Monday, February 27, 2023



Dalam kajian yang dilakukan oleh pihak USM pada 2012 mengenai budaya membaca di kalangan para pelajar IPTA, para penyelidik menyimpulkan bahawa budaya membaca di kalangan golongan ini masih di peringkat rendah, malah bahan bacaan yang dibaca masih dari kategori bukan ilmiah. Ini menjelaskan mengapa budaya keilmuan masih rendah di negara ini, dan ia diperparahkan lagi dengan masalah "brain drain" apabila golongan intelektual meninggalkan negara ini untuk mencari peluang yang
lebih baik buat mereka.

Ketika ini, KKM mengalami masalah begitu ramai kakitangan yang berhenti dan dengan trend yang berlaku ketika ini, negara bakal berdepan dengan krisis tenaga kerja khususnya dalam bidang perubatan. Isu yang sama juga berlaku dalam bidang kepakaran lain, manakala generasi muda lebih cenderung menceburi bidang pekerjaan dalam "gigs economy" yang boleh memberikan mereka pulangan yang lumayan berbanding menceburi bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi, dibayar pula gaji yang sekadar meletakkan mereka dalam golongan B40.
Ketika era kegemilangan Khilafah Abasiyyah, direkodkan bahawa pihak Khalifah memiliki ahli jawatankuasa yang membuat penilaian dan memberikan ganjaran kepada kemahiran yang disumbangkan oleh sesiapa sahaja, termasuklah dari luar daulah Khilafah seberat timbangan kitab yang mencatatkan ilmu mereka untuk memperkayakan khazanah ilmu di perpustakaan kota Baghdad, Baitul Hikmah. Contohnya, seorang ahli matematik yang menulis formula matematik, lalu dicatat pada lembaran kitab, ahli matematik itu layak untuk claim sejumlah emas setelah pihak jawatankuasa berpuas hati dengan kepentingan ilmu yang disumbangkan.
Hari ini para mahasiswa bukan sahaja kena ikat perut akibat tekanan ekonomi, mereka bergraduasi dengan beban hutang walaupun peluang pekerjaan masih belum pasti.
Demokrasi merupakan sistem yang memilih pemimpin berdasarkan suara majoriti, menyebabkan kekuasaan akan berada di tangan sesiapa sahaja yang popular, walaupun mereka tidak cerdik, penipu atau jahat. Rakyat yang tidak berilmu akan memilih berdasarkan kecetekan ilmu, lalu mengangkat orang-orang bodoh sebagai pemimpin.
𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐽𝑎𝑏𝑖𝑟 𝑏𝑖𝑛 𝐴𝑏𝑑𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑅𝐴, 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑁𝑎𝑏𝑖 𝑆𝐴𝑊 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑏𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐾𝑎’𝑏 𝑏𝑖𝑛 ‘𝑈𝑗𝑟𝑎ℎ 𝑅𝐴: (𝑚𝑢𝑑𝑎ℎ-𝑚𝑢𝑑𝑎ℎ𝑎𝑛) 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑒𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑜𝑑𝑜ℎ. 𝐾𝑎’𝑏 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑛𝑦𝑎: 𝑊𝑎ℎ𝑎𝑖 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑖𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑝𝑒𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑜𝑑𝑜ℎ? 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑒𝑙𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛: (𝑖𝑎𝑖𝑡𝑢) 𝑃𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑒𝑚𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑢𝑛𝑐𝑢𝑙 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑘𝑢, 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑡𝑢𝑛𝑗𝑢𝑘𝑘𝑢, 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑢𝑛𝑛𝑎ℎ𝑘𝑢. 𝐵𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑖𝑝𝑢𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑧𝑎𝑙𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑢𝑚𝑎𝑡𝑘𝑢. 𝐷𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑢 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎. 𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑖𝑛𝑢𝑚 𝑑𝑖 𝑡𝑒𝑙𝑎𝑔𝑎𝑘𝑢 (𝑑𝑖 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑎𝑡 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑘). 𝐵𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑖𝑝𝑢𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑧𝑎𝑙𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑑𝑖𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑢𝑚𝑎𝑡𝑘𝑢 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑢 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎, 𝑑𝑖𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑖𝑛𝑢𝑚 𝑑𝑖 𝑡𝑒𝑙𝑎𝑔𝑎𝑘𝑢 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑘. [Musnad Ahmad, no: 14441]
Kita akan bergerak ke arah kemunduran tanpa membudayakan ilmu. Rakyat yang tidak cerdik akan melantik pemimpin yang tidak cerdik, maka natijah yang akan berlaku tidaklah menambah kebaikan.




