Wednesday, May 28, 2014

KHILAFAH FOR ALL


"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Ayat ini sering digunakan oleh puak anti-Islam untuk mempropagandakan Islam sebagai agama yang jahat, zalim, memusuhi kaum yahudi dan kristian, walhal mereka lupa minoriti yahudi dan kristian hidup dengan selamat bernaung di bawah kekuasaan Islam selama lebih 1000 tahun. Tidak pernah tercatat pembunuhan, pembantaian etnik dilakukan oleh para khalifah Islam bahkan sejarah mencatatkan puak yahudi dan nasrani pernah memberi bantuan mempertahankan dawlah dari serangan puak tentera salib sewaktu perang salib. Komposisi minoriti non-muslim kekal utuh sekalipun mereka bernaung dibawah naungan kekuasaan Islam ribuan tahun lamanya!!!!

Ahlu zimmah wajib membayar jizyah kepada Dawlah Islam. Jizyah dipungut dari ahlu zimmah yang lelaki, baligh dan mampu. Jizyah tidak diambil dari anak-anak, perempuan dan orang yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa Umar r.a. pernah mengutus surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak dan orang yang belum baligh. Bahkan, bagi yang tidak mampu, mungkin kerana sudah tua atau cacat, bukan sahaja tidak wajib membayar jizyah, sebaliknya menjadi kewajiban bagi Negara Islam (Baitul Mal) untuk membantu mereka pula.

Ahlu zimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka untuk masuk Islam. Rasulullah SAW telah menulis surat untuk penduduk Yemen (yang berbunyi),

“Siapa jua yang beragama Yahudi atau Nasara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkan agamanya dan wajib ke atasnya jizyah” [HR Abu Ubaid].

Hukum ini juga berlaku untuk orang kafir secara umumnya yang bukan Yahudi atau Nasara. Dengan demikian, ahlu zimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.

Allahualam


Wednesday, May 7, 2014

Konsep Ketuanan Melayu Bukan Dari Islam

Secara jelas dalam Islam tidak ada konsep KETUANAN Melayu. Tidak pernah dalam pemerintahan Islam dan khulafa Ar rashideen selepas Muhammad s.a.w melaksanakan "ketuanan Arab" walaupun kemudiannya empayar Islam melebar hingga ke Andalusia dan seluruh jazirah Arab dan sebahagian Afrika.

Kalaulah ada konsep "KETUANAN" berdasarkan keturunan, nescaya Islam itu bukan ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia yang Allah ciptakan dari pelbagai bangsa dan keturunan. Bahkan konsep asobiah ini akan mencetus perpecahan, permusuhan dan pertumpahan darah yang tidak sedikit dan terpapar dalam sejarah ketamadunan manusia sepanjang zaman.

Antara "dalil" golongan yang cuba menghalalkan asobiah ini ialah dengan menyatakan amirul mukminin wajib seorang keturunan Quraisy menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah bahawasanya beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya urusan kekuasaan ini di tangan orang Quraisy, siapa saja yang memusuhi mereka pastilah Allah akan membuatnya jatuh tersungkur, selama mereka masih menegakkan (hukum-hukum) agama ini".

Atau hadis riwayat Ibnu Umar yang berkata: "Rasulullah SAW bersabda:

"Kekuasaan ini selalu berada di Quraisy, selama masih ada dua orang diantara mereka ".

Hadis-hadis ini serta hadis-hadis yang serupa dari hadis-hadis yang sah sanadnya sampai kepada Rasulullah tentang pemerintahan yang diberikan kepada Quraisy-adalah hadis-hadis yang berbentuk ikhbar (berita) dan tidak ada satu pun diantaranya yang berbentuk thalab (perintah). Bentuk ikhbar (berita) walaupun mengandung pengertian tuntutan (thalab), tetapi tidak dianggap tuntutan secara pasti selama tidak didasari dengan suatu qarinah (indikasi) yang menunjukkan penegasan. Sementara hadis-hadis yang ada tentang masalah tersebut tidak disertai qarinah apapun.

Dengan demikian maka hadis-hadis di atas menunjukkan perintah sunnah, bukan wajib. Kesimpulannya persyaratan Quraisy itu sebagai syarat keutamaan, tetapi sebagai syuruth afdhaliyyat (syarat-syarat keutamaan).

Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan: "Sesungguhnya urusan kekuasaan ini ditangan orang Quraisy" dan "Urusan pemerintahan selalu ditangan Quraisy" tidak bererti bahawa kekuasaan tidak boleh berada ditangan orang selain Quraisy. Tidak pula bahawa kekuasaan selalu berada di tangan Quraisy itu bererti melarang selain mereka. Tetapi maksud nas tersebut adalah bahawa kekuasaan berada di kalangan orang-orang Quraisy dan dibenarkan pula berada pada selain mereka. Jadi, nas tentang Quraisy tidak mencegah munculnya pemimpin selain dari kalangan mereka dalam urusan kekhilafahan. Dengan demikian, syarat quraisy adalah syarat keutamaan bukan syarat sah terwujudnya akad pengangkatan khilafah.

Rasulullah SAW sendiri pernah mengangkat Abdullah Bin Rawahah, Zaid bin Haritsah, dan Usamah Bin Zaid menjadi amir. Padahal mereka bukan orang Quraisy. Jadi Rasulullah pernah mengangkat orang non Quraisy menjadi amir. Kata "Hadzal amru" bererti "wilayatul amri", iaitu pemerintahan secara umum, bukan khusus ditujukan kepada khalifah saja. Jadi tindakan Rasulullah mengangkat orang selain Quraisy itu menjadi dalil autoriti memerintah tidak terbatas di kalangan Quraisy saja dan tidak terlarang bagi selain mereka. Lagi pula, Imam Bukhari pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Dengarlah dan taatilah oleh kalian, sekalipun yang memerintah kalian adalah seorang budak hitam, sampai pun kepalanya dipenuhi bisul".

Sedangkan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Dzar yang berkata:

"Kekasihku (Nabi SAW) telah mewasiatkan kepadaku agar aku mendengarkan dan mentaati (pemimpin) sekalipun dia seorang budak yang cacat anggota tubuhnya."

Dalam riwayat lain:

"Jika dikuasakan kepada kalian seorang hamba yang cacat lagi hitam, lalu dia memimpin kalian dengan Kitabullah, maka dengar dan taatlah kalian kepadanya".

Hadis-hadis ini merupakan nas yang jelas tentang kebolehan seorang budak hitam menjadi pemimpin kaum muslimin. Sehingga hadis ini dapat dijadikan dalil bahawa khilafah atau Wilayatul Amri dapat dipegang oleh orang-orang yang bukan Quraisy, bahkan sekalipun bukan orang Arab. Jadi hadis-hadis tentang Quraisy di atas hanya menyebut sebahagian dari orang-orang yang berhak menjadi khalifah, demi menunjukkan keutamaan mereka, namun bukan bererti khalifah dibatasi pada mereka saja dan tidak boleh selain mereka.

Demikian pula tidak disyaratkan bahawa khalifah wajib keturunan Bani Hasyim atau keturunan Ali, kerana telah terbukti bahawa Nabi SAW pernah mengangkat pemimpin yang bukan dari Bani Hasyim atau keturunan Ali ra. Pada saat perang Tabuk beliau mengangkat Muhammad Bin Maslamah untuk memimpin Madinah, padahal dia bukan dari Bani Hasyim ataupun keturunan Ali. Beliau juga pernah mengangkat Mu'ad Bin Jabal dan Amr bin Ash sebagai amir di Yaman, padahal mereka berdua bukan dari Bani Hasyim maupun keturunan Ali. Terbukti pula secara pasti bahawa kaum muslimin telah membai'at Abu Bakar, Umar, dan Ustman, dimana Ali termasuk orang yang membai'at ketiga khalifah tersebut, padahal mereka semua bukan berasal dari Bani Hasyim. Dan para sahabat juga tidak mengingkari bai'at tersebut, sehingga terjadilah ijma' sahabat tentang sahnya pengangkatan khalifah selain Bani Hasyim dan Bani Ali. Termasuk berijma' dalam hal ini ialah Ali, Abbas dan seluruh Bani Hasyim.

Adapun hadis-hadis yang berhubungan dengan keutamaan Ali dan Ahlul Bait adalah sekadar menunjukkan keutamaan mereka, bukan menunjukkan persyaratan bahawa khalifah wajib dari kalangan mereka.

