Tuesday, November 22, 2016

America is Great?


Cuba memahami peperangan yang berlaku di Afghanistan angkara penaklukan oleh Amerika dan disokong Turki, Saudi, France, Italy dan Britain, ia adalah satu asymmetrical war di mana satu pihak memiliki segala kelebihan baik logistik mahupun persenjataan, para penganalisa ketenteraan akan mencongak, Afghanistan dengan mudah ditakluk oleh Amerika. Perang ke atas Iraq dan Afghan menyaksikan, persenjataan tercanggih dalam era peperangan modern di mana medan perang yang berkeluasan ribuan kilometer persegi dicerap dari bilik-bilik kawalan yang terletak di seberang benua (di pengkalan Tentera US di negara mereka), dan penggunaan drone-drone pembunuh yang mengintip dan melancarkan serangan maut, serta segala war facility yang tidak pernah kita saksikan sebelumnya, melawan sekumpulan militia yang bersenjatakan senjata ringan, dengan peralatan komunikasi yang sangat terhad serta bekalan logistik yang sangat rapuh.Namun hakikatnya, sehingga hari ini, Amerika tetap gagal menguasai sepenuhnya Afghanistan. Amerika tetap gagal menstabilkan Afghanistan. Itu sebuah negara empayar menentang sekelompok umat Islam. Bagaimana agaknya jika kekuatan umat Islam itu ialah satu angkatan perang yang memiliki pesawat pejuang, peluru berpandu, kereta kebal, segala armada laut dan darat serta sokongan logistik yang terkorrdinasi????

Apakah negara yang mempunyai beban hutang terbanyak di planet ini mampu menghadapi KHILAFAH, "gergasi" yang bangkit dari runtuhan sejarah silam yang agung ini?

Sunday, November 6, 2016

Seperti Binatang Ternak

Kalau dahulu, gambar-gambar mengerikan berkenaan peperangan yang tersebar di media sosial meruntun hati kita, hari ini ia kelihatan "terlalu biasa", dek kerana terlalu banyak kisah menyayat hati berlaku kepada umat manusia, khususnya kaum muslimin di merata belahan dunia.

Biasa kita temukan, orang yang memang sebetulnya enggan peduli apa yang berlaku di luar lingkungan hidup mereka dengan anggapan dia tak boleh buat apa. Maka, lebih baik cuma sibukkan dengan kehidupan sendiri yang sentiasa sibuk. Cari duit, layan keluarga, dan begitulah seterusnya.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا

“…Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” {QS. Al-A’raaf: 179}

Maksudnya, mereka  tidak memanfaatkan anggota badan, nyawa, kesihatan, yang telah dijadikan Allah sebagai sarana untuk mendapatkan petunjuk kecuali hanya untuk melangsungkan kehidupan sendiri sahaja.

Padahal sebenarnya mereka itu tidaklah tuli, bisu dan buta, kecuali terhadap petunjuk. Allah berfirman,

فَإِنَّهَا لا تَعْمَى الأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

“…Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati (qolbu) yang berada di dalam dada…” {QS. Al-Hajj: 46}

Allah berfirman,

بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

“Bahkan mereka lebih sesat lagi…”

Ertinya lebih sesat daripada binatang, karena binatang itu walaupun demikian, selalunya masih mampu mentaati penggembala jika dilarang, meskipun binatang itu tidak memahami ucapannya, berbeza dengan orang-orang tersebut. Selain itu, kerana binatang-binatang itu berbuat sesuai dengan apa yang fitrah penciptaan baginya, baik secara naluri maupun secara terpaksa. Oleh kerana itu, orang yang taat kepada Allah, maka ia lebih mulia dari seorang malaikat yang taat, seperti dalam tempat kembalinya kelak. Barangsiapa yang kufur kepadaNya, maka, mereka lebih buruk dari haiwan ternakan dan mereka pasti menemui penyesalan di hadapan Allah kelak, bila mana seorang anak kecil kaum muslimin yang dibunuh mengadu di hadapan Allah yang Maha Mengetahui, bahawa kaum muslimin tidak mempedulikan jeritan, pekikan, raunga, tangisan, rintihan mereka. Mereka pasti mempersoalkan, di mana para pahlawan kaum muslimin, bila mana musuh sedang memperlakukan mereka penuh tragis, para pahlawan ini sibuk dengan sukan bola sepak? Sibuk bermewah dan berhibur? Apa umat ini di hadapan Allah untuk sikap mereka yang tidak mempedulikan nasib kaum muslimin, saudara seaqidah mereka???

