Sunday, February 12, 2023

Keimanan dalam Islam bukan sekadar syok sendiri tetapi memang dibina dari kerangka pemikiran yang memuaskan logik. Al Quran sebagai mukjizat yang teragung, dari segi bahasa, tidak mampu didatangkan walau sepotong ayat yang sebanding dengannya sejak ribuan tahun lalu walaupun para pujangga arab cuba menciptanya.


Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri [Surah Israk ayat 88]


Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan, Muhammad yang mereka-reka Al Quran itu, katakanlah wahai Muhammad, jika demikian tuduhan kamu, maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Hud ayat 13]

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang Al Quran yang Kami turunkan iaitu Al Quran kepada hamba Kami Nabi Muhammad, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Al Baqarah ayat 23]

Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu bahkan mereka mengatakan, dialah Muhammad yang mengada-adakan Al Quran menurut rekaannya, katakanlah wahai Muhammad, kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Yunus ayat 38]

Al Quran ialah kalamullah dan seluruh intipatinya adalah kebenaran dan petunjuk.

Allah yang menciptakan seluruh realiti, dan sains, maka tidak mungkin Allah membicarakan sesuatu yang bertentangan dengan sains yang dicipta Nya, melainkan sains itu sendiri belum mampu mencerap atau mencapai rahsia dari sumber naqli.