Sunday, February 12, 2023

Keimanan dalam Islam bukan sekadar syok sendiri tetapi memang dibina dari kerangka pemikiran yang memuaskan logik. Al Quran sebagai mukjizat yang teragung, dari segi bahasa, tidak mampu didatangkan walau sepotong ayat yang sebanding dengannya sejak ribuan tahun lalu walaupun para pujangga arab cuba menciptanya.


Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri [Surah Israk ayat 88]


Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan, Muhammad yang mereka-reka Al Quran itu, katakanlah wahai Muhammad, jika demikian tuduhan kamu, maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Hud ayat 13]

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang Al Quran yang Kami turunkan iaitu Al Quran kepada hamba Kami Nabi Muhammad, maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Al Baqarah ayat 23]

Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu bahkan mereka mengatakan, dialah Muhammad yang mengada-adakan Al Quran menurut rekaannya, katakanlah wahai Muhammad, kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah untuk membantu kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar [Surah Yunus ayat 38]

Al Quran ialah kalamullah dan seluruh intipatinya adalah kebenaran dan petunjuk.

Allah yang menciptakan seluruh realiti, dan sains, maka tidak mungkin Allah membicarakan sesuatu yang bertentangan dengan sains yang dicipta Nya, melainkan sains itu sendiri belum mampu mencerap atau mencapai rahsia dari sumber naqli.