Moga kita beroleh peringatan.

Adaptasi dari: Edisi terjemah Tafsir Ibnu Katsir.

Tuesday, October 25, 2016

Pilihanraya: Nak Ubah Apa?


Isu dakwat kekal yang tidak kekal adalah salah satu contoh temberang paling besar dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Selain itu, persempadanan pilihanraya yang sangat memberi keuntungan kepada parti pemerintah, penggunaan premis kerajaan seperti sekolah untuk program parti, ugutan terhadap kakitangan awam, rasuah yang dilunakkan dengan istilah "politik wang" dan bermacam lagi. Belum lagi dikira janji-janji pilihanraya yang sesungguhnya hanyalah pembohongan secara terang.

“Tidak selayaknya seorang Mukmin itu dipatuk dari lubang yang sama dua kali” [HR Bukhari&
Muslim].

Mungkin ada yang bertanya baik secara sinis mahupun ikhlas, apakah perjuangan Islam di luar Parlimen berhasil dan bagaimana caranya? Jawapannya, apa yang utama di sini bukanlah hasil (kemenangan), tetapi apakah jalan yang diambil itu benar (syarie) atau tidak. Ini kerana kemenangan itu datangnya dari Allah SWT dan Dia tidak akan bertanya kenapa kita gagal, tetapi Dia akan bertanya apakah usaha yang kita lakukan itu menurut apa yang Dia perintahkan atau tidak? Rasulullah s.a.w adalah suri teladan yang wajib kita ikuti, bukan sahaja dalam solat, puasa dan haji, tetapi juga dalam menegakkan negara. Ternyata, perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sehingga tegaknya Negara Islam di Madinah bukanlah dilakukan melalui jalan yang diperuntukkan oleh sistem Jahiliyyah pada waktu itu, bukan juga dengan cara bergabung dengan pemerintahan kufur yang ada dan bukan juga dengan cara tadarruj (incremental).

Malah, selogiknya dan seandainya mahu, pada waktu itu Rasulullah s.a.w telah pun ditawarkan dengan kekuasaan oleh kafir Quraisy, namun ternyata baginda tidak mahu berkompromi dengan sistem kufur walau pun sedikit. Sesungguhnya perjuangan Rasulullah s.a.w adalah di luar daripada sistem kufur yang sedia ada, kerana jalan itulah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan ternyata jalan perjuangan itu telah membuahkan hasil (dalam mendirikan negara dan menerapkan Islam).

Jadi, jika ada persoalan perjuangan manakah di luar daripada Parlimen, di luar daripada pilihan raya dan di luar daripada sistem demokrasi yang telah berjaya? Maka jawapannya adalah perjuangan Rasulullah s.a.w

Sejarah juga merakamkankan betapa banyak parti politik Islam yang berjuang dalam demokrasi terus gagal menerapkan hukum Allah, hatta setelah mereka berkuasa sekalipun. Realiti juga berbicara bahawa negara-negara Eropah berubah dari negara teokrasi ke negara-bangsa yang sekular tanpa melalui Parlimen. Rusia berubah dari  sistem feudal ke sistem komunis, lalu berubah lagi menuju sistem kapitalis, juga tanpa melalui Parlimen.

Demikian juga perubahan di Turki dari sebuah Negara Islam (Khilafah Islamiyyah) menjadi negara republik sekular, juga di luar Parlimen dan di luar proses demokrasi. Daulah Khilafah (Turki) berubah menjadi negara sekular juga sama sekali bukan kerana kelompok Turki Muda berjuang menuntut perubahan melalui Parlimen. Turki Muda di bawah pimpinan Mustafa Kamal Ataturk berjaya menguasai Turki setelah didukung oleh kekuatan penjajah British. Mereka meniupkan semangat assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam masyarakat dan berjaya meracuni pemikiran masyarakat sehingga dengan cara itu, mereka kemudian berjaya merombak bentuk negara dan undang-undang yang berlaku, menurut hawa mereka. Dengan dukungan dari kuffar British, Kamal Ataturk akhirnya berjaya meraih pemerintahan, lalu mengisytiharkan Republik Turki sekular, yang sekali gus menandakan berakhirnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang telah berdiri dan menaungi dunia selama lebih 1300 tahun.


