Monday, December 15, 2014

PENYELESAIAN HAKIKI

Dalam kitab Nizhamul Islam, karangan Syiekh Taqiuddin al-Nabhani Rahimahullah, beliau menggariskan bentuk pemikiran yang akan memberi penyelesaian secara tuntas ke atas segala macam permasalahan hidup yang membelit masyarakat secara kolektif.

Ada dua cara berfikir di kalangan manusia:

1. Menggunakan realiti sebagai SUMBER berfikir, menyesuaikan diri dengan realiti, dan melakukan islah (pembaikan) dari pemikiran yang dibentuk.
2. Menggunakan realiti sebagai OBJEK berfikir, menggunakan satu gugusan pemikiran dari ideology dan memecahkan permasalahan dengan method berasaskan ideology yang difahami dengan jernih.

Revolusi Barat menyaksikan doktrin ketaksuban, ketaatan melulu terhadap golongan agamawan menyaksikan bangkitnya tamadun barat di atas premis "SECULARISM" yang memisahkan agama dari kehidupan, memencilkan segala doctrine agama sebatas perkara individu dan seluruh sistem muamalat (hubungan sesama manusia) diatur sesuai dengan ideology sekular, yang terus mencampakkan fungsi agama Kristian yang sebelum itu menjadi tunjang panutan segala rantaian sistem yang wujud. Barat seterusnya berjaya bangkit dari dark Age dan muncul menjadi tamadun yang mendahului dunia dari teknologi, pemikiran, bahkan mereka berupaya pula melakukan penjajahan ke seluruh dunia.....

Masalah dari "penyelesaian mutlak" ini, muncul pula pelbagai barah dalam kehidupan manusia. Sex bebas, krisis ekonomi, penindasan sang pemodal yang kaya, monopoli pasaran, pemerasan sistematik, korupsi, dan pelbagai barah masyarakat yang menghanyutkan manusia kepada kehidupan tak ubah seperti binatang malah kadangkala lebih hina!!! Itulah ideology SECULAR CAPITALISM yang mana antithesis nya iaitu SOCIALISM muncul kononnya menyelesaikan masalah kerosakan yang timbul tetapi akhirnya lebih brutal dan tetap saja gagal memberikan solusi yang benar.

Maka.... Di tangan kita, sebagai umat Islam yang berikan Al Quran, sebagai petunjuk yang benar untuk mengatur seluruh kehidupan kita, cuba tanya diri kita dengan seikhlasnya, "apakah kita tidak yakin ada solusi dari Rob Yang Maha Bijaksana untuk segala macam permasalahan umat manusia yang pelbagai rencah dan ragam ini?"

Jika jawapannya "YA, kita yakin", selanjutnya, kita wajib menggali dengan benar mutiara-mutiara dari khazanah tsaqafah (gugusan pemikiran yang membekas) dari Deen yang Allah turunkan melalu Muhammad s.a.w sebagai ultimate solution yang akan membebaskan kita dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Rob Yang Maha Agung...

Sesungguhnya Allah telah menampakkan (seluruh) bumi di hadapanku, sehingga aku (dapat) menyaksikan bahagian-bahagian timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menjangkau bahagian-bahagian bumi yang ditampakkan kepadaku” [HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Tsauban ra].

Semoga kita bersama mengambil iktibar.

Allahualam

-Adaptasi dari kitab Nizhamul Islam-


Wednesday, December 3, 2014

DA'IE MAHARAJA LAWAK?

Aku mempertahankan daie seperti Ustaz Azhar Idrus yang menggunakan element lawak sebagai daya penarik untuk menyampaikan dakwah. Beliau sendiri juga berulangkali pesan dalam kuliah-kuliahnya, intipati kuliah beliau sampaikan hanya menyasarkan public, masyarakat umum yang rata-rata masih jahil dalam perihal agama. Kalau mahukan yang advance, carilah guru yang lain.
Dalam beberapa hal, aku memang berbeza pandangan dengan UAI, tetapi beliau wajar dihormati sebagai salah satu mata rantai dakwah untuk menarik umat kepada Islam. Trend umat untuk "mendengar dakwah yang menghiburkan" sebenarnya kurang sesuai untuk konteks yang lebih besar, untuk medan yang lebih sengit. Maka, mata rantai itu harus disambung oleh sebilangan daie lain untuk melengkapi. (bukan sebaliknya nak pin point orang tertentu saja untuk kerja dakwah)
Islam dalam bentuk kefahaman mabdaie (ideologist) sememangnya agak berat untuk dihadam umat yang telah bergenerasi hidup dalam sistem yang jauh dari Islam. Maka, daie juga harus kreatif agar dakwah tidak membosankan.

