Kelmarin, pertemuan dua pemimpin negara umat Islam iaitu Abdul Fatah Al Sisi dan Erdogan, Presiden Mesir dan Turki dikatakan menjadi pertemuan bersejarah yang tentu sekali memberi gambaran, akan berlaku sesuatu "yang penting" berkait genocide yang sedang berlaku di Ghazzah. Ramai yang berpandangan, Mesir seakan tidak ada pilihan kecuali mempertahankan kedaulatan wilayahnya sekiranya regim pengganas Zion1st membedil sempadan Mesir, dan berlaku kebanjiran pelairan dari Ghazzah.
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Sunday, February 18, 2024
𝐓𝐄𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐒𝐇𝐈𝐃
Saturday, February 3, 2024
Tinggalkan Adat Yang Menyusahkan
Menjadi sunnah dalam ajaran Islam, jiran tetangga dan sahabat handai membantu keluarga yang kehilangan orang tersayang dengan menjamu mereka dan mengurangkan kesusahan yang mereka alami. Dari perintah Rasulullah s.a.w:
“Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Jaafar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyedihkan mereka.” [HR Ahmad]
Sekiranya diadakan "adat" keluarga si mati mengadakan kenduri, sedangkan ada dalam masyarakat, keluarga yang kurang berkemampuan, dikhuatiri menyusahkan mereka. Sebaliknya, jika ia diadakan oleh pihak lain, pada kadar membantu, ia merupakan sunnah. Tabung sumbangan kematian ialah untuk membantu ahli waris, bukan untuk digunakan menjamu orang ramai.
Dalam perihal"konvo" anak-anak. Saya kira, ia wajar diadakan, tetapi dengan kadar sederhana. Meraikan anak-anak, menghargai prestasi mereka di sekolah adalah baik, tetapi jangan lah sampai membebankan. Saya perhatikan, pihak PASTI mengutip sumbangan ikhlas dari ibubapa untuk mengadakan majlis, dan orang ramai bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena majlis konvo anak-anak. Sangat sederhana tetapi meriah.
Tak perlulah majlis besar, diadakan di hotel hingga dikhuatiri membebankan ibubapa yang kurang berkemampuan. Ia bukan isu berkira, tetapi lebih utama untuk menimbulkan keadaan serba salah bagi ibubapa yang kurang dari sudut kewangan.
Adat dan tradisi yang menyusahkan seharusnya ditinggalkan, diganti dengan sunnah. By nature, Islam mengatur urusan masyarakat secara sederhana, tanpa perlu bersikap bakhil.
Saturday, November 18, 2023
Bukan Semua Immigrant Itu Seperti Yahudi
Saya kurang setuju untuk disamakan komuniti cina yang berhijrah ke Malaysia seperti bangsa Yahudi yang masuk ke Palestine sepepas kekejaman Nazi. Di Palestine, terdapat Yahudi Ortodox yang hidup berdampingan dengan masyarakat Kristian dan Islam selama ribuan tahun di Palestine. Golongan Yahudi yang pindah masuk itu sebilangan besar merupakan penyokong Zionis yang menggunakan propaganda kononnya Zionis berjuang untuk agama Yahudi.
Mitos ini dibantah oleh kaum Yahudi sendiri, yang memahami agama mereka. Zionisme ialah fahaman ultra nasionalis Yahudi, yang sebenarnya tidaklah berakar dari agama Yahudi kecuali menggunakan slogan agama dan bangsa untuk meraih sokongan.
Cina Malaysia pula, mereka yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah British sebagai buruh di lombong dan estet, pada asalnya tidaklah bercadang untuk kekal selamanya di negara ini. Immigrant ketika era penjajah itu terus mengekalkan budaya dan cara hidup negara asal mereka, disokong institusi pendidikan vernacular. Pasca era penjajahan, keadaan berubah, dan penduduk Tanah Melayu menerima immigrant sebagai rakyat negara ini, dengan kesepakatan tertentu yang disebut "kontrak sosial". Tidak berlaku asimilasi budaya, sebaliknya persetujuan yang disepakati ialah co-exist dalam keadaan aman dan sama-sama menumpahkan ketaatan kepada negara ini.
Beberapa persamaan, iaitu dibawa masuk oleh British, tidak adanya asimilasi sosial dan budaya, serta ciri dominasi ke atas ekonomi menjadikan sebahagian pemikir Melayu beranggapan, golongan immegrant sebagai ancaman, persis apa yang berlaku di Palestin.