Wednesday, December 21, 2022

 Kenyataan Presiden PAS,

"๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘‘๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘‘๐‘–๐‘Žโ„Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐‘ ๐‘Ž๐‘ก๐‘ข ๐‘˜๐‘ข๐‘š๐‘๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘ข ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘˜๐‘–๐‘ก๐‘Ž๐‘ ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ข ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž ๐ด๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘, ๐‘‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘ข๐‘—๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Ž๐‘”๐‘– ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘š๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘–๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘ข๐‘›๐‘‘๐‘–. ๐ด๐‘™๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘‘๐‘’๐‘š๐‘œ๐‘˜๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐ต๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐ผ๐‘ ๐‘™๐‘Ž๐‘š, ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ก๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘˜ ๐‘‘๐‘–๐‘‘๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘– ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ง๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐‘…๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘™๐‘ข๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘†๐ด๐‘Š. ๐ป๐‘ข๐‘—๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘’๐‘š๐‘–๐‘˜๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž, ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘”๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘Ž ๐‘Ž๐‘”๐‘Ž๐‘š๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘’๐‘ ๐‘œ๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ ๐‘–๐‘“๐‘Ž๐‘ก ๐‘Ž๐‘—๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘› ๐ผ๐‘ ๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘๐‘ข๐‘Ÿ๐‘›๐‘Ž ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘ข ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘ง๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘ก ๐‘๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘”๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘™ ๐‘˜โ„Ž๐‘ข๐‘ ๐‘ข๐‘ ๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐‘…๐ด.
๐‘†๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘—๐‘ข๐‘”๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘ ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘˜๐‘Ž ๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž ๐‘˜๐‘Ž๐‘š๐‘ข ๐‘š๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘– ๐‘ฃ๐‘–๐‘ ๐‘Ž โ„Ž๐‘Ž๐‘—๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘š๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘”๐‘ข๐‘›๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘๐‘œ๐‘Ÿ๐‘ก ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ง๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘›๐‘– ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘› ๐ต๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก, ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘˜ ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘›๐‘”๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘› โ„Ž๐‘Ž๐‘—๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘ข๐‘š๐‘Ÿ๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘–๐‘Ž๐‘”๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ž๐‘‘๐‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘› ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘– ๐‘—๐‘ข๐‘”๐‘Ž ๐‘ก๐‘–๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ง๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐‘…๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘™๐‘ข๐‘™๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘†๐ด๐‘Š. ๐‘†๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘ก๐‘Ž๐‘—๐‘‘๐‘–๐‘‘ ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘–๐‘ ๐‘™๐‘Žโ„Ž (๐‘๐‘’๐‘š๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘†๐‘–๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ ๐‘Žโ„Ž ๐‘†๐‘ฆ๐‘Ž๐‘Ÿ‘๐‘ฆ๐‘ฆ๐‘–๐‘Žโ„Ž) ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘–๐‘™๐‘Ž๐‘˜๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘—๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ง๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘ ๐‘Žโ„Ž๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘“๐‘Ž’ ๐‘Ž๐‘™-๐‘…๐‘Ž๐‘ ๐‘ฆ๐‘–๐‘‘๐‘–๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘‡๐‘Ž๐‘๐‘–‘๐‘–๐‘› ๐‘ ๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ ๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘”๐‘–๐‘˜๐‘ข๐‘ก ๐‘˜๐‘œ๐‘›๐‘ ๐‘’๐‘ ๐ผ๐‘ ๐‘™๐‘Ž๐‘š ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘˜ ๐‘–๐‘—๐‘ก๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘‘ ๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘š๐‘Ž’ ๐‘š๐‘ข๐‘˜๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘—๐‘Ž๐‘‘๐‘– ๐‘Ÿ๐‘ข๐‘—๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘›. "
------------------------------------------------------------
Berikut komen saya:
1. Saya percaya, yang dimaksudkan sebagai kumpulan pelampau itu ialah Hizbut Tahrir. Mungkin beliau lupa, puluhan tahun umat Islam di Malaysia berbalah sehingga saling mengkafirkan akibat perbezaan parti politik. Ketika itu, penyokong PAS beranggapan penyokong UMNO sebagai kafir, fasiq, munafiq. Kalau ingin menggunakan istilah pelampau, saya rasa PAS lebih melampau berdasarkan fakta ini. Narasi kafir mengkafir ni berterusan dan PAS menggunakan momentum sebegini meraih sokongan tanpa diperbetulkan kemelampauan yang tersebar. Sedangkan pihak yang dituduh melampau itu tidak pernah mengakfirkan sesiapa. Kalaupun timbul tuduhan "mengkafirkan", yang dikafirkan hanyalah sistem, bukan orangnya.
2. Mungkin beliau tak baca hujah yang diutarakan dalam buku yang diberi. Terlalu sibuk barangkali, hingga kehadiran ke parlimen pun tak mampu nak bagi komitmen walaupun diwajibkan sokong, kononnya "demi Islam".
Keharaman demokrasi pada pandangan penulis buku, Syaikh Abdul Qadim Zallum; ๐ด๐‘‘-๐ท๐‘–๐‘š๐‘ข๐‘ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘กโ„Ž๐‘–๐‘ฆ๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘–๐‘งโ„Ž๐‘Ž๐‘š ๐พ๐‘ข๐‘“๐‘Ÿ : ๐‘Œ๐‘Žโ„Ž๐‘Ÿ๐‘ข๐‘š๐‘ข ๐ด๐‘˜โ„Ž๐‘‘๐‘ง๐‘ขโ„Ž๐‘Ž ๐‘Ž๐‘ค ๐‘‡๐‘Ž๐‘กโ„Ž๐‘๐‘–๐‘ž๐‘ขโ„Ž๐‘Ž ๐‘Ž๐‘ค ๐ด๐‘‘-๐ท๐‘Ž’๐‘ค๐‘Ž๐‘ก๐‘ข ๐ผ๐‘™๐‘Ž๐‘–โ„Ž๐‘Ž (Demokrasi Sistem Kufur : Haram Mengambilnya, Menerapkannya, dan Mempropagandakannya) ini adalah berkisar tentang konsep dan idea demokrasi yang bertentangan dengan Islam. Perbahasan yang dibentangkan bersifat fundamental berdasarkan makna yang dijelaskan dan bukan sekadar konsep umum demokrasi.
3. Urusan visa, passport dan sebagainya ialah urusan administratif yang tidak ada kena mengena dengan konsep Islam. Visa tidak merosakkan aqidah tetapi pemikiran sekular merosakkan aqidah. Sama lah ketika dibandingkan mana lebih sunnah, naik unta atau naik motosikal? Ia cuma perbandingan dangkal yang tidak padan dengan kewibawaan seorang ulama untuk dituturkan.
4. Saya menerima, malah menyambut baik konsep tajdid. Pembaharuan yang membenarkan keluasan dalam persoalan fiq. Akan tetapi, perbahasan umum semata-mata tidak akan lengkap tanpa difahami secara mendalam falsafah di sebalik persoalan yang dibincangkan. Hukum berkaitan perhambaan dan ghanimah (rampasan perang) tidak pernah dan tidak akan terbatal hingga hari kiamat tetapi ia tidak lagi berlaku dalam realiti ketika ini. Sama lah dengan Khilafah, ia merupakan kesatuan ummah yang menjadikan seorang Imam sebagai Amirul Mukminin. Ia bukan satu hukum yang terbatal, sehingga harus dilupakan sebaliknya ia merupakan satu kewajipan untuk dikembalikan. Kita boleh berbeza pandangan tentang bagaimana mengembalikan Khilafah tetapi kewajipan menyatukan seluruh kaum muslimin di belakang seorang Khalifah tetap sama.
Sekadar menukilkan buah fikiran
ุตุจุฑูŠ ูŠุนู‚ูˆุจ
-ุดุจุงุจ ุญุฒุจ ุงู„ุชุญุฑูŠุฑ ุงู„ุณุงุจู‚-
Suka
Komen
Kongsi