Berkata Abu wail r.a katanya: Abdullah Bin Umar mengajar suatu jamaah tiap-tiap hari Khamis. Seorang lelaki berkata:”Hai Abu Abdul Rahman! Saya mengharap supaya kamu dapat mengajar kami setiap hari.” Jawab Abdullah:”Saya khuatir jikalau kamu semua menjadi bosan. Saya memilih waktu yang baik sebagaimana juga nabi memilih waktu yang baik untuk kami belajar, menjaga supaya kami tidak bosan.” [ Sahih Bukhari].
Allahualam.


Monday, November 10, 2014

KEMPEN FAJAR II


Rasulullah s.a.w sebelum berhijrah sudah punyai pengikut yang ramai, yang sedia berperang dan mati untuk baginda. Namun, baginda tidak mengambil mana-mana wilayah lalu mengishtiharkan diri sebagai ketua negara lalu mendirikan daulah Islam. Baginda melakukan "thalabun nusrah" iaitu mencari dokongan dari kabilah-kabilah arab yang memiliki keupayaan perang dan akhirnya baginda dibaiat oleh bani Aus dan Khazraj, yang telah puluhan tahun berperang sesama sendiri, menyatukan mereka dengan ikatan yang lebih kuat dari ikatan kekeluargaan, iaitu ikatan mabda' (ideology) Islam.
Adapun ISIS yang muncul dan self claimed khilafah dan memaksa penduduk asal Iraq dan Syam untuk memberi baiat kepada mereka bukan merupakan method kenabian dalam mendirikan dawlah. Kemunculan mereka penuh misteri, menyatukan para pemuda dari merata dunia untuk berperang bersama mereka, dilengkapi persenjataan yang mampu melancarkan conventional warfare, iaitu peperangan terbuka yang biasanya hanya dilancarkan oleh angkatan tentera sesebuah negara, bukan kelompok atau kumpulan. Jelas ia sama sekali tidak menepati minhaj yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendirikan sebuah negara Islam dari ketiadaannya. Jelas ia bukan method yang syarie bagi menarik manusia kepada Islam. Lebih jelas apabila kemunculan puak ini memberi imej negatif terhadap Islam, khilafah dan kaum muslimin secara umumnya.
Hijrah Rasulullah s.a.w merupakan hijrah dari darul kufr kepada darul Islam, yang menyebabkan kafir Quraisy terdesak sehingga berkomplot untuk membunuh nabi s.a.w sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Ini kerana, mereka benar-benar yakin, hijrah ini merupakan titik tolak kebangkitan Islam sebagai sebuah mabda' yang agung setelah Islam dizahirkan sebagai sebuah cara hidup yang lengkap.
Fajar kebangkitan hakiki telah muncul. Kebangkitannya umpama terbitnya matahari yang tidak akan lagi mampu dihalang oleh pakatan musuh yang membenci, memusuhi Islam sama ada dari golongan munafiqun, ataupun kafir yang memusuhi Islam. Dan fajar itu akan membawa manusia dari pelbagai jenis ras dan bangsa untuk berbondong-bondong masuk ke dalam agama fitrah ini....


