Monday, July 21, 2014

Tentera: Nak Jihad ke Tak Nak?

1. Manusia yang paling terlatih dalam peperangan ialah Angkatan Tentera, bukan polis, bomba, kastam atau Pos Laju.

2. Menyandarkan harapan pada pihak yang berkeupayaan, itu satu perkara rasional.

3. Benar, chain of command dalam pasukan tentera up to Field Marshal mengikat kesetiaan tentera bawahan. Command juga pernah berlaku dengan menyaksikan kudeta seperti di Thailand, Egypt, Libya, Pakistan, Indonesia (Suharto-sukarno) dan banyak lagi. Ada yang berlaku dengan pertumpahan darah, ada yang berlaku secara aman.

4. “Arasy ar-Rahman telah bergegar kerana kematian Saad bin Muaz” [HR Bukhari]

Saad Bin Muaz adalah ahlul kuwwah (angkatan bersenjata) yang mengetuai angkatan perang Bani Aus yang memberi nusrah (pertolongan) kepada Rasulullah saw sehingga tegaknya negara Madinah.

Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang seperti mereka? Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang cerdas yang akan mengulangi sejarah mereka, para tokoh pahlawan itu?

5. Dari sibuk mereka alasan "Kenapa Tentera tak boleh jihad", lebih elok berusaha membangkitkan umat khususnya ahlul kuwwah dengan kesedaran Islam. Dengan keperwiraan Islam. "Syurga itu di bawah banyangan pedang" ]HR Bukhari dan Muslim].

6. Kewajipan JIHAD itu bukan saja terpikul kepada Angkatan Tentera Malaysia, tetapi buat masa sekarang, keutamaan pada Tentera Mesir, Lubnan, Jordan dan Turki serta sekitarnya untuk menyelamatkan Gaza dan Syam dari kekejaman musuh.

7. Jihad akan menyebabkan negara berpecah dan lemah? Buang dulu kotak pemikiran yang mengurung wilayah Islam sebatas Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak. Islam bukan sebatas Malaysia tetapi Islam itu negara yang expand kekuasaannya.

“Islam pasti mencapai wilayah yang diliputi oleh siang dan malam. Allah tidak akan membiarkan rumah yang megah mahupun sederhana melainkan akan memasukkan agama ini (Islam) ke dalamnya dengan memuliakan orang-orang yang mulia dan menghinakan orang-orang yang hina; mulia kerana Allah memuliakannya dengan Islam; hina kerana Allah menghinakannya dengan kekafiran” [HR Ahmad].

Allahualam.

Wednesday, July 16, 2014

Propaganda Yang Lusuh

Kaum Kafir Quraisy mengadakan perbincangan di rumah Walid Bin Al Mughirah dalam usaha merangka propaganda untuk menyekat dakwah nabi s.a.w sebelum masuknya musim haji pada waktu itu kerana khuatir, dakwah yang disampaikan baginda akan mempengaruhi para jemaah haji yang datang dari luar Mekah. Antara usul yang dibincangkan, tuduhan nabi sebagai bomoh. Ternyata ia tidak masuk akal kerana Muhammad saw bukan berwatak seperti seorang bomoh/dukun. Ada pula mengusulkan Muhammad saw dituduh sebagai orang gila. Ternyata Muhammad saw adalah seorang yang waras, bijaksana dan tidak ada satupun tanda menunjukkan baginda itu gila. Ada pula mengusulkan tuduhan Muhammad saw sebagai seorang ahli sihir. Ternyata masyarakat mengenali Muhammad saw tanpa sebarang perilaku seorang pengamal sihir. Akhirnya Muhammad saw dituduh sebagai PENYIHIR DENGAN PERKATAAN. Kata-katanya dikatakan mempengaruhi orang ramai sehingga memisahkan diri dari kaum keluarga dan meninggalkan amalan nenek moyang mereka.