Monday, December 5, 2022

 ๐— ๐—ข๐—ก๐—ข๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก


Media sosial dipenuhi posting mengenai monopoli kekayaan apabila Perdana Menteri DSAI mendedahkan monopoli ke atas import beras yang hanya memanfaatkan segelintir manusia untuk jadi kaya raya dengan luar biasa. Faktanya, bukan sahaja beras, malah monopoli memang berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi. Idea "pasaran bebas" tidaklah benar seperti mana teori, malah kadangkala "monopoli" secara teorinya adalah diperlukan dalam sesetengah keadaan. Contohnya, Petronas memonopoli sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor bekalan tenaga, Telekom dalam penyediaan rangkaian telefon talian darat dan lain-lain sektor yang memerlukan campur tangan kerajaan untuk diuruskan.

Dasar penswastaan yang dilakukan ketika era DSAI menjadi menteri kewangan puluhan tahun dulu yang menukar LLN (Lembaga Letrik Negara) kepada TNB dan Jabatan Telekom Malaysia kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan lain-lain "monopoli" adalah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ketika itu bagi memperkukuhkan sektor yang berkaitan serta dianggap langkah yang tepat dalam meringankan beban kewangan kerajaan. Cuma, seperti mana-mana syarikat, tujuan penubuhan syarikat ialah untuk mendapatkan keuntungan, dan ia berbeza dengan kerajaan yang menyediakan segala kemudahan dengan tujuan menguruskan urusan rakyat ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป (profit).

Di sebalik dasar penswastaan ketika itu, segelintir elit yang benar-benar mengaut kekayaan luar biasa, sedangkan majoriti rakyat yang merupakan pengguna, menanggung kenaikan kos. Inilah sifat sistem ekonomi kapitalisme yang sentiasa memberi kelebihan kepada segelintir manusia, dengan mentelantarkan sebahagian besar yang lain.

Di dalam ajaran Islam, segala keperluan strategik negara harus dikelola oleh negara, sama ada secara langsung, atau melantik pihak lain yang memiliki keupayaan secara teknikal mahupun kewangan. Tujuan utama menguruskan segala keperluan ini untuk kemaslahatan rakyat secara keseluruhan.

