Sunday, September 8, 2013

Dajal akan muncul dari Iran?

Haji Said Haji Ibrahim, Mantan Mufti Sabah ada mengongsikan beberapa hadis yang berkait dengan kemunculan Al Masih Dajjal di akhir zaman dalam kitabnya, bertajuk Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mari kita semak beberapa hadis berikut:
Dari Fatimah binti Qais bahwa beliau pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ
“Tidaklah dia (Dajjal) di laut syam, atau laut Yaman, tidak. Tetapi dari arah Timur. Dia dari arah Timur, dia dari arah Timur..” dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah Timur. (HR. Muslim no. 2942).
Dari Abu Bakr as-Sidiq radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ

“Dajjal akan keluar dari daerah Yahudiyah Asbahan. Dia bersama 70 ribu orang Yahudi.” (HR. Ahmad)
Asbahan: Sering juga disebut Isfahan. Termasuk wilayah Iran. 340 km di Selatan Teheran. Ketika Bukhtanshar menyerang Baitul Maqdis dan menjadikan penduduknya sebagai tawanan, bersama orang Yahudi. Kemudian mereka ditempatkan di Isfahan. Akhirnya wilayah tersebut dinamakan kampung Yahudiyah. Ibu kota Isfahan saat ini adalah Yahudiyah (Mu’jam al-Buldan, 1:208).
Hanya saja, fenomena kehadiran Dajjal mulai semarak di kalangan umat manusia, setelah dia berada di daerah antara Irak dan Syam (kawasan 4 negara: Syiria, Palestine, Libanon, dan Jordan).
Dari Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إنه خارج خلة بين الشأم والعراق، فعاث يمينا وعاث شمالا، يا عباد الله فاثبتوا
“Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerusakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” (HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).
Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan:
فيكون بدء ظهوره من أصبهان من حارة منها يقال لها اليهودية وينصره من أهلها سبعون ألف يهودي
“Pertama mulai munculnya Dajjal di Isfahan, tepatnya di dataran berbatuan, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang yahudi dari penduduk Isfahan.” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, Hal. 59).


Wednesday, August 14, 2013

Pemecah Rusuhan (Riot Control)




Terdapat banyak jenis riot control system yang digunakan oleh negara-negara di dunia. Di Malaysia, Pasukan Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit) adalah salah satu dari pasukan di bawah Jabatan KDNKA (Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam) merupakan unit yang sentiasa di tugaskan dalam mengawal dan mengatasi rusuhan di negara ini. Namun, sangat jarang di kalangan orang awam bahkan anggota keselamatan sendiri mengetahui satu lagi riot control system di Malaysia, iaitu "kawad POPO" (aku tak pasti ia acronym untuk apa) atau dalam bahasa mudahnya, kawad pemecah rusuhan Tentera Darat.

Basic procedure kawad ini ialah bermula dengan transition dengan unut FRU dari PDRM dari lapangan (kawasan rusuhan) yang mana anggapan pada masa itu, situasi sudah sangat tidak terkawal dan nonlethal weapons semacam water canon, tear gas, pepper spray, ADS (Active Denial System) atau belantan sudah tidak lagi mampu mengawal rusahan yang bertukar ganas. (Doa aku moga tidak akan berlaku fasa sebegini di Malaysia, dan di mana-mana negara pun)....

Bila pasukan penembak dari tentera bersiap dalam 2 barisan. Banner dalam pelbagai bahasa dan seruan dalam pelbagai bahasa, in case di Malaysia, akan direntang banner berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin dan seruan juga dilakukan dalam semua bahasa utama yang memungkinkan semua peserta rusuhan memahami amaran yang disampaikan.

Pasukan penembak sebenarnya hanyalah self defend bagi military personnel dan barisan paramedic, doktor dan Pegawai Penyiasat PDRM yang berada di belakang defensive line tadi . Biasanya hanya satu atau dua penembak sebenar berada dalam barisan pasukan penembak, yang akan menyasarkan "kepala rusuhan" dan sasarannya seboleh-bolehnya bukanlah tembakan membunuh, tetapi tembakan ke arah kaki atau tangan yang difikirkan sesuai untuk menakutkan perusuh dan seterusnya meleraikan rusuhan.

