Tuesday, May 5, 2026

𝐁𝐞𝐲𝐨𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞 𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧

𝐁𝐞𝐲𝐨𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞 𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧: 𝐔𝐤𝐮𝐫 𝐢𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭.

Demikianlah rumusan paling ringkas yang dapat saya kongsikan daripada inti sari buku karya 𝑼𝒔𝒕𝒂𝒅𝒛 𝑭𝒆𝒍𝒊𝒙 𝑺𝒊𝒂𝒖𝒘 ini. Sebuah karya yang sarat inspirasi, disampaikan dengan gaya bahasa yang santai namun bermakna, membicarakan tentang 𝑲𝒐𝒏𝒔𝒆𝒑 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 𝑯𝒊𝒅𝒖𝒑, bahawa kehidupan pada hakikatnya adalah rangkaian pilihan yang membawa implikasi, bukan sahaja di dunia, bahkan hingga ke akhirat.

Buku ini turut mengupas persoalan 𝑯𝒊𝒅𝒂𝒚𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓, dengan penegasan bahawa hidayah bukan sesuatu yang ditunggu secara pasif, tetapi perlu dicari dengan kesungguhan, dipelihara dengan keazaman, dan diperjuangkan dengan istiqamah.

Bagi muslimin dan muslimat yang mendambakan inspirasi, bukan sekadar motivasi; yang ingin memahami secara mendalam konsep dan matlamat kehidupan, karya ini amat wajar dijadikan bahan bacaan. Ia berupaya mengangkat pembaca ke dataran pemikiran yang 𝒎𝒖𝒔𝒕𝒂𝒏𝒊𝒓, tingkat pemikiran yang benar-benar cemerlang, berteraskan akidah sebagai paksi utama.




Monday, March 16, 2026

Xenofobia Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sering dikenali sebagai masyarakat yang kuat bersolidariti dengan perjuangan Palestin. Kita turun berhimpun, mengutip derma, dan menyuarakan simpati terhadap penderitaan mereka. Namun dalam masa yang sama, realiti di ruang sosial kita menunjukkan sesuatu yang agak paradoks: sentimen 𝑥𝑒𝑛𝑜𝑓𝑜𝑏𝑖𝑎 terhadap warga asing masih sangat kuat.
Tidak sedikit warga asing dipandang dengan penuh curiga, bahkan dihina seolah-olah mereka bukan lagi manusia yang memiliki maruah dan kisah hidup sendiri.
Lebih menyedihkan, mereka yang cuba menunjukkan sedikit empati terhadap nasib golongan ini juga tidak terlepas daripada kecaman warganet. Apa sahaja boleh menjadi sasaran. Sesiapa sahaja boleh dihentam. Kadang-kadang oleh individu yang di dunia nyata mungkin tidak berani menunjukkan sikap sebenar mereka secara terbuka.
Inilah yang sering saya sebut sebagai “kejahatan terpendam” sisi gelap manusia yang muncul apabila seseorang merasakan dirinya tidak akan dipertanggungjawabkan atas kata-kata yang dilontarkan. Dalam keadaan ini, seolah-olah pertimbangan dosa, pahala, dan nilai moral hilang sama sekali daripada neraca.
Bagi mereka yang memahami akar permasalahan di sebalik kebanjiran pelarian dan migran, sekurang-kurangnya akan wujud sedikit empati terhadap manusia yang terperangkap dalam realiti yang keras di tanah asal mereka.
Ambil sahaja contoh masyarakat Rohingya. Selama beberapa generasi, mereka mengalami diskriminasi sistematik di negara asal mereka, hingga hidup sebagai manusia tanpa negara, tanpa pendidikan yang mencukupi, dan tanpa sistem sokongan sosial yang stabil. Dalam keadaan seperti itu, tidak menghairankan jika sebahagian daripada mereka tidak mampu membentuk kehidupan sosial seperti masyarakat yang hidup dalam sistem yang tersusun dan bertamadun.
Apabila mereka menimbulkan masalah di tempat baharu, kita sering melihat gejalanya sahaja. Sedangkan akar permasalahan telah lama membumi, berpuluh tahun tanpa penyelesaian yang benar-benar tuntas. Apa yang kita lihat hari ini hanyalah natijah daripada krisis yang telah berlarutan sekian lama.
Dalam kerangka Islam sebagai 𝒕𝒉𝒐𝒓𝒊𝒒𝒖𝒍 𝒉𝒂𝒚𝒂𝒉, jalan hidup yang menyeluruh, setiap permasalahan manusia sebenarnya memiliki ruang penyelesaian. Sudah tentu tiada siapa yang waras akan mengatakan bahawa penyelesaiannya mudah. Namun jalan menuju penyelesaian itu tetap wujud dan realistik.
Jika dilihat dari sudut ideologi yang paling asas, banyak krisis kemanusiaan hari ini, termasuk kebanjiran pelarian akibat perang atau tekanan ekonomi, kemiskinan sistematik, bahkan genosid berpunca daripada ketiadaan sistem kehidupan yang berpandukan wahyu. Manusia meninggalkan panduan daripada 𝑹𝒂𝒃𝒃 Yang Maha Mencipta, lalu memilih untuk berhukum dengan sistem yang direka oleh tangan mereka sendiri.
Penerapan Islam secara kaffah dalam mengatur kehidupan manusia adalah suatu kerangka penyelesaian yang mampu merungkai pelbagai masalah besar umat manusia, termasuk isu pelarian.
Dan tentunya, jalan ke arah penyelesaian itu tidak pernah bermula dengan penghinaan, kebencian, atau menistakan golongan yang sebenarnya menjadi mangsa kepada sistem zalim ciptaan manusia.



Thursday, December 4, 2025

Cincin Rasulullah s.a.w. yang Hilang

Dalam sejarah Islam, terdapat satu kisah yang sering diceritakan oleh para ulama, iaitu kisah mengenai cincin Rasulullah s.a.w. yang digunakan baginda sebagai cap mohor untuk surat-surat rasmi kepada raja-raja di zaman itu untuk tujuan dakwah dan diplomatik. Selepas kewafatan baginda, cincin ini disimpan oleh para khalifah sebagai alat rasmi untuk urusan diplomatik.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a., cincin itu terlucut dari jarinya dan jatuh ke dalam sebuah telaga berhampiran Masjid Nabawi (dipanggil sebagai Biʾr al‑Arees di zaman terkemudian yang bermaksud, Telaga Cincin). Para sahabat berusaha mencarinya selama berhari-hari, namun ia tidak pernah dijumpai semula. Walaupun ia sebuah peninggalan yang sangat berharga, kehilangan itu tidak menjejaskan sedikit pun kewibawaan pemerintahan Uthman r.a., apatah lagi kekuatan Khilafah Islam.

Ini persoalan yang penting untuk kita ambil ibrah. 

Kerajaan Islam tidak bergantung kepada tanda kuasa, mahkota, atau simbol kebesaran seperti yang diamalkan kerajaan Rom, Parsi, atau kerajaan-kerajaan dunia ketika itu. Tiada mahkota emas, tiada tongkat diraja, tiada jubah berpermata sebagai syarat memerintah.

Kekuatan pemerintahan Islam terletak pada intipatinya, bukan simbolnya.

Islam membina tamadun melalui wahyu, dari hal yang sekecil-kecilnya seperti adab ke tandas, hinggalah kepada urusan keluarga dan muamalat, Sehingga kepada perkara sebesar-sebesarnya seperti sistem pemerintahan, keadilan, ekonomi, ketenteraan, dan hubungan antarabangsa.

Segala urusan negara dibina atas petunjuk Allah, bukan perhiasan dunia. Justeru, hilangnya cincin Rasulullah s.a.w. bukanlah hilangnya legitimasi, tetapi ia mengingatkan kita bahawa Islam tidak berdiri dengan simbol — ia berdiri dengan prinsip, akhlak, dan wahyu.

Inilah rahsia bagaimana Khilafah Islam mampu berkembang menjadi tamadun besar dunia: kerana asasnya bukan benda, tetapi hidayah.

 Allahu'alam 



Wednesday, November 12, 2025

𝐌𝐞𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐨𝐤𝐨𝐡 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚

Nabi s.a.w sentiasa mengulang-ulang penegasan bahawa baginda hanya manusia biasa. Dalam perundangan, keadilan ditegak dengan hujah, bukan dengan "firasat sakti". Baginda melarang apabila ada penyanyi melagukan pengagungan terhadap baginda sebagai mengetahui perkara ghaib, sebaliknya baginda hanya mengetahui sekadar yang diwahyukan. 


