Monday, September 17, 2012

Peledak Nuklear Sebuah Revolusi

Dalam dunia moden, senjata yang paling ditakuti dan boleh mengubah keseimbangan kuasa politik ialah senjata Nuclear. Ia ditakuti kerana kuasa ledakan yang dibawanya mampu melumatkan jutaan manusia, bangunan, kereta kebal bahkan mampu melenyapkan sebuah pulau !!!! Namun jika diperhatikan, yang menakutkan itu bukanlah disebabkan roketnya atau tapak pelancarnya, tetapi disebabkan oleh apa yang terisi
 di dalam kepala rundal nya. Tentu saja kalau yang terisi didalam kepala rundal itu hanya sebuk mercun (belerang), ia tidak sama skali menggerunkan sekalipun mempunyai batang roket yang panjang dan canggih, atau tapak pelancar yang sophisticated. Tiga komponen senjata maut ini ialah:
1. Kepala missile (Rundal) = Menentukan sama ada ia senjata kimia, biologi atau nuclear atau sekadar belerang mercun
2. Roket = Menentukan jarak jangkauan senjata
3. Tapak Pelancar= menentukan senjata itu dapat dilancarkan dan ke mana ia dilancar

Jika kita analogkan kepada "senjata massa" yang akan menggerakkan revolusi, kita dapat bahagikan kepada 3 komponen:
1. Kekuatan idea = kepala rundal
2. Retorika Penyampaian = roket
3. Orang yang menyampaikan= Tapak Pelancar

Antara ketiga unsur ini, kita dapat perhatikan unsir KEKUATAN IDEA itu lah yang menentukan impak yang akan berlaku untuk menggerakkan revolusi itu atau ia sekadar menjadi penglipur lara atau dummy bomb.

Manusia akan terpukau dengan pidato yang hebat disampaikan oleh seorang yang hebat, tetapi impak yang sebenar hanya berlaku dari idea yang disampaikan.

Idea negara berkebajikan yang baru muncul dari apa yang dinamakan sebagai tahalluf siyasi, ataupun Idea Program Transformasi
Kerajaan (GTP) atau Islam Hadhari (yang hari ni dah tak kedengaran lagi) adalah contoh2 kepala rundal yang berisi belerang.... dan idea KHILAFAH itu ialah kepada rundal yang berisi peledak nuclear yang mampu merubah pola politik global secara massa....









No comments:

Post a Comment