Friday, November 7, 2014

KEMPEN FAJAR I

Ketika berlakunya peristiwa hijrah, Rasulullah saw memerintahkan umat Islam untuk berhijrah, kecuali bagi golongan yang sememangnya tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian. Sebagai tindak balas terhadap kaum muslimin, golongan kafir Quraishy merampas segala ladang, tanah, rumah, ternakan bahkan dalam sesetengah riwayat disebutkan ada anak dan isteri dipisahkan secara paksa. Mungkin jika kita renung sejenak, jika kita berada di zaman itu, diperintahkan meninggalkan segala harta benda yang dimiliki demi mentaati perintah Allah dan rasul, nescaya kita akan keberatan. Ada di antara kaum muslimin yang sudah mengaku beriman ketika itu enggan berhijrah sekalipun mereka mampu. Alasannya, sekalipun tak berhijrah, mereka tetap dapat terus mengamalkan Islam secara individu. Ternyata mereka itu golongan munafiq.

Ketika semboyan perang Badar diserukan, golongan ini dipaksa menyertai Tentera Qurasy dan akhirnya mereka terbunuh dalam peperangan itu. Peristiwa terbunuhnya golongan munafiq itu dicatat dalam Quran sebagai azbabun nuzul ayat:

“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata, “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab, “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.” Malaikat bertanya lagi, “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” [TMQ an-Nisa’ (4): 97-99].

Mari kita intropeksi diri, di kala ini, tidak adanya daulah Islam meletakkan kewajipan mengembalikan semula kegemilangan Islam itu terpikul di atas bahu setiap orang muslim yang mukallaf (orang yang cukup syarat dipikulkan kewajipan), di mana kedudukan kita, sumbangan kita, kesungguhan kita dalam menunaikan kewajipan ini?

Allahualam

Thursday, November 6, 2014

Does God Exist?

Golongan atheist membuat claim, segala kejadian terjadi secara kebetulan, secara "natural" dan tidak ada konsep Penciptaan dari Sang Maha Pencipta.

Cuba kita perhatikan, asal manusia dari sperm dan ovum, yang mana satu-satunya tujuan kewujudan sperm ialah untuk disenyawakan dengan ovum, Tidak pernah terjadi sperm dari seorang lelaki "mengembara" ke tubuh seorang wanita, dan kemudiannya balik ke tubuh lelaki itu untuk memberitahu "kawan-kawannya" bagaimana kondisi atau perkara yang akan berlaku di dalam tubuh wanita untuk persenyawaan.

Apa yang terjadi, sperm memiliki sifat kimia yang ber base untuk dineutralkan dalam kondisi persenyawaan yang acidic tanpa ada sesiapa "memberitahu" atau mengajar sperm untuk membuat "persediaan" seperti itu. Juga tidak ada sesiapa yang mengajarkan sperm bagaimana menemukan ovum di dalam tubuh wanita tetapi ternyata segala proses biology itu terjadi dengan sangat unik, sangat bijaksana dengan aturan yang tidak mudah difahami oleh akal yang bijak.

Maka, sekiranya ada kemungkinan kejadian persenyawaan (fertilization) berlaku secara kebetulan, kemungkinannya seakan meyakini sebuah pesawat yang sempurna segala kelengkapan radar, enjin dan bahan api muncul dari satu letupan sebongkah besi dan timbunan material lain bersamanya... Tentu mustahil kan?

Maha Suci Allah dari sebarang sekutu......

Friday, October 10, 2014

KHILAFAH

Seseorang yang memahami Islam dalam bentuk Ideology tidak akan menerima konsep negara bangsa seperti gagasan Palestine Merdeka, Persekutuan Malaysia dan negara-negara lain yang terpisah secara politik dan sistem.
Idea ini idea yang sangat melawan arus. Khilafah sebagai sebuah negara tunggal kelihatan seakan "mimpi" apabila diukur dengan realiti hari ini. Tak hairan lah jika hamlu dakwah bahkan ulama tersohor pun boleh mengejek-ejek konsep negara Khilafah. Diperparahkan lagi dengan boneka ciptaan Amerika bernama ISIS yang menempelkan imej brutal pada khilafah.
Kebenaran tetap kebenaran, harganya tidak pernah murah. Kekasih Allah, Muhammad s.a.w sendiri berdepan dengan rintangan yang amat berat sebelum mendirikan sebuah negara Islam di bumi gersang Madinah. Namun negara kecil itu berkembang sehingga menguasai sepertiga daratan.
Khilafah tidak pernah menjajah. Buktinya, setelah setiap wilayah dibuka, penduduk tempatan pula bergabung dengan kekuatan dawlah mempertahankannya, baik di benua afrika, nusantara mahupun Eropah. Mereka mempertahankan dawlah kerana keimanan mereka, kerana kesejahteraan yang dikecap di bawah naungan dawlah.

