Selain berhimpun menyatakan solidariti, perlu ada tindakan lebih tegas dari negara Malaysia untuk mendokong saudara kita di Palestine. Apalagi dengan drama tersasul yang mencacatkan suasana, kerjasama perniagaan dengan BlackRock, slogan dan pidato hanyalah sekadar perkataan kosong yang tidak memberi kesan.
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Monday, August 5, 2024
Hidup Israel???
Thursday, April 25, 2024
πππππππ πππππππππ πππππ
Mungkin penulisan ini agak panjang dan teknikal. Moga boleh memberi cetusan minda yang berguna buat mereka yang mahu berfikir.
Monday, April 1, 2024
Keyboard Warrior
Beberapa hari kebelakangan ini, "cytro" Israel berpusu-pusu melontarkan komen di pelbagai platform media sosial, satu usaha counter propaganda untuk membawa naratif Israel di media sosial.
Ada di kalangan ilmuan Islam berpandangan, selain dari combatant, golongan yang halal diperangi ialah golongan yang membantu combatant secara langsung sama ada melalui kewangan, mahupun propaganda, adalah termasuk dalam golongan yang dihalalkan untuk "dibunuh". Secara peribadi, saya amat membenci golongan yang menyokong sebarang bentuk kekejaman, apalagi kekejaman dalam skala yang berlaku di Ghazzah ketika ini. Perlu diingatkan, pengisytiharan "halal darah" hanya boleh dilakukan oleh pemerintah Islam yang adil, bukan sesuka hati sepertimana kelakuan ghuluw sebahagian umat Islam, yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.
Sekurang-kurangnya, ketika ini jadilah keyboard warrior, menentang propaganda keji negara haram serta sekutu mereka, dan terus-menerus memberi peringatan kepada kaum muslimin hingga kemenangan hakiki dicapai dan Al Quds akan kembali dibebaskan sebagaimana ia dibebaskan oleh para pendahulu kita.
Tuesday, March 5, 2024
Darah Kaum Muslimin Lebih Mulia Dari Ka'bah
Jika ingin dinukilkan satu kebaikan dari polemik "cium hajar Aswad", saya boleh katakan, ia membuka lembaran perbincangan ilmiah yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan bagi sebahagian besar kaum muslimin.
Benar, batu itu ada kemuliaannya. Begitu juga dengan binaan Ka'bah yang telah didirikan oleh Bapa para nabi,Ibrahim Alaihisalam bersama anaknya, Ismail alaihisalam. Akan tetapi, mungkin tidak ramai yang tahu, semulia-mulia Ka'bah, ia tidaklah semulia darah seorang muslim yang haram ditumpahkan tanpa hak. Di sisi Allah, runtuhnya Ka'bah itu lebih kecil berbanding terbunuhnya seorang muslim.
"Dari Abdullah bin Umar berkata, 'Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w tawaf mengelilingi Ka'bah dan Beliau bersabda: 'Alangkah indahnya engkau Ka'bah, alangkah harumnya baumu, alangkah agungnya dirimu, alangkah agungnya kehormatanmu. Demi jiwa Muhammad yang ada di genggaman-Nya, kehormatan, harta dan darah (jiwa) seorang mukmin itu lebih agung di sisi Allah daripada keagunganmu (Ka'bah). Kita tidak boleh berprasangka kepadanya (kepada orang mukmin) kecuali prasangka yang baik. HR. Ibn Majjah.
Ketika ini, setiap hari jiwa kita seakan direntap oleh khabar dari bumi Syam. Tidak berdaya, tidak ada jalan keluar, kelihatan kesemua harapan begitu malap untuk keluar dari krisis kemanusiaan yang terburuk dalam abad ini.
Kenapa pula rakyat Pa1estine begitu teguh berdepan situasi ini. Mereka berbisik sesama mereka, kemenangan yang dijanjikan Allah sangat hampir, walaupun setelah 75 tahun berlalu....