Wednesday, December 21, 2022

 Kenyataan Presiden PAS,

"𝑆𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑖ℎ𝑎𝑑𝑖𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑘𝑢𝑚𝑝𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑚𝑝𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑏𝑢𝑎ℎ 𝑘𝑖𝑡𝑎𝑏 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑠𝑎 𝐴𝑟𝑎𝑏, 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑡𝑢𝑗𝑢𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑎𝑟𝑎𝑚𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑖𝑙𝑖ℎ𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑛𝑑𝑖. 𝐴𝑙𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑒𝑚𝑜𝑘𝑟𝑎𝑠𝑖 𝐵𝑎𝑟𝑎𝑡 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚, 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑖𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆𝐴𝑊. 𝐻𝑢𝑗𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑑𝑒𝑚𝑖𝑘𝑖𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ, 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑚𝑏𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑢𝑡𝑎 𝑎𝑔𝑎𝑚𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑝𝑒𝑠𝑜𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑠𝑖𝑓𝑎𝑡 𝑎𝑗𝑎𝑟𝑎𝑛 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑚𝑝𝑢 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑔𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑎𝑤𝑎𝑙 𝑘ℎ𝑢𝑠𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑏𝑎𝑡 𝑅𝐴.
𝑆𝑎𝑦𝑎 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑒𝑙𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑣𝑖𝑠𝑎 ℎ𝑎𝑗𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑢𝑚𝑟𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑠𝑝𝑜𝑟𝑡 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑖 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑚𝑎𝑙𝑎𝑛 𝐵𝑎𝑟𝑎𝑡, 𝑡𝑒𝑟𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑠𝑎𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑗𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑢𝑚𝑟𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑖𝑎𝑔𝑎𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑎𝑑𝑏𝑖𝑟𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑘𝑖𝑛𝑖 𝑗𝑢𝑔𝑎 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑅𝑎𝑠𝑢𝑙𝑢𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆𝐴𝑊. 𝑆𝑒𝑚𝑢𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑎𝑗𝑑𝑖𝑑 𝑑𝑎𝑛 𝑖𝑠𝑙𝑎ℎ (𝑝𝑒𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑟𝑢𝑎𝑛 𝑆𝑖𝑦𝑎𝑠𝑎ℎ 𝑆𝑦𝑎𝑟‘𝑦𝑦𝑖𝑎ℎ) 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑙𝑎𝑘𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑗𝑎𝑘 𝑧𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑏𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑢𝑙𝑎𝑓𝑎’ 𝑎𝑙-𝑅𝑎𝑠𝑦𝑖𝑑𝑖𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑇𝑎𝑏𝑖‘𝑖𝑛 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑖𝑘𝑢𝑡 𝑘𝑜𝑛𝑠𝑒𝑝 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑛𝑦𝑎𝑘 𝑖𝑗𝑡𝑖ℎ𝑎𝑑 𝑝𝑎𝑟𝑎 𝑢𝑙𝑎𝑚𝑎’ 𝑚𝑢𝑘𝑡𝑎𝑏𝑎𝑟 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑟𝑢𝑗𝑢𝑘𝑎𝑛. "
------------------------------------------------------------
Berikut komen saya:
1. Saya percaya, yang dimaksudkan sebagai kumpulan pelampau itu ialah Hizbut Tahrir. Mungkin beliau lupa, puluhan tahun umat Islam di Malaysia berbalah sehingga saling mengkafirkan akibat perbezaan parti politik. Ketika itu, penyokong PAS beranggapan penyokong UMNO sebagai kafir, fasiq, munafiq. Kalau ingin menggunakan istilah pelampau, saya rasa PAS lebih melampau berdasarkan fakta ini. Narasi kafir mengkafir ni berterusan dan PAS menggunakan momentum sebegini meraih sokongan tanpa diperbetulkan kemelampauan yang tersebar. Sedangkan pihak yang dituduh melampau itu tidak pernah mengakfirkan sesiapa. Kalaupun timbul tuduhan "mengkafirkan", yang dikafirkan hanyalah sistem, bukan orangnya.
2. Mungkin beliau tak baca hujah yang diutarakan dalam buku yang diberi. Terlalu sibuk barangkali, hingga kehadiran ke parlimen pun tak mampu nak bagi komitmen walaupun diwajibkan sokong, kononnya "demi Islam".
Keharaman demokrasi pada pandangan penulis buku, Syaikh Abdul Qadim Zallum; 𝐴𝑑-𝐷𝑖𝑚𝑢𝑞𝑟𝑎𝑡ℎ𝑖𝑦𝑎ℎ 𝑁𝑖𝑧ℎ𝑎𝑚 𝐾𝑢𝑓𝑟 : 𝑌𝑎ℎ𝑟𝑢𝑚𝑢 𝐴𝑘ℎ𝑑𝑧𝑢ℎ𝑎 𝑎𝑤 𝑇𝑎𝑡ℎ𝑏𝑖𝑞𝑢ℎ𝑎 𝑎𝑤 𝐴𝑑-𝐷𝑎’𝑤𝑎𝑡𝑢 𝐼𝑙𝑎𝑖ℎ𝑎 (Demokrasi Sistem Kufur : Haram Mengambilnya, Menerapkannya, dan Mempropagandakannya) ini adalah berkisar tentang konsep dan idea demokrasi yang bertentangan dengan Islam. Perbahasan yang dibentangkan bersifat fundamental berdasarkan makna yang dijelaskan dan bukan sekadar konsep umum demokrasi.
3. Urusan visa, passport dan sebagainya ialah urusan administratif yang tidak ada kena mengena dengan konsep Islam. Visa tidak merosakkan aqidah tetapi pemikiran sekular merosakkan aqidah. Sama lah ketika dibandingkan mana lebih sunnah, naik unta atau naik motosikal? Ia cuma perbandingan dangkal yang tidak padan dengan kewibawaan seorang ulama untuk dituturkan.
4. Saya menerima, malah menyambut baik konsep tajdid. Pembaharuan yang membenarkan keluasan dalam persoalan fiq. Akan tetapi, perbahasan umum semata-mata tidak akan lengkap tanpa difahami secara mendalam falsafah di sebalik persoalan yang dibincangkan. Hukum berkaitan perhambaan dan ghanimah (rampasan perang) tidak pernah dan tidak akan terbatal hingga hari kiamat tetapi ia tidak lagi berlaku dalam realiti ketika ini. Sama lah dengan Khilafah, ia merupakan kesatuan ummah yang menjadikan seorang Imam sebagai Amirul Mukminin. Ia bukan satu hukum yang terbatal, sehingga harus dilupakan sebaliknya ia merupakan satu kewajipan untuk dikembalikan. Kita boleh berbeza pandangan tentang bagaimana mengembalikan Khilafah tetapi kewajipan menyatukan seluruh kaum muslimin di belakang seorang Khalifah tetap sama.
Sekadar menukilkan buah fikiran
صبري يعقوب
-شباب حزب التحرير السابق-
Suka
Komen
Kongsi