Mengaitkan apa yang berlaku dengan perjuangan Hizbut Tahrir di merata belahan dunia. Hizb dituduh membawa ajaran sesat. ternyata bagi mereka yang mengenali para pendokong Hizb, dan mengkaji ajaran dari Hizb, tidak ada pun kesesatan seperti yang dituduh itu. Ada pula menuduh Hizb pemecah-belah masyarakat. Ternyata seruan yang diserukan ialah menyatukan seluruh bangsa manusia di bawah panji "لاَ إِلَهَ إِلَّاالله...." Yang merentasi sempadan wathaniah dan asobiyyah. Terbaru, tuduhan sebagai pengecut kerana memilih jalan menegakkan dawlah Islam dengan jalan keamanan. Ternyata dari kalangan Hizb, para pemuda yang berikrar menjaga dan mendokong agama Allah dengan amanah. Yang menginfakkan kehidupan mereka pada jalan dakwah bahkan ramai dari kalangan Hizbiyeen meringkuk di penjara-penjara seksaan tali barut musuh, diculik, dibunuh seperti As Syahid Abdul Aziz Al Badri (Ulama HT Iraq) dan Muhammad Muhazdzab (Syabab HT Libya) yang syahid dalam menyampaikan kalimat haq seperti sarana junjungan kita:

«سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ المُطَلِّبِ وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ»

Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim). 

Perjuangan mengambalikan kehidupan Islam bukan sebatas keberanian, keikhlasan dan ketinggian ilmu tetapi juga yang paling utama ialah KEBENARAN yang dibawa yang tidak lain hanyalah dengan tolok ukur dari syarak dan bukan selainnya. Kemenangan bukanlah dengan memperoleh kekuasaan, tetapi menjunjung kebenaran. Sungguh, ia sebahagian dari sunnatullah yang tidak akan pernah mudah!!!!

-Adaptasi dari kitab Daulah Islam: Sheikh Taqiuddin an_Nabhani Rahimahullah- 

NOTE: Ini adalah foto dari para syuhada Hizbut Tahrir Libya, diambil dari dalam penjara Qaddafi dari kanan ke kiri (Mohamed Muhadhab Hafaf, Mohamed Al Sadeq, Saleh Al Qasabi, Abdul Rahman Alsaeed dan Hasan Al Kurdi). Semoga Allah menempatkan mereka di tempat yang mulia di sisi-Nya..





Sunday, June 29, 2014

Srikandi Islam: Asma' Binti Yazid

Pertanyaa Asma' Biti Yazid RA kepada Rasulullah saw berkenaan dengan kemuliaan buat wanita:

"Ya Rasulullah, saya mewakili kaum wanita di sini ingin bertanya sesuatu kepada kamu. Setiap seorang dari mereka berkata dan berpendapat sama seperti pendapat saya.

"Bukankah Allah telah mengutus kamu untuk semua umat manusia, tidak kira lelaki atau wanita. Kami percaya dengan kamu dan beriman kepada Allah.

"Kami kaum wanita rasa tersisih, tidak sama dengan kaum lelaki. Kami golongan yang serba terbatas dan terkurung. Kerja kami hanya menjaga rumah mereka, memelihara dan mengandung anak mereka serta tempat melepaskan nafsu kaum lelaki.

"Kami tidak diberi peluang untuk mengerjakan sebagaimana yang diberikan kepada kaum lelaki. Kami tidak diberikan kesempatan untuk mendapatkan pahala seperti solat Jumaat, menziarahi orang sakit, menyaksikan pengkebumian, menunaikan haji dan amalan yang paling utama iaitu berjuang pada jalan Allah.

"Apabila kaum lelaki keluar berjihad, maka kaum wanita menjaga harta, menjahit pakaian dan menjaga serta mendidik anak. Apakah kami juga akan mendapat jihad seperti mereka juga?" jelas Asma' kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad menolehkan wajahnya kepada para sahabat yang berada bersamanya. Beliau menatap setiap wajah mereka sebelum bertanya sesuatu kepada mereka semua. Ada yang kelihatan terkejut mendengar kata-kata Asma' itu.

"Pernah kamu semua mendengar pertanyaan yang lebih baik dalam soal-soal agama selain dari Asma," tanya Nabi Muhammad untuk melihat reaksi para sahabat.

"Ya Rasulullah, kami tidak pernah terfikir dan menyangka bahawa Asma' akan mengajukan soalan seperti ini." jawab mereka dengan spontan.

"Pulang dan beritahu kepada kaum wanita bahawa layanan yang mereka berikan kepada suami mereka, usaha mereka mendapat redanya dan mengikutinya adalah menyamai semua yang dilakukan oleh suami mereka," kata nabi Muhammad yang menoleh ke arah Asma'.

