Great minds discuss ideas, Average minds discuss events, Small minds discuss people.
Dalam politik Malaysia, drama memburukkan individu mendominasi pentas politik, menunjukkan kebanyakan yang "berpolitik" cuma orang bodoh. Mereka saling memaki-hamun, mereka berbalah tanpa titik noktah, mereka selesa dalam kejahilan dan sebarang kebijaksanaan hanyalah jenaka atau khayalan bagi mereka. Never underestimate the stupidity of idiots!
Adapun bagi sebahagian mampu membicarakan tentang peristiwa. Isu 1MDB, MH370, RM90 Juta, Isu Tabung Haji dan sebagainya. Golongan ini dikatakan sangat cemerlang dan kelihatan cerdas. Mereka menjadikan realiti sebagai SUMBER BERFIKIR. Mereka berupaya membentangkan fakta, merungkai realiti, tetapi mereka memahami realiti sebagai sumber untuk menetapkan kesimpulan. Tsaqafah pemikiran yang muncul dari ideologi sekular kapitalis adalah dari gugusan pemikiran dengan konsep yang semata-mata dari daya pemikiran manusia dan ia membebaskan manusia dari sebarang divine rules, memisahkan agama atau sebarang ajaran ketuhanan dari kehidupan manusia, kecuali sebatas perkara ritual dan peribadi.
Jarang yang membicarakan tentang IDEA, yang menjadi intipati utama seluruh permasalahan yang diperdebatkan. Kerosakan yang berlaku adalah secara sistematik kerana sistem yang diterapkan merupakan sistem yang rosak. Anak-anak zina terus dilahirkan kerana sistem sosial yang membenarkan pergaulan bebas. Tekanan ekonomi yang kejam kerana sistem kapitalis yang diasaskan dari idea meraih manfaat sebanyak-banyakknya dan mengelak mudharat menyebabkan 10% manusia mengaut 90% kekayaan dunia ini. Kekejaman dan pembunuhan berlaku kerana idelogy ciptaan manusia tidak menjadikan manusia sebagai manusia, bahkan menghinakan mereka lebih dari binatang.
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al A'raf ayat 179]
Syeikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah menyimpulkan, pemikiran yang mustanir (cemerlang) adalah pemikiran yang mampu memahami seluruh reality sebagai OBJEK BERFIKIR, dan membuat kesimpulan berasaskan pemikiran yang dipandu oleh wahyu. Tidak ada tsaqafah (pemikiran yang membekas) yang lebih agung dari Islam. Allah memahami seluruh yang tersurat dan tersirat melampaui mana-mana kebijaksanaan yang dimiliki makhluk.
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. [Az Zumar ayat 23]
Tidak ada petunjuk yang lebih agung dari ayat-ayat Allah, Buatlah pilihan yang bijak.
Allahualam.
No comments:
Post a Comment