Adalah malang bagi umat Islam untuk terus menerima konsep yang jelas bertentangan dengan syarak ini dan lebih malang jika mereka berhujah dengan memanipulasikan dalil untuk menegakkan hujah dangkal mereka.

Allahualam.

Monday, April 21, 2014

PARADOX

Taktik biasa golongan Freethinkers untuk menyesatkan orang dengan mengajak berfikir secara paradox, menggunakan kenyataan dan persoalan yang kelihatan benar tetapi kontradik antara satu dengan lain. Contohnya, memikirkan "jika Tuhan itu Maha berkuasa mencipta segala sesuatu, bolehkah Dia mencipta perisai yang paling kebal di seluruh alam, tetapi dalam masa yang sama mencipta pedang yang paling tajam yang boleh menembusi segala jenis perisai..."    

Persoalan ini jika dijawab boleh, maka ia membawa logik kepada Tuhan itu lemah, sedangkan kalau tidak boleh, juga akan membawa logik kepada Tuhan itu lemah.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib berfikir secara cemerlang. Pemikiran cemerlang dibangun di atas landasan berfikir yang benar, dari asas aqidah yang benar. Memecahkan persoalan paradox semacam ini, aku menghujah:

1. Bukan urusan manusia memikirkan tentang jangkauan kekuasaan Allah.
2. Paradox ni tidak ada realitinya, maka ia cuma khayalan.
3. Mengkhayalkan sesuatu yang tak terjangkau tidak ada faedahnya.
4. Terhadap tohmahan mereka "Islam menghadkan pemikiran manusia, membawa kebodohan"... Kurang berfikir membawa kepada KEBODOHAN, terlebih fikir membawa kepada GILA. Islam sesuai dengan fitrah, mengajak berfikir sesuai dengan had keupayaan manusia.
5. Terhadap kecenderungan "mengfalsafahkan paradox", contohnya perkataan "perisai" dan "pedang" di atas merujuk kepada sesuatu yang lain.... Aku kira cara berkhayal semacam tu hanya sesuai untuk menghasilkan puisi, bukan untuk argument.


Thursday, April 17, 2014

PEJUANG IDEOLOGY



Digelar Tiger Bukit Jelutong, Karpal Singh merupakan seorang yang berjuang di atas ideology sekular kapitalis dengan teguh, berdiri di atas prinsip kebebasan, hak asasi manusia dan segala cabang pemikiran yang terbit dari ideology yang menjadi panutan. Dengan ideology ini, penyokong yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang berdiri di belakangnya. Dari ideology ini muncul pelbagai method pemecahan kepada permasalahan manusia. Munculnya sistem judiciary (kehakiman), sistem ekonomi, sistem pendidikan dan segala macam lagi berakar umbi dari ideology sekular kapitalis yang meletakkan pemisahan agama dari kehidupan. Ternyata ikatan mabda'e (ideologist) ini, sekalipun berdiri atas premis yang bathil, tetap berjaya menyatukan pelbagai jenis manusia dengan perasaan dan pemikiran yang sama. Ini merupakan ikatan yang lebih kuat berbanding ikatan atas nama bangsa, atas nama keturunan, atas nama tempat (wathaniah) yang menjuzukkan manusia yang secara fitrahnya berbeza.

Ideology sekular yang memisahkan segala aturan hidup dengan Sang Maha Pencipta tetap mengiktiraf agama sebagai hak individu tetapi bukan titik utama dalam prinsip untuk mengatur kehidupan. Maka menjadi urusan individu pula nanti di hadapan Allah Yang Maha Pencipta untuk diperhitungkan segala perbuatan didunia. Tidak menjadi urusan sesiapa untuk tentukan seseorang tu ke syurga atau neraka melainkan Allah.

Sebagai seorang Islam, bila Nabi s.a.w bersabda: “…Maka kalian wajib berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’urRasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia erat-erat dengan gigi geraham…” [HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmidzi], tidakkah kita boleh menilai, apakah ideology sekular kapitalis yang bersamanya ada hak asasi manusia, freedom, demokrasi dan segala macam tsqafah (gugusan pemikiran) lain itu sesuai dengan SUNNAH yang Rasululullah s.a.w perintahkan kita agar berpegang dengan teguh itu?