1. Sistem demokrasi memang akan memberi peluang kepada umat Islam untuk berkuasa, tetapi ia tidak akan pernah sekali-kali memberi peluang kepada umat Islam untuk menerapkan Islam secara kaffah (keseluruhan) dalam negara.

2. Islam tidak akan sekali-kali dapat diterapkan melalui jalan demokrasi, lebih-lebih lagi jika pemimpin yang menaiki tampuk pemerintahan ini merupakan agen Barat mahupun yang mendapat restu daripada musuh-musuh Islam.

3. Adalah sangat penting untuk membina pandangan umum (public opinion) di kalangan umat agar kesedaran mereka hanya mengarah kepada Islam semata-mata di samping menghambat atau menyekat mana-mana pihak yang cuba menyeru kepada perkara-perkara selain daripada Islam. Ini adalah untuk menjamin supaya negara yang didirikan bukan sahaja akan dijaga oleh pemerintah, malah didukung dan disokong oleh seluruh warganegara daulah secara umumnya.

4. Adalah mustahil untuk mengekalkan kekuasaan pemerintahan sekiranya ahlul quwwah (pemilik kekuasaan/persenjataan) seperti tentera tidak sehaluan untuk bersama-sama dengan pemerintah. Ini ditambah burukkan lagi sekiranya ahlul quwwah ini terdiri daripada individu-individu yang menumpahkan taat setia mereka kepada kaum kuffar dan musuh umat Islam seperti Amerika dan para sekutunya.

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku di Algeria, Turki dan Mesir. Tidak sepatutnya seorang Muslim dipatuk daripada lubang yang sama sebanyak dua kali. Kembalilah semula kepada jalan yang telah ditunjukkan oleh contoh yang terbaik buat kita yakni junjungan Muhammad s.a.w.

Allahu a’lam.

Tuesday, October 18, 2016

Perlembagaan Penjajah Yang Kita Warisi

Bagi yang menang dalam PRU di Malaysia, mereka akan dimestikan untuk mengangkat sumpah untuk taat kepada perlembagaan kufur ciptaan Lord Reid(wakil British) sebelum menjadi ahli parlimen sedangkan kita diperintahkan hanya perlu taat kepada Allah SWT dan Rasul.

Sebarang sanggahan terhadap perlembagaan yang diwarisi dari penjajah ini dianggap taboo, haluan kiri, atau extremist sekalipun sanggahan itu adalah merupakan seruan untuk berhukum dengan hukum Allah dan meninggalkan taghut:

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu? Mereka hendak berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

“Dan bila dikatakan kepada mereka, ‘Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi’ mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang membuat perbaikan’. Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang-orang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar” [TMQ al-Baqarah (2):10-11].

"Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah (untuk berhukum dengan Kitabullah) dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh. Apakah (ketidakdatangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit atau (kerana) mereka ragu-ragu (terhadap hukum Allah), ataukah (kerana) kerana takut kalau-kalau Allah dan RasulNya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ an-Nur (24):48-50].

Umum mengetahui bahawa pilihan raya dalam demokrasi merupakan medan untuk berebut kerusi bagi mendapat kuasa. Semasa pilihan raya, pelbagai janji manis atau manifesto ditabur kononnya untuk kebaikan rakyat, bagi tujuan memikat undi. Selain proses mengundi, menjadi amalan biasa dalam setiap pilihan raya adanya proses kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah, caci-maki, pergaduhan dan lain-lain. Kempen siang dan malam, ceramah di sana-sini, pasang bendera dan poster, makan-makan, rokok percuma, baju percuma, hiruk-pikuk, gelak ketawa dan sebagainya dapat disaksikan setiap kali pilihan raya. Pendek kata, pilihan raya di Malaysia tidak ubah seperti pesta, malah lebih meriah kerana ia berjalan dalam masa yang lama dan memakan perbelanjaan yang amat besar. Inilah pesta demokrasi namanya.