Setelah amaran diberi, secara tulisan di kain rentang dan pembesar suara, maka tembakan dilepaskan. Dan, setelah perusuh bersurai, maka pasukan paramedic yang ditugaskan dan Pegawai Penyiasat akan segera mendapatkan mangsa untuk rawatan dan diambil maklumat siasatan.

Itu serba ringkas tentang kawad pemecah rusuhan yang aku pelajari dari Tentera Darat Malaysia. Itu jugalah yang digunakan di kebanyakan negara Komanwel.

Apa yang berlaku di Mesir dan Syiria adalah langsung tidak mematuhi sebarang procedure memecahkan rusuhan di dunia dan sesungguhnya paa penguasa kaum muslimin itu kadangkala jauh lebih kejam, ganas dan keji dari penguasa kafir yang sememangnya memusuhi kaum muslimin....

Wahai tentera kaum muslimin... Takutlah Allah. Sesungguhnya panglima kalian yang hina bersama tuannya akan dicampak ke neraka dan adalah malang untuk kalian turut serta dengan mereka.....



“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” [TMQ Ibrahim (14):21].


Di dalam ayat lain, Allah Azza Wa Jalla menerangkan, 


“...Dan seandainya orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat) bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaNya (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) (iaitu) ketika orang-orang yang diikuti (ketua-ketua) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat azab dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali, dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut, ‘Seandainya kami dapat kembali (ke dunia) pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami (pada hari ini)’. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi penyesalan bagi mereka, dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari (azab) neraka” [TMQ al-Baqarah (2):165-167]. 

Begitulah nasib orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, baik pengikut mahupun orang yang diikut! Mereka melakukan kezaliman dengan memaksiati Allah seolah-olah mereka tidak yakin dengan hari pertemuan mereka denganNya. Mereka menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Allah dengan mengikuti ketua-ketua mereka yang zalim itu. Walhal sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan melepaskan kedua-dua mereka sedikit pun dari azabNya. Siapa sahaja ketua yang memerintah kepada kemaksiatan dan siapa sahaja pengikut yang taat secara membabi buta kepada ketuanya itu, maka kedua-dua pihak tidak akan terlepas dari neraka Allah. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjiNya.

Monday, August 5, 2013

HIDUP DI BAWAH KEKUASAAN DIKTATOR

Sewaktu berada di Cairo air port beberapa tahun yang lalu, aku bertemu dengan sepasang suami isteri, pelajar jurusan agama di Al Azhar. Si Isterinya sarat mengandung (anak sulung), balik ke Malaysia untuk bersalin. Kalau diikutkan airlines regulation, dia sudah tidak dibenarkan menaiki pesawat, namun setelah bernegosiasi panjang lebar dengan makcik-makcik arab penjaga kaunter, akhirnya dibenarkan juga....

Si Suami tercari-cari kalau-kalau ada orang Malaysia yang akan balik dalam pesawat yang sama ketika itu. Rupanya hanya aku dan isterinya sahaja orang Malaysia yang menaiki pesawat malam tu. Aku memilih menaiki penerbangan Egypt Air, memandangkan ia paling cepat tanpa transit.

Ustaz tu, kalau tak salah, Abdul Rahman namanya... Pelajar tahun 3 Usuluddin datang kepadaku, dan berpesan supaya check in bersama dengan isterinya. Luggage isterinya tersangat besar yang tak mungkin dia mampu angkat sendiri dengan keadaan sarat mengandung tu. Isterinya terlebih dahulu menamatkan pengajian, dan itu perjalanan balik setelah tamat belajar.

Isterinya tidak bercakap sepatahpun dengan aku. Isteriku yang melambai-lambai dari balai berlepas hanya senyum. (Nasib baik bini aku sporting, dia faham suaminya cuma menolong insan yang memerlukan  ). Sepanjang menunggu sehingga naik pesawat, si ibu tu yang memegang senaskah Al Quran dan mengaji.

Duduk di sebelah aku dalam pesawat, dia hanya membuka mulut setelah lebih 3/4 jam penerbangan, dan akhirnya dia bercerita satu cerita yang agak mengejutkan aku. Katanya, suaminya baru beberapa hari keluar dari penjara!!!!