Perbuatan mengangkat para nabi, ulama dan tokoh melebihi apa yang sepatutnya menyebabkan berlaku kesesatan dalam sejarah manusia. , permulaan penyembahan berhala dipercayai bermula daripada niat asal yang baik, iaitu menghormati orang-orang soleh yang telah meninggal dunia. Namun, seiring berjalannya waktu dan akibat manipulasi syaitan, amalan ini tersasar dan berubah menjadi penyembahan objek fizikal.


Sebelum zaman Nabi Nuh A.S, terdapat beberapa individu yang warak dan soleh dalam masyarakat pada zaman tersebut, seperti Wadd, Suwa', Yaghuth, Ya'uq, dan Nasr. Apabila mereka meninggal dunia, masyarakat yang menyayangi mereka mula berkumpul di sekitar kubur mereka untuk mengingati dan meratapi pemergian mereka.


Lama kelamaan, syaitan membisikkan idea kepada masyarakat untuk membuat patung atau gambaran rupa orang-orang soleh tersebut. Tujuan asalnya adalah untuk dijadikan peringatan agar mereka sentiasa terdorong melakukan amalan kebaikan seperti yang dilakukan oleh individu-individu tersebut.


Selepas generasi pertama berlalu dan tujuan asal patung-patung itu dilupakan, generasi seterusnya mula menganggap patung-patung tersebut mempunyai kuasa dan mula menyembahnya, sama ada sebagai perantara untuk mendekatkan diri kepada Tuhan atau sebagai tuhan tersendiri. 


يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ، يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ، وَتَأْوِيلَ الْجَاهِلِينَ

𝑰𝒍𝒎𝒖 𝒊𝒏𝒊 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒈𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒅𝒊𝒍 (𝒂𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉) 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂𝒏𝒚𝒂 (𝒖𝒎𝒂𝒕𝒌𝒖). 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒇𝒊𝒌𝒂𝒏 (𝒎𝒆𝒏𝒐𝒍𝒂𝒌) 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒊𝒎𝒑𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒎𝒑𝒂𝒖, 𝒎𝒆𝒏𝒐𝒍𝒂𝒌 𝒌𝒆𝒃𝒐𝒉𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒕𝒊𝒍𝒂𝒏, 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒐𝒍𝒂𝒌 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒂𝒇𝒔𝒊𝒓𝒂𝒏 (𝒕𝒂𝒌𝒘𝒊𝒍𝒂𝒏) 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒋𝒂𝒉𝒊𝒍. [HR Baihaqi, Ahmad dan Ibn Hibban]


Di setiap zaman, terdapat golongan yang melampau dalam mengagungkan tokoh dari kalangan mereka. Terdapat kecenderungan yang amat ketara dalam kelompok-kelompok umat Islam, terutama yang bergelar "tarikat", sehinggakan mereka melakukan pelbagai perkara yang nampak bodoh pada pertimbangan akal. Harus ada pihak yang mencegah pemandulan akal untuk memelihara kemurnian ajaran Islam. Kalam konteks Malaysia, pihak yang menegur perbuatan memuja kubur, berlebihan dalam zikir, mengada-adakan ritual yang tidak wujud dalam ajaran Islam, akan dilabel sebagai wahabi. Label ini senjata paling mudah untuk menutup kritikan terhadap para pengamal bidaah dan kurafat ini.




Monday, October 6, 2025

𝟳 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱

Hari ini genap 2 tahun dari tarikh bermulanya peperangan yang saya kira sebagai fasa akhir kisah sebuah negara haram. Negara yang didirikan di atas penipuan, pengkhianatan, perampasan, pengusiran dan pembunuhan penduduk asal di atas secebis tanah yang telah merakam jutaan kisah manusia, sejak dari zaman para nabi.


Kenapa fasa akhir?

Saya ambil maklum dan bersetuju dengan pandangan As Syahid, Syiekh Ahmad Yasin yang mengatakan, berlaku perubahan generasi bagi setiap sela masa 40 tahun. Untuk 40 tahun pertama, fasa pembentukan dan penjarahan, 40 tahun berikutnya golongan jahat ini mencapai kemuncak kekuasaan, kekayaan serta pengaruh, dan 40 tahun terakhir mereka mula tergelincir dari puncak, yang mana kita boleh saksikan mereka menggelupur seperti haiwan ternakan yang disembelih, yang menggunakan segenap sisa kudrat yang ada untuk meronta, sebelum kaku tidak bernyawa.

Mereka tidak ada pilihan lain melainkan meneruskan segala kekejaman, dan menyebar pembohongan, serta merasuah sesiapa sahaja yang boleh memberi kelebihan untuk mereka. Tidak ada jalan untuk undur, ini hanyalah jalan sehala yang membawa kepada kemusnahan. Tamadun manusia, tak kiralah apapun latar belakang agama mereka tidak akan menerima kejahatan sebagai sesuatu yang normal.

Zionist mampu meranapkan segala bangunan serta penduduknya di Gaza tetapi benteng Gaza bukan lagi sebatas tanah sempit di tepi laut Mediterranean, sebaliknya ia telah menjadi gelombang yang menghidupkan perlawanan penduduk dunia terhadap penindasan kelompok "elit" yang cuma kurang 1% penduduk dunia, tetapi menguasai lebih 99% kekayaan dunia. Kita sedang saksikan semua pergolakan geopolitik ini, dipacu oleh anak muda, sepertimana gelombang-gelombang perubahan sebelum ini, yang juga dipacu golongan muda.

𝘈𝘥𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘴𝘺𝘶𝘳𝘨𝘢, 𝘱𝘢𝘥𝘢𝘩𝘢𝘭 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 (𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘤𝘶𝘣𝘢𝘢𝘯) 𝘴𝘦𝘱𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘥𝘢𝘩𝘶𝘭𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶? 𝘔𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘵𝘪𝘮𝘱𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘱𝘢𝘢𝘯 (𝘬𝘦𝘮𝘶𝘴𝘯𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘵𝘢𝘣𝘦𝘯𝘥𝘢) 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘺𝘢𝘬𝘪𝘵, 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘥𝘪𝘨𝘰𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 (𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘢𝘯𝘤𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘶𝘴𝘶𝘩), 𝘴𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢: 𝘉𝘪𝘭𝘢𝘬𝘢𝘩 (𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢) 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩?" 𝘒𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 (𝘢𝘴𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘨𝘶𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩). [Surah Al Baqarah ayat 214]

Sudah menjadi sunnatullah, sesuatu yang mahal dalam alam ini harus dibayar dengan harga yang tidak murah. Setelah hampir satu abad rakyat Palestin ditindas, kita sedang menyambut fajar kemenangan yang perlahan-lahan menyinsing di kaki langit, memercikkan cahaya yang membangkitkan semangat dari jasad yang lama kaku dalam kesejukan waktu. Dari ufuk jauh, sinarnya menjalar lembut, menyentuh setiap urat rasa dan menyapa sanubari yang masih percaya pada makna kehidupan. Dalam kehangatan itu, akal yang jernih mula mencerap keindahan cahaya yang bukan sekadar menerangi bumi, tetapi juga menyalakan jiwa yang hampir padam. Inilah detik yang menghidupkan semula erti menjadi insan, saat ketika harapan kembali bernyawa, dan kehidupan terasa seakan baru bermula

𝑺𝒂𝒃𝒓𝒊 𝒀𝒂𝒂𝒄𝒐𝒃
7 Oktober 2025



Tuesday, September 23, 2025

𝐌𝐚’𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐅𝐢 𝐀𝐭𝐡-𝐓𝐡𝐚𝐫𝐢𝐪 (𝐌𝐢𝐥𝐞𝐬𝐭𝐨𝐧𝐞𝐬)

Kerosakan dalam tamadun manusia yang dibangunkan berdasarkan akal semata-mata adalah berbentuk sistemik. Ketika ini, sebahagian besar umat Islam juga gagal memahami panduan wahyu dalam mengatur kehidupan, sebagai way of life sehingga mengambil tsaqafah selain dari Islam.


𝑇𝑠𝑎𝑞𝑎𝑓𝑎ℎ 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚𝑖𝑦𝑎ℎ (ثَقَافَةٌ إِسْلَامِيَّةٌ) bermaksud kebudayaan Islam, yang mencakup segala bentuk pengetahuan dan pemahaman yang berakar pada akidah dan ajaran Islam. Dari tsaqafah ini tamadun Islam dibangunkan hingga menukar sekelompok arab di padang pasir menjadi kuasa adidaya yang menundukkan dua kuasa besar dunia ketika itu, Rom dan Parsi yang telah berdiri ribuan tahun.

