Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.
Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”.
Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”.
Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.
Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut.
Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.
Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.
Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.
Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.
Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.
Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.
Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Diceritakan dalam sesetengah riwayat, setelah selesai perang Badar, kaum muslimin tercari-cari jenazah Saad Bin Muaz, dan mereka tidak menjumpainya. Kemudian, mereka mengadukan perkara itu kepada Rasulullah saw. Tiba-tiba Rasulullah mengalihkan pandangan baginda kearah sebuah bukit, lalu baginda tersenyum. Kemudian tiba-tiba banginda memalingkan muka dengan cepat.
Para sahabat bertanya, kenapa Ya Rasulullah? Baginda menjawab (yang bermaksud) , " Aku lihat para bidadari menyambut ruh Saad sedangkan seperti waktu hidupnya, Saad itu pemalu. Dia melarikan diri apabila para bidadari menghampirinya. Bidadari mengejarnya sehingga ada yang terselak. Lalu aku berpaling..."
Begitulah serba ringkas sirah mengenai seorang sahabat Rasulullah saw yang berkulit hitam dan begitu tinggi keimanannya.....
Moga bersama beroleh pengajaran
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Thursday, August 1, 2013
Wednesday, July 17, 2013
KENAPA AKU KAGUM DENGAN PEMIKIRAN AL IMAM ABU IBRAHIM SYIEKH TAQIYUDDIN AN NABHANI RAHUMAHULLAH, PENGASAS HIZB TAHRIR
Let me share a little bit about myself, antara sebab utama aku sangat menyanjung pemikiran Syiekh Taqiyuddin An Nabhani yang sememangnya tinggi berbanding rata-rata kaum muslimin yang terkebelakang setelah era penjajahan yang panjang dan serangan pemikiran yang membukam segenap ruang kehidupan mereka.
Aku perhatikan realiti yang rosak. Aku sendiri hidup di tengah segala kerosakan itu. Aku tercari-cari apa penyelesaiannya. Aku selalu dapat markah A dalam karangan-karangan Bahasa Melayu sama ada masa PMR atau SPM dahulu bila tajuk karanganya bertajuk....
1. Gejala ponteng sekolah. Bincangkan penyelesaiannya.
2. Budaya hedonism yang menular di tengah masyarakat, bagaimana penyelesaiannya
3. Bagaimana membentuk masyarakat yang mementingkan kebersihan
dan lain-lain.... Tetapi karangan aku yang berjela-jela itu sesungguhnya masih tidak mampu memberi penyelesaian konkrit kepada semua masalah yang diperbincangkan.
Bila memasuki alam campus, aku perhatikan bagaimana rosaknya masyarakat dengan pelbagai penyakit sosial. Aku perhatikan pula antara kerosakan yang besar:
1. Sistem ekonomi yang menghimpit. Yuran pengajian semakin mahal, kos hidup semakin tinggi.
2. Perang berlaku. Afghanistan diserang, Iraq Palestine dibantai teruk. OIC dan UN hanya berlakon dengan drama dan skrip yang sama. Tanpa penyelesaian, tanpa kesudahan.
3. Rasuah dan ketirisan yang bermaharajalela. Bahkan di dalam kampus pun banyak projek-projek yang luar biasa mahalnya. Aku diberitahu, untuk menukar sebuah pintu pagar kolej kediaman yang sebenarnya tidak rosak pun mencecah puluhan ribu.
4. Gejala sosial... buang bayi, sex bebas, pesta arak.... Anak-anak muda berbangga pula dengan menjadi skinhead, punk dan black metal...
dan lain-lain.... Tanpa aku temui pemecahan bagi permasalahan yang disebutkan....
Maka, dari interaksi aku dengan para syabab Hizb Tahrir, aku yang pada mulanya memang menyampah, meluat, bosan bila mereka selalu kata.... solutionnya hanyalah MENDIRIKAN KHILAFAH. Penyelesaiannya mendirikan KHILAFAH. Pilihan yang ada hanyalah mendirikan KHILAFAH.
KHILAFAH, KHILAFAH, KHILAFAH!!!! HUH!!!! BOSAN!!!
Aku mengambil masa sendiri, merenung, mengkaji satu frasa yang selalu diulang sebut...
"PERMASALAHAN UTAMA KAUM MUSLIMIN IALAH TIDAK DILAKSANAKAN ISLAM DI TENGAH KEHIDUPAN"
... diikuti dengan...