Monday, December 5, 2022

 𝗠𝗢𝗡𝗢𝗣𝗢𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡


Media sosial dipenuhi posting mengenai monopoli kekayaan apabila Perdana Menteri DSAI mendedahkan monopoli ke atas import beras yang hanya memanfaatkan segelintir manusia untuk jadi kaya raya dengan luar biasa. Faktanya, bukan sahaja beras, malah monopoli memang berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi. Idea "pasaran bebas" tidaklah benar seperti mana teori, malah kadangkala "monopoli" secara teorinya adalah diperlukan dalam sesetengah keadaan. Contohnya, Petronas memonopoli sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor bekalan tenaga, Telekom dalam penyediaan rangkaian telefon talian darat dan lain-lain sektor yang memerlukan campur tangan kerajaan untuk diuruskan.

Dasar penswastaan yang dilakukan ketika era DSAI menjadi menteri kewangan puluhan tahun dulu yang menukar LLN (Lembaga Letrik Negara) kepada TNB dan Jabatan Telekom Malaysia kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan lain-lain "monopoli" adalah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan Malaysia ketika itu bagi memperkukuhkan sektor yang berkaitan serta dianggap langkah yang tepat dalam meringankan beban kewangan kerajaan. Cuma, seperti mana-mana syarikat, tujuan penubuhan syarikat ialah untuk mendapatkan keuntungan, dan ia berbeza dengan kerajaan yang menyediakan segala kemudahan dengan tujuan menguruskan urusan rakyat 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 (profit).

Di sebalik dasar penswastaan ketika itu, segelintir elit yang benar-benar mengaut kekayaan luar biasa, sedangkan majoriti rakyat yang merupakan pengguna, menanggung kenaikan kos. Inilah sifat sistem ekonomi kapitalisme yang sentiasa memberi kelebihan kepada segelintir manusia, dengan mentelantarkan sebahagian besar yang lain.

Di dalam ajaran Islam, segala keperluan strategik negara harus dikelola oleh negara, sama ada secara langsung, atau melantik pihak lain yang memiliki keupayaan secara teknikal mahupun kewangan. Tujuan utama menguruskan segala keperluan ini untuk kemaslahatan rakyat secara keseluruhan.

اَلْمُسْلِمُوْنَ شُرَكَاءُ في ثلَاَثٍ فِي الْكَلَإِ وَالْماَءِ وَالنَّارِ

𝘒𝘢𝘶𝘮 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘶𝘵𝘶 (𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘵) 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘳𝘢 𝘪𝘢𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘶𝘮𝘱𝘶𝘵, 𝘢𝘪𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘪 [HR Abu Dawud dan Ahmad]

اَلْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلاَثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلإِ وَالنَّارِ وَثَمنَهُ حَرَامٌ

𝘒𝘢𝘶𝘮 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘵𝘪𝘨𝘢 𝘩𝘢𝘭: 𝘢𝘪𝘳, 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨 𝘳𝘶𝘮𝘱𝘶𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘪; 𝘥𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘩𝘢𝘳𝘢𝘮. [HR Ibn Majah]

Sebarang bentuk keperluan seperti jalan raya, sumber air, sumber tenaga dan lainnya tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana pihak, termasuklah kerajaan. Fungsi kerajaan ialah memastikan ianya diurus dengan baik. Perebutan ke atas keperluan ini boleh mengakibatkan sengketa dalam masyarakat.

Dalam polemik politik yang tak berkesudahan, rujuklah sumber wahyu, yang diturunkan buat sekalian manusia untuk mengatur kehidupan manusia baik sebagai individu, mahupun tatacara bernegara. Islam ialah way of life yang mengatur dari sekecil-kecil perkara seperti membasuh najis dan berpakaian, sehinggalah menguruskan negara serta menegakkan keadilan dan memakmurkan negara. Apakah ada 𝘥𝘦𝘦𝘯 yang lain, dicipta oleh manusia yang lebih baik dari 𝘥𝘦𝘦𝘯 ini?

Thursday, January 20, 2022

Memahami Narasi Politik

Tahap toleransi dan kerjasama rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang kaum sebenarnya cukup baik dan terbentuk secara alami setelah bergenerasi tinggal bersama. Masalah muncul apabila pihak tertentu, terutama ahli politik cuba mendapatkan political mileage secara mudah dengan menonjolkan diri sebagai hero kelompok tertentu sambil menyemarakkan permusuhan terhadap kelompok lain.