Dalam tradisi keilmuan Barat, gelaran akademik seperti 𝑫𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓 𝒐𝒇 𝑷𝒉𝒊𝒍𝒐𝒔𝒐𝒑𝒉𝒚 (𝑷𝒉.𝑫.) mencerminkan bahawa apa jua bidang (biologi, ekonomi, kimia, matematik) akhirnya berpunca daripada falsafah. Falsafah berperanan mencari makna, nilai, dan tujuan yang melampaui sekadar guna praktikal. Maka ia dilihat sebagai "tahap tertinggi" kerana membimbing manusia kepada pemahaman menyeluruh tentang kehidupan. Dari tradisi ini, muncul tamadun yang kita lihat hari ini, iaitu Kapitalis yang wadah politiknya demokrasi, dan sosialis yang wadah politiknya ialah komunisme walaupun terdapat overlap antara keduanya dalam sesetengah keadaan.

Menurut 𝑨𝒔 𝑺𝒚𝒂𝒉𝒊𝒅 𝑺𝒚𝒆𝒅 𝑸𝒖𝒕𝒃, Islam membimbing manusia kepada ubudiyyah lillah (pengabdian kepada Allah), manakala falsafah sering menjadikan manusia pusat segala sesuatu (antroposentrik). Oleh itu, beliau menganggap Islam tidak boleh dipanggil “falsafah” kerana ia lebih tinggi dan lebih luas, ia adalah jalan hidup yang mengatur seluruh aspek kehidupan berdasarkan tauhid. Sayangnya, setelah ratusan tahun di bawah penjahanan pelbagai kuasa kolonial, umat Islam sendiri tidak memahami tsaqafah Islam, apalagi berusaha menzahirkannya.

Menurut As Syahid Syed Qutb, kebangkitan ummah tidak berlaku secara besar-besaran sekaligus, tetapi bermula dengan generasi perintis (𝑎𝑙-𝑗𝑖𝑙 𝑎𝑙-𝑄𝑢𝑟’𝑎𝑛𝑖 𝑎𝑙-𝑓𝑎𝑟𝑖𝑑). Generasi ini ialah kelompok kecil yang hidup sepenuhnya dengan al-Qur’an, bebas dari kompromi jahiliyyah, lalu mereka menjadi asas kepada pembentukan masyarakat Islam yang baru. Pandangan ini turut dikongsi oleh Syeikh Taqiyuddin An Nabhani, yang ditulis secara panjang lebar dalam kitabnya, Nidhamul Islam yang menjadi kitab asas untuk halaqah bagi seluruh anggota Hizbut Tahrir.

Adaptasi dari kitab Qutb, S. (1989). Ma‘ālim fī al-Ṭarīq [Milestones]. Cairo: Dar al-Shuruq.



Tuesday, April 8, 2025

Memahami Tabii Geopolitik

Ketika di kampus, saya menyertai PALAPES lebih dua dekad yang lalu, sebab semangat untuk membela umat Islam. Tak sanggup tengok Afghanistan dan Iraq dibantai, tapi umat Islam tak mampu buat apa selain berdoa, dan bagi bantuan kemanusiaan. Waktu tu, sepertimana Gaza ketika ini, hanya boleh dibantu dengan kekuatan ketenteraan untuk hentikan all the madness....

Tapi, rupanya bila belajar lebih mendalam tentang ilmu ketenteraan dan fiq jihad, saya boleh simpulkan, tindakan sebagai individu, mahupun kutlah (kelompok kecil) manusia tidak akan mampu bagi apa-apa kesan bermakna dalam konteks peperangan. Sekalipun asymmetrical warfare boleh bagi sedikit bekas kepada musuh, ia bukanlah kemenangan. Peperangan perlukan kekuatan sebuah negara, untuk berdepan dengan sebuah negara yang lain.

Satu perkara yang mungkin tak ramai yang faham, termasuklah para hamlu dakwah yang berkobar-kobar untuk jihad ialah, nuansa geopolitik ada pasang dan surutnya, ada warna dan irama yang tidak mampu dibaca secara langsung, tetapi secara tabie, ia akan mengulangi apa yang telah berlaku di masa lalu. Kira-kira 100 tahun lalu, Great Britain merupakan empayar yang dikatakan matahari tidak terbenam di wilayahnya, kini menjadi "sick man of Europe", dengan kekuatan yang dahulunya dibanggakan, kini cuma mampu menjadi "pembebek" Amerika.

Amerika yang ketika Gulf War I mampu kumpul puluhan negara bersekutu dengannya untuk menghentam regim Saddam, baru-baru ini cuma disertai UK untuk melanyak Yemen. Sekutu mula meninggalkan Amerika setelah pengaruhnya sebagai kuasa unipolar semakin malap. Ditambah oleh pukulan "Perang Tarif" oleh Trump ketika ini, NATO yang selama ini menharapkan Amerika sebagai Big Brother, mula memilih membangunkan kekuatan sendiri kerana terbukti Amerika secara unilateral memungkiri pelbagai janji.

Amerika sudah dihujung nyawa, Israel pula tidak ada pilihan lain melainkan terus membunuh dan bertindak kejam, sehingga payung yang melindungi mereka lenyap, dan Amerika akan khianat terhadap mereka. Asasnya, Amerika melindungi Israel bukanlah kerana sayangkan Israel, tetapi kerana menjaga hegemony empayar mereka di Timur Tengah. Akan sampai ketika, terpaksa dilepaskan, untuk kelangsungan survival sendiri.

Secara tabie, dengan segala perkembangan ini, Israel sebenarnya sedang menggelupur seperti haiwan yang disembelih, dan akhirnya akan menjadi bangkai yang membusuk. Walaupun kita kecewa dengan diamnya para pemerintah kaum muslimin yang memiliki segala persenjataaan, kekayaan dan pasukan tentera, kita punyai penolong yang jauh lebih berkuasa berbanding penolong bagi Israel. Mereka bergantung kepada senjata, perisikan, dana dan sekutu, kita bergantung kepada ALLAH, Tuhan yang ditanganNya segala kerajaan.

Insyaallah, dalam hayat ini, kita akan sempat melihat pakatan musuh berantakan. Kita akan lihat mereka diburu di segala penjuru dunia sebagai penjenayah. Kita telahpun saksikan, nama Palestine disebut di parlimen pelbagai negara, dilaung oleh jutaan manusia, Muslim dan Non-Muslim di jalanan, bendera Palestine dikibarkan di merata dunia. Kalau semua ini belum cukup untuk menambah keyakinan akan janji Allah tentang kemenangan, mungkin kita boleh refleksi pelbagai bisyarh (khabar gembira dari Rasulullah s.a.w) yang telahpun menjadi realiti. Iman, bukan semata-mata soal semangat, tetapi juga ilmu dan hikmah!

Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.

Tuesday, March 25, 2025

Pandangan Ulama Mengenai "Jilbab"

 

Pandangan Taqiyuddin an-Nabhani mengenai pakaian wanita Muslimah di tempat awam, yang mewajibkan jilbab sebagai pakaian satu helai dari bahu hingga ke buku lali, adalah berdasarkan tafsirannya terhadap dalil-dalil syarak. Namun, terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ulama besar mengenai isu ini. Berikut adalah penelitian di antara pandangan mereka:



𝟏. 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐢𝐞𝐤𝐡 𝐓𝐚𝐪𝐢𝐲𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐚𝐧-𝐍𝐚𝐛𝐡𝐚𝐧𝐢 (𝐇𝐢𝐳𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐫𝐢𝐫)

Pendapat: Jilbab adalah satu pakaian khusus untuk wanita Muslim di tempat awam, yang mesti menutupi seluruh tubuh dari bahu hingga ke kaki dalam satu helaian pakaian.

𝑫𝒂𝒍𝒊𝒍:

- Surah Al-Ahzab (33:59): "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."

- Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Athiyyah, bahawa Nabi SAW memerintahkan wanita keluar untuk solat Hari Raya dan menyuruh mereka memakai jilbab.

𝑰𝒎𝒑𝒍𝒊𝒌𝒂𝒔𝒊:

- Beliau menolak pemakaian abaya, baju kurung, atau pakaian dua lapis (seperti blaus dan skirt) di tempat awam kerana tidak bersambung sebagai satu helaian dari bahu hingga ke buku lali.

