Pemikiran manusia tercetus dari pencarian jawapan terhadap dua perkara, BENAR atau SALAH? dan BAIK atau BURUK?
Benar atau salah boleh dibuktikan dengan penghujahan berdasarkan fakta realiti, bukti-bukti terpercaya, pengiraan maths atau eksperimen sains. Sebagai contoh, persoalan siapa yang cipta Facebook. Kita mengetahui kebenaran dengan merujuk realiti dari sumber-sumber yang trust-able. Begitu juga jika mahu mengetahui sifat fizik gas Nitrogen, kita boleh mengetahui kebenaran dengan experiment tertentu dengan method yang khas. Persoalan BENAR atau SALAH tidak terkait dengan hukum syarak.
Adapun persoalan BAIK atau BURUK, manusia memerlukan tolok piawai yang melebihi keupayaan manusia untuk mencerap fakta dan realiti. Sebab, sifat manusia sememangnya terbatas dengan lingkungan kehidupannya sehingga mustahil untuk manusia mengetahui secara mutlak hakikat sesuatu kejadian sebagai BAIK atau BURUK. Maka, dalam persoalan ini, manusia menjawab dengan berpandukan wahyu, dengan konsep ketuhanan. Sebagai contoh, manusia tidak mampu menjawab persoalan, CUACA HUJAN sebagai baik atau buruk dengan konsisten. Ini kerana, ada yang mengatakan ia sebagai buruk sebab menghadkan aktiviti manusia, ada pula yang menganggap ia sebagai rahmat, sebab menyuburkan tanaman. Begitu pula dengan PEPERANGAN. Manusia meletakkan peperangan sebagai buruk secara umumnya namun dalam hukum Islam, JIHAD merupakan semulia-mulia amal kebajikan.
Dengan memahami falsafah yang mendasari pemikiran ini, maka manusia berupaya memecahkan permasalahan yang muncul dalam kehidupan. Sebagai seorang Muslim, tujuan hidup kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta. Maka, kita wajib menggunakan akal untuk menguatkan aqidah dan seterusnya menggunakan potensi akal bagi memahami segala nas syarak untuk menjawab persoalan BAIK atau BURUK manakala kita juga memanfaatkan kecerdasan yang ada bagi memahami segala realiti dan fakta untuk memecahkan persoalan BENAR atau SALAH.
-Interpretasi dari kitab NIZHAMUL ISLAM bab KIYADAH FIKRIYAH (kepimpinan Berfikir) dan MAFAHIM HIZBUT TAHRIR , Imam Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Tuesday, October 1, 2013
Tuesday, September 17, 2013
Rise of Empire
Dawlah Islam muncul di tengah padang tandus di wilayah Yathrib (kemudian dikenali sebagai Madinah) muncul menjadi pusat empayar terkuat yang menundukkan kedua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi dalam masa kurang 60 tahun.Kebangkitan ini bukanlah berpunca dari kemajuan teknologi yang dimiliki kaum muslimin. Bukan juga disebabkan oleh ramainya mereka kerana dalam setiap peperangan antara kaum muslimin dengan dua empayar itu, bilangan kaum muslimin adalah lebih sedikit bahkan boleh menjangkau nisbah yang tidak masuk akal untuk menang perang!!!!
Tempoh yang paling singkat dalam sejarah kebangkitan sebuah empayar dalam tamadun manusia ini memiliki satu unsur "luar biasa" yang tidak terdapat dalam mana-mana tamadun lain iaitu AQIDAH YANG BENAR sebagai tunjang kekuatan mereka. Mereka berekonomi, berpolitik, beribadat, bergaul bahkan seluruh aturan hidup mereka adalah terbit dari aqidah yang benar ini dan mereka mencampakkan segala kepercayaan karut yang tidak selari dengan aqidah ini.
Hari ini, kaum muslimin yang juga menyatakan keimanan mereka kepada ajaran yang sama iaitu Islam tetapi mereka juga mengambil deen selain dari Islam sebagai tuntunan hidup mereka. Mereka percaya, demokrasi itu boleh disesuaikan dengan Islam lalu mereka cuba bermuamalat agar Islam itu sesuai dengan demokrasi itu. Contoh jelas, mereka menerima hukum taghut dan hukum Allah untuk dilaksanakan bersama-sama sedangkan ia jelas bertentangan dengan syiar Islam. Kaum muslimin meninggalkan kemuliaan jihad dan menjadi golongan yang pengecut dan cintakan dunia. Kaum muslimin menjadi bodoh dalam memikirkan penyelesaian terhadap permasalahan mereka sehinggakan dikala saudara mereka disembelih, dirogol, dibakar hidup-hidup mereka berbicara tentang "boikot barangan" atau sekadar berdoa dan menderma daripada berusaha kepada penyelesaian hakiki....