"ISLAM TIDAK AKAN DAPAT DITERAPKAN SEBAGAI SISTEM YANG LENGKAP KECUALI DENGAN ADANYA KHILAFAH".
Apabila aku rangkumkan keduanya, ternyata itulah jawapan yang aku tercari-cari selama ini. Iya, semua permasalahan, kerosakan yang berlaku adalah akibat dari Islam ditinggalkan dari menjadi sebuah aturan hidup. Seluruh aturan dalam Islam dilaksanakan dengan lengkap hanya dengan adanya institusi yang melaksanakannya iaitu KHILAFAH!!!!
Maka terjawab sudah persoalan besar dalam kepala aku oleh seorang Imam yang sebelum ni namanya langsung aku tak pernah dengar.....
Semoga Allah merahmatinya dan para pejuang Islam yang lain....
Thursday, July 11, 2013
BICARA STRATEGIK: Caliphate and Nuclear warfare
Pentagon telah menerbitkan dokumen bertarikh 15 March 2005 dengan tajuk ‘Doctrine for Joint Nuclear Operations’ yang juga merupakan revisi terhadap dokumen yang sama yang pernah diterbitkan pada tahun 1995. Tambahan penting yang wajar diberi perhatian di dalam dokumen versi baru ini adalah perubahan sikap Amerika terhadap polisi penggunaan senjata nuklearnya. Dokumen ini memberikan kebenaran kepada Amerika untuk memulakan serangan nuklear (preemptive strike) ke atas musuh-musuhnya, samada dalam bentuk negara atau bukan negara, dengan alasan untuk mengelakkan mereka (musuh-musuh AS) dari menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (SPBB) ke atas Amerika. (AFP)
Doktrin ini mengimbau kembali ingatan kita kepada langkah AS ketika menyerang Jepun pada tahun 1945. Ketika itu, Amerika memberikan dua justifikasi untuk menyerang Jepun dengan bom atom. Pertama, serangan terus ke atas tanah Jepun akan menyebabkan korban jiwa yang banyak seperti di dalam Perang Iwo Jima dan Okinawa. Kedua, satu penamat perang yang segera diperlukan kerana tentera Jepun tidak bersedia untuk menyerah kalah. Namun hakikatnya, setelah Jerman menyerah kalah dalam bulan Mei 1945, sangat jelas di mata dunia bahawa Jepun yang pada masa itu telah pun terlalu lemah akan turut menyerah kalah. Jabatan Luar Negara Jepun telah pun secara rasmi memaklumkan kepada Rusia pada 13hb Mei 1945 keinginan mereka untuk berdamai dengan pihak sekutu. Perisikan Amerika mengetahui rancangan diplomatik ini namun Projek Manhattan tetap diteruskan juga. Mereka bimbang Jepun akan menyerah kalah sebelum bom tersebut boleh digunakan. Dua kota di Jepun yang dipilih itu dibiarkan tanpa sebarang pengeboman ke atasnya untuk dijadikan sebagai sasaran ujian - dan inilah perkataan yang digunakan oleh Presiden Truman dan Major Groves yang pada masa itu mengetuai Projek Manhattan. Presiden Truman mengatakan, “Dunia akan melihat bahawa bom atom pertama dijatuhkan di Hiroshima, sebuah pangkalan tentera. Ini adalah kerana kami ingin mengurangkan kadar kematian di dalam serangan pertama ini”. Beliau juga berkata dalam tahun 1945, “Kami telah membelanjakan USD2 bilion di dalam sebuah pertaruhan saintifik yang paling besar dalam sejarah - dan telah menang”. Apa yang dicapai oleh Amerika adalah satu demonstrasi kuasa baru – kuasa yang telah membunuh lebih 200,000 orang sebagai harga yang ‘wajar’ dibayar untuk sebuah ‘eksperimen’.
Begitulah juga keadaannya ketika mereka menyerang Iraq. Dalam rangka untuk membenarkan tindakan mereka melancarkan Perang Teluk pada 26 Ogos 2002, Dick Cheney menyebut di Konvensyen Kebangsaan Veteran Perang Luar Negara, “tidak ada keraguan lagi bahawa Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.” Kemudian pada bulan September, Presiden Bush dengan tegas mengatakan kepada persidangan umum PBB, “..sekarang ini Iraq sedang mengembangkan kelengkapan yang akan digunakan untuk membuat senjata biologi” dan dalam ucapan kepada negaranya pada Januari 2003 beliau sekali lagi mendakwa, “..pegawai perisikan kita menganggarkan bahawa Saddam Hussein mempunyai bahan-bahan untuk membuat sebanyak 500 tan sarin, mustard dan agen saraf VX”. Sebaliknya pada bulan Mei 2003 setelah puas mencarinya, Leftenan Jeneral James Conway, pegawai tertinggi marin AS di Iraq berkata “Sangat menghairankan kepada saya – dan ia kekal menjadi kejutan kepada saya - bahawa kita tidak menjumpai senjata, seperti yang anda katakan. Percaya atau tidak, kita telah mencari di setiap pusat bekalan antara sempadan Kuwait dan Baghdad, namun kami tidak menemui apa-apapun”.
