Sunday, January 13, 2013

Perasaan, Pemikiran dan Sistem

Himpunan rakyat di Dataran Tahrir, Kaherah


Revolusi Mesir juga dikenali sebagai revolusi 25 Januari 2011
Buletin Utama semalam menayangkan analisis politik tentang kesukaran Dr Morsi di Mesir dalam menstabilkan semula negara itu setelah kejatuhan rejim Mubarak. Digambarkan dengan menjatuhkan regim yang sedia ada, impian rakyat untuk lebih makmur sebenarnya sangat sukar dicapai. Pengacara muda bermuka poyo seolah cuba mengambarkan, sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU dengan majoriti tipis (macam Dr Morsi katanya), maka itulah yang akan berlaku. Negara tidak stabil, rakyat terus ditindas.... 

Aku nak tanya kat sini... Betul ke cuma Barisan Nasional saja yang pandai memerintah? 

Perubahan yang hakiki dari sebuah revolusi hanya akan berlaku apabila berlakunya perubahan dalam 3 komponen, PERASAAN, PEMIKIRAN DAN SISTEM. Apa yang berlaku di Mesir sebenarnya satu perubahan berasaskan perasaan, kebangkitan rakyat yang marah ditindas sekian lama namun mereka tidak dipandu oleh pemikiran yang khusus dan sistem yang diterap juga improvised by sudden uprising yang berlaku rentetan dari Revolusi yang sebelumnya berlaku di Tunisia. 

Ikhwanulmuslimin adalah sebuah harakah Islam yang berjuang di Mesir berdekad-dekad lamanya, melalui onak dan ranjau yang penuh liku. Dari mereka muncul begitu ramai ilmuan dan tokoh yang hebat, yang tidak kecil sumbangannya kepada kebangkitan Islam. Tinggal sahaja minhaj yang diguna pakai menunjukkan ketidak siagaan mereka untuk memimpin umat kepada hala tuju yang khas.

Adalah senang untuk claim, "kami berjuang menegakkan Islam". Bila dibincangkan minhaj (jalannya), maka muncullah berbagai idea yang tidak konsisten sekalipun di kalangan anggota harakah Islam yang sama. Ada yang kata, menang PRU. Ada yang kata, mantapkan aqidah. Ada yang kata, akhlak kena baik. Ada yang kata, pastikan umat bangun solat tahajud. Ada juga yang kata, umat Islam kena jadi kaya. Dan ada yang kata, perang!!!!

Hizb Tahrir muncul di tengah umat, di Palestine, membawa satu idea revolusi yang menuruti minhaj perjuangan Rasulullah SAW dalam mendirikan dawlah Islam Madinah. Tanpa kekerasan dengan jalan pemikiran. "Menampakkan momentum dan menyembunyikan matlamat.... " Hingga hari ini, ia tetap sebagai sebuah idea... Idea yang menghangatkan umat umpama air di dalam tempayan yang telah lama beku. Dari permukaan kita tidak mampu lihat perubahannya melainkan ketika ia mengelegak. 

Perubahan sedang berlaku..... Dan Allah akan sentiasa tetap menunaikan janji Nya.....
Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud dan At Tirmizi:

Telah datang masa kenabian di tengah-tengah kalian sesuai dengan kehendak Allah, kemudian masa kenabian itu akan diangkat oleh Allah sehingga masa itu pun akan berlalu. Kemudian akan datang kehilafahan yang berjalan di atas minhaj kenabian, yang akan tetap ada selama Allah berkehendak, lalu masa itupun berlalu. Kemudian akan datang masa kekuasaan yang REPRESIF (Mulkan A'dhan) yang akan tetap ada selama Allah berkehendak, lalu masa itu pun berlalu. Kemudian akan datang masa kekuasaan DIKTATOR (Mulkan Jabariyah), selama Allah berkehendak, lalu masa itu pun berlalu, bila Allah mengkehendaki, KEMUDIAN AKAN TIBA MASA KEHILAFAHAN DI ATAS MINHAJ KENABIAN.... Kemudian Rasulullah SAW diam......

Tuesday, January 8, 2013

Mulianya Khalifah Umar Al Khattab RA

Pada suatu hari Khalifah Umar Al-Khattab baru saja pulang dari melawat negeri Syria. Seperti biasa Umar akan berjalan-jalan dan meninjau sekitar kawasan untuk melihat keadaan rakyat jelata untuk mengetahui sendiri akan penderitaan mereka. Pada kali ini Umar menuju ke sebuah pondok buruk yang didiami oleh seorang perempuan tua. Umar pergi ke rumah perempuan tua tersebut dengan menyamar sebagai orang biasa. Sudah menjadi kebiasaan kepada Khalifah Umar menyamar menjadi orang awam kerana beliau ingin melihat sendiri akan penderitaan yang di alami oleh rakyatnya dan ingin mendapat maklumat atau pandangan rakyat terhadapnya.

