Henry Kissinger marupakan antara manusia yang setaraf dengan Pol Pot, Hitler, Mussoleni, Mau Tze Dong serta manusia-manusia lain yang pernah hidup sebagai pemangsa yang teramat kejam.
1. Perang Vietnam (1969–1975) : 3.8 juta nyawa
2. Pemboman Kemboja (1969–1973): 50,000 hingga 150,000 nyawa
3. Perang Saudara Pakistan Timur [Bangladesh] (1971): 300,000 hingga 3 juta nyawa
4. Kissinger menyokong serangan Indonesia ke atas Timor Leste (1975–1976): 100,000 hingga 200,000 nyawa, termasuk akibat kebuluran dan penyakit
5. Operasi Condor di Amerika Latin (1970-an): dianggarkan lebih 10 000 korban dibunuh atau "hilang" di seluruh Amerika Latin.
6. Perang Yom Kippur (1973): >10,000 nyawa
Walaupun demikian, saya tertarik dengan kenyataan Kissinger berkenaan asymmetrical warfare, " πππ π’πππ π‘πππ‘πππ ππππ£πππ πππππ ππππππ ππππβ π πππππππ¦π ππππππ π‘ππππ ππππππ, π ππππππππ πππ π’πππ ππππππ ππππππ ππππππ π πππππππ¦π π‘ππππ ππππβ (π π’ππ£ππ£π)". Ini boleh menyimpulkan bahawa pasukan Ha Min Alif Sin memenangi perang di Gaza, sekalipun hampir keseluruhan Gaza telah diranapkan oleh tentera penjajah, dengan segala bentuk bantuan Amerika dan blok Barat.
Mantan Setiausaha Negara Amerika ini tidak pernah diheret ke muka pengadilan untuk dibicarakan seluruh jenayah yang dilakukannya, tetapi tentunya dia tidak sesekali terlepas dari mahkamah yang lebih agung, di hadapan Sang Pencipta. Setelah hidup hampir 100 tahun (1923-2023), sang penzalim ini telah kembali menemui Pencipta.
Memetik kata-kata Buya Hamka;
"πΎππ‘π πππ βπππ¦π π€ππ¦πππ π¦πππ πππππππ ππ ππππ‘ππ ππ’πππ. π΄ππππππ π‘ππππ πππ‘π’π‘π’π, ππππ¦ππππβ π πππππ πππππππ, π‘πππππππβ ππππ π ππππππ πππππππ."
No comments:
Post a Comment