- Hanya jilbab memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah.

 

𝟐. 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐀𝐥𝐛𝐚𝐧𝐢 (𝟏𝟗𝟏𝟒-𝟏𝟗𝟗𝟗)



𝑷𝒂𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏:

- Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, seorang ulama Salafi terkenal, juga menegaskan kewajipan jilbab bagi wanita Muslimah tetapi tidak secara spesifik menyatakan ia mesti dalam bentuk satu helaian pakaian sahaja.

- Beliau menulis sebuah buku berjudul 𝐽𝑖𝑙𝑏𝑎𝑏 𝑎𝑙-𝑀𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑎𝑙-𝑀𝑢𝑠𝑙𝑖𝑚𝑎ℎ di mana beliau menghuraikan bahawa jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh tubuh tetapi masih membenarkan pakaian dua bahagian jika ia memenuhi syarat syariah.

𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒒𝒊𝒚𝒖𝒅𝒅𝒊𝒏 𝒂𝒏-𝑵𝒂𝒃𝒉𝒂𝒏𝒊:

Syiekh Albani lebih fleksibel dalam bentuk pakaian, selagi ia menutup aurat dengan sempurna, manakala Syiekh An-Nabhani lebih spesifik tentang keperluan satu helaian pakaian sahaja.

 

𝟑. 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐈𝐛𝐧 𝐁𝐚𝐳 (𝟏𝟗𝟏𝟎-𝟏𝟗𝟗𝟗) & 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐔𝐭𝐡𝐚𝐲𝐦𝐞𝐞𝐧 (𝟏𝟗𝟐𝟓-𝟐𝟎𝟎𝟏)



𝑷𝒂𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏:

- Kedua-dua ulama Salafi ini menegaskan bahawa wanita Muslimah wajib menutup seluruh tubuhnya termasuk dengan jilbab yang longgar dan menutupi aurat dengan sempurna.

- Mereka juga menyatakan bahawa jilbab tidak boleh membentuk tubuh dan harus menutupi perhiasan wanita.

𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒒𝒊𝒚𝒖𝒅𝒅𝒊𝒏 𝒂𝒏-𝑵𝒂𝒃𝒉𝒂𝒏𝒊:

-          Mereka tidak menetapkan bahawa jilbab mesti dalam bentuk satu helaian pakaian dari bahu ke buku lali.

 

𝟒. 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐳𝐡𝐚𝐛 𝐇𝐚𝐧𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐥𝐚𝐬𝐢𝐤

𝑷𝒂𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏:

- Sebahagian ulama Hanbali menegaskan bahawa wanita perlu memakai pakaian yang menutup tubuh sepenuhnya di hadapan bukan mahram.

- Beberapa teks klasik menyatakan keperluan milhafah atau izar (sejenis kain panjang yang membalut tubuh), yang hampir serupa dengan konsep jilbab yang dinyatakan oleh an-Nabhani.

𝑷𝒆𝒓𝒃𝒆𝒛𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒒𝒊𝒚𝒖𝒅𝒅𝒊𝒏 𝒂𝒏-𝑵𝒂𝒃𝒉𝒂𝒏𝒊:

Tidak semua ulama Hanbali mewajibkan satu helaian pakaian sahaja, tetapi mereka mengutamakan konsep menutup aurat dengan sempurna.

 

𝟓. 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐇𝐢𝐳𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐫𝐢𝐫

 𝑷𝒂𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏:

- Ulama dan pengikut Hizbut Tahrir seperti Syiekh Abdul Qadim Zallum dan kemudiannya Syiekh Ata bin Khalil Abu Al-Rashtah (mereka merupakan Amir Hizbut Tahrir selepas Syiekh Taqiyuddin an-Nabhani) meneruskan pandangan bahawa jilbab mesti dipakai dalam bentuk satu helaian pakaian dari bahu ke buku lali.

- Mereka melihat ini sebagai hukum syarak yang tetap dan tidak boleh diubah.


𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧

Pandangan Syiekh Taqiyuddin an-Nabhani mengenai jilbab sebagai satu helaian pakaian adalah unik dan lebih spesifik berbanding kebanyakan ulama lain. Walaupun terdapat beberapa ulama seperti Albani, Ibn Baz, dan Uthaymeen yang menekankan kepentingan jilbab dan menutup aurat dengan sempurna, mereka tidak menetapkan bahawa jilbab mesti berbentuk satu pakaian bersambung dari bahu ke buku lali. Sebaliknya, majoriti ulama dari mazhab fiqh yang muktabar lebih fleksibel dalam soal bentuk pakaian, selagi ia memenuhi prinsip menutup aurat dengan sempurna.

Sebagai individu, saya cenderung mengikut pandangan majoriti ulama berdasarkan 4 pertimbangan:

  • 1.      Dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Tidak Menetapkan Bentuk Spesifik Jilbab. Dalam Surah Al-Ahzab (33:59) menyebut melabuhkan jilbab, tetapi tidak menetapkan bahawa ia mesti satu helaian pakaian. Surah An-Nur (24:31) pula memerintahkan wanita menutup perhiasan mereka tetapi tidak menentukan jilbab dalam bentuk khusus
  • 2.      Hadis-Hadis yang Digunakan Tidak Secara Eksplisit Mewajibkan Satu Helaian Pakaian. Hadis Ummu ‘Athiyyah yang menyebut Rasulullah menyuruh wanita memakai jilbab ketika keluar rumah menunjukkan keperluan menutup aurat, bukan keperluan memakai pakaian dalam bentuk satu helai tertentu.
  • 3.      Ijma’ dan Amalan Salafus Soleh. Majoriti ulama tidak pernah menyatakan bahawa pakaian wanita Muslimah mesti satu helai dari bahu ke kaki. Wanita memakai pelbagai jenis pakaian yang memenuhi syarat menutup aurat, bukan hanya dalam bentuk jilbab satu helaian termasuklah memakai pakaian perang dan pakaian “mukena” ketika tawaf di Baitullah.
  • 4.      Konteks Budaya dan Keperluan Praktikal. Islam adalah agama yang fleksibel dan sesuai dengan keadaan zaman dan tempat. Menetapkan jilbab dalam satu bentuk spesifik boleh menyebabkan kesukaran dan tidak sejajar dengan prinsip Islam yang mengutamakan kemudahan selagi syariat dipenuhi

Allahualam.

 

Monday, March 17, 2025

Memungut Cukai Itu Haram Mutlak?

Syaikul Islam, 𝐈𝐛𝐧𝐮 𝐓𝐚𝐢𝐦𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 Rahimahullah (w. 728H) adalah seorang ulama besar dalam mazhab Hanbali yang banyak membahaskan isu keadilan dalam pemerintahan Islam, termasuk hukum pemungutan cukai (maks). Beliau terkenal dengan pendiriannya yang keras terhadap penindasan dan kezaliman, termasuk dalam urusan kewangan negara.

Ibnu Taimiyyah berpandangan bahawa pemungutan cukai secara zalim adalah haram, kerana ia termasuk dalam perbuatan merampas harta rakyat tanpa hak. Beliau menegaskan bahawa pemerintah hanya boleh mengambil harta rakyat melalui cara yang dibenarkan oleh syarak, seperti:

i. 𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 – Kewajipan utama ke atas umat Islam.

ii. 𝐉𝐢𝐳𝐲𝐚𝐡 – Cukai yang dikenakan kepada non-Muslim sebagai pertukaran perlindungan.

iii. 𝐊𝐡𝐚𝐫𝐚𝐣 – Cukai ke atas tanah yang diperoleh melalui pembukaan secara ketenetraan oleh kaum muslimin.

iv. 𝐔𝐬𝐲𝐮𝐫 – Cukai perdagangan yang dikenakan ke atas Non-Muslim yang berdagang di negara Islam.

Beliau mengutuk keras pemungut cukai yang menindas rakyat, dengan merujuk kepada hadis:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ صَاحِبُ مَكْسٍ

"𝑇𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘 𝑠𝑦𝑢𝑟𝑔𝑎 𝑝𝑒𝑚𝑢𝑛𝑔𝑢𝑡 𝑐𝑢𝑘𝑎𝑖 (𝑚𝑎𝑘𝑠)."

[HR Ahmad, Abu Dawud, dan al-Hakim]

Menurut Ibnu Taimiyyah, hadis ini menunjukkan bahawa pengambilan cukai tanpa hak adalah dosa besar yang membawa kepada azab di akhirat.