 Apabila tiba di rumah perempuan tua tersebut Khalifah memberi salam dan berkata. "Adakah anda mendengar apa-apa berita tentang Umar?". Jawab perempuan tua itu "Khabarnya Umar baru sahaja pulang dari Syria dengan selamat". Kata khalifah lagi "Bagaimana pendapat anda tentang khalifah kita itu". Jawab perempuan tua itu "Semoga Allah tidak memberi ganjaran baik kepadanya". Umar bertanya lagi " Mengapa anda berkata begitu?". Jawab perempuan tua tersebut "Dia sangat jauh dari rakyatnya. Semenjak menjadi khalifah dia belum pernah menjenguk pondok aku ini apatah lagi memberi wang". Jawab Umar "Bagaimana mungkin dia dapat mengetahui keadaan anda sedangkan tempat ini jauh terpencil" Perempuan tua tersebut mengeluh dan berkata "Subhanallah! Tidak mungkin seorang khalifah tidak mengetahui akan keadaan rakyatnya walau di mana mereka berada". Mendengar kata-kata tadi Khalifah Umar tersentak lalu berkata didalam hatinya "Celakalah aku kerana semua orang dan perempuan tua ini pun mengetahui perihal diriku". Umar menyesal sambil menitiskan air mata. Umar berkata lagi "Wahai perempuan tua, berapakah kamu hendak menjual kezaliman Umar terhadap anda? Saya kasihan kalau Umar mati nanti akan masuk neraka. Itu pun kalau anda mahu menjualnya". Kata perempuan tua tersebut "Jangan engkau bergurau dengan aku yang sudah tua ini". Sambung Umar lagi, "Saya tidak bergurau, saya betul-betul, berapakah anda akan menjualnya? Saya akan menebus dosanya, mahukah anda menerima wang sebayak 25 dinar sebagai harga kezalimanya terhadap anda", sambil menyerahkan wang tersebut kepada perempuan tua itu. "Terima kasih, baik benar budi mu" kata perempuan tua itu sambil mengambil wang tersebut. 

Sementara itu Ali bin Abu Talib bersama Abdullah bin Mas'ud lalu di kawasan itu. Melihat Khalifah Umar berada di situ, mereka pun memberi salam. "Assalamualaikum ya Amirul Mukminin". Mendengar ucapan tersebut, tahulah perempuan tua itu bahawa tetamu yang bercakap denganya sebentar tadi adalah Khalifah Umar Al-Khattab. Dengan perasaan takut dan gementar perempuan tua itu berkata "Masya Allah, celakalah aku dan ampunlah aku di atas kelancangan aku tadi ya Amirul Mukminin. Aku telah memaki Khalifah Umar di hadapan tuan sendiri". Ratapan perempuan tua itu telah menyedarkan Umar. "Tak mengapa, mudah-mudah Allah memberi restu kepada anda" kata Umar. Ketika itu juga Khalifah Umar telah membuka bajunya dan menulis keterangan berikut di atas bajunya. "Bismillahirrahmanirrahim, Dengan ini Umar telah menebus dosanya atas kezalimannya terhadap seorang perempuan tua yang merasa dirinya dizalimi oleh Umar, semenjak menjadi khalifah sehingga ditebusnya dosa itu dengan 25 dinar. Dengan ini jika perempuan tua itu mendakwa Umar di hari Mahsyar, maka Umar sudah bebas dan tidak bersangkut paut lagi".

 Pernyataan tersebut ditandatangani oleh Ali bin Abu Talib dan di saksikan oleh Abdullah bin Mas'ud. Baju tersebut diserahkan kepada Abdullah bin Mas'ud serya berkata "Simpahlah baju ini dan jika aku mati masukkan ke dalam kain kafanku untuk dibawa mengadap Allah Subhanahu wa Taala nanti". Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin seperti Khilafah Umar Al-Khattab ini bagi menggantikan para pemimpin sekular yang ada pada hari ini?

Tuesday, January 1, 2013

Penting sangat ke untuk tahu siapa calon Khalifah?

Gambar sekadar hiasan
Just another low mentality thinking.... siapa akan calon Khalifah yang layak? 

Setahu aku, sebelum Malaya memiliki angkatan tentera dan polis, British tidak kalut bincang siapa bakal Field Marshal atau IGP tetapi focus terarah kepada struktur organisasi yang bakal dibangun itu...

Setahu aku, untuk mendirikan sebuah masjid, kita takkalut sapa jadi Pak Imam tapi kita terus usahakan biar masjid tu berdiri.

Persoalan siapa at the top tidak sepenting apa yang nak dibuat oleh organisasi itu. Bahkan kita boleh bertukar ganti president, CEO, Field Marshal dan lain-lain tanpa menjejaskan organisasi pun...

Play safe, Pakatan Rakyat belum menamakan siapa bakal PM (BUKAN KHALIFAH TAW) yang akan menduduki jawatan tertinggi Negara selepas kemenangan PRU-13, juga belum mencadangkan kabinet bayangan pun walaupun selalu berkeyakinan akan menumbangkan UMNO-BN dalam PRU nanti.

Ada golongan yang meletakkan syarat untuk tahu siapa bakal Khalifah yang dilantik sebelum bersama menunaikan kewajipan berusaha mendirikan khilafah.

Ni satu cara berfikir figure oriented sepertimana sokongan terhadap PAS di Kelantan dari pengaruh Tok Guru Nik Aziz, yang dikultuskan sehingga kalau Tok Guru bersolat pun orang pakat kalut amik gambar, buat poster....

Ingat pesanan Abu Bakar RA setelah kewafatan Rasulullah SAW terhadap umat Islam yang kehilangan punca:

"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati"

Sambil membaca ayat: "Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur [Ali Imran : 114]

Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam....

Jadi... penting sangat ke untuk tahu siapa calon Khalifah tu?