Kuasa penjajah tidak akan memerdekakan negeri umat Islam sehingga kaum muslimin menyambung sistem yang mereka tinggalkan. Mereka memahami, demokrasi dalam bentuknya yang hakiki tidak akan diterima kaum muslimin kerana menjadikan halal dan haram itu di atas kehendak manusia, manakala sistem hidup dibuat sesuai dengan kehendak manusia.
Maka, pemahaman yang wajar ialah dengan memahami demokrasi sebatas kaedah melantik pemimpin. Maka muncullah apa yang disebut "demokrasi Islam".
Pemerintah dalam negara demokrasi mewakili suara rakyat, mengurus menurut kehendak rakyat (secara teori), manakala pemerintah dalam daulah Khilafah, mengurus rakyat menurut kehendak syarak.
Dalam demokrasi, pemerintah kena selalu ambil hati rakyat malah membeli sokongan rakyat.
Dalam khilafah, pemerintah menjalankan aturan Islam tanpa perlu membeli sokongan rakyat. Sebaliknya rakyat wajib patuh sebab ia aturan dari Sang Maha Pencipta, bukan aturan rekaan khalifah atau kroni.
Adapun mereka (Yahudi dan Nasara) tidak menyembah (sujud) kepara orang-orang alim dan rahib-rahib mereka, akan tetapi jika orang-orang alim dan rahib-rahib itu menghalalkan sesuatu untuk mereka, maka mereka pun menghalalkannya dan jika orang-orang alim dan para rahib itu mengharamkan sesuatu atas mereka maka mereka pun mengharamkannya, inilah yang dikatakan menjadikannya Tuhan”[HR at-Tirmidzi].
Adaptasi dari kitab:
Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Negara Khilafah dari sudut Pemerintahan dan Administrasi), karangan Syiekh Atha Khalil Bin Ahmad Abdul Qadir Al-Khatib Abu Ar Rasytah.
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Wednesday, May 17, 2017
Tuesday, May 16, 2017
Ada 4 jenis NILAI dalam kehidupan manusia:
1. Nilai Kemanusiaan
2. Nilai Kerohanian
3. Nilai Material
4. Nilai Moral
Dalam kehidupan manusia, nilai-nilai ini menjadi paling utama bergantung kepada situasi dalam hidup. Tidak ada nilai yang sentiasa lebih penting dari nilai lainnya.
Contohnya, kontraktor membina masjid. Nilai paling utama di sini ialah nilai material, kerana ia merupakan urusan perniagaan sekalipun membina masjid kelihatan ada nilai kerohanian di situ. Tidak munasabah untuk menjadikan nilai rohani paling utama, lalu minta kontraktor bina masjid tu free of charge.
Begitu pula sekiranya seseorang itu menunaikan solat. Nilai material tak patut wujud kerana perbuatan itu adalah memenuhi tuntutan Allah, dan membawa nilai kerohanian. Solat untuk dapat duit mungkin sah tapi tidak diterima.
Kita bantu mangsa kemalangan, ia lebih kepada nilai kemanusiaan berbanding yang lain.
Kita jujur dalam berniaga, ia lebih kepada nilai moral berbanding lain.
Masyarakat sekular memandang, keutamaan nilai ditentukan dari manfaat atau mudharat yang diperoleh dari nilai perbuatan itu sendiri. Mungkin mengharap sanjungan, pujian, kemegahan, atau mengelak malu, kecedaraan, kesakitan dan sebagainya. Ini menjadikan sistem nilai mereka berubah-ubah, dan ia menghasilkan kecelaruan yang sangat kusut.
Sebagai muslim, seluruh perbuatan wajib terikat dengan hukum syarak. Maka, segala perbuatan yang mengandungi semua nilai di atas wajib dilakukan dalam batas syarak tidak kira sepenting manapun nilai itu.
Adaptasi dari kitab: Mafahim Hizbut Tahrir, Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah

Saturday, April 15, 2017
Hanya orang Islam masuk syurga?
Baru-baru ini,muncul kecaman oleh puak liberal terhadap
ajaran Islam kerana dikatakan tidak adil untuk percaya, hanya orang Islam akan
masuk syurga. Orang kafir tidak akan masuk syurga selama-lamanya kerana tidak
beriman kepada Allah dan nabi Muhammad s.a.w.
Pemikiran semacam ini hanya polemik yang tidak ada asasnya
untuk diperdebatkan. Islam melarang kita mencampuri urusan agama lain dan
begitulah sebaliknya bagi non-muslim atau murtad jadian (puak liberal) untuk
tidak mencampuri urusan agama Islam.