Pada skala global, kebencian yang ditanamkan terhadap Islam dan umatnya melalui stigmatization secara terkoordinasi melalui "war on Terror" sebenarnya lebih kepada motif politik berbanding motif keagamaan itu sendiri. Ini kerana, Barat dan konconya memahami Islam sebagai thariqul hayat yang tidak boleh dipisahkan dari politik. Yang dimusuhi bukanlah pada solat 5 waktu, berbuat baik kepada jiran dan ajaran-ajaran Islam itu sendiri, tetapi sebenarnya dihalakan khusus kepada ideology politik Islam yang berupaya menggugat hegemony ideology mereka.

Secara ringkas, untuk memahami pola krisis "Islam Vs Kekufuran", kita harus faham narasi yang cuba dibawa para pemain dalam gelanggang politik. Mereka sentiasa mamanfaatkan dua sifat manusia, iaitu benci dan cinta.

Kebencian itu sifatnya seperti cinta, ia boleh membutakan pertimbangan manusia terhadap fakta. Permainan sentiment yang dimainkan dengan tujuan meraih kepentingan peribadi atau puak adalah pencetus pelbagai sengketa di dunia ini.

Wednesday, May 13, 2020

Peristiwa Bulan Dibelah dan Raja Dari India

Kita semua mengetahui peristiwa Rasulullah SAW yang pernah berlaku satu ketika dahulu,Terdapat satu peristiwa hebat tercatat dalam sebuah manuskrip Hindu kuno berkaitan peristiwa bulan terbelah tersebut yang jarang kita dengar.

Manuskrip Hindu kuno itu menceritakan kisah seorang raja dari Dinasti Chera,Malabar(selatan India) bernama Raja Cheraman Perumal (nama sebenarnya Chakrawati Parmas) yang hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w

Raja ini telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah dua itu di Malabar, di waktu yg sama ketika Rasulullah SAW (yang berada di Mekah ketika itu) telah membelah bulan di hadapan golongan Quraisy sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan Baginda. Raja itu kebingungan setelah melihat peristiwa tersebut.

Kemudian, pada tahun yang sama berlakunya peristiwa bulan terbelah dua iaitu pada 617M, seorang sahabat Nabi bernama Malik Bin Dinar (ada pandangan menyatakan Malik Bin Dinar merupakan tabiin, bukannya sahabat) bersama-sama 12 orang yang lain telah datang ke India.Mereka adalah sekumpulan pedagang Muslim yang ingin berdagang ke China dan singgah sebentar di Malabar.

Berita kedatangan mereka kemudiannya telah sampai kepada Raja Cheraman yang kemudiannya telah menjemput mereka ke istana. Malik bin Dinar seterusnya telah menerangkan kepada raja tersebut mengenai Islam.

Sebelum kedatangan Islam,para pedagang Arab telah menunjukkan sikap yang buruk apabila mereka sampai di pelabuhan Kerala,India.Antara soalan yang ditanyakan kepada jemaah dakwah itu ialah;

“Bagaimana Islam boleh mengubah bangsa Arab yang kasar menjadi lemah lembut?”.

Jemaah itu pun menceritakan mengenai kebaikan yg diunjurkan agama Islam dan perihal Nabi Muhammad SAW.Kemudian,raja itu bertanya;

“Adakah terdapat bukti atau mukjizat yang boleh menunjukkan bahawa Muhammad adalah seorang Nabi?”.

Jemaah itu pun menceritakan kisah berkaitan mukjizat Nabi iaitu peristiwa bulan terbelah dua.

Maka terjawablah sudah persoalan yg bermain di minda Raja Cheraman yang selama ini dihantui kebingungan dengan fenomena bulan terbelah yang disaksikannya sebelum ini.

Dikatakan Raja Cheraman pergi untuk bertemu Rasulullah s.a.w lalu memeluk Islam dalam catatan kuno India tetapi tidak ditemukan dari pelbagai jalur riwayat yang muktabar perincian kisah ini.