Kembalikan kemuliaan kita sebagai umat yang terbaik.....
Sambutlah KHILAFAH!!!!
Monday, September 9, 2013
Menyelamatkan Nyawa, Menyelamatkan Ummah
Dalam prinsip First Aid, ada konsep dipanggil 4B Concept untuk prioritize tindakan yang bakal diambil semasa menyelamatkan mangsa:
1. Breathing
2. Bleeding
3. Breaks
4. Burns
Pernafasan ialah perkara pertama untuk diperhatikan. Sama ada mangsa itu bernafas, tercekik, tidak bernafas dan sebagainya kerana otak manusia akan mati dalam masa kurang 10 minit tanpa oxygen. Setelah pernafasan berjaya distabilkan/bantuan perubatan tiba, maka perhatian dialihkan kepada yang seterusnya mengikut susunan di atas. Kesemua 3 yang lain itu tetap boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat, cuma urutan keutamaan ini disusun untuk memastikan yang mana sangat memerlukan perhatian segera dan seterusnya untuk tindakan (Sumber:Tony Howard: http://blog.sea2skyservices.com/2012/02/16/4-bs-of-first-aid-how-to-prioritize-care/ ) & Mr Kalaivanan: Manual Bantuan Cemas Persatuan Bulan Sabit Malaysia.
Adapun didalam menangani krisis politik global, kita faham dalam situasi krisis seperti di Syiria di saat ini, bantuan segera ialah bantuan yang memastikan pembunuhan dihentikan ialah dengan bantuan ketenteraan bagi menghalang pembunuhan terus berlaku. Diikuti dengan bantuan makanan, perubatan, tempat tinggal, dan lain-lain yang juga sangat penting.
Kita boleh umpamakan usaha memberi bantuan yang dilakukan kaum muslimin hari ini adalah menyalahi hierarchy penyelamatan yang sewajarnya dilakukan bagi menyelamatkan mangsa krisis. Sememangnya ia akan membantu mangsa yang tersangat terdesak dan memerlukan namun jika mahu dianggap sebagai PENYELESAIN MASALAH, jawapannya kita sedia maklum, kan? Pihak yang memiliki kekuatan perang sahaja yang mampu melancarkan tindakan menamatkan krisis dan memberi perlindungan mangsa dari pemangsa.
Walaubagaimanapun, jika pihak yang melancarkan tindakan ketenteraan itu merupakan pembunuh yang juga masih hanyir berlumuran darah, akal waras tetap akan memahami bahawa ia bukan penyelesaian bagi konlik berdarah yang berlaku....
“Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, Nabi saw bersabda: 'Sesungguhnya Imam/Khalifah itu adalah perisai. Di belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung. Apabila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun apabila ia memerintah dengan selain daripadanya, maka ia akan mendapat akibatnya.” [HR Muslim].

Sunday, September 8, 2013
Dajal akan muncul dari Iran?
Haji Said Haji Ibrahim, Mantan Mufti Sabah ada mengongsikan beberapa hadis yang berkait dengan kemunculan Al Masih Dajjal di akhir zaman dalam kitabnya, bertajuk Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mari kita semak beberapa hadis berikut:
Dari Fatimah binti Qais bahwa beliau pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ
“Tidaklah dia (Dajjal) di laut syam, atau laut Yaman, tidak. Tetapi dari arah Timur. Dia dari arah Timur, dia dari arah Timur..” dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah Timur. (HR. Muslim no. 2942).
Dari Abu Bakr as-Sidiq radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ
“Dajjal akan keluar dari daerah Yahudiyah Asbahan. Dia bersama 70 ribu orang Yahudi.” (HR. Ahmad)
Asbahan: Sering juga disebut Isfahan. Termasuk wilayah Iran. 340 km di Selatan Teheran. Ketika Bukhtanshar menyerang Baitul Maqdis dan menjadikan penduduknya sebagai tawanan, bersama orang Yahudi. Kemudian mereka ditempatkan di Isfahan. Akhirnya wilayah tersebut dinamakan kampung Yahudiyah. Ibu kota Isfahan saat ini adalah Yahudiyah (Mu’jam al-Buldan, 1:208).
Hanya saja, fenomena kehadiran Dajjal mulai semarak di kalangan umat manusia, setelah dia berada di daerah antara Irak dan Syam (kawasan 4 negara: Syiria, Palestine, Libanon, dan Jordan).
Dari Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إنه خارج خلة بين الشأم والعراق، فعاث يمينا وعاث شمالا، يا عباد الله فاثبتوا
“Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerusakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” (HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).
Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan:
فيكون بدء ظهوره من أصبهان من حارة منها يقال لها اليهودية وينصره من أهلها سبعون ألف يهودي
“Pertama mulai munculnya Dajjal di Isfahan, tepatnya di dataran berbatuan, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang yahudi dari penduduk Isfahan.” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, Hal. 59).
Wednesday, August 14, 2013
Pemecah Rusuhan (Riot Control)
Basic procedure kawad ini ialah bermula dengan transition dengan unut FRU dari PDRM dari lapangan (kawasan rusuhan) yang mana anggapan pada masa itu, situasi sudah sangat tidak terkawal dan nonlethal weapons semacam water canon, tear gas, pepper spray, ADS (Active Denial System) atau belantan sudah tidak lagi mampu mengawal rusahan yang bertukar ganas. (Doa aku moga tidak akan berlaku fasa sebegini di Malaysia, dan di mana-mana negara pun)....
Bila pasukan penembak dari tentera bersiap dalam 2 barisan. Banner dalam pelbagai bahasa dan seruan dalam pelbagai bahasa, in case di Malaysia, akan direntang banner berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin dan seruan juga dilakukan dalam semua bahasa utama yang memungkinkan semua peserta rusuhan memahami amaran yang disampaikan.
Pasukan penembak sebenarnya hanyalah self defend bagi military personnel dan barisan paramedic, doktor dan Pegawai Penyiasat PDRM yang berada di belakang defensive line tadi . Biasanya hanya satu atau dua penembak sebenar berada dalam barisan pasukan penembak, yang akan menyasarkan "kepala rusuhan" dan sasarannya seboleh-bolehnya bukanlah tembakan membunuh, tetapi tembakan ke arah kaki atau tangan yang difikirkan sesuai untuk menakutkan perusuh dan seterusnya meleraikan rusuhan.
Setelah amaran diberi, secara tulisan di kain rentang dan pembesar suara, maka tembakan dilepaskan. Dan, setelah perusuh bersurai, maka pasukan paramedic yang ditugaskan dan Pegawai Penyiasat akan segera mendapatkan mangsa untuk rawatan dan diambil maklumat siasatan.
Itu serba ringkas tentang kawad pemecah rusuhan yang aku pelajari dari Tentera Darat Malaysia. Itu jugalah yang digunakan di kebanyakan negara Komanwel.
Apa yang berlaku di Mesir dan Syiria adalah langsung tidak mematuhi sebarang procedure memecahkan rusuhan di dunia dan sesungguhnya paa penguasa kaum muslimin itu kadangkala jauh lebih kejam, ganas dan keji dari penguasa kafir yang sememangnya memusuhi kaum muslimin....
Wahai tentera kaum muslimin... Takutlah Allah. Sesungguhnya panglima kalian yang hina bersama tuannya akan dicampak ke neraka dan adalah malang untuk kalian turut serta dengan mereka.....
“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” [TMQ Ibrahim (14):21].
Di dalam ayat lain, Allah Azza Wa Jalla menerangkan,
“...Dan seandainya orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat) bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaNya (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) (iaitu) ketika orang-orang yang diikuti (ketua-ketua) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat azab dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali, dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut, ‘Seandainya kami dapat kembali (ke dunia) pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami (pada hari ini)’. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi penyesalan bagi mereka, dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari (azab) neraka” [TMQ al-Baqarah (2):165-167].
Begitulah nasib orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, baik pengikut mahupun orang yang diikut! Mereka melakukan kezaliman dengan memaksiati Allah seolah-olah mereka tidak yakin dengan hari pertemuan mereka denganNya. Mereka menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Allah dengan mengikuti ketua-ketua mereka yang zalim itu. Walhal sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan melepaskan kedua-dua mereka sedikit pun dari azabNya. Siapa sahaja ketua yang memerintah kepada kemaksiatan dan siapa sahaja pengikut yang taat secara membabi buta kepada ketuanya itu, maka kedua-dua pihak tidak akan terlepas dari neraka Allah. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjiNya.
Monday, August 5, 2013
HIDUP DI BAWAH KEKUASAAN DIKTATOR
Sewaktu berada di Cairo air port beberapa tahun yang lalu, aku bertemu dengan sepasang suami isteri, pelajar jurusan agama di Al Azhar. Si Isterinya sarat mengandung (anak sulung), balik ke Malaysia untuk bersalin. Kalau diikutkan airlines regulation, dia sudah tidak dibenarkan menaiki pesawat, namun setelah bernegosiasi panjang lebar dengan makcik-makcik arab penjaga kaunter, akhirnya dibenarkan juga....