Diceritakan, satu hari, sedang dia memasak di dapur, suaminya yang berada di ruang tamu tiba-tiba "hilang" tanpa menutup pintu. Sangkaannya mungkin ada urusan urgent, tetapi sehingga malam suaminya tak kunjung pulang. Hari berganti hari, sehingga berminggu-minggu tiada sebarang khabar berita dari suaminya.... Segala usaha dibuat, menghubungi rakan-rakan, universiti dan kedutaan... Akhirnya, dengan usaha beberapa rakan arab (anggota Ikhwanulmuslimin) , mereka dapati suaminya dipenjarakan kerana disyaki menyertai gerakan menentang kerajaan (Hosni Mubarak semasa itu).

Di bendekkan cerita, setelah hampir sebulan barulah suaminya berjaya dibebaskan. Bayangkan suaminya diculik begitu saja oleh pihak AMNU DAWLAH, pihak perisikan Mesir, tanpa sebarang khabaran. Tidak sedikit yang terus lenyap selama-lamanya tanpa sebarang berita....

Begitulah sekelumit kisah benar yang berlaku di bawah pemerintahan regim diktator. Then, tidaklah sesuatu yang pelik jika limit kesabaran rakyat sampai ke kemuncak lalu mereka bangkit menumbangkan pemerintah mereka yang zalim. 



Aku masih tersangat hairan bila masih ada di kalangan orang yang mengaku Islam, untuk memilih terjun ke neraka bersama para penzalim itu...

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." Hud [11:113]

Kalau setakat berangan nak jadi daie dengan mendapat info dari pelbagai sumber yang tersangat rapuh dan boleh dipertikai, dengan kesimpulan dari akal paranoid separuh gila..... Aku nasihatkan... sudah-sudahlah...

Di alam real, dunia dakwah ini tidak sebegitu "friendly"... Ia sentiasa menuntut pengorbanan yang tidak pernah sedikit....

Thursday, August 1, 2013

GUGURNYA SAAD BIN MUAZ, SEORANG PENGANTIN BARU

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.

Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.

Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”.

Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”.

Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.
Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut.

Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.

Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.

Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Diceritakan dalam sesetengah riwayat, setelah selesai perang Badar, kaum muslimin tercari-cari jenazah Saad Bin Muaz, dan mereka tidak menjumpainya. Kemudian, mereka mengadukan perkara itu kepada Rasulullah saw. Tiba-tiba Rasulullah mengalihkan pandangan baginda kearah sebuah bukit, lalu baginda tersenyum. Kemudian tiba-tiba banginda memalingkan muka dengan cepat.

Para sahabat bertanya, kenapa Ya Rasulullah? Baginda menjawab (yang bermaksud) , " Aku lihat para bidadari menyambut ruh Saad sedangkan seperti waktu hidupnya, Saad itu pemalu. Dia melarikan diri apabila para bidadari menghampirinya. Bidadari mengejarnya sehingga ada yang terselak. Lalu aku berpaling..."

Begitulah serba ringkas sirah mengenai seorang sahabat Rasulullah saw yang berkulit hitam dan begitu tinggi keimanannya.....

Moga bersama beroleh pengajaran

Wednesday, July 17, 2013

KENAPA AKU KAGUM DENGAN PEMIKIRAN AL IMAM ABU IBRAHIM SYIEKH TAQIYUDDIN AN NABHANI RAHUMAHULLAH, PENGASAS HIZB TAHRIR



Let me share a little bit about myself, antara sebab utama aku sangat menyanjung pemikiran Syiekh Taqiyuddin An Nabhani yang sememangnya tinggi berbanding rata-rata kaum muslimin yang terkebelakang setelah era penjajahan yang panjang dan serangan pemikiran yang membukam segenap ruang kehidupan mereka.

Aku perhatikan realiti yang rosak. Aku sendiri hidup di tengah segala kerosakan itu. Aku tercari-cari apa penyelesaiannya. Aku selalu dapat markah A dalam karangan-karangan Bahasa Melayu sama ada masa PMR atau SPM dahulu bila tajuk karanganya bertajuk.... 