Seluruh manusia, sama ada muslim atau non muslim memahami, akibat yang tersangat buruk dari nuclear warfare bahkan tidak sedikit bantahan terhadap "polisi Cow Boy" Amerika ini berlaku dari dalam Amerika sendiri. Apalagi setelah imej pentadbiran White House berulang kali dicalarkan setelah ternyata dakwaan WMD yang dimiliki Iraq itu hanya satu pembohongan besar yang tidak mampu ditutup dengan apa-apa cara lagi.
Islam, sebagai sebuah ad deen (cara hidup) yang lengkap memberikan panduan yang sangat berguna dalam berhadapan dengan situasi ancaman berskala massa seperti ini;
“ Bersiap sedialah kamu menghadapi mereka dengan kekuatan dan tambatan kuda yang dengannya kamu akan dapat menakutkan musuh Allah dan musuh kamu …” [TMQ Al-Anfaal:60].
Adalah HARAM bagi kaum muslimin menyerang melancarkan serangan nuklear secara preemptive war terhadap musuh yang mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa sekalipun adalah merupakan KEWAJIPAN bagi sebuah dawlah Khilafah memiliki persenjataan canggih termasuklah senjata nuklear, biologi dan kimia bagi menakutkan musuh sebagaimana mafhum ayat di atas.
Sesungguhnya, dunia ini tidak akan sesekali aman apabila negara adidaya seperti Amerika yang berlagak selaku polis dunia, yang terbukti kegilaannya dalam melancarkan perang dan memusnahkan, merosak, membunuh nyawa yang tidak berdosa, melainkan seluruh manusia memberikan sokongan kepada kemunculan sebuah negara adidaya yang baru, yang akan mengamankan dunia ini dengan aturan yang diturunkan dari Pencipta Yang Maha Penyayang....
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima [An Nasr 1-3]
Selamatkan dunia dengan KHILAFAH~!!!!
Tuesday, July 9, 2013
Who are you to teach Muslims how to treat our women?
Isu wartawan asing dirogol di Tahrir Square, bila membaca komen, komen golongan kafir yang anti Islam, bermacam tuduhan tohmahan dilemparkan ke atas kaum muslimin secara keseluruhannya. Ada yang kata "All Muslims are animals", "Islam is barbaric", Tidak kurang pula yang menyatakan "In Islam, rape victims will stoned to death" atau "Islam is full of lies and victimize woman..." And so on, so on... boleh klik dan tengok sendiri ruangan komen di pelbagai web dalam alam cyber ni...
OK, setakat nak menuduh, bagi komen bodoh, semua orang boleh buat. Let's discuss with fact, bagaimana ideology secular "melindungi" wanita...
1. Dari prinsip kebebasan individu, kebebasan berpakaian merupakan salah satu cirinya. Tetapi, wanita muslim didenda hanya kerana memakai hijab dan menutup aurat sedangkan wanita dibayar untuk berbogel..... Kebebasan hypocrite!!!!
2. Idea kesama rataan gender. Dalam tentera Amerika (sebagai contoh), terlalu banyak kes pencabulan ke atas anggota dan pegawai tentera wanita. Malah dalam markas operasi, anggota US Marine terpaksa berteman dengan wanita lain untuk ke tandas di malam hari, kerana bimbang dirogol walaupun mereka di dalam markas tentera (which suppose to be safe enough).
3. Dengan purata 200 000 kes rogol setiap tahun, atau setiap 2 minit akan berlaku satu kes serangan sexual, Barat cuba mengajar kaum muslimin how to treat women?