ุงَู„ْู…ُุณْู„ِู…ُูˆْู†َ ุดُุฑَูƒَุงุกُ ููŠ ุซู„َุงَุซٍ ูِูŠ ุงู„ْูƒَู„َุฅِ ูˆَุงู„ْู…ุงَุกِ ูˆَุงู„ู†َّุงุฑِ

๐˜’๐˜ข๐˜ถ๐˜ฎ ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ (๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต) ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ต๐˜ช๐˜จ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ช๐˜ข๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ต, ๐˜ข๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช [HR Abu Dawud dan Ahmad]

ุงَู„ْู…ُุณْู„ِู…ُูˆู†َ ุดُุฑَูƒَุงุกُ ูِูŠ ุซَู„ุงَุซٍ ูِูŠ ุงู„ْู…َุงุกِ ูˆَุงู„ْูƒَู„ุฅِ ูˆَุงู„ู†َّุงุฑِ ูˆَุซَู…ู†َู‡ُ ุญَุฑَุงู…ٌ

๐˜’๐˜ข๐˜ถ๐˜ฎ ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ต๐˜ช๐˜จ๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ญ: ๐˜ข๐˜ช๐˜ณ, ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช; ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ. [HR Ibn Majah]

Sebarang bentuk keperluan seperti jalan raya, sumber air, sumber tenaga dan lainnya tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana pihak, termasuklah kerajaan. Fungsi kerajaan ialah memastikan ianya diurus dengan baik. Perebutan ke atas keperluan ini boleh mengakibatkan sengketa dalam masyarakat.

Dalam polemik politik yang tak berkesudahan, rujuklah sumber wahyu, yang diturunkan buat sekalian manusia untuk mengatur kehidupan manusia baik sebagai individu, mahupun tatacara bernegara. Islam ialah way of life yang mengatur dari sekecil-kecil perkara seperti membasuh najis dan berpakaian, sehinggalah menguruskan negara serta menegakkan keadilan dan memakmurkan negara. Apakah ada ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฏ yang lain, dicipta oleh manusia yang lebih baik dari ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฏ ini?

Thursday, January 20, 2022

Memahami Narasi Politik

Tahap toleransi dan kerjasama rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang kaum sebenarnya cukup baik dan terbentuk secara alami setelah bergenerasi tinggal bersama. Masalah muncul apabila pihak tertentu, terutama ahli politik cuba mendapatkan political mileage secara mudah dengan menonjolkan diri sebagai hero kelompok tertentu sambil menyemarakkan permusuhan terhadap kelompok lain.


Pada skala global, kebencian yang ditanamkan terhadap Islam dan umatnya melalui stigmatization secara terkoordinasi melalui "war on Terror" sebenarnya lebih kepada motif politik berbanding motif keagamaan itu sendiri. Ini kerana, Barat dan konconya memahami Islam sebagai thariqul hayat yang tidak boleh dipisahkan dari politik. Yang dimusuhi bukanlah pada solat 5 waktu, berbuat baik kepada jiran dan ajaran-ajaran Islam itu sendiri, tetapi sebenarnya dihalakan khusus kepada ideology politik Islam yang berupaya menggugat hegemony ideology mereka.

Secara ringkas, untuk memahami pola krisis "Islam Vs Kekufuran", kita harus faham narasi yang cuba dibawa para pemain dalam gelanggang politik. Mereka sentiasa mamanfaatkan dua sifat manusia, iaitu benci dan cinta.

Kebencian itu sifatnya seperti cinta, ia boleh membutakan pertimbangan manusia terhadap fakta. Permainan sentiment yang dimainkan dengan tujuan meraih kepentingan peribadi atau puak adalah pencetus pelbagai sengketa di dunia ini.

Wednesday, May 13, 2020

Peristiwa Bulan Dibelah dan Raja Dari India

Kita semua mengetahui peristiwa Rasulullah SAW yang pernah berlaku satu ketika dahulu,Terdapat satu peristiwa hebat tercatat dalam sebuah manuskrip Hindu kuno berkaitan peristiwa bulan terbelah tersebut yang jarang kita dengar.