Inilah yang dikatakan "KEIMANAN", melihat sesuatu "beyond realm and senses, beyond the inspiration". Amat sukar untuk kita faham sehingga kita juga memiliki mantiq yang khusus mengenainya. Muhammad Ismail mendefinisikan kesedaran politik sebagai "ππππ πππ πππππππππ πππππππππ" (pandangan terhadap dunia dengan sudut pandang yang khas). Bagi kita sebagai kaum muslimin, pandangan khas ini haruslah terpancar dari aqidah kita, yang mentauhidkan Allah Azzawajalla.
Dua elemen kesedaran politik:
1. Pandangan terhadap dunia (π¨π-πππ πππππ 'πππ 'ππππ). Seseorang yang memiliki kesedaran politik tidak melihat masalah itu sebagai masalah tempatan atau rantau, sebaliknya sebahagian dari masalah dunia. Contohnya, dalam isu siapa yang harus dilantik sebagai pemimpin? Mereka akan melihat permasalahan bukan sekadar pada calonnya, tetapi bagaimana para pemimpin yang korup dan lemah terus muncul sehingga meletakkan seluruh kaum muslimin sebagai umat yang lemah dan terus berpecah, di seluruh belahan dunia.2. Pandangan yang khas (πππ πππππππππ πππππππ), iaitu memandang politik dengan sudut pandang khas, sebagai seorang muslim. Ini dengan menjadikan ππππ π' (ideologi) Islam sebagai πππππππ (piawaian) terhadap persoalan politik.
Tanpa kesedaran politik yang dibangun dari ruh Islam, mustahil akan berlaku dokongan dari umat Islam sendiri untuk membebaskan Pa1estine dan wilayah lainnya dari cengkaman kuasa penjajah dan membebaskan manusia di seluruh dunia dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah Yang Maha Agung.
Sunday, February 18, 2024
πππππππ ππππ ππππ ππππππ ππππππ
Kelmarin, pertemuan dua pemimpin negara umat Islam iaitu Abdul Fatah Al Sisi dan Erdogan, Presiden Mesir dan Turki dikatakan menjadi pertemuan bersejarah yang tentu sekali memberi gambaran, akan berlaku sesuatu "yang penting" berkait genocide yang sedang berlaku di Ghazzah. Ramai yang berpandangan, Mesir seakan tidak ada pilihan kecuali mempertahankan kedaulatan wilayahnya sekiranya regim pengganas Zion1st membedil sempadan Mesir, dan berlaku kebanjiran pelairan dari Ghazzah.
Saturday, February 3, 2024
Tinggalkan Adat Yang Menyusahkan
Menjadi sunnah dalam ajaran Islam, jiran tetangga dan sahabat handai membantu keluarga yang kehilangan orang tersayang dengan menjamu mereka dan mengurangkan kesusahan yang mereka alami. Dari perintah Rasulullah s.a.w:
“Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Jaafar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyedihkan mereka.” [HR Ahmad]
Sekiranya diadakan "adat" keluarga si mati mengadakan kenduri, sedangkan ada dalam masyarakat, keluarga yang kurang berkemampuan, dikhuatiri menyusahkan mereka. Sebaliknya, jika ia diadakan oleh pihak lain, pada kadar membantu, ia merupakan sunnah. Tabung sumbangan kematian ialah untuk membantu ahli waris, bukan untuk digunakan menjamu orang ramai.
Dalam perihal"konvo" anak-anak. Saya kira, ia wajar diadakan, tetapi dengan kadar sederhana. Meraikan anak-anak, menghargai prestasi mereka di sekolah adalah baik, tetapi jangan lah sampai membebankan. Saya perhatikan, pihak PASTI mengutip sumbangan ikhlas dari ibubapa untuk mengadakan majlis, dan orang ramai bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena majlis konvo anak-anak. Sangat sederhana tetapi meriah.
Tak perlulah majlis besar, diadakan di hotel hingga dikhuatiri membebankan ibubapa yang kurang berkemampuan. Ia bukan isu berkira, tetapi lebih utama untuk menimbulkan keadaan serba salah bagi ibubapa yang kurang dari sudut kewangan.
