Thursday, April 25, 2024

ππŽπ‹π„πŒπˆπŠ ππ„π‘ππ€ππŠπ€π πˆπ’π‹π€πŒ

Mungkin penulisan ini agak panjang dan teknikal. Moga boleh memberi cetusan minda yang berguna buat mereka yang mahu berfikir.

Di dalam industri perbankan Islam, setiap bank wajib menyatakan dengan jelas konsep syariah, disebut sebagai π‘‘π‘Žπ‘˜π‘¦π‘–π‘“ π‘“π‘–π‘žβ„Žπ‘– (adaptasi fiqh) bagi produk-produk yang digunakan dalam 𝑷𝒓𝒐𝒅𝒖𝒄𝒕 π‘«π’Šπ’”π’„π’π’π’”π’–π’“π’† 𝑺𝒉𝒆𝒆𝒕 (𝑷𝑫𝑺). Sekiranya bantahan terhadap praktik perbankan Islam dikemukakan, seharusnya Product Disclosure Sheet ini dijadikan asas kritikan.

Dalam PDS yang saya lampirkan ini, pihak Bank Islam menjelaskan, berlakunya π‘‘π‘Žπ‘€π‘Žπ‘Ÿπ‘Ÿπ‘’π‘ž, iaitu konsep jual beli yang sering menjadi perbahasan yang hangat di kalangan para sarjana Islam kontemporari.

Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Yang pertama melibatkan jualan aset oleh penjual kepada pembeli atas dasar pembayaran tertangguh. Kemudian, pembeli pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga atas dasar tunai dan segera.

Mekanisme Tawarruq untuk adalah seperti berikut:
(𝐚) Pelanggan membeli komoditi dari Bank atas dasar π‘€π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘π‘Žβ„Žπ‘Žβ„Ž (kos ditambah jualan) pada Harga Jualan Bank. Dalam susunan ini, pembelian akan dilakukan oleh Bank sebagai Ejen Pembelian pelanggan.
(𝐛) Sebagai Ejen Jualan bagi pelanggan, Bank kemudian akan menjual komoditi kepada Pembeli Komoditi pada harga kos. Hasil daripada transaksi ini akan disalurkan untuk kegunaan pelanggan.
(𝐜) Pelanggan diwajibkan untuk membayar jumlah yang daripada transaksi Murabahah mengikut terma yang dipersetujui.

Satu lagi konsep yang sering menjadi subjek perbahasan ialah π΅π‘Žπ‘– π΅π‘–π‘‘β„Žπ‘Žπ‘šπ‘Žπ‘› 𝐴𝑗𝑖𝑙, merujuk kepada kontrak jual beli barang atas dasar pembayaran tertangguh. Peralatan atau barang yang diminta oleh pelanggan dibeli oleh bank yang kemudian menjual barang tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui, termasuk keuntungan bank (π‘šπ‘Žπ‘Ÿπ‘˜-𝑒𝑝).

Terdapat dari kalangan sarjana Islam khawatir tentang penyalahgunaan konsep syariah dalam praktik perbankan Islam, di mana jika diteliti, transaksi-transaksi disusun sehingga mirip dengan praktik konvensional, tetapi hanya berlabel syariah.

Kritikan juga dilontarkan kepada ketidakjelasan dalam struktur dan mekanisme transaksi perbankan Islam, yang dapat menyebabkan kurang efisyen dan berlaku ketidakadilan.

Satu lagi isu yang saya kira tidak wajar diketepikan ialah, dalam perihal pembahagian risiko dan keuntungan antara bank dan π‘›π‘Žπ‘ π‘Žπ‘π‘Žβ„Ž (pelanggan). Ada kekhawatiran bahwa praktik-praktik tertentu mungkin menguntungkan satu pihak lebih dari yang lain.

Bagi saya secara peribadi, isu ini seharusnya terbuka untuk perbincangan ilmiah dengan cara yang beradab, dalam rangka mencari penyelesaian yang tuntas. Polemik yang berpanjangan dalam bentuk kecaman, sindiran tidaklah menguntungkan sesiapa. Pihak yang perbeza pandangan perlu duduk semeja untuk membincangkan isu ini, serta memberi cadangan penambahbaikan yang akan membantu menguatkan lagi sistem kewangan Islam.

Bak kata pepatah, "𝑷𝒐𝒉𝒐𝒏 π’šπ’‚π’π’ˆ π’•π’Šπ’π’ˆπ’ˆπ’Š π’…π’Šπ’‰π’†π’Žπ’‘π’‚π’” π’‚π’π’ˆπ’Šπ’, π’“π’–π’Žπ’‘π’–π’• π’šπ’‚π’π’ˆ 𝒓𝒆𝒏𝒅𝒂𝒉 π’…π’Šπ’•π’Šπ’Žπ’‘π’‚ π’ƒπ’‚π’π’‹π’Šπ’“", ketika polemik hanya dibincangkan di kalangan orang awam, manakala ilmuan berdiam diri, porak-porandalah masyarakat.

π‘Ίπ’‚π’ƒπ’“π’Š 𝒀𝒂𝒂𝒄𝒐𝒃
24 April 2024



No comments:

Post a Comment