4. Kesempitan hidup memaksa wanita dalam dunia sekular kapitalis keluar bekerja, meninggalkan anak-anak tanpa asuhan yang sewajarnya. Ia kemudian membarah sehingga anak-anak liar menjadi penyakit dalam masyarakat. Pelajar college di Barat lebih mengutamakan rakan dari keluarga bahkan kita lihat sendiri dari kaca TV bagaimana mereka mempromosikan budaya hedonism (gila hiburan) yang menjadikan anak-anak muda mereka mabuk dengan glamour dan hiburan... Ibu? Ayah? Kena kerja cari duit...
5. Tentera penceroboh di Iraq, Afghan dan perlaku mereka di kem-kem tahanan rahsia terhadap wanita. Mereka merogol mencabul, menyeksa, membunuh malah ada pula yang memfilemkan aksi terkutuk mereka untuk memalukan kaum muslimin dan menakut-nakutkan kaum keluarga mangsa. Perilaku mereka tidak mampu kita temukan walau di dalam kandang binatang buas sekalipun!!! Mereka lebih binatang dari segala binatang!!!!
6. Kita tinjau sejarah, siapa yang melanyak aborigine di Australia, North America dan kepulauan Hawaii. Segala pembantaian dan tentu sekali kes pemerkosaan wanita yang tidak terhitung banyakknya. Sekali lagi, who are you to teach Muslims how to treat our women?
Sunday, June 30, 2013
SETELAH MATI, APAKAH ISTERI AKAN BERSAMA ARWAH SUAMI?
Persoalan ini sangat banyak ditanyakan kepada aku, selama ini. Antara yang paling kerap bertanya kepadaku ialah Ibuku sendiri, yang merindui arwah Abah yang telah kembali ke rahmatullah 4 tahun lalu setelah berkahwin selama lebih 30 tahun. Aku faham, Ibuku sangat rindu kepada arwah Abah, begitu juga kami semua sebagai anak-anak.
Dari pengkajian dan pertanyaan aku dengan para guru aku (yang memberi pelbagai jenis pandangan) aku simpulkan kat sini untuk dikongsi bersama:
![]() |
| Gambar Allahyarhamah Nike Ardilla |
1. Di Syurga, manusia punyai jodoh yang tersendiri untuk mereka.
“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)
*Imam Nawawi memasukkan hadis ini ke dalam kitabnya yang masyhur, Riyadussaleheen.
2. Di Syurga, para Isteri akan bersama dengan suaminya yang terakhir dikahwini.
"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". (H.R Al-Albani dan At Tabrani)
3. Di Syurga, para Isteri akan bersama dengan suami yang paling dicintainya semasa didunia:
Wahai Rasulullah saw., bagaimana pendapatmu tentang seorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu menyusul (amal shaleh) mereka?” Maka Rasulullah saw. bersabda, “Seseorang akan bersama orang yang dicintainya.” [HR Bukhari dan Muslim]
Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak.
(dikeluarkan Thabarani dalam almu’jam al-kabir (23/367),dan dalam al-ausath (3/279)
Hadis ni dikuatkan lagi dengan ayat umum dari Al Quran:
“di dalamnya (surga) apa saja yang disenangi oleh jiwa.”
(QS.Az-Zukhruf: 71)
Maka, aku memilih untuk beriktiqad dengan pandangan ke tiga. Lagipun, sesungguhnya syurga Allah itu adalah sebaik-baik tempat kembali.
Moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga Allah. Untuk itu, sama-samalah kita jadi hamba Allah yang taat
Sunday, June 23, 2013
Syiekh Atha Khalil Bin Ahmad Abdul Qadir Al-Khatib Abu Ar Rasytah
Pada tanggal 11 Safar 1424H bersamaan 13 April 2003, ketua Dewan Mazhalim Hizb Tahrir telah mengumumkan pemilihan Alim al-Usul (Ahli Usul Fiq) Atha Abu Ar Rasytah (Abu Yasin) sebagai Amir (ketua) Hizb Tahrir yang ketiga. Melalui kepimpinannya, diharapkan dapat membawa Hizb Tahrir untuk meraih pertolongan Allah SWT. Hal itu kerana beliau memiliki perhatian yang luar biasa terhadap dakwah. Beliau juga melakukan pengurusan yang baik dalam aktiviti dakwah serta memanfaatkan potensi para syabab (pemuda-pemudi) Hizb Tahrir dengan semaksimum mungkin.