Walaupun tegas dalam mengharamkan cukai yang menindas, Ibnu Taimiyyah tidak mengharamkan cukai secara mutlak seperti pandangan yang dikeluarkan oleh Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani Rahimahullah.

Kedua ulama ini berpandangan bahawa dalam keadaan darurat, pemerintah boleh mengenakan cukai sementara, 𝒅𝒉𝒂𝒓𝒊𝒃𝒂𝒉 dengan syarat:

i. Ia benar-benar diperlukan untuk kemaslahatan umum (contohnya, mempertahankan negara).

ii. Tiada sumber lain yang mencukupi, seperti zakat, ghanimah, atau sumber kerajaan Islam yang sah.

iii. Tidak menzalimi rakyat atau membebankan golongan miskin.

Ibnu Taimiyyah menyimpulkan dalam penulisan beliau:

Apabila pemimpin mengambil harta rakyat tanpa hak, itu adalah kezaliman. Tetapi apabila ada keperluan mendesak dan tiada jalan lain untuk menampung perbelanjaan jihad atau keperluan negara, maka rakyat wajib membantu pemerintah dengan kadar yang adil.

Rujukan: Majmu’ al-Fatawa (Ibnu Taimiyyah, Jilid 28, hlm. 266) & Al-Siyasah al-Shar’iyyah (Ibnu Taimiyyah, hlm. 38)

Dalam Majmu’ al-Fatawa (Jilid 29, hlm. 251), beliau menyatakan:

وَأَمَّا الْمَكْسُ الَّذِي يُؤْخَذُ بِاسْمِ الْعُشُورِ وَغَيْرِهَا مِنَ الظُّلْمِ الَّذِي أَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى تَحْرِيمِهِ

"Adapun Maks yang diambil dengan nama usyur (cukai perdagangan) dan lainnya adalah satu bentuk kezaliman yang telah disepakati oleh umat Islam sebagai haram.

Sistem cukai moden yang menjadikan cukai sebagai sumber utama negara bertentangan dengan prinsip ekonomi Islam, kerana Islam mengutamakan zakat, jizyah, kharaj, dan sumber halal lain untuk menampung keperluan negara. Cukai tetap seperti dalam sistem moden hari ini adalah lebih hampir kepada Maks yang diharamkan, berbanding Dharibah yang bersifat sementara dan hanya dalam keadaan darurat.

Adapun para ulama kontemporari dalam hal ini sedikit berbeza:

1. 𝐃𝐫. 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐀𝐥-𝐐𝐚𝐫𝐚𝐝𝐚𝐰𝐢 dalam Fiqh al-Zakah menegaskan bahawa cukai hanya boleh dikenakan jika benar-benar diperlukan dan tidak boleh melebihi kadar yang adil. Jika cukai menjadi beban yang berat dan menindas rakyat, ia berubah menjadi Maks yang diharamkan.

2. 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐢𝐳 𝐛𝐢𝐧 𝐁𝐚𝐳 menegaskan bahawa negara Islam sepatutnya mengutamakan zakat sebagai sumber utama, bukan cukai.

3. 𝐃𝐫. 𝐖𝐚𝐡𝐛𝐚𝐡 𝐙𝐮𝐡𝐚𝐢𝐥𝐢 cukai yang dikutip mesti digunakan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah atau projek yang tidak perlu. Jika cukai disalahgunakan, ia kembali kepada kezaliman Maks yang diharamkan.

Saya berpandangan, sistem percukaian moden berada dalam "grey zone" antara Maks dan Dharibah. Jika ia dikenakan secara zalim, maka ia adalah Maks yang disepakati haram dari segi hukum. Manakala sekiranya ia dikenakan untuk memenuhi kemaslahatan umum, pada kadar yang munasabah, ia mendekati konsep dharibah yang dibenarkan ketika darurat, walaupun pada hakikatnya tidaklah sama. Daulah Islam seharusnya kembali kepada sistem Islam, di mana sumber negara diperoleh daripada zakat, jizyah, kharaj, fai’, dan hasil negara lain sebelum mengenakan cukai. 

Allahua'lam.


Sunday, February 9, 2025

Al-I'jaz Al-Bayani dalam Al-Qur'an

 Pengertian Al-I'jaz Al-Bayani

Al-I'jaz al-bayani adalah salah satu aspek kemukjizatan Al-Qur'an yang berkaitan dengan keunggulan bahasa, gaya penyampaian, dan keindahan retorikanya. Secara bahasa, i'jaz berarti melemahkan atau membuat sesuatu tidak mampu menandinginya, sementara bayani berasal dari kata bayan, yang berarti kejelasan atau kefasihan dalam berbicara. Dengan demikian, al-i'jaz al-bayani merujuk pada ketidakmampuan manusia untuk menandingi keindahan dan kefasihan bahasa Al-Qur'an.


Karakteristik Al-I'jaz Al-Bayani dalam Al-Qur'an

1. Keindahan Struktur Bahasa

Al-Qur'an menggunakan susunan kata yang unik dan tidak dapat ditiru oleh manusia. Gaya bahasanya tidak sepenuhnya mengikuti pola puisi Arab klasik (sya'ir) maupun prosa (natsr), melainkan memiliki irama dan keindahan tersendiri.


2. Keserasian Bunyi dan Irama

Dalam Al-Qur'an, terdapat keseimbangan antara panjang dan pendeknya ayat serta keserasian bunyi yang memberikan efek ritmis. Hal ini dapat dirasakan dalam surah-surah pendek seperti Surah Al-Kawthar dan Al-Ikhlas yang memiliki aliran kata yang merdu dan mudah dihafal.


3. Ketepatan Pemilihan Kata

Setiap kata dalam Al-Qur'an dipilih dengan sangat tepat, sehingga tidak ada kata yang sia-sia atau bisa digantikan dengan sinonim tanpa mengubah makna yang mendalam. Pemilihan kata ini juga memperlihatkan makna yang luas dalam satu kalimat yang singkat.


4. Gaya Bahasa yang Beragam

Al-Qur'an menggunakan berbagai bentuk gaya bahasa seperti perumpamaan (tasybih), metafora (isti’arah), dan kiasan (kinayah). Penggunaan gaya bahasa ini tidak hanya memperindah makna tetapi juga memperkuat pesan moral dan spiritual dalam setiap ayat.


5. Kekuatan Argumentasi dan Ketegasan Makna

Al-Qur'an menyampaikan pesan dengan argumen yang kuat dan logis. Banyak ayat yang mengajak manusia untuk berpikir kritis dan merenungi alam serta kehidupan. Argumentasi dalam Al-Qur'an juga sering dikombinasikan dengan pertanyaan retoris yang menggugah kesadaran manusia.


Tantangan kepada Manusia untuk Menandinginya

Kemukjizatan Al-Qur'an dalam aspek al-i'jaz al-bayani juga dibuktikan dengan tantangan yang Allah berikan kepada manusia untuk menciptakan sesuatu yang serupa dengannya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 23, Allah menantang manusia untuk membuat satu surah saja yang setara dengan Al-Qur'an, namun hingga kini tidak ada yang mampu melakukannya.


Kesimpulan

Al-I'jaz al-bayani dalam Al-Qur'an merupakan bukti nyata bahwa kitab suci ini berasal dari Allah, bukan hasil karya manusia. Keindahan bahasanya, ketepatan diksi, variasi gaya bahasa, serta kekuatan argumentasinya menjadikan Al-Qur'an sebagai kitab yang tak tertandingi dalam aspek kebahasaan. Oleh karena itu, banyak ahli bahasa, baik Muslim maupun non-Muslim, yang mengakui keunikan dan keistimewaan retorika Al-Qur'an yang tidak dapat direplikasi oleh manusia.




Tuesday, February 4, 2025

Henry Kissinger

Henry Kissinger marupakan antara manusia yang setaraf dengan Pol Pot, Hitler, Mussoleni, Mau Tze Dong serta manusia-manusia lain yang pernah hidup sebagai pemangsa yang teramat kejam. 

1. Perang Vietnam (1969–1975) : 3.8 juta nyawa

2. Pemboman Kemboja (1969–1973): 50,000 hingga 150,000 nyawa

3. Perang Saudara Pakistan Timur [Bangladesh] (1971): 300,000 hingga 3 juta nyawa

4. Kissinger menyokong serangan Indonesia ke atas Timor Leste (1975–1976): 100,000 hingga 200,000 nyawa, termasuk akibat kebuluran dan penyakit

5. Operasi Condor di Amerika Latin (1970-an): dianggarkan lebih 10 000 korban dibunuh atau "hilang" di seluruh Amerika Latin.