Kita tidak perlu mempersoalkan kenapa penganut penyembah
berhala menyembah berhala A bukan B atau C? Kenapa mereka ada ritual tertentu
walaupun kitab mereka menunjukkan ritual yang berbeza? Kesemua urusan mereka
dalam agama mereka kita patut hormat dan biarkan mereka dengan urusan mereka, berdasarkan larangan Allah dalam Al Quran:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka
sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui
batas tanpa pengetahuan” (QS. Al An’am: 108).
Dalam argument ini, mereka seolah mempersoalkan, kenapa
Universiti Oxford tidak bagi mereka ijazah walaupun mereka lulus cemerlang
dalam ijazah di Universiti Malaya? Atau mungkin persoalan seperti mengapa
Petronas tak bayar gaji kepada mereka yang kerja sebagai jurutaip di syarikat
Caltex?
Bagi umat Islam, usah perasan akan masuk syurga kalau seumur
hidup meninggalkan syariat Islam, apakah kamu mengira akan mati dalam syariat
Islam?
Seorang yang hidup sebagai kafir, belum tentu matinya
sebagai kafir.
Sikap yang benar ialah, seorang muslim wajib berdakwah kepada sahabat mereka yang bukan Islam, agar mereka sama-sama dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.
Allahualam.
Saturday, April 8, 2017
Kedewasaan Dan Tanggungjawab
Robert Kiysoaski berpandangan, ramai orang bertambah umur
tanpa menjadi dewasa. Ini kerana, mereka hanya beralih dari pergantungan kepada
ibubapa atau penjaga, kepada pergantungan kepada kerajaan atau majikan.
Mereka marahkan kerajaan atau majikan jika merasakan diri
kesempitan. Mereka mengharapkan kerajaan dan majikan menjamin kehidupan mereka
selepas bersara
Orang dewasa sepatutnya berubah, dari bergantung kepada
orang lain, kepada menjadi tempat bergantung.
-Robert Kiyosaki; Retire Young Retire Rich-
Komen:
Kenyataan ini separuh benar jika kita lihat dari sudut yang
lebih besar. Manusia hidup dalam dua sfera kehidupan, iaitu sfera yang dikawal
mereka dan sfera yang tidak mampu mereka kawal.
Dalam Islam, taklif hukum dosa dan pahala hanya terbeban
dalam sfera yang dikawal oleh manusia.
Dalam konteks ini, seseorang itu bertanggungjawab untuk
mencari rezki yang halal, dan memberi nafkah kepada orang di bawah tanggungan
mereka. Kegagalan menyediakan makanan,pakaian dan tempat tinggal kepada
tanggungan merupakan dosa di sisi Islam.
Adapun di sisi yang lebih luas, sistem ekonomi yang secara
sistematik menekan rakyat, cukai yang dihirup dari jerih penat usaha rakyat,
tiada jaminan keselamatan dan kesihatan kecuali dengan bayaran, pendidikan yang
dijadikan komoditi jualan, semua itu berada di luar sfera kawalan individu.
Maka, ia bukan terbeban kepada individu tetapi kepada pemerintah.
Kesimpulan:
Berusaha mencari rezki halal itu wajib bagi menyempurnakan
kewajipan seorang wali. Kerajaan tidak perlu memberi segala keperluan secara
percuma kerana setiap orang ada kewajipan yang perlu mereka tunaikan. Dalam
masa yang sama,kerajaan juga wajib menyediakan pendidikan, khidmat kesihatan
dan jaminan keselamatan secara percuma kerana ketiga keperluan asas ini
merupakan kewajipan mereka selaku pemerintah.
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Ibn umar r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda : tiap-tiap orang merupakan pemimpin & bakal diminta pertanggungjawakan atas kepemimpinannnya. Seseorang pemerintah negeri dapat diminta pertanggungjawapan atas rakyat yang dipimpinnya. Seseorang suami dapat ditanya berkenaan keluarga yang dipimpinnya. Seseorang isteri yg memelihara rumah tangga suaminya dapat ditanya akan tanggungjawab & tugasnya. Bahkan satu orang pembantu/pekerja rumah tangga (atau hamba) yang bertugas memelihara barang milik majikannya pula bakal ditanya dari akan apa yang dipimpinnya. & kalian para pemimpin bakal ditanya dari hal kepimpinan kalian.[Bukhari&Muslim]
Sunday, April 2, 2017
Demokrasi Itu Sistem Kufur
Secularism secara falsafah ialah pandangan yang menganggap
bahawa kehidupan dapat dijalani dengan baik dengan menggunakan etika, dan
pengertian paling baik dari alam semesta, melalui proses argumentatif, tanpa
merujuk kepada tuhan atau (banyak) tuhan atau konsep supernatural.