Wednesday, September 24, 2014

Satu Lagi Pengkhianatan

Secara umumnya, puak bersenjata yang digelar sebagai ISIS ni terdiri dari anak-anak muda yang semangatnya membara untuk jihad, tetapi sangat jahil dari pengetahuan Islam. Seperti biasa, si bodoh ialah makanan si cerdik. Tidak menghairankan jika di belakang penubuhan ISIS itu ialah Amerika sendiri untuk mencipta peluang campur tangan di Syiria secara militer di kala ekonomi Amerika sedang goyah. Amerika juga terpaksa menggunakan anjing-anjing belaannya dari kalangan para pemerintah umat Islam yang KHIANAT. Anjing-anjing ini akan bertindak sesuai dengan tindakan tuannya. Hezbolat pula yang selama ini berperang menyokong Assad Laknatullah mengutuk serangan ke atas ISIS oleh Amerika menunjukkan seakan ada pakatan antara ISIS dengan puak pengganas Syiah itu walaupun rata-rata puak ISIS ni terdiri dari kalangan sunni.


Tidak seperti Arab Spring di negara lain, revolusi Syam ini menyeru kepada sistem Islam dan menolak segala bentuk sistem lain sekalipun banyak cubaan meletakkan pemerintah boneka Amerika menggantikan Assad di situ. Syiria merupakan sebahagian dari wilayah Syam yang dijanjikan kemenangan untuk kaum muslimin. Dengan situasi geopolitik terbaru, tekanan ke atas kaum muslimin di Syiria semakin memuncak. Mereka dikepung dan dikhianati dari segenap arah!!!
Semoga Allah menguatkan hati-hati mereka dan menolong mereka dengan pertolongan yang tidak terduga. Jika dalam peperangan Ahzab, pakatan tentera mushrikin Mekah dihancurkan dalam keadaan mereka mengepung kaum muslimin di ketika itu,


Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman,

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللهِ أَلآَ إِنَّ نَصْرَ اللهِ قَرِيبُُ {214}

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)


Semoga Allah memberi kemenangan kepada kaum muslimin....


Wednesday, September 3, 2014

SEKILAS MENGENAI FUTUHAT (JIHAD MEMBUKA WILAYAH)

Menjadi sunnatullah, manusia hidup bermasyarakat. Manusia segagah, secerdik manapun mereka, tidak akan mampu hidup sendirian. Bila ada seorang dengan kepakaran pertukangan, ada pula dengan kepakaran mengasuh anak, berseni dan pelbagai lagi dan kombinasi ini mewujudkan satu masyarakat. Secara umumnya, masyarakat diikat dengan PEMIKIRAN, PERASAAN dan SISTEM yang sama. Tidak dinamakan satu masyarakat jika sekumpulan 1000 orang manusia berlayar di atas sebuah bahtera tetapi dikira satu masyarakat apabila terdapat cuma 100 di sebuah kampung yang hidup bersama dengan norma kehidupan yang diikat 3 unsur di atas.


Kehidupan yang semakin kompleks mewujudkan pula interaksi dan konflik sehingga manusia berbunuhan sesama sendiri. Itu juga sunnatullah kerana tidak akan wujud mesyarakat tanpa adanya konflik. Tekanan dalam persaingan kuasa politik menyebabkan berlaku tidak terkira banyaknya peperangan dan semakin maju teknologi ketenteraan, semakin besar jumlah korban. WW I dianggarkan memakan sekitar 37 000 000 korban manakala WW II pula angkanya melonjak sehingga 60 000 000 korban.