Untuk sesi parlimen yang lepas (2008-2013), dalam tempoh 3 tahun pertama sahaja, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, dengan kerajaan membelanjakan lebih RM11 juta untuk persiapan pilihan raya, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya. Kos itu bagaimanapun hanya membabitkan pihak SPR tanpa mengambil kira perbelanjaan oleh agensi-agensi lain seperti polis dan tanpa mengambil kira perbelanjaan parti-parti politik yang bertanding. Dan kita semua tahu yang parti-parti yang bertanding turut mengeluarkan belanja jutaan ringgit demi memastikan calon mereka menang. Meriah kan? Belum lagi dikira sumbangan yang datang dari dalam dan luar negara? Untuk apa pula kepentingan pihak luar menaja calon pemerintah di negara ini? Akal yang dangkal pun boleh menelah, ia bukan diberi percuma. Pasti akan ada sesuatu yang diharapkan oleh para penyumbang dana PRU ini. 

Hakikatnya, parti mana pun yang menang, rakyat tetap tidak mendapat apa-apa kecuali terus tertipu…yang menjadi senang, tetap parti dan wakil rakyat yang menang, yang menjadi kaya, tetap parti dan wakil rakyat yang menang, yang naik gaji dan hidup mewah, tetap wakil rakyat yang menang…manakala rakyat terus terhimpit. Umat Islam lebih malang lagi, kerana siapa pun yang menang, ternyata Islam tidak diterapkan. Umat mahukan Islam, tetapi wakil-wakil rakyat hanya sibuk membuncitkan perut masing-masing dan menaiki kereta mewah ke sana ke mari. Wakil-wakil rakyat disibukkan dengan usaha menjaga parti dan menjaga pemimpin parti, bukannya menjaga rakyat, disibukkan dengan tugas-tugas untuk kepentingan parti, bukannya tugas-tugas untuk kepentingan rakyat.

Dengan kuasa yang ada, yang diberi oleh rakyat juga, ahli-ahli parlimen ini menggubal undang-undang yang menyengsarakan rakyat. Lihatlah GST, POTA, SOSMA, Akta Hasutan, GST dan lain-lain, semuanya digubal untuk menjerut rakyat dan menjaga hegemoni serta mengayakan pemerintah!!! Malah, setelah kemenangan diperoleh, rakyat pula lah yang dipersalahkan. 

Para pelajar tak pandai bahasa Inggeris punca pengangguran.

Ibubapa punca utama pelajar sekolah rosak akhlak.

Harga barang keperluan naik kerana rakyat boros....

Dan bermacam lagi. Ianya sangat memeritkan!!!

Semoga Allah menyedarkan umat ini yang demokrasi tidak membawa apa-apa kecuali malapetaka.


Tuesday, October 4, 2016

Zaman Pening



Zaman ni, zaman budak-budak pening. Mungkin sebab terlalu banyak info yang melambak dalam internet, menyebabkan ada yang murtad, ada yang bajet atheist, jadi pemuja sosialis, bajet revolusi, daie poyo, macai yang telan semua, nerd yang tak peduli segala hal, "mujaheddin keyboard", pentaksub teori konspirasi dan bermacam lagi, it's a long list.

Komponen utama mencorakkan watak manusia aqliah dan nafsiah, iaitu pemikiran dan kelakuan. Manusia akan mentafsirkan realiti berdasarkan maklumat awal lalu membuat kesimpulan dari berfikir (aqliah), yang seterusnya mengarahkan pola tindakan mereka (nafsiah).

Tanpa landasan berfikir yang benar, budak-budak pening akan bertambah-tambah, yang kemudiannya menjadi orang dewasa dan orang tua pening. Maka, lahirlah generasi pening yang sentiasa lemas dengan pelbagai gejala. Mereka cuba mencari penyelesaian dari segala kemelut, dengan mencipta kemelut baru. Penyelesaian akal tanpa panduan wahyu adalah sesuatu yang akan gagal.