Si Suami tercari-cari kalau-kalau ada orang Malaysia yang akan balik dalam pesawat yang sama ketika itu. Rupanya hanya aku dan isterinya sahaja orang Malaysia yang menaiki pesawat malam tu. Aku memilih menaiki penerbangan Egypt Air, memandangkan ia paling cepat tanpa transit.
Ustaz tu, kalau tak salah, Abdul Rahman namanya... Pelajar tahun 3 Usuluddin datang kepadaku, dan berpesan supaya check in bersama dengan isterinya. Luggage isterinya tersangat besar yang tak mungkin dia mampu angkat sendiri dengan keadaan sarat mengandung tu. Isterinya terlebih dahulu menamatkan pengajian, dan itu perjalanan balik setelah tamat belajar.
Isterinya tidak bercakap sepatahpun dengan aku. Isteriku yang melambai-lambai dari balai berlepas hanya senyum. (Nasib baik bini aku sporting, dia faham suaminya cuma menolong insan yang memerlukan ). Sepanjang menunggu sehingga naik pesawat, si ibu tu yang memegang senaskah Al Quran dan mengaji.
Duduk di sebelah aku dalam pesawat, dia hanya membuka mulut setelah lebih 3/4 jam penerbangan, dan akhirnya dia bercerita satu cerita yang agak mengejutkan aku. Katanya, suaminya baru beberapa hari keluar dari penjara!!!!
Diceritakan, satu hari, sedang dia memasak di dapur, suaminya yang berada di ruang tamu tiba-tiba "hilang" tanpa menutup pintu. Sangkaannya mungkin ada urusan urgent, tetapi sehingga malam suaminya tak kunjung pulang. Hari berganti hari, sehingga berminggu-minggu tiada sebarang khabar berita dari suaminya.... Segala usaha dibuat, menghubungi rakan-rakan, universiti dan kedutaan... Akhirnya, dengan usaha beberapa rakan arab (anggota Ikhwanulmuslimin) , mereka dapati suaminya dipenjarakan kerana disyaki menyertai gerakan menentang kerajaan (Hosni Mubarak semasa itu).
Di bendekkan cerita, setelah hampir sebulan barulah suaminya berjaya dibebaskan. Bayangkan suaminya diculik begitu saja oleh pihak AMNU DAWLAH, pihak perisikan Mesir, tanpa sebarang khabaran. Tidak sedikit yang terus lenyap selama-lamanya tanpa sebarang berita....
Begitulah sekelumit kisah benar yang berlaku di bawah pemerintahan regim diktator. Then, tidaklah sesuatu yang pelik jika limit kesabaran rakyat sampai ke kemuncak lalu mereka bangkit menumbangkan pemerintah mereka yang zalim.
Aku masih tersangat hairan bila masih ada di kalangan orang yang mengaku Islam, untuk memilih terjun ke neraka bersama para penzalim itu...
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." Hud [11:113]
Kalau setakat berangan nak jadi daie dengan mendapat info dari pelbagai sumber yang tersangat rapuh dan boleh dipertikai, dengan kesimpulan dari akal paranoid separuh gila..... Aku nasihatkan... sudah-sudahlah...
Di alam real, dunia dakwah ini tidak sebegitu "friendly"... Ia sentiasa menuntut pengorbanan yang tidak pernah sedikit....

Thursday, August 1, 2013
GUGURNYA SAAD BIN MUAZ, SEORANG PENGANTIN BARU
Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.
Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”.
Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”.
Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.
Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut.
Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.
Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.
Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.
Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.
Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.
Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.
Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Diceritakan dalam sesetengah riwayat, setelah selesai perang Badar, kaum muslimin tercari-cari jenazah Saad Bin Muaz, dan mereka tidak menjumpainya. Kemudian, mereka mengadukan perkara itu kepada Rasulullah saw. Tiba-tiba Rasulullah mengalihkan pandangan baginda kearah sebuah bukit, lalu baginda tersenyum. Kemudian tiba-tiba banginda memalingkan muka dengan cepat.
Para sahabat bertanya, kenapa Ya Rasulullah? Baginda menjawab (yang bermaksud) , " Aku lihat para bidadari menyambut ruh Saad sedangkan seperti waktu hidupnya, Saad itu pemalu. Dia melarikan diri apabila para bidadari menghampirinya. Bidadari mengejarnya sehingga ada yang terselak. Lalu aku berpaling..."
Begitulah serba ringkas sirah mengenai seorang sahabat Rasulullah saw yang berkulit hitam dan begitu tinggi keimanannya.....
Moga bersama beroleh pengajaran

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)