpegang dengan teguh itu?

Karpal telah kembali menemui Tuhan yang menciptakannya, namun watak sepertinya tetap ada dan terus bermunculan. Mereka boleh jadi bernama Ananda atau Anuar atau Ah Kit atau Anderson tetapi mereka membawa ideologi yang sama sesuai dengan realiti yang melahirkan watak-watak ini.

Di mana pula "watak-watak" yang bangkit menggengam sunnah khatimul ambiya' dengan segala kudrat dan upaya?

Sesungguhnya mereka terdiri dari anak-anak kaum muslimin yang berada di kalangan kalian. Mereka berikrar agar tidak tunduk kepada realiti yang menghimpit meskipun mereka berdepan dengan pelbagai halangan dan ancaman.

Insyallah, kebathilan akan sirna jua dan haq pasti akan mengatasi yang bathil.

Mari kita jadikan MAUT sebagai sebaik-baik pengajaran. Sekaya manapun kita, secerdik manapun kita, secantik/tampan manapun kita, segagah manapun kita, sepenting manapun kita di dunia, maut itu satu hakikat yang pasti akan menemui kita. Moga kita semua mati dalam keadaan Allah redha kepada kita


No comments:

Post a Comment