[HR Muslim & Al-Baihaqi]

Note: Asma' Binti Yazid RA terlibat dalam perang Yarmuk menentang tentera Rom di bawah pimpinan Khalid al Walid RA dan merupakan wanita yang dianggap jurubicara kaum muslimah


Saturday, June 14, 2014

Hinanya sistem sekular Kapitalis dan Fahaman Asobiah

Berdasarkan kisah benar di sebuah hospital kerajaan di Malaysia, yang mana kisah yang seakan sama juga berlaku di kebanyakan hospital di Malaysia, dan juga di merata tempat di dunia sekular hari ini...

Seorang pesakit warga asing yang beragama Islam, mengalami open wound yang memerlukan pembedahan segera bagi mengelak komplikasi yang lebih teruk pada kecederaannya. Tetapi, seorang warga asing mesti membayar kos perubatan tanpa subsidized oleh kerajaan. Tanpa jaminan kos perubatan mampu ditanggung oleh pesakit atau waris, maka pembedahan tidak akan dilaksanakan. Maka, saban hari luka pesakit kian teruk. Terpaksa dicuci setiap hari dan pesakit yang tidak punya wang terpaksa menanggung kesakitan sewaktu dicuci selain kesakitan dari kecederaan yang dialami...

Hanya sebab dia bukan warganagera Malaysia, sekalipun negara sekular ini dengan gah claim sebagai "negara Islam contoh", saudara mereka yang beragama Islam tidak layak mendapatkan layanan sebagai seorang muslim, bahkan sebagai seorang MANUSIA YANG SETARA~!!!

2 perkara yang menjadi akar permasalahan ini: SISTEM SEKULAR KAPITALIS dan ASOBIAH.

Dalam sistem sekular kapitalis, seseorang wajib membayar polisi insurans bagi "kegunaan waktu kemalangan/kematian" dan negara berlepas dari kewajipan memastikan jaminan khidmat kesihatan kepada seluruh rakyat SECARA PERCUMA walaupun bagi negara terkaya di dunia, USA. Dalam negara bangsa, ikatan aqidah tidak lagi menyatukan umat Islam. Maka, tidak hairanlah jika warga Bangladesh, Indonesia, Arab atau apa bangsa pun, sekalipun mereka juga muslim, mereka tidak mendapat jaminan pembelaan dari negara bangsa lain... Negara bangsa bermunculan hanya setelah jatuhnya empayar KHILAFAH yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu negara, di bawah seorang amir...

Then, bila ada si dungu suka mengejek, "sikit-sikit khilafah, sikit-sikit khilafah, macam tak ada menda lain yang penting...." Ketahuilah KHILAFAH itu persoalan HIDUP atau MATI. Khilafah itu penyelesaian bagi pelbagai kehidupan yang sempit dan tragik di bawah sistem sekular hari ini...

Al Umat turid, Khilafah jadid~!!!


Wednesday, May 28, 2014

KHILAFAH FOR ALL


"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Ayat ini sering digunakan oleh puak anti-Islam untuk mempropagandakan Islam sebagai agama yang jahat, zalim, memusuhi kaum yahudi dan kristian, walhal mereka lupa minoriti yahudi dan kristian hidup dengan selamat bernaung di bawah kekuasaan Islam selama lebih 1000 tahun. Tidak pernah tercatat pembunuhan, pembantaian etnik dilakukan oleh para khalifah Islam bahkan sejarah mencatatkan puak yahudi dan nasrani pernah memberi bantuan mempertahankan dawlah dari serangan puak tentera salib sewaktu perang salib. Komposisi minoriti non-muslim kekal utuh sekalipun mereka bernaung dibawah naungan kekuasaan Islam ribuan tahun lamanya!!!!

Ahlu zimmah wajib membayar jizyah kepada Dawlah Islam. Jizyah dipungut dari ahlu zimmah yang lelaki, baligh dan mampu. Jizyah tidak diambil dari anak-anak, perempuan dan orang yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa Umar r.a. pernah mengutus surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak dan orang yang belum baligh. Bahkan, bagi yang tidak mampu, mungkin kerana sudah tua atau cacat, bukan sahaja tidak wajib membayar jizyah, sebaliknya menjadi kewajiban bagi Negara Islam (Baitul Mal) untuk membantu mereka pula.

Ahlu zimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka untuk masuk Islam. Rasulullah SAW telah menulis surat untuk penduduk Yemen (yang berbunyi),

“Siapa jua yang beragama Yahudi atau Nasara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkan agamanya dan wajib ke atasnya jizyah” [HR Abu Ubaid].

Hukum ini juga berlaku untuk orang kafir secara umumnya yang bukan Yahudi atau Nasara. Dengan demikian, ahlu zimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.