“Apakah engkau tidak melihat kepada orang-orang yang mengaku beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang dturunkan sebelum kamu, sedangkan mereka hendak berhukum kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk engkar terhadapnya” (An Nisa: 60)

Tuesday, September 27, 2016

Jiwa Umat Yang Melemah

Selepas beratus tahun wilayah kaum muslimin diduduki para penjajah, pemikiran dan jiwa kaum muslimin melemah.

Berfikir cara Barat dianggap maju, berfikir cara Islam dianggap mundur. Sebaliknya, cara hidup Islam dianggap kependetaan, dipencilkan sebatas urusan perkahwinan, kematian dan ritual semata-mata.

Carahidup Barat menjadi ikutan, menjadi panduan baik dalam berpolitik (demokrasi), atau perundangan (perundangan sekular) dan sistem ekonomi kapitalis, yang semuanya itu merupakan racun yang mematikan jati diri ideology Islam.

Diceritakan, Syaikh Taqiyuddin An Nabhani yang menubuhkan Hizbut Tahrir pada 1953, hanya menyebutkan perkataan KHILAFAH di khalayak mulai tahun 1958, iaitu selepas 5 tahun memperkenalkan idea Hizb di sekitar Al Quds. Mungkin kekhuatiran kepada penerimaan umat ketika itu yang umumnya taksub dengan perjuangan pan-arabisme dan pan-Islamisme.

Pan-arabisme adalah perjuangan berasaskan bangsa, yang memisahkan orang arab untuk arab, juga seperti pan-Turkisme dan lain-lain bangsa, sehingga kesatuan aqidah tidak lagi mengikat umat ini sebagai sebuah kesatuan.

Pan-Islamisme pula satu bentuk perjuangan mengegakkan Islam dari strategi "bottom up", di mana kelompok umat Islam cuba menyatukan umat dalam batas wilayah masing-masing, dengan teori "building block", keluarga-kampung-masyarakat-negara-global.

Sedangkan perubahan sistem tidak mungkin berlaku melainkan dengan method revolusioner, iaitu dari satu pusat ke seluruh wilayah. Kamal At Tarturk melenyapkan khilafah dengan menggantikan secara total sistem politik di Turki menjadi Republik Demoktarik Turki. Negara-negara lain kemudiannya "dimerdekakan" menjadi monarki mutlak, republik, federasi dan berbagai lagi.

Racun yang pernah mematikan daulah Khilafah, tidak mungkin menjadi penawar untuk menghidupkannya kembali.

Saturday, September 17, 2016

Suka Troll?

Generasi muda sebagai produk sistem sekular kapitalis menjadi semakin hilang adab dan sifat malu. Apalagi dalam dunia maya, berselinding di sebalik fake ID atau nama samaran, mereka bertingkah-laku seperti hilang akal.

Ada page troll yang berterusan nak kutuk Islam, kononnya mengutuk umat Islam, bukan ajarannya, tetapi dalam kejahilan, ternyata mereka hanya mempermainkan ajaran Islam, cuba meletakkan umat Islam di kandang salah, merendah-rendahkan umat Islam dan cuba menunjukkan umat Islam ini ganas (sesuai dengan agenda war on terror kelolaan Amerika).
Mereka mendapat sokongan dan pujian dari puak liberal, murtad, kafir, LGBT dan sebagainya. Anehnya, "sanjungan" dari puak ini menjadikan mereka feel good, seakan mereka adalah pejuang kebenaran dan pembebasan.

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda-gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya, kamu selalu berolok-olok?”. [At Taubah:65].

Gelagat mereka ini sudah tidak membezakan mereka dari golongan yang memusuhi Islam. Mereka boleh menyangka mereka di jalan kebenaran. Mereka mungkin mabuk dengan "like" atau sanjungan dari puak yang sejenis mereka. Mereka malah ketagih untuk terus mempersenda-memperolok umat Islam serta ajaran Islam. Tetapi Allah tidak sesekali lupa akan mereka. Mereka diberi tangguh sehingga datang ketentuan Allah ke atas mereka. Nauzubillahiminzalik!!!