6. Perang Yom Kippur (1973): >10,000 nyawa

Walaupun demikian, saya tertarik dengan kenyataan Kissinger berkenaan asymmetrical warfare, " 𝑝𝑎𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑣𝑒𝑛𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑑𝑖𝑘𝑖𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑘𝑖𝑟𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔, 𝑠𝑒𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑔𝑒𝑟𝑖𝑙𝑎 𝑑𝑖𝑘𝑖𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑘𝑖𝑟𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑘𝑎𝑙𝑎ℎ (𝑠𝑢𝑟𝑣𝑖𝑣𝑒)".  Ini boleh menyimpulkan bahawa pasukan Ha Min Alif Sin memenangi perang di Gaza, sekalipun hampir keseluruhan Gaza telah diranapkan oleh tentera penjajah, dengan segala bentuk bantuan Amerika dan blok Barat.

Mantan Setiausaha Negara Amerika ini tidak pernah diheret ke muka pengadilan untuk dibicarakan seluruh jenayah yang dilakukannya, tetapi tentunya dia tidak sesekali terlepas dari mahkamah yang lebih agung, di hadapan Sang Pencipta. Setelah hidup hampir 100 tahun (1923-2023), sang penzalim ini telah kembali menemui Pencipta. 

Memetik kata-kata Buya Hamka;

"𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑖𝑛𝑖 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑤𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑎𝑖𝑛 𝑑𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑎𝑠 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎. 𝐴𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑡𝑖𝑟𝑎𝑖 𝑑𝑖𝑡𝑢𝑡𝑢𝑝, 𝑙𝑒𝑛𝑦𝑎𝑝𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑙𝑎𝑘𝑜𝑛𝑎𝑛, 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑚𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑒𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛."



Wednesday, January 22, 2025

Ucap Tahniah Kepada Donald Trump

 Perbuatan Ahmed Al-Sharaa atau lebih dikenali sebagai Abu Muhammad Al-Joulani iaitu pemimpin Hayat Tahrir Syam yang mengucapkan tahniah kepada Donal Trump sempena perlantikan semula sebagai Presiden Amerika tidak harus segera dikecam sebagai tali barut Amerika dan tuduhan melulu. Political gesture sebegini adalah amalan standard dalam kalangan para pemimpin dunia sejak zaman berzaman.

Salahuddin Al Ayubi mengirimkan deligasi doktor untuk merawat Richard The Lion Heart, musuh ketat beliau malah ketika itu peperangan antara tentera Salib dan tentera Islam masih lagi berlangsung. Walhasil, selepas "diplomatic gesture " itu, Perjanjian Jaffa (Treaty of Jaffa) dimeterai pada September 1192.
Sikap ini juga menunjukkan sikap neutraliti terhadap proses domestik, atau dengan kata lain, menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat negara berkenaan. Ini tidak bermaksud menyokong pemimpin yang baru dilantik itu.
Bahkan dalam tamadun Islam, konflik tidaklah menghalang komunikasi formal. Ucapan tahniah sebegini merupakan isyarat bahawa pihak yang berkonflik masih mengekalkan saluran komunikasi. Selain itu, ia mewujubkan sikap profesional walaupun wujud permusuhan. Rasulullah s.a.w memuji Abu Sufyan ketika Fathul Makkah walaupun ketika itu Abu Sufyan belum lagi memeluk Islam. Rasulullah s.a.w mengajarkan bahawa musuh bukanlah alasan untuk mengabaikan kebaikan atau kehebatan seseorang.
Selain itu, ucapan tahniah ini boleh membuka peluang dialog di masa hadapan. Kepimpinan baharu selalunya membawa pendekatan atau dasar baharu. Dalam kes ini, Amerika bukanlah negara yang boleh dipercayai, bahkan rekod berbohong dan melancarkan perang ke atas Iraq pada 2003 adalah contoh nyata sikap negara penjajah itu. Namun, suasana boleh berbeza sekiranya rakyat Amerika bertindak mendesak kerajaan mereka menilai semula dasar negara mereka.
Bagi saya, ucapan tahniah dari Joulani lebih kepada sikap pragmatik dalam mengendalikan realiti politik. China dan India mengekalkan komunikasi yang baik antara keduanya walaupun banyak sekali ketegangan antara keduanya. Begitu juga antara India dan Pakistan. Setiap kali pemimpin baharu dilantik, pihak lawan akan mengucapkan tahniah.
Sebagai hamlu dakwah dan aktivis politik, kita kena persiapkan diri dengan kematangan dalam memahami realpolitik. Ia sangat membantu untuk memandu ummah agar mengambil perhatian kepada idea yang disampaikan.



Sunday, December 8, 2024

𝐈𝐒𝐔 𝐒𝐘𝐑𝐈𝐀: 𝐈𝐑𝐀𝐍,𝐑𝐔𝐒𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀

 Setakat ini, banyak perkara belum benar-benar difahami berkaitan dengan perkembangan terbaharu di Syria. Semalam, saya sempat ikuti TT Live Ahmad Faezal yang mengulas mengenai isu ini. Agak ramai juga "Russia Fanboy" datang kecam beliau kat situ sebab kononnya "pemberontak" yang menguasai Syria ini adalah proxy Amerika.

First of all, kalau nak berbicara tentang politik, ada banyak grey area. Ia tak semudah hitam atau putih, baik atau jahat, Khilafah atau kafir. Politik memerlukan pertimbangan dinamika kuasa, realiti sosial, konsensus (untuk membuka lembaran kerjasama), serta maqasit syariah yang memelihara nyawa, akal, harta dan keharmonian masyarakat.
Tanpa menafikan kefardhuan mendirikan Khilafah sebagai istitusi pemerintahan yang menegakkan Islam, keputusan dogmatik cenderung menjadi tidak rasional sehingga meruntuhkan kemakmuran dan kestabilan yang cuba dibina.
𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐈𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐬𝐬𝐢𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐢𝐤?
Dalam konteks perang saudara di Syria, sekurang-kurangnya 500,000 nyawa menjadi korban. Iran dan Russia membantu regim Basyar membantai rakyatnya sendiri dengan serangan secara langsung, ataupun kepungan yang menyebabkan ribuan mati kebuluran. Jadi, Iran dan Russia ni baik ke? Jawapan mudah: TIDAK
𝐈𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐆𝐚𝐳𝐚. 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐚𝐩𝐚 𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐚𝐮𝐡. 𝐌𝐚𝐤𝐚, 𝐈𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫?
Dari satu sisi, ketika Iran berdepan dengan negara haram, kita wajar ambil posisi memihak kepada Iran. Bukan untuk menjadi fanboy, tetapi ia pilihan lebih wajar. Kita perlu ketepikan isu sektarian untuk melihat isu Gaza dan banyak isu lain tanpa melupakan fakta kekejaman yang berlaku di Syria.
𝐑𝐮𝐬𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐛𝐥𝐨𝐤 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐤𝐫𝐚𝐢𝐧𝐞. 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐤𝐭𝐚 𝐔𝐤𝐫𝐚𝐢𝐧𝐞 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐤𝐨𝐫𝐮𝐩𝐬𝐢, 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐨𝐥𝐞𝐡 "𝐝𝐞𝐞𝐩 𝐬𝐭𝐚𝐭𝐞" 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞. 𝐌𝐚𝐤𝐚, 𝐑𝐮𝐬𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫?
Sekali lagi, pilihan yang wajar untuk ambil posisi berpihak kepada Russia dalam krisis di Ukraine. Tapi, ia tidak melupuskan jenayah dan kekejaman yang dilakukan di Syria. Ketika era Russian Empire, Circassian genocide berlaku dengan menyasarkan umat Islam Circassian hingga angka korban dianggarkan mencecah 1,000,000 orang. Boleh juga dihitung peperangan Afghan-Soviet 1979-1989 untuk melihat baik/buruk empire Russia ni.
𝐓𝐚𝐩𝐢, 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐞𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐬𝐬𝐢𝐚 𝐭𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐫𝐞𝐠𝐢𝐦 𝐥𝐚𝐦𝐚. 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐢𝐧. 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐠𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐠𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠?
Ini pernyataan separuh masak. Dengan argumen yang sama, kita tidak boleh salahkan Amerika yang menjarah Iraq dan Afghanistan sebab ia dilakukan ketika era Bush, sedangkan sekarang ni era presiden yang lain. banyak empayar atau negara hari ini masih mewarisi sistem, struktur, dan naratif yang dibentuk oleh tindakan generasi terdahulu. Misalnya, sekiranya ketidakadilan sejarah tidak diakui atau ditebus, ia terus memberi kesan kepada masyarakat yang terkesan.
Tidaklah secara automatik, generasi sekarang bertanggungjawab secara langsung terhadap kesalahan sejarah, tetapi penting bagi mereka untuk mengiktiraf sejarah tersebut dan mengambil langkah untuk memperbaiki kesannya, seperti mengakui kekejaman, menawarkan permohonan maaf, atau memberikan reparasi.
𝐀𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐣𝐚 𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐫𝐦𝐲 (𝐅𝐒𝐀). 𝐌𝐚𝐤𝐚, 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐨𝐧𝐭𝐚𝐤 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐫𝐨𝐱𝐲 𝐀𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚?
Ada pelbagai kelompok bersenjata dengan pelbagai latarbelakang dan agenda. Memang benar, Amerika menancapkan kukunya ke bumi Syria untuk mempengaruhi landskap politik di sana. Tetapi, untuk membuat kesimpulan pukal bahawa pemberontak (tentera pembebasan) yang berjuang menumbangkan Basyar sebagai proxy Amerika adalah oversimplified. Apalagi ketika mereka mendapat dokongan sebahagian besar rakyat Syria. Setakat data yang ada, pengaruh Amerika wujud dalam konflik ini, tetapi kita belum melihat kawalan yang significant oleh negara penjajah itu setakat ini. Yang pasti, tumbangnya diktator yang kejam itu diraikan penuh kegembiraan oleh rakyat Syria.
Sebagai kesimpulan, kita Cuma memahami dan memerhati dari jauh. Mungkin perkembangan di kemudian hari membawa kesimpulan yang lain. Allahualam, kita doakan yang terbaik.
𝑺𝒂𝒃𝒓𝒊 𝒀𝒂𝒂𝒄𝒐𝒃
9 December 2024