Adapun dalam Islam, peperangan bermotifkan meraih redha Allah, dan memenangkan agama Nya di atas segala deen yang lain dan bukan sebaliknya menjarah kekayaan, merampas serta menindas penduduk di wilayah-wilayah yang dibuka. Tidak ada kaum penjajah dan kaum terjajah di dalam wilayah Islam. Yang ada hanya kaum muslimin dan kafir zimmi yang membayar jizyah dan tunduk kepada kekuasaan Islam tanpa diganggu hak mereka beragama dan urusan peribadi mereka. Pada umumnya, rakyat yang negerinya dibuka oleh daulah Islam tidak menganggap Islam sebagai penjajah. Sebaliknya, yang terjadi, mereka menyatu dengan pemeluk Islam lainnya, bahkan menjadi pembela Islam. Tidak pernah didengar rakyat Mesir, Suriah, Libya, atau Bosnia menganggap Islam sebagai penjajah. Bahkan negeri-negeri itu dipenuhi dengan pejuang-pejuang Islam yang membela agamanya. Kalau Islam dianggap penjajah, bagaimana mungkin mereka membela dan memperjuangkannnya?


Di sisi lain, pihak yang terlibat dalam peperangan melakukan pelbagai penyelidikan dalam teknologi serta strategi peperangan yang kemudiannya pula dapat dimanfaatkan untuk kegunaan umum selepas peperangan. Tekanan kerana keperluan perang menyebabkan pelbagai industri dari industri berat sehinggalah industri kecil dijanakan sepenuhnya. Tidak melampau dikatakan mungkin tanpa peperangan, tidak ada kemajuan sains dan teknologi seperti yang kita saksikan hari ini.


Dalam tamadun Islam, JIHAD merupakan aktiviti yang sangat besar peranannya dan sangat dicintai Allah dan Rasul, firman Allah:
"Wahai orang orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (al-Saff 61: 10-11)"


Islam yang difahami dan diamalkan pada hari ini oleh sebahagian besar kaum muslimin ialah Islam yang didalamnya tidak ada jihad. Kalaupun ada, ia selalunya dilunakkan dengan makna bahasa perkataan jihad itu sendiri yang membawa maksud bersungguh-sungguh sehinggakan istilah politik seperti FUTUHAT (Jihad menghancurkan halangan dakwah) tersangat asing di tengah kaum muslimin. Faktanya, futuhat ialah aktiviti yang satu ketika dahulu dilakukan sendiri oleh Rasulullah saw dan diteruskan oleh para khulafa ar Rashideen kemudiannya sehingga benteng-benteng empayar kafir jatuh ke tangan kaum muslimin.


Begitulah sepintas lalu tinta sejarah mencatatkan sejarah emas kaum muslimin. Serentak dengan pengembangan wilayah dari aktiviti futuhat, kaum muslimin juga menjadi umat yang menjadi rujukan seluruh dunia dalam aktiviti keilmuan, dan menjadi peneraju dalam perkembangan sains dan teknologi.


Kegemilangan Islam hanya kembali dengan futuhat dan futuhat tidak akan berlangsung tanpa adanya daulah Khilafah. Menjadi kewajipan setiap kaum muslimin untuk berusaha mengembalikan kegemilangan ini dan ia pasti dicapai sedikit masa nanti, Insyaallah...

Sunday, August 10, 2014

PATRIOTISM? INI KISAHKU

Membaca penulisan Dr @Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkenaan dengan "patriotisme", aku teringat satu kisah silam sewaktu aku berada di kampus....

Seorang kenalanku, seorang perempuan yang merupakan salah seorang pimpinan pelajar berbangsa Tioghua, mengubungiku dan mengajak aku menyertai skim MLM satu masa dahulu. Mengenali latarbelakang akedemik gadis ini yang sangat hebat, very brilliant student, bahkan mengendalikan program kampus sehingga terlibat dengan banyak program kampus yang melibatkan menteri dan pegawai tinggi kerajaan, aku sangat mengkaguminya (jangan salah faham, kagum bukan maksud jatuh cinta ye?  )

Dengan reputasi yang sangat hebat, susah untuk aku percaya dia tertipu dengan skim MLM yang menipu. Dia bersungguh-sungguh meyakinkan aku ini MLM yang paling hebat, berpengkalan di Taiwan dan memberi pulangan yang sangat lumayan. Dia yang sebelum ni cuma menggunakan Perodua Kenari, sudah mampu membayar down payment sebuah kereta BMW Sport walaupun masa tu dia masih di tahun akhir pengajian.

