Henry Kissinger marupakan antara manusia yang setaraf dengan Pol Pot, Hitler, Mussoleni, Mau Tze Dong serta manusia-manusia lain yang pernah hidup sebagai pemangsa yang teramat kejam.
1. Perang Vietnam (1969–1975) : 3.8 juta nyawa
2. Pemboman Kemboja (1969–1973): 50,000 hingga 150,000 nyawa
3. Perang Saudara Pakistan Timur [Bangladesh] (1971): 300,000 hingga 3 juta nyawa
4. Kissinger menyokong serangan Indonesia ke atas Timor Leste (1975–1976): 100,000 hingga 200,000 nyawa, termasuk akibat kebuluran dan penyakit
5. Operasi Condor di Amerika Latin (1970-an): dianggarkan lebih 10 000 korban dibunuh atau "hilang" di seluruh Amerika Latin.
6. Perang Yom Kippur (1973): >10,000 nyawa
Walaupun demikian, saya tertarik dengan kenyataan Kissinger berkenaan asymmetrical warfare, " 𝑝𝑎𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑎 𝑘𝑜𝑛𝑣𝑒𝑛𝑠𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝑑𝑖𝑘𝑖𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑘𝑖𝑟𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔, 𝑠𝑒𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑠𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑔𝑒𝑟𝑖𝑙𝑎 𝑑𝑖𝑘𝑖𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑘𝑖𝑟𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑘𝑎𝑙𝑎ℎ (𝑠𝑢𝑟𝑣𝑖𝑣𝑒)". Ini boleh menyimpulkan bahawa pasukan Ha Min Alif Sin memenangi perang di Gaza, sekalipun hampir keseluruhan Gaza telah diranapkan oleh tentera penjajah, dengan segala bentuk bantuan Amerika dan blok Barat.
Mantan Setiausaha Negara Amerika ini tidak pernah diheret ke muka pengadilan untuk dibicarakan seluruh jenayah yang dilakukannya, tetapi tentunya dia tidak sesekali terlepas dari mahkamah yang lebih agung, di hadapan Sang Pencipta. Setelah hidup hampir 100 tahun (1923-2023), sang penzalim ini telah kembali menemui Pencipta.
Memetik kata-kata Buya Hamka;
"𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑖𝑛𝑖 ℎ𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑤𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑎𝑖𝑛 𝑑𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑎𝑠 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎. 𝐴𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑡𝑖𝑟𝑎𝑖 𝑑𝑖𝑡𝑢𝑡𝑢𝑝, 𝑙𝑒𝑛𝑦𝑎𝑝𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑔𝑎𝑙𝑎 𝑙𝑎𝑘𝑜𝑛𝑎𝑛, 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑚𝑎𝑙 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑏𝑒𝑘𝑎𝑙𝑎𝑛."






