Dawlah Islam muncul di tengah padang tandus di wilayah Yathrib (kemudian dikenali sebagai Madinah) muncul menjadi pusat empayar terkuat yang menundukkan kedua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi dalam masa kurang 60 tahun.
Kebangkitan ini bukanlah berpunca dari kemajuan teknologi yang dimiliki kaum muslimin. Bukan juga disebabkan oleh ramainya mereka kerana dalam setiap peperangan antara kaum muslimin dengan dua empayar itu, bilangan kaum muslimin adalah lebih sedikit bahkan boleh menjangkau nisbah yang tidak masuk akal untuk menang perang!!!!
Tempoh yang paling singkat dalam sejarah kebangkitan sebuah empayar dalam tamadun manusia ini memiliki satu unsur "luar biasa" yang tidak terdapat dalam mana-mana tamadun lain iaitu AQIDAH YANG BENAR sebagai tunjang kekuatan mereka. Mereka berekonomi, berpolitik, beribadat, bergaul bahkan seluruh aturan hidup mereka adalah terbit dari aqidah yang benar ini dan mereka mencampakkan segala kepercayaan karut yang tidak selari dengan aqidah ini.
Hari ini, kaum muslimin yang juga menyatakan keimanan mereka kepada ajaran yang sama iaitu Islam tetapi mereka juga mengambil deen selain dari Islam sebagai tuntunan hidup mereka. Mereka percaya, demokrasi itu boleh disesuaikan dengan Islam lalu mereka cuba bermuamalat agar Islam itu sesuai dengan demokrasi itu. Contoh jelas, mereka menerima hukum taghut dan hukum Allah untuk dilaksanakan bersama-sama sedangkan ia jelas bertentangan dengan syiar Islam. Kaum muslimin meninggalkan kemuliaan jihad dan menjadi golongan yang pengecut dan cintakan dunia. Kaum muslimin menjadi bodoh dalam memikirkan penyelesaian terhadap permasalahan mereka sehinggakan dikala saudara mereka disembelih, dirogol, dibakar hidup-hidup mereka berbicara tentang "boikot barangan" atau sekadar berdoa dan menderma daripada berusaha kepada penyelesaian hakiki....
Kembalikan kemuliaan kita sebagai umat yang terbaik.....
Sambutlah KHILAFAH!!!!
No comments:
Post a Comment