1. Gejala ponteng sekolah. Bincangkan penyelesaiannya.
2. Budaya hedonism yang menular di tengah masyarakat, bagaimana penyelesaiannya
3. Bagaimana membentuk masyarakat yang mementingkan kebersihan

dan lain-lain.... Tetapi karangan aku yang berjela-jela itu sesungguhnya masih tidak mampu memberi penyelesaian konkrit kepada semua masalah yang diperbincangkan.

Bila memasuki alam campus, aku perhatikan bagaimana rosaknya masyarakat dengan pelbagai penyakit sosial. Aku perhatikan pula antara kerosakan yang besar:

1. Sistem ekonomi yang menghimpit. Yuran pengajian semakin mahal, kos hidup semakin tinggi.

2. Perang berlaku. Afghanistan diserang, Iraq Palestine dibantai teruk. OIC dan UN hanya berlakon dengan drama dan skrip yang sama. Tanpa penyelesaian, tanpa kesudahan.

3. Rasuah dan ketirisan yang bermaharajalela. Bahkan di dalam kampus pun banyak projek-projek yang luar biasa mahalnya. Aku diberitahu, untuk menukar sebuah pintu pagar kolej kediaman yang sebenarnya tidak rosak pun mencecah puluhan ribu. 

4. Gejala sosial... buang bayi, sex bebas, pesta arak.... Anak-anak muda berbangga pula dengan menjadi skinhead, punk dan black metal... 

dan lain-lain.... Tanpa aku temui pemecahan bagi permasalahan yang disebutkan....

Maka, dari interaksi aku dengan para syabab Hizb Tahrir, aku yang pada mulanya memang menyampah, meluat, bosan bila mereka selalu kata.... solutionnya hanyalah MENDIRIKAN KHILAFAH. Penyelesaiannya mendirikan KHILAFAH. Pilihan yang ada hanyalah mendirikan KHILAFAH. 

KHILAFAH, KHILAFAH, KHILAFAH!!!! HUH!!!! BOSAN!!!

Aku mengambil masa sendiri, merenung, mengkaji satu frasa yang selalu diulang sebut... 

"PERMASALAHAN UTAMA KAUM MUSLIMIN IALAH TIDAK DILAKSANAKAN ISLAM DI TENGAH KEHIDUPAN"

... diikuti dengan... 

"ISLAM TIDAK AKAN DAPAT DITERAPKAN SEBAGAI SISTEM YANG LENGKAP KECUALI DENGAN ADANYA KHILAFAH".
Apabila aku rangkumkan keduanya, ternyata itulah jawapan yang aku tercari-cari selama ini. Iya, semua permasalahan, kerosakan yang berlaku adalah akibat dari Islam ditinggalkan dari menjadi sebuah aturan hidup. Seluruh aturan dalam Islam dilaksanakan dengan lengkap hanya dengan adanya institusi yang melaksanakannya iaitu KHILAFAH!!!!

Maka terjawab sudah persoalan besar dalam kepala aku oleh seorang Imam yang sebelum ni namanya langsung aku tak pernah dengar.....

Semoga Allah merahmatinya dan para pejuang Islam yang lain....

Thursday, July 11, 2013

BICARA STRATEGIK: Caliphate and Nuclear warfare



Pentagon telah menerbitkan dokumen bertarikh 15 March 2005 dengan tajuk ‘Doctrine for Joint Nuclear Operations’ yang juga merupakan revisi terhadap dokumen yang sama yang pernah diterbitkan pada tahun 1995. Tambahan penting yang wajar diberi perhatian di dalam dokumen versi baru ini adalah perubahan sikap Amerika terhadap polisi penggunaan senjata nuklearnya. Dokumen ini memberikan kebenaran kepada Amerika untuk memulakan serangan nuklear (preemptive strike) ke atas musuh-musuhnya, samada dalam bentuk negara atau bukan negara, dengan alasan untuk mengelakkan mereka (musuh-musuh AS) dari menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (SPBB) ke atas Amerika. (AFP)

