Monday, August 10, 2015

Tidur Lepas Subuh Tercela?


Ada beberapa mesej "dakwah" yang disebarluas di applikasi whats app berkenan dengan keburukan tidur selepas subuh terutama dalam bulan Ramadhan. Kecenderungan menghina sehingga dikatakan perbuatan itu seperti menjadi bangkai anjing, merujuk kononnya perbuatan itu teramat jelek...

Tidak perlu diperbahaskan lagi, perbuatan tidur lepas subuh tu mubah (harus) dalam hukum Islam selama mana tidak meninggalkan kewajipan. Dalam menjustifikasi sesuatu perbuatan, harus diperhatikan unsur di luar perbuatan itu terlebih dahulu. Ada orang tidur lepas subuh selepas semalaman berqiamulail, bertahajud, beribadat sepanjang malam. Ada pula ibu-ibu menyusukan anak di malam hari, melayan anak yang sakit dan sebagainya. Ada pula pekerja yang memang kerja shift malam, jadi mereka akan tidur selepas subuh. Ada pula orang yang akan bekerja dari pagi sehingga malam, tidur seketika bagi menghilangkan mengantuk sebab sepanjang hari dia akan sibuk dengan pelbagai urusan yang penting dan tak ada masa untuk rehat. Maksudnya, selama mana Islam tidak mengharamkan sesuatu perbuatan, tidak perlulah melampaui batas mencela. 

Allah lah meletakkan hukum mubah, sunat (mandub), wajib dan makruh tu pada tempatnya. Dengan memerhatikan unsur di luar perbuatan, barulah kita fahami kenapa dalam kadaan tertentu, perbuatan membunuh (sebagai contoh) jadi sangat tercela, dan dalam masa yang sama menjadi mulia bahkan kewajipan dalam situasi yang lain.



وخرج ابن أبي شيبة في مصنفه ( 5/223 رقم 25454 ) من حديث أبي يزيد المديني قال : غدا عمر على صهيب فوجده متصبّحاً ، فقعد حتى استيقظ ، فقال صهيب : أمير المؤمنين قاعد على مقعدته ، وصهيب نائم متصبّح !! فقال له عمر : ما كنت أحب أن تدع نومة ترفق بك .

Dari Abu Yazid al Madini, “Pada suatu pagi Umar pergi ke rumah Suhaib namun Suhaib sedang tidur pagi. Umar pun duduk menunggu sehingga Suhaib bangun”. Ketika bangun Suhaib berkomentar, “Amirul mukminin duduk menunggu sedangkan Suhaib tidur pagi”. Umar mengatakan, “Aku tidak suka jika kau tinggalkan tidur yang bermanfaat bagimu”. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25454].

الحسن ما حسنه الشرع والقبيح ما قبحه الشرع

Yang terpuji adalah apa yang dipuji oleh syarak dan yang tercela adalah apa yang dicela oleh syarak. Selagi tiada dalil celaan dan tiada pula pujian, ia akan tetap kepada yang asal iaitu mubah dalam konteks umum perbuatan jibiliyyah(tidur).

Cuma sebahagian daripada salafussoleh tidak menyukai tidur setelah subuh sedangkan ada yang berbuat spt itu seperti Suhaib r.a

Allahualam.

No comments:

Post a Comment