Adapun bagi mengimani kerasulan Muhammad s.a.w, kita tidak memerlukan keajaiban untuk percaya, tetapi cukuplah dengan berfikir dari segala tanda yang mampu kita capai melalui pancaindera kita, serta kehebatan kesasteraan Al Quran yang tidak mampu ditandingi sejak ribuan tahun lalu.

Allahu'alam.

(NOTA: Dialog ini ada ditulis dalam Kitab Rihlat al Muluk oleh Umar bin Suhrawardi)



Sunday, May 3, 2020

Sekitar Persoalan Mengenai Bitcoin

18 May 2020, Bitcoin akan mengalami "halving" atau "menjadi separuh" apabila bilangan blok yang dikeluarkan mencecah 630 000, ganjaran blok akan turun dari 12.5 ke 6.25 bitcoins.
Halving berlaku setiap empat tahun, dan menandakan kadar penghasilan Bitcoin baharu akan berkurang menjadi separuh. BTC ialah cryptocurrency yang dicipta pada jumlah terhad, iaitu hanya 17.3 juta.
Sebelum ini, ketika halving berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2013 dan 2016, harga BTC melonjak hingga beratus peratus. Satu tawaran yang sangat memukau ramai orang untuk melabur.
Pandangan Amir Hizbut Tahrir, Syiekh Atha Abu Al-Rashta berkaitan Bitcoin ini seperti berikut:
Bitcoin dihasilkan daripada proses digital mining yang bersifat majhul. Sesiapa sahaja yang memiliki peralatan komputer dan perisian yang sesuai boleh ‘melombong‘ Bitcoin. Dengan kata lain, Bitcoin terjana daripada sumber yang tidak dikenalpasti secara spesifik kerana ia dihasilkan oleh sebuah komuniti ‘pelombong’ secara terpencar (decentralized).
Ini pastinya menimbulkan keraguan kerana wujud kemungkinan bahawa perlombongannya terkait dengan entiti-entiti kapitalis yang berniat jahat atau mempunyai pelbagai tujuan yang buruk seperti perjudian, pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan pengurusan jenayah terancang. Tambahan pula, Bitcoin terdedah kepada pelbagai penipuan dan spekulasi. Oleh sebab itu, memperdagangkan Bitcoin yang bersifat majhul ini tidak diperbolehkan oleh syarak.
Larangan ini termasuk dalam apa yang disebutkan sebagai transaksi gharar yang bermaksud sebuah transaksi yang melibatkan produk yang tidak dapat diperoleh kepastian daripadanya. Sebagai contoh, transaksi yang melibatkan penjualan ikan yang masih di dalam air atau menjual apa yang dibawa oleh binatang yang hamil dan sebagainya. Transaksi seperti ini dilarang kerana terdapat unsur gharar di dalamnya.
Transaksi gharar dilarang oleh Rasulullah SAW berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam Sahihnya, daripada Abu Hurairah RA bahawa dia berkata “Rasulullah SAW melarang jual beli hasah dan jual beli gharar”.
Maksud jual beli hasah adalah apabila si penjual berkata kepada pembeli, ‘Saya akan menjual kepada anda apa sahaja yang ditunjukkan oleh lontaran batu ini, yang bermaksud, wujudnya elemen rawak di dalam jual beli. Dengan kata lain, objek yang dijual beli adalah tidak diketahui (majhul) dan ini dilarang sama sekali. Kedua-dua transaksi gharar dan hasah merupakan transaksi atas barangan yang majhul.
Pandangan yang sama juga dikeluarkan oleh Darul Iftaa’ Misriyyah (Majlis Fatwa Mesir), manakala Syeikh Ali Qaradaghi (Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia) berpandangan bahawa Bitcoin tidak haram secara mutlak tetapi memerlukan beberapa dhawabit (parameter) dalam pelaksanaannya.
Wifaq al-‘Ulama (United Kingdom) pula mengeluarkan pandangan, Bitcoin adalah dihasilkan dari proses mining yang berunsur perjudian.
Pandangan yang mengharuskan penggunaan Bitcoin pula adalah dari Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah, beliau telah menolak hujah kalangan yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen gharar (ketidakpastian / ketidakjelasan) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem mata wang digital itu sendiri akan runtuh (collapse) pada bila-bila masa.
Beliau berkata risiko (khatar), tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.
Allahua'lam.