Nama penuh Amir Hizb Tahri yang ketiga ini ialah: Atha Khalil Bin Ahmad Abdul Qadir Al-Khatib Abu Ar Rasytah. Menurut informasi yang paling kuat, beliau dilahirkan pada tahun 1362H atau 1943M. Beliau berasal dari keluarga yang menitik-beratkan ilmu agama seperti masyarakat umum yang lain. Beliau dilahirkan di kampung kecil Ra'na yang termasuk di dalam wilayah al-Khalil, Palestine. Ketika masih kecil, beliau menyaksikan dan merasakan bencana ke atas Palestine serta penaklukan Yahudi ke atas tanah suci itu pada tahun 1948M, yang terjadi hasil dari dokongan British serta pengkhianatan para penguasa kaum muslimin di negara Arab. Kemudian beliau dan ahli keluarganya berpindah ke kem penempatan berdekatan al-Khalil.
PENDIDIKAN DAN BIDANG ILMU
Beliau menghabiskan pendidikan awal dan menengah di kem penempatan. Kemudian menyambung ijazah Tanawiyah al-Ula (menurut status Jordan) dari madrasah al-Husain Bin Ali ats-Tsanawiyah di al -Khalil pada 1959M. Seterusnya beliau memperoleh ijazah ats-Tsanawiyah al-Amah (menurut pendidikan Mesir) pada tahun 1960M di Madrash al-Ibrahimiyah di al-Quds asy-Syarif. Setelah itu beliau menyambung pengajian di Universiti Cairo, pada 1960-1961 dalam bidang kejuruteraan. Beliau memperoleh ijazah pada tahun 1966 dalam bidang kejuruteraan Civil pada 1966M. Setelah lulus dari Cairo, beliau bekerja sebagai jurutera di beberapa negara arab. Beliau memiliki karya dalam bidang kejuruteraan sicil iaitu "Al-Wasith fi Hisab al-Kamiyat wa Muraqabah al-Mabani wa ath-Thuruq (method pengiraan kuantitatif dan kawalan bangunan dan jalan).
Beliau bergabung dengan Hizb Tahrir semasa pendidikan menengah sekitar pertengahan tahun 1950-an. Dalam perjalanan di Jalan Allah, beliau pernah dipenjara beberapa kali di penjara-penjara para penguasa zalim seperti di Saudi, Libya, Iraq dan Jordan. Beliau terus menjadi pengembang dakwah dalam Hizb Tahrir dalam seluruh tingkatan administrasi dan organisasi iaitu sebagai daris, anggota, musrif, naqib mahaliah, anggota wilayah, mu'tamad, jurucakap rasmi dan anggota maktab al-Amir. Sejak 11 Safar 1424H bersamaan 13 April 2003M, dengan izin Allah, beliau terpilih untuk memikul tampuk kepimpinan Hizb Tahrir. Beliau sentiasa memohon kepada Allah agar diberi pertolongan kepadanya untuk mengembang amanah yang besar ini.
PENULISAN DAN KARYA
1. Tafsir surah al Baqarah dengan judul At-Taysir fi Usul at-Tafsir: (Pokok-pokok tafsir praktis surah Al Baqarah)
2. Kajian dalam Usul Fiq berjudul Taysir al-Wusul ila al-Usul (Cara mudah menguasai Usul Fiq)
3. Sejumlah buku kecil:
a. Al-Azmat al-Iqtisadiyah: Waqi'uha wa Mu'alajatuha min Wijhah Nazri al-Islam (Krisis Ekonomi: realiti dan Penyelesaiannya menurut pandangan Islam)
b. Al-Ghazwah as-Salibiyah al-Jadidah fi al-Jazirah wa al-Khalij (Perang Salib baru di Jazirah Arab dan Teluk)
c. Siyasah at-Tashni' wa Bina ad-Daulah Sina'iyan (Politik Industrialisasi dan Pembangunan Negara Industri)
Hizb Tahrir semasa kepimpinannya (hingga sekarang), juga telah mengeluarkan sejumlah buku:
1. Min Muqawimat an-Nafsiah al Islamiah (Pilar-pilar pengukuh nafsiah Islamiah)
2. Qadhaya Siyasah Bilad al-Muslimin al-Muthallah (Masalah masalah politik negeri kaum muslim yang terjajah)
3. Revisi dan perluasan atas buku Mafahim Siyasiyah li Hizb Tahrir Konsep-konseo politik Hizb Tahrir)
4. Usus at-Ta'lim al-Manhaji fi Daulah al-Khilafah (Asas-asas program pendidikan dalam dawlah Khilafah)
5. Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Negara Khilafah dari sudut Pemerintahan dan Administrasi).