Allahualam


Wednesday, May 7, 2014

Konsep Ketuanan Melayu Bukan Dari Islam

Secara jelas dalam Islam tidak ada konsep KETUANAN Melayu. Tidak pernah dalam pemerintahan Islam dan khulafa Ar rashideen selepas Muhammad s.a.w melaksanakan "ketuanan Arab" walaupun kemudiannya empayar Islam melebar hingga ke Andalusia dan seluruh jazirah Arab dan sebahagian Afrika.

Kalaulah ada konsep "KETUANAN" berdasarkan keturunan, nescaya Islam itu bukan ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia yang Allah ciptakan dari pelbagai bangsa dan keturunan. Bahkan konsep asobiah ini akan mencetus perpecahan, permusuhan dan pertumpahan darah yang tidak sedikit dan terpapar dalam sejarah ketamadunan manusia sepanjang zaman.

Antara "dalil" golongan yang cuba menghalalkan asobiah ini ialah dengan menyatakan amirul mukminin wajib seorang keturunan Quraisy menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah bahawasanya beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya urusan kekuasaan ini di tangan orang Quraisy, siapa saja yang memusuhi mereka pastilah Allah akan membuatnya jatuh tersungkur, selama mereka masih menegakkan (hukum-hukum) agama ini".

Atau hadis riwayat Ibnu Umar yang berkata: "Rasulullah SAW bersabda:

"Kekuasaan ini selalu berada di Quraisy, selama masih ada dua orang diantara mereka ".

Hadis-hadis ini serta hadis-hadis yang serupa dari hadis-hadis yang sah sanadnya sampai kepada Rasulullah tentang pemerintahan yang diberikan kepada Quraisy-adalah hadis-hadis yang berbentuk ikhbar (berita) dan tidak ada satu pun diantaranya yang berbentuk thalab (perintah). Bentuk ikhbar (berita) walaupun mengandung pengertian tuntutan (thalab), tetapi tidak dianggap tuntutan secara pasti selama tidak didasari dengan suatu qarinah (indikasi) yang menunjukkan penegasan. Sementara hadis-hadis yang ada tentang masalah tersebut tidak disertai qarinah apapun.

Dengan demikian maka hadis-hadis di atas menunjukkan perintah sunnah, bukan wajib. Kesimpulannya persyaratan Quraisy itu sebagai syarat keutamaan, tetapi sebagai syuruth afdhaliyyat (syarat-syarat keutamaan).

Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan: "Sesungguhnya urusan kekuasaan ini ditangan orang Quraisy" dan "Urusan pemerintahan selalu ditangan Quraisy" tidak bererti bahawa kekuasaan tidak boleh berada ditangan orang selain Quraisy. Tidak pula bahawa kekuasaan selalu berada di tangan Quraisy itu bererti melarang selain mereka. Tetapi maksud nas tersebut adalah bahawa kekuasaan berada di kalangan orang-orang Quraisy dan dibenarkan pula berada pada selain mereka. Jadi, nas tentang Quraisy tidak mencegah munculnya pemimpin selain dari kalangan mereka dalam urusan kekhilafahan. Dengan demikian, syarat quraisy adalah syarat keutamaan bukan syarat sah terwujudnya akad pengangkatan khilafah.

Rasulullah SAW sendiri pernah mengangkat Abdullah Bin Rawahah, Zaid bin Haritsah, dan Usamah Bin Zaid menjadi amir. Padahal mereka bukan orang Quraisy. Jadi Rasulullah pernah mengangkat orang non Quraisy menjadi amir. Kata "Hadzal amru" bererti "wilayatul amri", iaitu pemerintahan secara umum, bukan khusus ditujukan kepada khalifah saja. Jadi tindakan Rasulullah mengangkat orang selain Quraisy itu menjadi dalil autoriti memerintah tidak terbatas di kalangan Quraisy saja dan tidak terlarang bagi selain mereka. Lagi pula, Imam Bukhari pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Dengarlah dan taatilah oleh kalian, sekalipun yang memerintah kalian adalah seorang budak hitam, sampai pun kepalanya dipenuhi bisul".

Sedangkan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Dzar yang berkata:

"Kekasihku (Nabi SAW) telah mewasiatkan kepadaku agar aku mendengarkan dan mentaati (pemimpin) sekalipun dia seorang budak yang cacat anggota tubuhnya."