Manuskrip Hindu kuno itu menceritakan kisah seorang raja dari Dinasti Chera,Malabar(selatan India) bernama Raja Cheraman Perumal (nama sebenarnya Chakrawati Parmas) yang hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w

Raja ini telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah dua itu di Malabar, di waktu yg sama ketika Rasulullah SAW (yang berada di Mekah ketika itu) telah membelah bulan di hadapan golongan Quraisy sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan Baginda. Raja itu kebingungan setelah melihat peristiwa tersebut.

Kemudian, pada tahun yang sama berlakunya peristiwa bulan terbelah dua iaitu pada 617M, seorang sahabat Nabi bernama Malik Bin Dinar (ada pandangan menyatakan Malik Bin Dinar merupakan tabiin, bukannya sahabat) bersama-sama 12 orang yang lain telah datang ke India.Mereka adalah sekumpulan pedagang Muslim yang ingin berdagang ke China dan singgah sebentar di Malabar.

Berita kedatangan mereka kemudiannya telah sampai kepada Raja Cheraman yang kemudiannya telah menjemput mereka ke istana. Malik bin Dinar seterusnya telah menerangkan kepada raja tersebut mengenai Islam.

Sebelum kedatangan Islam,para pedagang Arab telah menunjukkan sikap yang buruk apabila mereka sampai di pelabuhan Kerala,India.Antara soalan yang ditanyakan kepada jemaah dakwah itu ialah;

“Bagaimana Islam boleh mengubah bangsa Arab yang kasar menjadi lemah lembut?”.

Jemaah itu pun menceritakan mengenai kebaikan yg diunjurkan agama Islam dan perihal Nabi Muhammad SAW.Kemudian,raja itu bertanya;

“Adakah terdapat bukti atau mukjizat yang boleh menunjukkan bahawa Muhammad adalah seorang Nabi?”.

Jemaah itu pun menceritakan kisah berkaitan mukjizat Nabi iaitu peristiwa bulan terbelah dua.

Maka terjawablah sudah persoalan yg bermain di minda Raja Cheraman yang selama ini dihantui kebingungan dengan fenomena bulan terbelah yang disaksikannya sebelum ini.

Dikatakan Raja Cheraman pergi untuk bertemu Rasulullah s.a.w lalu memeluk Islam dalam catatan kuno India tetapi tidak ditemukan dari pelbagai jalur riwayat yang muktabar perincian kisah ini.

Adapun bagi mengimani kerasulan Muhammad s.a.w, kita tidak memerlukan keajaiban untuk percaya, tetapi cukuplah dengan berfikir dari segala tanda yang mampu kita capai melalui pancaindera kita, serta kehebatan kesasteraan Al Quran yang tidak mampu ditandingi sejak ribuan tahun lalu.

Allahu'alam.

(NOTA: Dialog ini ada ditulis dalam Kitab Rihlat al Muluk oleh Umar bin Suhrawardi)