Karpal telah kembali menemui Tuhan yang menciptakannya, namun watak sepertinya tetap ada dan terus bermunculan. Mereka boleh jadi bernama Ananda atau Anuar atau Ah Kit atau Anderson tetapi mereka membawa ideologi yang sama sesuai dengan realiti yang melahirkan watak-watak ini.

Di mana pula "watak-watak" yang bangkit menggengam sunnah khatimul ambiya' dengan segala kudrat dan upaya?

Sesungguhnya mereka terdiri dari anak-anak kaum muslimin yang berada di kalangan kalian. Mereka berikrar agar tidak tunduk kepada realiti yang menghimpit meskipun mereka berdepan dengan pelbagai halangan dan ancaman.

Insyallah, kebathilan akan sirna jua dan haq pasti akan mengatasi yang bathil.

Mari kita jadikan MAUT sebagai sebaik-baik pengajaran. Sekaya manapun kita, secerdik manapun kita, secantik/tampan manapun kita, segagah manapun kita, sepenting manapun kita di dunia, maut itu satu hakikat yang pasti akan menemui kita. Moga kita semua mati dalam keadaan Allah redha kepada kita


Sunday, April 13, 2014

Saintis Muslim Menulis



Melihat kepada rumput kering atas divider jalan dek kepanasan, terfikir juga akan penjaga rumput itu, penjaga yang mencipta ciptaan yang terhitung banyaknya sehingga terwujud rantaian kehidupan baik rantaian makanan, rantaian interaksi yang pelbagai yang mewarnai alam yang indah ini, sekalipun di lokasi kotor seperti tempat pembuangan sampah atau kumbahan.

Segala sistem yang dicipta Nya menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Nya yang Maha Agung yang tidak mungkin mampu ditandingi oleh sesiapapun.

Dia menurunkan Al Quran sebagai Al Furqan (Pembeza), yang mengatur seluruh kehidupan dengan aturan Nya. Alangkah ruginya sesiapa yang berpaling dari apa yang Dia aturkan.

Jika para atheist cuba berhujah segala ini berlaku "secara spontan", tidak ada penciptaan, maka dia perlu mendatangkan bukti sesuatu perkara yang tidak dicipta. Yang berlaku tanpa ada hukum dan aturan dibaliknya.

Ada atheist yang berhujah denganku menggunakan "Konsep Keabadian Tenaga"... Konon tenaga satu contoh yang tidak dicipta walaupun oleh Tuhan.

Atheist sebegitu menunjukkan kebodohan fatal sebab dalam quantum mechanic physic ada konsep yang dipanggil Wave Particle Duality yang menjadi titik tengah kepada banyak pengiraan fizik ke atas konsep kewujudan molekul & tenaga, serta segala macam sifat berkaitan dengannya yang sangat sukar diterangkan dalam bahasa mudah kecuali menyatakan jirim dan gelombang (tenaga) bersifat kembaran. Kembaran ini yang menerangkan ketidakpastian bentuk kekal jirim atau tenaga.

Aku suka perkataan ketidakpastian (uncertainty) ni sebab kita mudah faham, batas sains yang difahami manusia dipenuhi ketidakpastian, dan konsep keabadian tenaga yang merupakan sebahagian darinya juga berdiri atas premis ini.

Sedang sains penuh dengan ketidakpastian, Allah menurunkan Al Quran dengan penuh kepastian, menjawab konsep penciptaan yang tidak mampu dijawab oleh sains yang sangat terbatas.

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 2)

Tuesday, April 8, 2014

SISTEM EKONOMI YANG TRAGIS

Aku teringat balik apa yang aku belajar dalam subjek "Kemahiran Hidup" masa form 2 dulu. Katanya, Syarikat sendirian berhad mempunyai liabiliti terhad. Maksudnya, kalau syarikat mengalami kegagalan (bankrupt), maka pihak pemiuang berhak ke atas harta syarikat sahaja untuk dirampas/sita tetapi tidak boleh mengambil harta peribadi individu sekalipun individu itu pemilik syarikat. Dengan kata lain, pemiutang akan rugi besar kalau nak rampas harta yang tidak ada. Para pemodal tetap kaya raya sekalipun syarikatnya melingkup. Biasanya pemodal yang kaya raya memiliki kepentingan dalam banyak syarikat. Satu melingkup banyak lagi yang lain. Orang bawahan (pekerja) pula hilang punca pencarian. Sadis dan zalim.....