Pluralisme pula merupakan kerangka aktiviti interaksi dimana
suatu kelompok menunjukkan rasa hormat yang baik dan toleransi satu samalain,
mereka saling mengakui dan berinteraksi tanpa konflik atau asimilasi.
Pluralisme juga merujuk kepada idea memberikan hak kepada individu-individu untuk memutuskan “kebenaran
universal” untuk mereka.
Inilah yang akhirnya mendasari demokrasi, iaitu sistem
pemerintahan yang berkedaulatan rakyat, dari rakyat, oleh rakyat dan untuk
rakyat. Mereka memilih sendiri pemerintahan mereka, membuat sendiri hukum untuk
mereka taati sendiri. Kedua pandangan ini (liberalisme dan demokrasi) oleh Adam
Smith dan David Ricardo dituangkan dalam bentuk kebebasan ekonomi dimana
keuntungan terbesar akan diperoleh apabila setiap individu dijamin haknya
secara penuh oleh pemerintah untuk memiliki sesuatu, tanpa atau dengan campur
tangan yang seminimal mungkin dari pemerintah yang saat ini kita kenal dengan
sistem ekonomi kapitalisme.
Dapat kita simpulkan bahawa kemunculan sekularisme ini
sendiri adalah disebabkan oleh pemikir dan cendekiawan serta rakyat jelata yang
dikecewakan oleh sistem pemerintahan agama (katolik), dan pemikiran cabangnya
iaitu liberalisme dan pluralisme, termasuk kapitalisme dan demokrasi adalah
produk yang sengaja disiapkan untuk menjadi utuh agar masyarakat Eropah tidak
lagi terjerumus pada trauma masa lalu, bersatunya negara dan agama.
Berbeza dengan Islam, sejarah telah membuktikan bahawa
kejayaan islam tercapai takala Islam tidak hanya diposisikan sebagai agama
ritual tetapi juga sebagai aturan hidup yang mengatur seluruh aspek dalam
kehidupan. Menarik bila memetik pernyataan Michael H. Hart, dalam kata
pengantar bukunya yang berjudul 100 Tokoh paling Berpengaruh di Dunia, bahawa
dia menempatkan Muhammad Rasulullah saw. menjadi tokoh nomor satu adalah karena
Muhammad mempunyai kekuasaan spritual dan politis yang tidak dipisahkan satu
sama lain. Sejarah tidak bisa berbohong bahwa abad keemasan umat muslim
(Islamic golden age) pada saat kekhilafahan abbasiyyah dan awal kekhilafahan
utsmaniyyah (750 M – 1500 M) telah menyatukan lebih dari 1/3 dunia, kekuasaan
membentang dari sebagian eropah (andalusia/spanyol) hingga dataran balkan yang
kekuatan laut maupun daratnya ditakuti di dunia.
Juga tertulis dengan tinta
emas dalam sejarah peradaban manusia karya besar pemikir dan saintis muslim
seperti al-Khawarizmi dengan teori matematiknya, al-Kindi dengan pemikirannya,
Ibnu Sina dengan ilmu perubatan dan kesusasteraannya yang telah menulis Canons
of Medicine serta ilmu optik, Ibnu Khaldun dengan sejarahnya dan Ibnu Rusyd dengan
fikihnya. Pada pendidikan pun tak kalah hebatnya Imam Ad Damsyiqi telah
menceritakan sebuah riwayat dari Al Wadliyah bin Atha yang menyatakan bahwa di
kota Madinah ada tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah Umar bin
Khatthab memberikan gaji pada mereka masing-masing sebesar 15 dinar (1 dinar =
4,25 gram emas) (sekitar RM 12176 berdasarkan harga emas sekarang). Atau pada
masa Khalifah Harun al-Rasyid dimana tidak ada warga negara yang miskin
sehingga zakat bagi orang miskin tidak dibahagikan.
Oleh kerana itu, sebagai seorang yang berusaha untuk
melaksanakan semua aturan yang telah ditaklifkan oleh Allah SWT kepada kita,
hendaknya kita tidak mengambil pandangan-pandangan yang tidak berasal dari
Islam mahupun memperjuangkannya, apalagi pandangan itu telah terbukti
mudaratnya bagi kehidupan kita, agar kita punya hujjah di akhirat kelak.