Sunday, May 3, 2020

Sekitar Persoalan Mengenai Bitcoin

18 May 2020, Bitcoin akan mengalami "halving" atau "menjadi separuh" apabila bilangan blok yang dikeluarkan mencecah 630 000, ganjaran blok akan turun dari 12.5 ke 6.25 bitcoins.
Halving berlaku setiap empat tahun, dan menandakan kadar penghasilan Bitcoin baharu akan berkurang menjadi separuh. BTC ialah cryptocurrency yang dicipta pada jumlah terhad, iaitu hanya 17.3 juta.
Sebelum ini, ketika halving berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2016, harga BTC melonjak hingga beratus peratus. Satu tawaran yang sangat memukau ramai orang untuk melabur.
Pandangan Amir Hizbut Tahrir, Syiekh Atha Abu Al-Rashta berkaitan Bitcoin ini seperti berikut:
Bitcoin dihasilkan daripada proses digital mining yang bersifat majhul. Sesiapa sahaja yang memiliki peralatan komputer dan perisian yang sesuai boleh ‘melombong‘ Bitcoin. Dengan kata lain, Bitcoin terjana daripada sumber yang tidak dikenalpasti secara spesifik kerana ia dihasilkan oleh sebuah komuniti ‘pelombong’ secara terpencar (decentralized).
Ini pastinya menimbulkan keraguan kerana wujud kemungkinan bahawa perlombongannya terkait dengan entiti-entiti kapitalis yang berniat jahat atau mempunyai pelbagai tujuan yang buruk seperti perjudian, pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan pengurusan jenayah terancang. Tambahan pula, Bitcoin terdedah kepada pelbagai penipuan dan spekulasi. Oleh sebab itu, memperdagangkan Bitcoin yang bersifat majhul ini tidak diperbolehkan oleh syarak.
Larangan ini termasuk dalam apa yang disebutkan sebagai transaksi gharar yang bermaksud sebuah transaksi yang melibatkan produk yang tidak dapat diperoleh kepastian daripadanya. Sebagai contoh, transaksi yang melibatkan penjualan ikan yang masih di dalam air atau menjual apa yang dibawa oleh binatang yang hamil dan sebagainya. Transaksi seperti ini dilarang kerana terdapat unsur gharar di dalamnya.
Transaksi gharar dilarang oleh Rasulullah SAW berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya, daripada Abu Hurairah RA bahawa dia berkata “Rasulullah SAW melarang jual beli hasah dan jual beli gharar”.
Maksud jual beli hasah adalah apabila si penjual berkata kepada pembeli, ‘Saya akan menjual kepada anda apa sahaja yang ditunjukkan oleh lontaran batu ini, yang bermaksud, wujudnya elemen rawak di dalam jual beli. Dengan kata lain, objek yang dijual beli adalah tidak diketahui (majhul) dan ini dilarang sama sekali. Kedua-dua transaksi gharar dan hasah merupakan transaksi atas barangan yang majhul.
Pandangan yang sama juga dikeluarkan oleh Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir), manakala Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia) berpandangan bahawa Bitcoin tidak haram secara mutlak tetapi memerlukan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya.
Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom) pula mengeluarkan pandangan, Bitcoin adalah dihasilkan dari proses mining yang berunsur perjudian.
Pandangan yang mengharuskan penggunaan Bitcoin pula adalah dari Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah, beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.
Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.
Allahua'lam.


Monday, April 13, 2020

Menyalahi Zahir Nas

Terdapat banyak contoh di mana ijtihad ulama yang datang kemudian adalah bercanggah dengan nas yang jelas kerana terdapat sebab hukum yang berbeza contohnya hadis Nabi SAW bersabda:

ูˆู‚ุงู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู…ู† ุฃุญูŠุง ุฃุฑุถุง ู…ูŠุชุฉ ููŠู‡ ุฃุฌุฑ ูˆู…ุง ุฃูƒู„ุช ุงู„ุนุงููŠุฉ ู…ู†ู‡ุง ูู‡ูˆ ู„ู‡ ุตุฏู‚ุฉ

Rasulullah bersabda: Barangsiapa menghidupkan tanah yang mati, maka baginya pahala tanah itu. Dan segala apa yang dimakan makhluk dari tanamannya, maka itu merupakan sedekah [HR Tirmizi dan Abu Dawud]

Walaupun hadis ini adalah jelas tentang pemilikan tanah bagi yang menghidupkannya dan itulah yang difatwakan oleh jumhur ulama yang terdahulu tetapi Abu Hanifah dan Imam Malik dalam fatwanya menyatakan sebaliknya iaitu sesuatu yang bercanggah dengan zahir hadis dan menyatakan walaupun tanah itu dibuka oleh seseorang dia tidak boleh memilikinya bahkan pemilikannya akan bergantung kepada pemerintah (al-Zuhaili, 1984).