Aku berpandangan, sistem sebegini lahir dari ideologi sekular kapitalis yang direkacipta khusus untuk kepentingan para pemodal. Sekali imbas, memang syok berniaga dengan risiko terhad. Tapi hutang tak berbayar merupakan barah yang tak perlu lagi dipersoal dalam sistem ekonomi. Sesiapa yang berminat boleh baca kisah bankruptcy Lehman Brothers, syarikat security yang telah beroperasi selama 158 tahun akibat kegagalan pembayaran balik hutang oleh peminjam. Sedangkan kita faham, syarikat gergasi seperti itu tentunya memiliki budaya kerja yang terbaik, human resource yang terbaik, SOP yang terbaik serta aset yang sangat banyak. Then mereka tetap tumbang disebalik kekuatan dan kestabilan yang ada.

Sistem ekonomi Islam bukan sekadar kod akhlak atau supplement ke atas transaksi yang berlaku tetapi mesti berasaskan real trade. Ini berdasarkan dalil:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang penjualan sesuatu yang masih dalam kandungan induknya” ( HR Imam Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu membeli ikan di dalam air, kerana jual beli seperti itu termasuk gharar” (HR Ahmad)

Dengan amaran yang dikeluarkan oleh IMF semalam, akan kelembapan ekonomi dunia sepanjang 2014, kita boleh rasai kesan sistem ekonomi yang tidak dipandu oleh wahyu Sang Maha Pencipta tidak lebih dari mencetuskan kerosakan demi kerosakan.

Allahualam.


Tuesday, March 11, 2014

KEUTAMAAN JIHAD

Rasulullah saw ditanya, "amal apa yang paling utama?" baginda menjawab "iman kepada Allah dan Rasulnya", ditanya lagi, "kemudian apa?", baginda menjawab, "JIHAD FISABILILLAH", kemudian baginda ditanya lagi, "kemudian apa lagi?", baginda menjawab, "haji mabrur". [Muttafaqun A'laih]

Dengan memahami turutan keutamaan maka JIHAD adalah lebih utama dari ibadah haji.

"Jihad yang paling utama ialah menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" [HR At Tirmizi dan Abu Dawud]

"Penghulu para syuhada (mujahid yang mati dalam jihad fisabilillah) adalah Hamzah Bin Abdul Mutalib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa zalim kemudian menasihatinya, lalu penguasa itu membunuhnya" [HR Al Hakim dan At Thabrani].

Oleh kerana itu, dalam kes jihad mengangkat senjata dengan usaha hamlu dakwah yang berjuang menyampaikan kalimat haq bagi meluruskan penguasa zalim dengan Islam, ia merupakan pilihan antara dua kemuliaan. Ramai para syabab (pemuda) Hizb Tahrir Syiria yang turut berjihad menentang tentera kafir Basyar, dan ada pula dari kalangan hizbiyeen yang terus befungsi menerangkan kepada umat (termasuk para mujahideen) akan kepentingan mendirikan dawlah KHILAFAH. 


Berkomentar berkenaan dengan ISIS di Syiria, aku berpandangan, ada 2 perkara mustahak yang lebih perlu menjadi fokus:

1. Jihad menumbangkan regim dan mendirikan Khilafah. Bukan mendirikan khilafah dari wilayah yang sudah dikuasai mujahideen lain dan mengangkat puak sendiri sebagai khalifah dan bersikap keras terhadap perbezaan pandangan.


2. Melakukan pembinaan intensif dalam menyiapkan umat dengan kiyadah fikriyah (kepimpinan berfikir) Islam. Ini kerana, apa gunanya barisan mujahideen yang hebat dimedan tempur tapi gagal melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana diidamkan dek kejahilan?


Khabar gembira akan kemenangan kaum muslimin akan menjadi realiti sikit masa lagi insyaallah..... Semoga hati kaum muslimin bersatu dibawah kesatuan yang sebenar dan Islam sekali lagi menjadi kekuatan yang menguasai dunia dan membawa rahmat buat sekalian alam.