Antara intipati perbualan kami yang aku nak kongsi kat sini ialah, katanya; "Sabri, you lihat dalam dunia hari ni, it is true money is not everything but everything need money!!! Malaysia going to serious destruction with current situation, only the rich can survive. you bayangkan kalau Malaysia kena serang, rich people can easily run away. Beli hartanah oversea, boleh set up new life in other country..." (Lebih kurang begitu ayatnya).

Ternyata pernyataan semacam tu membuatkan aku rasa marah. Bagi aku, itu ayat pengecut kalaupun bukan pengkhianat!!!

Aku jawab, "I join Malaysian Army because I love this country. I will be in the front line of defence with territorial army if needed and I will proud to die for my country!!! There is no such word as "run away" especially whey you wear uniform."

Setelah beberapa kali approach, aku menolak dengan baik untuk menyertai MLM tu, lagipun aku tak ada modal untuk "pekej permulaan" berharga RM 8000 sedang waktu tu poket aku secara konsisten kering. Alhamdulillah, sebenarnya aku juga terselamat dari satu sendikit penipuan. Aku lost contact dengan kenalanku tu setelah khabarnya MLM tu mengalami masalah (as expected lah kan?).

Aku secara terus terang menyatakan aku tidak ada semangat patriotsme (wathaniah) tetapi aku mencintai negara ini. Cinta bukan kerana negara bangsa dengan had sempadan yang dilakar penjajah tetapi ini adalah sebahagian tanah kaum muslimin yang wajib dipertahankan. Malaysia negara kita, tanah Al Quds juga wilayah kita!!!

GEMPUR ~ WIRA!!! (ganti dengan) ---> ALLAHUABAR!!!

Tuesday, August 5, 2014

KEBANGKITAN UMMAH: APA WAJIB DIBUAT SEBAGAI INDIVIDU?

Taklif hukum berlepas diri dari jemaah kaum muslimin hanya terangkat bagi seorang individu dengan:
1. Menggabungkan diri dengan jemaah kaum muslimin yang berjuang pada minhaj kebenaran yang hakiki
2. Istiqomah dalam mempelajari tsaqafah Islam secara mendalam sehingga bersedia untuk menyebarluas dakwah
3. Melakukan contact secara terancang kepada individu-individu dalam masyarakat dalam kerangka mengubah public opinion dari kafir kepada Islam. (ideology kafir, bukan kafir aqidah orangnya). 

Ini tiga perkara basic bagi setiap individu muslim yang mukalaf untuk sekurang-kurangnya memiliki hujah bahwa mereka berusaha dalam minhaj yang benar untuk kebangkitan hakiki. 

Islam tidak bangkit di tangan orang bodoh atau malas. Islam tidak akan bangkit hanya dengan slogan kosong dan semangat bermusim. Allah memuliakan kita jika kita memilih jalan kemuliaan. Allah menghinakan kita jika kita memilih untuk hina.

Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (Riwayat Bukhari)

Allahualam. 

Monday, July 21, 2014

Tentera: Nak Jihad ke Tak Nak?

1. Manusia yang paling terlatih dalam peperangan ialah Angkatan Tentera, bukan polis, bomba, kastam atau Pos Laju.

2. Menyandarkan harapan pada pihak yang berkeupayaan, itu satu perkara rasional.

3. Benar, chain of command dalam pasukan tentera up to Field Marshal mengikat kesetiaan tentera bawahan. Command juga pernah berlaku dengan menyaksikan kudeta seperti di Thailand, Egypt, Libya, Pakistan, Indonesia (Suharto-sukarno) dan banyak lagi. Ada yang berlaku dengan pertumpahan darah, ada yang berlaku secara aman.

4. “Arasy ar-Rahman telah bergegar kerana kematian Saad bin Muaz” [HR Bukhari]

Saad Bin Muaz adalah ahlul kuwwah (angkatan bersenjata) yang mengetuai angkatan perang Bani Aus yang memberi nusrah (pertolongan) kepada Rasulullah saw sehingga tegaknya negara Madinah.

Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang seperti mereka? Tiadakah di kalangan kalian orang-orang yang cerdas yang akan mengulangi sejarah mereka, para tokoh pahlawan itu?

5. Dari sibuk mereka alasan "Kenapa Tentera tak boleh jihad", lebih elok berusaha membangkitkan umat khususnya ahlul kuwwah dengan kesedaran Islam. Dengan keperwiraan Islam. "Syurga itu di bawah banyangan pedang" ]HR Bukhari dan Muslim].

6. Kewajipan JIHAD itu bukan saja terpikul kepada Angkatan Tentera Malaysia, tetapi buat masa sekarang, keutamaan pada Tentera Mesir, Lubnan, Jordan dan Turki serta sekitarnya untuk menyelamatkan Gaza dan Syam dari kekejaman musuh.

7. Jihad akan menyebabkan negara berpecah dan lemah? Buang dulu kotak pemikiran yang mengurung wilayah Islam sebatas Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak. Islam bukan sebatas Malaysia tetapi Islam itu negara yang expand kekuasaannya.

“Islam pasti mencapai wilayah yang diliputi oleh siang dan malam. Allah tidak akan membiarkan rumah yang megah mahupun sederhana melainkan akan memasukkan agama ini (Islam) ke dalamnya dengan memuliakan orang-orang yang mulia dan menghinakan orang-orang yang hina; mulia kerana Allah memuliakannya dengan Islam; hina kerana Allah menghinakannya dengan kekafiran” [HR Ahmad].

Allahualam.

Wednesday, July 16, 2014

Propaganda Yang Lusuh

Kaum Kafir Quraisy mengadakan perbincangan di rumah Walid Bin Al Mughirah dalam usaha merangka propaganda untuk menyekat dakwah nabi s.a.w sebelum masuknya musim haji pada waktu itu kerana khuatir, dakwah yang disampaikan baginda akan mempengaruhi para jemaah haji yang datang dari luar Mekah. Antara usul yang dibincangkan, tuduhan nabi sebagai bomoh. Ternyata ia tidak masuk akal kerana Muhammad saw bukan berwatak seperti seorang bomoh/dukun. Ada pula mengusulkan Muhammad saw dituduh sebagai orang gila. Ternyata Muhammad saw adalah seorang yang waras, bijaksana dan tidak ada satupun tanda menunjukkan baginda itu gila. Ada pula mengusulkan tuduhan Muhammad saw sebagai seorang ahli sihir. Ternyata masyarakat mengenali Muhammad saw tanpa sebarang perilaku seorang pengamal sihir. Akhirnya Muhammad saw dituduh sebagai PENYIHIR DENGAN PERKATAAN. Kata-katanya dikatakan mempengaruhi orang ramai sehingga memisahkan diri dari kaum keluarga dan meninggalkan amalan nenek moyang mereka.

Mengaitkan apa yang berlaku dengan perjuangan Hizbut Tahrir di merata belahan dunia. Hizb dituduh membawa ajaran sesat. ternyata bagi mereka yang mengenali para pendokong Hizb, dan mengkaji ajaran dari Hizb, tidak ada pun kesesatan seperti yang dituduh itu. Ada pula menuduh Hizb pemecah-belah masyarakat. Ternyata seruan yang diserukan ialah menyatukan seluruh bangsa manusia di bawah panji "لاَ إِلَهَ إِلَّاالله...." Yang merentasi sempadan wathaniah dan asobiyyah. Terbaru, tuduhan sebagai pengecut kerana memilih jalan menegakkan dawlah Islam dengan jalan keamanan. Ternyata dari kalangan Hizb, para pemuda yang berikrar menjaga dan mendokong agama Allah dengan amanah. Yang menginfakkan kehidupan mereka pada jalan dakwah bahkan ramai dari kalangan Hizbiyeen meringkuk di penjara-penjara seksaan tali barut musuh, diculik, dibunuh seperti As Syahid Abdul Aziz Al Badri (Ulama HT Iraq) dan Muhammad Muhazdzab (Syabab HT Libya) yang syahid dalam menyampaikan kalimat haq seperti sarana junjungan kita:

«سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ المُطَلِّبِ وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ»

Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim). 