Dalam riwayat lain:

"Jika dikuasakan kepada kalian seorang hamba yang cacat lagi hitam, lalu dia memimpin kalian dengan Kitabullah, maka dengar dan taatlah kalian kepadanya".

Hadis-hadis ini merupakan nas yang jelas tentang kebolehan seorang budak hitam menjadi pemimpin kaum muslimin. Sehingga hadis ini dapat dijadikan dalil bahawa khilafah atau Wilayatul Amri dapat dipegang oleh orang-orang yang bukan Quraisy, bahkan sekalipun bukan orang Arab. Jadi hadis-hadis tentang Quraisy di atas hanya menyebut sebahagian dari orang-orang yang berhak menjadi khalifah, demi menunjukkan keutamaan mereka, namun bukan bererti khalifah dibatasi pada mereka saja dan tidak boleh selain mereka.

Demikian pula tidak disyaratkan bahawa khalifah wajib keturunan Bani Hasyim atau keturunan Ali, kerana telah terbukti bahawa Nabi SAW pernah mengangkat pemimpin yang bukan dari Bani Hasyim atau keturunan Ali ra. Pada saat perang Tabuk beliau mengangkat Muhammad Bin Maslamah untuk memimpin Madinah, padahal dia bukan dari Bani Hasyim ataupun keturunan Ali. Beliau juga pernah mengangkat Mu'ad Bin Jabal dan Amr bin Ash sebagai amir di Yaman, padahal mereka berdua bukan dari Bani Hasyim maupun keturunan Ali. Terbukti pula secara pasti bahawa kaum muslimin telah membai'at Abu Bakar, Umar, dan Ustman, dimana Ali termasuk orang yang membai'at ketiga khalifah tersebut, padahal mereka semua bukan berasal dari Bani Hasyim. Dan para sahabat juga tidak mengingkari bai'at tersebut, sehingga terjadilah ijma' sahabat tentang sahnya pengangkatan khalifah selain Bani Hasyim dan Bani Ali. Termasuk berijma' dalam hal ini ialah Ali, Abbas dan seluruh Bani Hasyim.

Adapun hadis-hadis yang berhubungan dengan keutamaan Ali dan Ahlul Bait adalah sekadar menunjukkan keutamaan mereka, bukan menunjukkan persyaratan bahawa khalifah wajib dari kalangan mereka.

Adalah malang bagi umat Islam untuk terus menerima konsep yang jelas bertentangan dengan syarak ini dan lebih malang jika mereka berhujah dengan memanipulasikan dalil untuk menegakkan hujah dangkal mereka.

Allahualam.

Monday, April 21, 2014

PARADOX

Taktik biasa golongan Freethinkers untuk menyesatkan orang dengan mengajak berfikir secara paradox, menggunakan kenyataan dan persoalan yang kelihatan benar tetapi kontradik antara satu dengan lain. Contohnya, memikirkan "jika Tuhan itu Maha berkuasa mencipta segala sesuatu, bolehkah Dia mencipta perisai yang paling kebal di seluruh alam, tetapi dalam masa yang sama mencipta pedang yang paling tajam yang boleh menembusi segala jenis perisai..."    

Persoalan ini jika dijawab boleh, maka ia membawa logik kepada Tuhan itu lemah, sedangkan kalau tidak boleh, juga akan membawa logik kepada Tuhan itu lemah.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib berfikir secara cemerlang. Pemikiran cemerlang dibangun di atas landasan berfikir yang benar, dari asas aqidah yang benar. Memecahkan persoalan paradox semacam ini, aku menghujah:

1. Bukan urusan manusia memikirkan tentang jangkauan kekuasaan Allah.
2. Paradox ni tidak ada realitinya, maka ia cuma khayalan.
3. Mengkhayalkan sesuatu yang tak terjangkau tidak ada faedahnya.
4. Terhadap tohmahan mereka "Islam menghadkan pemikiran manusia, membawa kebodohan"... Kurang berfikir membawa kepada KEBODOHAN, terlebih fikir membawa kepada GILA. Islam sesuai dengan fitrah, mengajak berfikir sesuai dengan had keupayaan manusia.
5. Terhadap kecenderungan "mengfalsafahkan paradox", contohnya perkataan "perisai" dan "pedang" di atas merujuk kepada sesuatu yang lain.... Aku kira cara berkhayal semacam tu hanya sesuai untuk menghasilkan puisi, bukan untuk argument.