6. Revisi dan penyempurnaan kitab Muqaddimah ad-Dustur (Pengenalan Perlembagaan).
Rujukan: Artikel keluaran Hizb Tahrir Malaysia dan diedar ke seluruh Malaysia (2013)
Monday, June 10, 2013
As Long As We Have Allah's Blessing, We Have Everything!!!!
Antara propaganda Amerika yang paling tak masuk akal ialah apabila mereka mendakwa, memiliki keupayaan senjata nuklear sehingga mampu memusnahkan planet bumi ini sebanyak 6 kali, juga di pihak Soviet yang mendakwa mampu menghancurkan planet ini sebanyak 2 kali..... Teori keabadian tenaga, tidak mungkin ada daya tenaga sekuat itu within planet ini melainkan planet ini akan menjadi tidak stabil dan musnah dalam masa yang singkat disebabkan tenaga yang tersimpan dalam plutonium atau uranium yang menjadi sumber kekuatan senjata nuklear. Memang benar, senjata nuklear mampu menghasilkan kemusnahan yang amat dahsyat tetapi ia tidak seperti yang didakwa oleh Amerika itu. Lagipun, kalau planet ni musnah, takkan Amerika nak bina planet baru untuk rakyatnya??? Orang bodoh saja percaya omongan karut macam tu!!!
Dari satu sisi yang lain, kaum muslimin menguasai lebih 60% sumber tenaga dunia, iaitu minyak dan gas. Kaum muslimin menguasai hampir ke semua laluan strategik selat-selat perdagangan. Kaum muslimin mempunyai kadar pertumbuhan polpulasi yang sangat besar berbanding kebanyakan negara Barat yang materialistik dan menguncup kadar pertumbuhan populasinya, apalagi dengan kadar kelahiran anak luar nikah yang luar biasa ramainya..... Kaum muslimin juga menguasai pengeluaran makanan yang melebihi 55% dari pengeluaran dunia dan menjadi pengeksoport makanan yang sangat penting berbanding negara industri barat yang terpaksa mengimport makanan untuk menampung keperluan rakyat mereka sendiri. Alangkah bangang nya kalau mereka nak musnahkan sumber makanan sendiri yang akhirnya meninggalkan rakyat sendiri kebuluran kan?
Yang paling utama, paling penting ialah... Kekuatan IDEOLOGY kaum muslimin ialah dari Quran, dari kalamullah!!! Dari Sang Pencipta yang Maha Bijaksana, yang mengetahui seluruh rentang peristiwa yang tersurat dan tersirat. Kekuatan ideology ini sahaja satu-satunya jalan keluar bagi segala masalah dan krisis masyarakat yang melanda masyarakat dunia terutama di Barat. Kalau dahulu mereka mempopularkan "free sex". Hari ini mereka cuba reverse dengan menggalakkan perkahwinan. Ada slogan "Get married, stay married" yang semakin berkumandang di Barat setelah mereka menyedari, kehidupan yang mereka katakan sebagai "free" itu sebenarnya tidak lebih dari kemusnahan, kehinaan dan kehancuran.... Lalu, sungguh tidak masuk akal bagi kaum muslimin yang di kurniakan Al Quran berpaling dari panduan yang agung ini untuk mengambil konsep hidup Barat yang rosak???
Kekuatan senjata nuklear, kecanggihan pesawat stealth, kehebatan sub-marine dan frigates, Persenjataan elektronik dan senjata EMP, Satellite guided ballistic, Mother of All Bombs, Napalm Bomb, Senjata-senjata kimia, senjata biologi.... semua itu tidak setanding dengan ALLAH!!! Selama mana kita berjuang dengan disisi kita adanya keredhaan Allah, maka, senjata-senjata pembunuh itu tak lebih dari kekuatan seekor nyamuk kekenyangan.
“Sesungguhnya Allah telah menolong kalian di medan peperangan yang banyak dan juga pada hari peperangan Hunain, iaitu di waktu kalian menjadi congkak kerana ramainya jumlah kalian. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepada kalian sedikit pun dan bumi yang luas itu terasa sempit oleh kalian, kemudian kalian lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kalian tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir” [TMQ at-Taubah (9):25-26].
Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar” [TQM al-Baqarah (2):249].
“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dengan pelbagai cubaan. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah datangnya pertolongan ALLAh?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAh itu sangat dekat.” – al Baqarah : 214
Tidakkah kita semua yakin dengan pertolongan Allah sehingga memilih untuk menjadi pengecut dan bacul?????
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)