Sunday, December 1, 2024

Konflik Syria 2024


Konflik di Syria bermula pada 2011 apabila protes rakyat terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad ditindas dengan kekerasan. Gerakan yang asalnya menuntut reformasi demokratik bertukar menjadi perang saudara selepas kumpulan pembangkang dan kumpulan bersenjata bangkit menentang kerajaan. Situasi menjadi semakin kompleks dengan penglibatan pihak luar seperti Rusia, Iran, Amerika Syarikat, Turki, dan kumpulan militan seperti ISIS.

Pihak Terlibat:

Di satu pihak adalah rejim Assad yang disokong oleh Rusia dan Iran, yang menyediakan sokongan ketenteraan dan strategik. Lawan mereka ialah gabungan kumpulan pembangkang, termasuk Hayat Tahrir al-Sham (HTS) pimpinan Al Julani, kumpulan Islamis, dan pemberontak yang disokong oleh Turki. AS pula menyokong militia Kurdish yang terlibat dalam melawan ISIS. Konflik ini menjadi proksi bagi persaingan geopolitik kuasa-kuasa besar.

Strategi dan Perubahan:

Rejim Assad telah menggunakan serangan udara besar-besaran dan pengepungan untuk mendapatkan semula kawalan wilayah, manakala Rusia memberikan sokongan udara sejak 2015, yang membantu Assad meraih kemenangan strategik seperti penawanan Aleppo pada 2016. Namun, baru-baru ini, pada November 2024, pemberontak HTS dan sekutunya melancarkan serangan besar dan berjaya menawan kembali sebahagian besar Aleppo, menandakan titik perubahan selepas bertahun-tahun kebuntuan.

Situasi Kemanusiaan:

Perang ini telah meragut lebih 500,000 nyawa dan memaksa jutaan rakyat Syria meninggalkan rumah mereka. Kira-kira 14,000 orang dilaporkan melarikan diri akibat serangan terbaru di Aleppo, dengan kesan besar terhadap penduduk awam termasuk kematian dan kecederaan kanak-kanak.

Hala Tuju Konflik:

Masa depan konflik ini kekal tidak menentu. Kemenangan HTS di Aleppo menunjukkan kelemahan rejim Assad, walaupun ia mendapat bantuan Rusia. Walau bagaimanapun, langkah penyelesaian seperti rundingan damai sering gagal kerana perbezaan ideologi antara pihak yang bertelagah. Pada masa sama, campur tangan kuasa luar meningkatkan kebimbangan bahawa perang ini boleh terus berlanjutan sebagai konflik proksi.

Kesimpulan:

Perang di Syria adalah contoh bagaimana protes boleh berubah menjadi konflik bersenjata akibat campur tangan luar dan kegagalan diplomasi. Dengan pertempuran yang kembali sengit, masa depan Syria masih tidak pasti, bergantung pada kemampuan pihak terlibat mencari penyelesaian politik yang inklusif. Peperangan di Aleppo pada 2024 juga menunjukkan dinamik baharu yang boleh mencorak hala tuju konflik ini pada masa depan.




Tuesday, October 15, 2024

Perang Serantau

Amerika mengirimkan THAAD (Terminal High Altitude Area Defense) ke negara haram Israel untuk mengukuhkan pertahanan negara itu dari serangan ballistic missile. Ramai penganalisa geo-politik berpendapat, kemungkinan perang di timur tengah akan merebak dan Israel sedang merencanakan tindakbalas terhadap serangan Iran 1 Oktober lalu. Lagipun, Netanyahu memang bergantung kepada keberlanjutan perang untuk memanjangkan hayat politiknya. Setakat hari ini, belum ada sebarang tanda peperangan akan dihentikan, dan negara haram itu, begitu bebas melakukan apa sahaja, melanggar seluruh garis merah undang-undang antarabangsa tanpa perlu khuatir akan implikasi perundangan.

Negara-negara teluk pula kelihatan lebih lantang menyuarakan kekhuatiran peperangan yang berlaku memberi kesan kepada ekonomi mereka secara langsung, dan mungkin mengheret mereka kepada peperangan serantau (regional war). Kelompok pemimpin arab menegaskan, jika berlaku perang, serangan ke atas Iran tidak boleh dilakukan dari pengkalan yang berada di wilayah mereka. Satu langkah yang "paling berani" dilakukan setakat ini selain pidato kutukan kosong yang telahpun kita dengar puluhan tahun.

Walaupun rakyat negara-negara arab secara umumnya menyokong perjuangan saudara mereka yang dibantai, para pemimpin mereka belum mampu untuk memberi tindakbalas yang tegas seperti sekatan ekonomi, menghentikan bekalan minyak, apalagi respon secara ketenteraan.

Bagi kaum muslimin, pertolongan Allah itu sentiasa dekat. Itulah yang Dia janjikan dan Allah tidak sesekali mungkir janji, walaupun ketika ini, realiti yang tidak sanggup kita lihat terpampang di hadapan mata dan kaum muslimin berada pada titik paling bawah, seperti makanan yang dikunyah musuh.

Diriwayatkan oleh Khabab bin al-Aratt r.a., ketika para sahabat mengadu kepada baginda, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang umat terdahulu yang diuji dengan sangat berat. Baginda bersabda:

"Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang disisir dengan sikat besi sehingga memisahkan daging dan tulang mereka, dan ada yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua. Namun semua itu tidak membuat mereka berpaling dari agamanya. Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (Islam), hingga seseorang berjalan dari Sana’a ke Hadramaut, tidak ada yang ia takutkan kecuali Allah, dan serigala atas kambingnya, tetapi kamu terlalu tergesa-gesa." [Riwayat Bukhari no. 3612]

Amatlah malang jika kaum muslimin memilih untuk mencari titik perbalahan dan perpecahan ketika penyatuan menjadi persoalan hidup-mati jutaan umat ketika ini. 




Sunday, October 6, 2024

365 Hari Selepas Taufan Al Aqsa

Hari ini 7 October 2024, genaplah setahun dari Taufan Al Aqsa, iaitu titik permulaan peperangan yang terbesar pernah berlaku sejak tertubuhnya negara haram Isreal.

Sejak awal lagi, bermacam persoalan timbul tentang bagaimana pasukan Hamas mampu melancarkan serangan berskala besar manakala di pihak negara haram pula, tindakbalas amat perlahan ketika serangan dilancarkan, seakan-akan mereka memang memerlukan serangan ini untuk tujuan politik. Beberapa minggu sebelum itu, tunjuk perasaan dan rusuhan berlaku di merata ceruk negara haram, kerana pelbagai isu dalaman. Peristiwa Taufan Al Aqsa ini mengubah landskap politik negara haram 180 darjah. At least buat seketika, memanjangkan hayat Syaitanyahu yang terpalit dengan pelbagai skandal.