Pun begitu, kita harus tengok dalam perspektif yang lebih luas, tanpa terburu-buru untuk bersikap prejudis terhadap sesiapa sahaja. Berbeza dengan Yahudi di Israel yang rata-rata memiliki dua kerakyatan, warga cina di Malaysia ialah rakyat Malaysia yang tidak memiliki kerakyatan asing. Ia tidak diterima dari segi perlembagaan di negara Malaysia. Dari segi ekonomi, sumbangan golongan ini terhadap kemajuan ekonomi negara ialah fakta yang tidak boleh diketepikan.
Idea asimilasi budaya juga tidaklah begitu utama, malah hampir mustahil untuk dilakukan setelah lebih 60 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, sebaliknya, negara Malaysia seharusnya dibangun dengan identiti yang menerima kepelbagaian budaya sebagai identiti negara. Diversiti sebagai kekuatan, bukan kelemahan.
Dalam sebuah negara Islam, sepatutnya usaha dakwah dilakukan secara sistematik. Golongan non-muslim diberi kefahaman yang betul tentang Islam, dipelihara nyawa, harta, agama serta kehormatan mereka, manakala umat Islam memaparkan sikap yang selari dengan ajaran Islam, sehingga bangsa-bangsa yang berhijrah ke wilayah umat Islam berasa aman, selamat dan lembut hati untuk menerima Islam. Pun begitu, setelah segala kebaikan diberikan, jika terdapat unsur jahat yang cuba menggugat kedudukan Islam di dalam wilayah umat Islam sendiri, tidakan tegas wajib dikenakan. Kaedah lembut dan tegas harus seimbang untuk menjaga kemaslahatan umum.
Wednesday, November 1, 2023
𝐈𝐦𝐞𝐣 𝐍𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐧𝐭𝐚𝐩 𝐉𝐢𝐰𝐚
Dalam masa kira-kira sebulan kebelakangan ini, saya anggarkan, kebanyakan dari kita melihat gambar dan video tentang kematian dalam kuantiti yang sangat banyak. Ianya sangat ngeri, tragis, membakar kemarahan dan kesedihan manusia yang berjiwa insan.
Dalam perihal ini, ada hadis untuk kita jadikan ibrah:
Dalam hadis riwayat Muslim dikatakan bahawa Za'id bin Tsabit berkata- Pada saat Nabi s.a.w berada di kebun Bani Najjar sambil naik keldai dan kami menyertainya, tiba-tiba keldai itu meyimpang dari jalanan, lari dan hampir saja menghempaskan beliau. Ternyata di situ terdapat kuburan enam, lima atau empat orang. Baginda s.a.w bertanya, "Siapa yang mengenal penghuni kubur ini?" Seorang lelaki menjawab, "Saya." Baginda bertanya lagi, "Bila mereka meninggal?" Ia menjawab, "Ketika mereka syirik." Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya umat ini diuji dalam kuburannya, dan kalau bukan kerana kalian akan takut menguburkan (jenazah), sungguh aku akan berdoa kepada Allah agar Ia memperdengarkan azab kubur yang ku dengar kepada kalian. " [𝐇𝐑 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦]
Jangan sesekali lupakan penderitaan warga Pa1estine, atau sesiapa sahaja, di manapun mereka berada. Keadilan harus ditegakkan, kekejaman wajib dihentikan.
Cuma, dalam konteks kehidupan seharian, kita tidak boleh merosakkan emosi dengan kengerian secara berterusan. Sebagaimana Rasulullah s.a.w tidak mahu umat baginda ngeri akibat mendengar suara dari kuburan seperti dalam hadis di atas.
Al Quds pasti akan dibebaskan. Jangan putus asa dari berdoa dan berusaha membangkitkan kesedaran sehingga kejahatan dikalahkan dalam keadaan yang terpaling hina. Satu hari nanti, pasukan tentera yang benar-benar teguh keimanan mereka akan mengalahkan Zi0nist, hingga tidak ada penjuru planet ini mampu menjadi tempat untuk mereka bersembunyi. Demi Allah, ia pasti akan berlaku!!!Tuesday, October 17, 2023
𝗣𝗘𝗥𝗕𝗘𝗭𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
Hari ini timbul polemic berkenaan perkahwinan Abe Sabri Yunus dan Angeline Tan yang dikatakan tidak sah, dan ditambah dengan perkataan yang mengaibkan ke atas pasangan mempelai ini, hanya disebabkan akad nikah yang berlangsung dikatakan tidak sah. Alasannya, qabul (pengakuan penerimaan keatas ijab) yang disebut oleh Sabri Yunus dikatakan terlalu ringkas, dan tidak sempurna menurut mazhab Shafie. Cumanya, golongan yang kononnya teguh berpegang kepada mazhab Shafie ni selalu lupa, dalam dunia ini ada banyak mazhab dalam Islam, yang diterima sebagai ahli sunnah.