Adat dan tradisi yang menyusahkan seharusnya ditinggalkan, diganti dengan sunnah. By nature, Islam mengatur urusan masyarakat secara sederhana, tanpa perlu bersikap bakhil.
Saturday, November 18, 2023
Bukan Semua Immigrant Itu Seperti Yahudi
Saya kurang setuju untuk disamakan komuniti cina yang berhijrah ke Malaysia seperti bangsa Yahudi yang masuk ke Palestine sepepas kekejaman Nazi. Di Palestine, terdapat Yahudi Ortodox yang hidup berdampingan dengan masyarakat Kristian dan Islam selama ribuan tahun di Palestine. Golongan Yahudi yang pindah masuk itu sebilangan besar merupakan penyokong Zionis yang menggunakan propaganda kononnya Zionis berjuang untuk agama Yahudi.
Mitos ini dibantah oleh kaum Yahudi sendiri, yang memahami agama mereka. Zionisme ialah fahaman ultra nasionalis Yahudi, yang sebenarnya tidaklah berakar dari agama Yahudi kecuali menggunakan slogan agama dan bangsa untuk meraih sokongan.
Cina Malaysia pula, mereka yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah British sebagai buruh di lombong dan estet, pada asalnya tidaklah bercadang untuk kekal selamanya di negara ini. Immigrant ketika era penjajah itu terus mengekalkan budaya dan cara hidup negara asal mereka, disokong institusi pendidikan vernacular. Pasca era penjajahan, keadaan berubah, dan penduduk Tanah Melayu menerima immigrant sebagai rakyat negara ini, dengan kesepakatan tertentu yang disebut "kontrak sosial". Tidak berlaku asimilasi budaya, sebaliknya persetujuan yang disepakati ialah co-exist dalam keadaan aman dan sama-sama menumpahkan ketaatan kepada negara ini.
Beberapa persamaan, iaitu dibawa masuk oleh British, tidak adanya asimilasi sosial dan budaya, serta ciri dominasi ke atas ekonomi menjadikan sebahagian pemikir Melayu beranggapan, golongan immegrant sebagai ancaman, persis apa yang berlaku di Palestin.
Pun begitu, kita harus tengok dalam perspektif yang lebih luas, tanpa terburu-buru untuk bersikap prejudis terhadap sesiapa sahaja. Berbeza dengan Yahudi di Israel yang rata-rata memiliki dua kerakyatan, warga cina di Malaysia ialah rakyat Malaysia yang tidak memiliki kerakyatan asing. Ia tidak diterima dari segi perlembagaan di negara Malaysia. Dari segi ekonomi, sumbangan golongan ini terhadap kemajuan ekonomi negara ialah fakta yang tidak boleh diketepikan.
Idea asimilasi budaya juga tidaklah begitu utama, malah hampir mustahil untuk dilakukan setelah lebih 60 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, sebaliknya, negara Malaysia seharusnya dibangun dengan identiti yang menerima kepelbagaian budaya sebagai identiti negara. Diversiti sebagai kekuatan, bukan kelemahan.
Dalam sebuah negara Islam, sepatutnya usaha dakwah dilakukan secara sistematik. Golongan non-muslim diberi kefahaman yang betul tentang Islam, dipelihara nyawa, harta, agama serta kehormatan mereka, manakala umat Islam memaparkan sikap yang selari dengan ajaran Islam, sehingga bangsa-bangsa yang berhijrah ke wilayah umat Islam berasa aman, selamat dan lembut hati untuk menerima Islam. Pun begitu, setelah segala kebaikan diberikan, jika terdapat unsur jahat yang cuba menggugat kedudukan Islam di dalam wilayah umat Islam sendiri, tidakan tegas wajib dikenakan. Kaedah lembut dan tegas harus seimbang untuk menjaga kemaslahatan umum.