Sebab (illah) bagi fatwa ini ialah Nabi SAW bersabda sesuai dengan keadaan baginda yang tinggal di Madinah sebuah negeri padang pasir, maka sesiapa yang bersungguh menghidupkan tanah sehingga menjadi subur maka tanah itu adalah miliknya, apatah lagi jumlah penduduk ketika itu adalah sedikit. Manakala Imam Abu Hanifah tinggal di Bagdad sebuah negeri yang subur dan diairi oleh sungai Furat, Dajlah dan saliran yang banyak, maka tanah dapat diusahakan dengan mudah, apatah lagi pada ketika itu manusia telah ramai sebagaimana keadaan di zaman Imam Malik maka jika dibiarkan perkara ini tanpa kawalan maka sudah tentu ianya akan menimbulkan kerosakan yang banyak dalam kalangan masyarakat.

Terdapat hadis lain yang menunjukkan tindakan Khulafa terkemudian menyalahi zahir hadis, ketika Rasulullah s.a.w melarang unta yang terlepas dan berkeliaran di Madinah dari ditambat :

ู…َุงู„َูƒَ ูˆَู„َู‡َุง ู…َุนَู‡َุง ุณِู‚َุงุคُู‡َุง ูˆَุญِุฐَุงุคُู‡َุง، ุชَุฑِุฏُ ุงู„ْู…َุงุกَ ูˆَุชَุฃْูƒُู„ُ ุงู„ุดَّุฌَุฑَ، ุญَุชَّู‰ ูŠَู„ْู‚َุงู‡َุง ุฑَุจُّู‡َุง

Maksudnya: Mengapa pula kamu hendak mengambilnya ? Sedangkan ia mempunyai tangki simpanan air di badannya, serta tapak kaki, dan ia juga boleh mendapatkan air dengan sendiri serta boleh memakan daun di pokok sehingga pemiliknya menjumpainya. [HR Bukhari (2372)]

Ketetapan seperti itu terus berlangsung selama masa Nabi s.a.w, diikuti Khalifah Abu Bakr RA, hingga สฝUmar RA. Pada waktu itu, unta-unta yang terlepas dibiarkan saja berkeliaran dan tidak ada seorang pun yang menangkapnya, sampai ditemukan oleh pemiliknya kerana mereka mengikuti perintah Rasulullah s.a.w. Hal itu dilakukan selama unta tersebut mampu menjaga dirinya, mendatangi sumber-sumber air untuk minum dan menyimpan air sebanyak-banyaknya dalam perutnya. Unta itu pun memiliki kemampuan untuk menempuh perjalanan yang jauh di sahara yang luas. (Muhsin, 2015: 4)


Ketika zaman Khalifah Usmฤn bin สฝAffฤn, beliau memerintahkan agar unta-unta tersebut ditangkap lalu diumumkan kepada masyarakat (agar dapat diketahui siapa pemiliknya) kemudian dijual. Jika pemiliknya datang, wang hasil penjualan itu akan diberikan kepadanya. (Qaradhawi, 1993).

Keadaan sedikit berubah setelah masa Usmฤn. สฝAli bin Abi แนฌalib menyetujui sikap Usman demi kepentingan pemiliknya. Namun, beliau berpendapat bahawa menjualnya mungkin dapat menimbulkan kerugian bagi pemiliknya. Sebab, wang yang diberikan kepadanya mungkin tidak sesuai dengan harga sebenarnya atau tidak sepadan dengan harga yang seharusnya. Oleh itu, beliau berpendapat sebaiknya unta itu ditangkap kemudian dipelihara atas pembiayaan negara (bait al-mฤl) sampai si pemiliknya datang dan diserahkan kembali kepadanya. (Muhsin, 2015: 5).

Begitulah secara ringkas dalam memahami interaksi nas dengan realiti. Apalagi dalam perkara ijtihadi di lapangan fiqh. Tidaklah seharusnya kita ghuluw dalam melontarkan pandangan, ketika kita berdepan dengan pelbagai pandangan dalam memahami agama Allah, selama mana ia merupakan interpretasi dari sumber dalil, termasuklah takwilan yang dilakukan seperti contoh ijtihad para Khalifah Ar Rashideen dalam perbincangan di atas.