.
Dah ramai asatizah dan ilmuan memberi komentar dalam isu ini. Termasuk Dr Zulkifli, Prof Dr Rozaimi dan SS Dr Maza sendiri. Saya tak minat ulas mengenai isu ni tetapi nak relate dengan pengalaman sendiri berdepan dengan pandangan rigid sebahagian firkah (sekte) umat Islam.
.
Saya pernah “ditekan” untuk menerima pandangan bahawa transaksi emas hanya boleh dilakukan secara fizikal, face to face sesuai dengan mafhum hadis mengenai jual-beli emas, yang mensyaratkan “yadan bi yadin” yang bermaksud tangan ke tangan. Pandangan ini menolak secara total transaksi online dalam urus niaga emas kerana menurut mereka, ia tidak menepati ciri “lani” atau immediate yang menatijahkan wujud unsur riba dalam transaksi jual-beli emas. (Emas merupakan salah satu item ribawi dalam syariat Islam).
.
Pandangan ulama mutaakhir pula menerima transaksi online dengan anggapan, ia memenuhi syarat lani, walaupun majlis serah terima tidak dilaksanakan secara berdepan. Alasannya, selagi tidak ada penangguhan dalam pemindahan hak, dan boleh dibuktikan secara hukum melalui resit, DO, Invoice dan sebagainya, maka tidak timbul soal “penangguhan” atau serah terima mesti dilakukan secara fizikal. Satu lagi syarat yang wajib dipenuhi, emas itu mestilah emas fizikal, dan bukannya emas digital yang tidak wujud. Untuk lebih kefahaman, sebaik Sahaja transaksi online selesai, pemilikan emas telah beralih dari penjual kepada pembeli, dan sekiranya pembeli meninggal dunia sebelum emas fizikal dapat dipegang dalam simpanannya, hukum faraid yang berlaku ke atas harta itu ialah, emas difaraidkan kepada waris pembeli, bukan dikembalikan kepada penjual.
.
Bagi saya, kedua pandangan ini memenuhi kewajipan untuk patuh kepada syariat Islam. Pandangan yang tidak membolehkan transaksi online dalam urusniaga emas situ syarie, pandangan yang membolehkan juga syarie. Ia salah satu cabang ijtihad dalam urusan muamalat. Memaksakan pandangan sendiri ke atas orang lain adalah pemandulan pemikiran, satu bentuk ghuluw (melampau). Lagipun, seseorang mujtahid walaupun sosok seagung Imam Shafie Rahimahullah, juga menukar pandangan beliau setelah datangnya info baharu, dan berlaku perkembangan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu. Itulah yang disebut qaul Qadim dan qaul Jadid dalam mazhab Shafie.
.
Ahli ilmu yang matang sedia menerima hakikat bahawa perbezaan pandangan itu bukan punca perbalahan. Ia menunjukkan keluasan tsaqafah Islam, yang digali dari khazanah hukum bersumberkan Al Quran dan Sunnah, yang dijadikan pedoman untuk kehidupan manusia sepanjang zaman. Maka tidaklah menghairankan Ketika para Khulafa Ar Rashideen memerintah, polisi yang diamalkan tidak lah 100% sama seperti yang Rasulullah s.a.w laksanakan Ketika baginda menjadi ketua negara. Contohnya, Khalifah Umar Al Khattab RA tidak memberikan ghanimah kepada tentera ketika futuhat di wilayah Iraq, walaupun ghanimah memang diberikan kepada tentera ketika pemerintahan Rasulullah s.a.w, bahkan ada surah dalam Al Quran diberi nama Surah Al Anfal, yang bermaksud, Rampasan Perang.
.
Ada isu yang lebih utama untuk didahulukan, semoga dengan munculnya pelbagai pandangan yang berasaskan hujah dan dalil, umat Islam akan lebih matang dan berilmu. Dengan kata lain, akan terlupus kebodohan dan ketaksuban di tengah umat, apabila tradisi ilmu dibudayakan.
Tuesday, August 29, 2023
Dunia Tidak Berfungsi Dalam Keadaan Binary
Dalam komunikasi, melihat kepada "addressee factor", iaitu pihak yang menerima mesej yang kita sampaikan amatlah mustahak. Penerimaan seseorang tidak banyak bergantung kepada intipati maklumat yang disampaikan, sebaliknya lebih kepada nada/intonasi penyampaian. Ini antara seni dalam komunikasi.
Wednesday, July 12, 2023
𝐗𝐄𝐍𝐎𝐏𝐇𝐎𝐁𝐈𝐀