Regim pengganas melancarkan serangan balas yang berpuluh kali ganda, tanpa mampu dihalang oleh mana-mana pihak termasuklah United Nation. Genocide yang berlaku menyaksikan lebih 40,000 nyawa terkorban dan ratusan ribu yang lain masih hilang dan belum diketahui nasib mereka setakat ini. Lebih 1,000 masjid dimusnahkan, hampir kesemua sekolah, hospital dan segala fasiliti utama di Gaza dimusnahkan. Semua ini memang dijangka dari awal oleh pihak Hamas tetapi dalam apa-apa keadaan sekalipun, rakyat awam menjadi korban.

Saya tidak pasti apa sebenarnya percaturan politik Hamas, tetapi, meninjau dari sudut strategik, Hamas sebenarnya memenangi perang ini kerana mampu menghentikan rancangan "normalisasi" negara-negara arab dengan pihak negara haram, juga mampu mengarahkan perhatian dunia kepada bumi Al Quds, sehingga muncul gelombang massa yang menyokong perjuangan rakyat Pa1estine. Pemencilan negara haram dari komuniti dunia menyebabkan kesan yang berpanjangan hingga penduduk (para perampas tanah) berhijrah keluar beramai-ramai tanpa ada rancangan untuk kembali.

Krisis ini juga benar-benar mendedahkan golongan munafik dari kalangan umat Islam. Di pentas global, pelbagai pakatan dan pengkhianatan oleh regim-regim pemerintah umat Islam didedahkan. Umat lebih faham, para pengkhianat umat ini tidaklah sebetulnya berkhidmat untuk rakyat, sebaliknya hanya menjadi anjing yang setia kepada Zionist.

Di Malaysia pula, sokongan yang amat padu ditonjolkan, tetapi "trend" sokongan yang kononnya tidak berbelah-bahagi itu berkecai hanya kerana gara-gara video amukan seorang wanita Palestin yang berada di negara ini.

Sikap xenophobia rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang sebelum ini seakan hilang sama sekali kewarasan hingga mengaggap warga Rohingya yang juga mangsa genocide sebagai tersangat jijik, hina malah tidak lagi dipandang selayaknya seorang manusia. Ada yang bergembira apabila mendapat khabar bot pelarian Rohingya karam di tengah lautan. Kata-kata penghinaan bersemburan di merata ceruk dunia maya dan dunia realiti.

Setelah 365 hari berlalu, melihat kepada sokongan dari umat Islam yang semakin melemah, terutamanya umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan saudara kita di Palestin, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan malu. Golongan non-Muslim di luar negara bermati-matian berjuang membela, kita yang mengaku bersaudara dalam aqidah yang sama pakat-pakat meninggalkan rakyat Palestin sebab marahkan wanita yang menghentak kaki dan sebut "No Malaysia"? Alangkah lemahnya tekad perjuangan umat Islam di Malaysia.

Dalam masa yang sama, disebabkan sikap umat Islam ini jugalah, golongan kafir yang sebelum ni menyembunyikan kebencian mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin mula menunjukkan kebencian mereka. Ada yang secara terang-terangan menunjukkan dokongan terhadap Zionist, kononnya rakyat Palestin wajar dilayan sebegitu teruk.

Moga kemenangan berpihak kepada kebenaran. Al Quds pasti akan dibebaskan sama ada kita bersama membantu atau kita bersama para penzalim. Tempat untuk para penzalim dan para penyokong mereka hanyalah azab yang amat pedih di negeri akhirat yang kekal abadi.


𝙎𝙖𝙗𝙧𝙞 𝙔𝙖𝙖𝙘𝙤𝙗,
7 Oktober 2024
(4 Rabiu'l Akhir 1446)



Wednesday, October 2, 2024

𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐨𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐬



𝟐𝟒𝐊 (𝟗𝟗𝟗): 𝟗𝟗.𝟗% 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝟎.𝟏% 𝐚𝐥𝐨𝐢.
Hampir tiada aloi, hanya mengandungi 0.1% kekotoran. Emas ini dianggap paling tulen dan sangat lembut. Digunakan sebagai emas pelaburan (jongkong dan syiling), tidak sesuai untuk barang kemas kerana terlalu lembut.

𝐄𝐦𝐚𝐬 𝟗𝟓𝟎
5% terdiri daripada aloi seperti perak, tembaga, atau logam lain yang ditambah untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan emas. Sering digunakan dalam pembuatan barang kemas mewah dan eksklusif. Oleh kerana kandungan emasnya yang hampir murni, barang kemas daripada emas 950 mengekalkan kilauan dan warna emas tulen yang lebih terang

 

𝐄𝐦𝐚𝐬 𝟗𝟎 (𝐄𝐦𝐚𝐬 𝟗𝟎𝟎)

10% terdiri daripada logam seperti tembaga, perak, atau zink untuk menambah ketahanan dan kekuatan pada emas, membuatnya lebih tahan lama daripada emas yang lebih tulen seperti emas 950 atau 24K. Biasa digunakan dalam pembuatan barang kemas yang tahan lasak tetapi masih mengekalkan kilauan emas tulen. Ia sesuai untuk kegunaan harian kerana sifatnya yang lebih kuat dan tahan lama berbanding emas tulen

𝟐𝟐𝐊 (𝟗𝟏𝟔): 𝟗𝟏.𝟔% 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝟖.𝟒% 𝐚𝐥𝐨𝐢
8.4% terdiri daripada aloi seperti tembaga, perak, atau zink. Barang kemas yang lebih mahal, sesuai untuk reka bentuk yang halus dan mengekalkan warna emas asli.

𝟐𝟎𝐊 (𝟖𝟑𝟑): 𝟖𝟑.𝟑% 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝟏𝟔.𝟕% 𝐚𝐥𝐨𝐢
16.7% terdiri daripada aloi tembaga, perak, atau logam lain. Jarang digunakan dalam barang kemas, namun boleh ditemui dalam reka bentuk khas seperti piala dan kraf tradisional.

 

𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐏𝐚𝐮𝐧 (𝐄𝐦𝐚𝐬 𝟕𝟗)

21% aloi lain, yang biasanya terdiri daripada campuran tembaga, perak, atau logam lain untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan emas. Emas paun sering digunakan dalam pembuatan barang kemas tradisional, terutamanya di negara-negara seperti Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara. Kandungan emas yang agak tinggi memberikan kilauan emas yang hampir menyerupai emas tulen, namun lebih tahan lasak dan kurang lembut berbanding emas 24K


𝟏𝟖𝐊 (𝟕𝟓𝟎): 𝟕𝟓% 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝟐𝟓% 𝐚𝐥𝐨𝐢
25.0% daripada aloi yang sering terdiri daripada campuran tembaga, perak, dan zink. Barang kemas berkualiti tinggi, lebih tahan lasak dan boleh digunakan setiap hari. Warna mungkin sedikit lebih pucat daripada emas tulen.

𝟏𝟒𝐊 (𝟓𝟖𝟓): 𝟓𝟖.𝟓% 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝟒𝟏.𝟓% 𝐚𝐥𝐨𝐢
41.5% daripada aloi yang boleh mengandungi tembaga, perak, nikel, atau zink. Barang kemas yang lebih tahan lasak dan mampu milik. Warna lebih ringan dan kekuningan dibandingkan emas yang lebih tinggi kandungan karatnya.

𝟏𝟎𝐊 (𝟒𝟏𝟕): 𝟒𝟏.𝟕% 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝟓𝟖.𝟑% 𝐚𝐥𝐨𝐢
58.3% aloi seperti tembaga, perak, atau logam lain. Barang kemas yang lebih murah, tetapi kurang bersinar dan lebih keras. Digunakan dalam barang kemas sehari-hari.

𝐄𝐦𝐚𝐬 𝟑𝟕𝟓 (𝟗𝐊)
37.5% emas tulen (9 karat). 62.5% aloi, yang biasanya terdiri daripada tembaga, perak, zink, atau nikel. Kerana kandungan aloi yang tinggi, emas 375 juga boleh datang dalam pelbagai warna seperti emas kuning, putih (Nikel atau Paladium menjadikan ia keperakan), hijau (kandungan Zink menjadikan ia kehijauan) atau ros (kandungan tembaga menjadikan ia merah jambu). Warna ini adalah bergantung pada jenis aloi yang digunakan.


Credit Gambar: 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐅𝐚𝐫𝐢𝐲𝐚𝐧𝐢