Doktrin ini mengimbau kembali ingatan kita kepada langkah AS ketika menyerang Jepun pada tahun 1945. Ketika itu, Amerika memberikan dua justifikasi untuk menyerang Jepun dengan bom atom. Pertama, serangan terus ke atas tanah Jepun akan menyebabkan korban jiwa yang banyak seperti di dalam Perang Iwo Jima dan Okinawa. Kedua, satu penamat perang yang segera diperlukan kerana tentera Jepun tidak bersedia untuk menyerah kalah. Namun hakikatnya, setelah Jerman menyerah kalah dalam bulan Mei 1945, sangat jelas di mata dunia bahawa Jepun yang pada masa itu telah pun terlalu lemah akan turut menyerah kalah. Jabatan Luar Negara Jepun telah pun secara rasmi memaklumkan kepada Rusia pada 13hb Mei 1945 keinginan mereka untuk berdamai dengan pihak sekutu. Perisikan Amerika mengetahui rancangan diplomatik ini namun Projek Manhattan tetap diteruskan juga. Mereka bimbang Jepun akan menyerah kalah sebelum bom tersebut boleh digunakan. Dua kota di Jepun yang dipilih itu dibiarkan tanpa sebarang pengeboman ke atasnya untuk dijadikan sebagai sasaran ujian - dan inilah perkataan yang digunakan oleh Presiden Truman dan Major Groves yang pada masa itu mengetuai Projek Manhattan. Presiden Truman mengatakan, “Dunia akan melihat bahawa bom atom pertama dijatuhkan di Hiroshima, sebuah pangkalan tentera. Ini adalah kerana kami ingin mengurangkan kadar kematian di dalam serangan pertama ini”. Beliau juga berkata dalam tahun 1945, “Kami telah membelanjakan USD2 bilion di dalam sebuah pertaruhan saintifik yang paling besar dalam sejarah - dan telah menang”. Apa yang dicapai oleh Amerika adalah satu demonstrasi kuasa baru – kuasa yang telah membunuh lebih 200,000 orang sebagai harga yang ‘wajar’ dibayar untuk sebuah ‘eksperimen’.

Begitulah juga keadaannya ketika mereka menyerang Iraq. Dalam rangka untuk membenarkan tindakan mereka melancarkan Perang Teluk pada 26 Ogos 2002, Dick Cheney menyebut di Konvensyen Kebangsaan Veteran Perang Luar Negara, “tidak ada keraguan lagi bahawa Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.” Kemudian pada bulan September, Presiden Bush dengan tegas mengatakan kepada persidangan umum PBB, “..sekarang ini Iraq sedang mengembangkan kelengkapan yang akan digunakan untuk membuat senjata biologi” dan dalam ucapan kepada negaranya pada Januari 2003 beliau sekali lagi mendakwa, “..pegawai perisikan kita menganggarkan bahawa Saddam Hussein mempunyai bahan-bahan untuk membuat sebanyak 500 tan sarin, mustard dan agen saraf VX”. Sebaliknya pada bulan Mei 2003 setelah puas mencarinya, Leftenan Jeneral James Conway, pegawai tertinggi marin AS di Iraq berkata “Sangat menghairankan kepada saya – dan ia kekal menjadi kejutan kepada saya - bahawa kita tidak menjumpai senjata, seperti yang anda katakan. Percaya atau tidak, kita telah mencari di setiap pusat bekalan antara sempadan Kuwait dan Baghdad, namun kami tidak menemui apa-apapun”.

Seluruh manusia, sama ada muslim atau non muslim memahami, akibat yang tersangat buruk dari nuclear warfare bahkan tidak sedikit bantahan terhadap "polisi Cow Boy" Amerika ini berlaku dari dalam Amerika sendiri. Apalagi setelah imej pentadbiran White House berulang kali dicalarkan setelah ternyata dakwaan WMD yang dimiliki Iraq itu hanya satu pembohongan besar yang tidak mampu ditutup dengan apa-apa cara lagi.

Islam, sebagai sebuah ad deen (cara hidup) yang lengkap memberikan panduan yang sangat berguna dalam berhadapan dengan situasi ancaman berskala massa seperti ini;

“ Bersiap sedialah kamu menghadapi mereka dengan kekuatan dan tambatan kuda yang dengannya kamu akan dapat menakutkan musuh Allah dan musuh kamu …” [TMQ Al-Anfaal:60].