Barangsiapa mencari agama (deen) selain agama Islam, maka
sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat
termasuk orang-orang yang rugi(TQS ali-Imran [3]: 85)
Adaptasi dari Ustadz Felix Siauw
Thursday, March 30, 2017
Kebenaran itu tidak boleh ditolak
Orang bijak selalu mencari kebenaran baginya dalam sebuah nasihat, sementara orang yang bodoh selalu menyalahkan orang yang menasihatinya. Padahal kebenaran tidak akan berubah sepandai manapun dia mengelak dan seburuk manapun celaannya pada penasihat. Nasihat yang benar tetap berharga siapapun yang menyampaikannya. Sebagaimana emas tetap berharga walau datang dari seorang penjahat.
Kebenaran tidak boleh ditolak, tapi kebenaran boleh dibuat relatif, salah satunya adalah dengan menyerang orang yang menyampaikan kebenaran padanya. Bahasa ilmiahnya disebut, ad hominem.
Orang bodoh selalu mencari alasan untuk berdebat, kerana yang mereka inginkan bukanlah kebenaran tapi memperdebatkan kebenaran. Mereka sukar memahami kebenaran, lalu mengalihkan kebenaran itu menjadi sesuatu yang relatif yang kelihatan masuk akal. Padahal apa yang disampaikan tidak ada hubungan sama sekali dengan perbahasan.
Da'ie : “Alhamdulillah, dari QS 24:31 dan QS 33:59 kita dapat mengambil kesimpulan bahawa Allah mewajibkan hijab bagi setiap Muslimah, hijab itu adalah ketaatan, dan setiap ketaatan adalah baik”
Liberalis : “Bererti Muslimah berhijab itu pasti baik?”
Da'ie : “Begitulah menurut Al-Qur’an dan Al-Hadis”
Liberalis : “Anda salah, belum tentu orang yang berhijab itu lebih baik daripada yang tidak berhijab. Saya lihat ada orang yang berhijab tapi lisannya kasar dan kotor, sebaliknya ada orang yang tidak berhijab tapi sopan dan sedekahnya banyak. Anda terlalu judgmental! Kebaikan bukan ditentukan oleh pakaian, tapi lebih dari hati, tak perlu berlebihan dalam segala sesuatu, Allah tidak suka yang berlebih-lebihan”

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (QS Al-An’am [6]: 112)Syaitan itu sifat yang wujud pada jin ataupun manusia. Bisikan-bisikan syaitan memang indah, terkadang berdalil pula atas nama Allah, namun semua keindahan itu adalah tipu daya penuh kepalsuan lagi menyesatkan, kerana mereka ingin mengajak manusia untuk mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar.
Kebenaran Islam itu sama seperti 3+4 = 7. Memiliki bukti dan dasar yang sangat kuat yang tidak mungkin goyah. Kerana apapun yang tertulis di dalam Al-Qur’an dan Hadis pastilah suatu kebenaran yang tak hilang kebenarannya walau banyak yang memperdebatkannya.
Apabila kamu membaca Al Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (QS An-Nahl [16]: 98-100)
Nukilan asal:
Ustadz Felix Siauw
Tuesday, March 21, 2017
Sistem Ekonomi Islam yang Agung
Islam sebagai ideology yang diwahyukan oleh Sang Maha Pencipta menyediakan sistem hidup yang sempurna buat sekalian manusia, untuk sepanjang zaman. Salah satu cabang sistem ialah ekonomi dan kewangan.
1. Dalam Islam, takaran hanyalah bersandarkan emas dan perak. Ia sesuatu yang dianggap bernilai oleh manusia, sejak permulaan tamadun.
2. Transaksi mestilah real, barang dengan barang, khidmat dengan barang dan sebagainya. Transaksi real akan menghapuskan ketidaktentuan nilai yang seterusnya memporak-porandakan ekonomi.
3. Matlamat ekonomi dalam Islam (Iqtisadi Fil Islam) ialah membahagikan kekayaan agar memakmurkan seluruh masyarakat. Ada hukum khusus berkenaan zakat, kanzul mal (menimbun harta), larangan menyewakan tanah pertanian dan sebagainya adalah mekanisme menyebarkan kekayaan dan menghalang monopoli, seterusnya mengurangkan jurang kekayaan.
4. Riba' diharamkan bermaksud penindasan secara sistematik dari transaksi sebegini dihapuskan sama sekali.
5. Seluruh transaksi ekonomi memiliki "ruh", iaitu berkait langsung dengan tujuan hidup manusia sebagai hamba kepada Allah. Penipuan, curi, rompak, khianat dan segala perbuatan jahat diharamkan, dikenakan hukuman yang setimpal oleh negara. Ini menjamin pemilikan dan memberi ketenangan bagi masyarakat.

“Dan tidak Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”[TMQ: Al-Anbiya ayat 107]
Subscribe to:
Posts (Atom)