Adalah HARAM bagi kaum muslimin menyerang melancarkan serangan nuklear secara preemptive war terhadap musuh yang mengorbankan  jutaan nyawa yang tidak berdosa sekalipun adalah merupakan KEWAJIPAN bagi sebuah dawlah Khilafah memiliki persenjataan canggih termasuklah senjata nuklear, biologi dan kimia bagi menakutkan musuh sebagaimana mafhum ayat di atas.

Sesungguhnya, dunia ini tidak akan sesekali aman apabila negara adidaya seperti Amerika yang berlagak selaku polis dunia, yang terbukti kegilaannya dalam melancarkan perang dan memusnahkan, merosak, membunuh nyawa yang tidak berdosa, melainkan seluruh manusia memberikan sokongan kepada kemunculan sebuah negara adidaya yang baru, yang akan mengamankan dunia ini dengan aturan yang diturunkan dari Pencipta Yang Maha Penyayang....

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima [An Nasr 1-3]

Selamatkan dunia dengan KHILAFAH~!!!!

Tuesday, July 9, 2013

Who are you to teach Muslims how to treat our women?

Isu wartawan asing dirogol di Tahrir Square, bila membaca komen, komen golongan kafir yang anti Islam, bermacam tuduhan tohmahan dilemparkan ke atas kaum muslimin secara keseluruhannya. 

Ada yang kata "All Muslims are animals", "Islam is barbaric", Tidak kurang pula yang menyatakan "In Islam, rape victims will stoned to death" atau "Islam is full of lies and victimize woman..." And so on, so on... boleh klik dan tengok sendiri ruangan komen di pelbagai web dalam alam cyber ni...

OK, setakat nak menuduh, bagi komen bodoh, semua orang boleh buat. Let's discuss with fact, bagaimana ideology secular "melindungi" wanita...

1. Dari prinsip kebebasan individu, kebebasan berpakaian merupakan salah satu cirinya. Tetapi, wanita muslim didenda hanya kerana memakai hijab dan menutup aurat sedangkan wanita dibayar untuk berbogel..... Kebebasan hypocrite!!!!

2. Idea kesama rataan gender. Dalam tentera Amerika (sebagai contoh), terlalu banyak kes pencabulan ke atas anggota dan pegawai tentera wanita. Malah dalam markas operasi, anggota US Marine terpaksa berteman dengan wanita lain untuk ke tandas di malam hari, kerana bimbang dirogol walaupun mereka di dalam markas tentera (which suppose to be safe enough).

3. Dengan purata 200 000 kes rogol setiap tahun, atau setiap 2 minit akan berlaku satu kes serangan sexual, Barat cuba mengajar kaum muslimin how to treat women?

4. Kesempitan hidup memaksa wanita dalam dunia sekular kapitalis keluar bekerja, meninggalkan anak-anak tanpa asuhan yang sewajarnya. Ia kemudian membarah sehingga anak-anak liar menjadi penyakit dalam masyarakat. Pelajar college di Barat lebih mengutamakan rakan dari keluarga bahkan kita lihat sendiri dari kaca TV bagaimana mereka mempromosikan budaya hedonism (gila hiburan) yang menjadikan anak-anak muda mereka mabuk dengan glamour dan hiburan... Ibu? Ayah? Kena kerja cari duit...

5. Tentera penceroboh di Iraq, Afghan dan perlaku mereka di kem-kem tahanan rahsia terhadap wanita. Mereka merogol mencabul, menyeksa, membunuh malah ada pula yang memfilemkan aksi terkutuk mereka untuk memalukan kaum muslimin dan menakut-nakutkan kaum keluarga mangsa. Perilaku mereka tidak mampu kita temukan walau di dalam kandang binatang buas sekalipun!!! Mereka lebih binatang dari segala binatang!!!!

6. Kita tinjau sejarah, siapa yang melanyak aborigine di Australia, North America dan kepulauan Hawaii. Segala pembantaian dan tentu sekali kes pemerkosaan wanita yang tidak terhitung banyakknya. Sekali lagi, who are you to teach Muslims how to treat our women?