Perjuangan mengambalikan kehidupan Islam bukan sebatas keberanian, keikhlasan dan ketinggian ilmu tetapi juga yang paling utama ialah KEBENARAN yang dibawa yang tidak lain hanyalah dengan tolok ukur dari syarak dan bukan selainnya. Kemenangan bukanlah dengan memperoleh kekuasaan, tetapi menjunjung kebenaran. Sungguh, ia sebahagian dari sunnatullah yang tidak akan pernah mudah!!!!

-Adaptasi dari kitab Daulah Islam: Sheikh Taqiuddin an_Nabhani Rahimahullah- 

NOTE: Ini adalah foto dari para syuhada Hizbut Tahrir Libya, diambil dari dalam penjara Qaddafi dari kanan ke kiri (Mohamed Muhadhab Hafaf, Mohamed Al Sadeq, Saleh Al Qasabi, Abdul Rahman Alsaeed dan Hasan Al Kurdi). Semoga Allah menempatkan mereka di tempat yang mulia di sisi-Nya..





Sunday, June 29, 2014

Srikandi Islam: Asma' Binti Yazid

Pertanyaa Asma' Biti Yazid RA kepada Rasulullah saw berkenaan dengan kemuliaan buat wanita:

"Ya Rasulullah, saya mewakili kaum wanita di sini ingin bertanya sesuatu kepada kamu. Setiap seorang dari mereka berkata dan berpendapat sama seperti pendapat saya.

"Bukankah Allah telah mengutus kamu untuk semua umat manusia, tidak kira lelaki atau wanita. Kami percaya dengan kamu dan beriman kepada Allah.

"Kami kaum wanita rasa tersisih, tidak sama dengan kaum lelaki. Kami golongan yang serba terbatas dan terkurung. Kerja kami hanya menjaga rumah mereka, memelihara dan mengandung anak mereka serta tempat melepaskan nafsu kaum lelaki.

"Kami tidak diberi peluang untuk mengerjakan sebagaimana yang diberikan kepada kaum lelaki. Kami tidak diberikan kesempatan untuk mendapatkan pahala seperti solat Jumaat, menziarahi orang sakit, menyaksikan pengkebumian, menunaikan haji dan amalan yang paling utama iaitu berjuang pada jalan Allah.

"Apabila kaum lelaki keluar berjihad, maka kaum wanita menjaga harta, menjahit pakaian dan menjaga serta mendidik anak. Apakah kami juga akan mendapat jihad seperti mereka juga?" jelas Asma' kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad menolehkan wajahnya kepada para sahabat yang berada bersamanya. Beliau menatap setiap wajah mereka sebelum bertanya sesuatu kepada mereka semua. Ada yang kelihatan terkejut mendengar kata-kata Asma' itu.

"Pernah kamu semua mendengar pertanyaan yang lebih baik dalam soal-soal agama selain dari Asma," tanya Nabi Muhammad untuk melihat reaksi para sahabat.

"Ya Rasulullah, kami tidak pernah terfikir dan menyangka bahawa Asma' akan mengajukan soalan seperti ini." jawab mereka dengan spontan.

"Pulang dan beritahu kepada kaum wanita bahawa layanan yang mereka berikan kepada suami mereka, usaha mereka mendapat redanya dan mengikutinya adalah menyamai semua yang dilakukan oleh suami mereka," kata nabi Muhammad yang menoleh ke arah Asma'.

[HR Muslim & Al-Baihaqi]

Note: Asma' Binti Yazid RA terlibat dalam perang Yarmuk menentang tentera Rom di bawah pimpinan Khalid al Walid RA dan merupakan wanita yang dianggap jurubicara kaum muslimah


Saturday, June 14, 2014

Hinanya sistem sekular Kapitalis dan Fahaman Asobiah

Berdasarkan kisah benar di sebuah hospital kerajaan di Malaysia, yang mana kisah yang seakan sama juga berlaku di kebanyakan hospital di Malaysia, dan juga di merata tempat di dunia sekular hari ini...

Seorang pesakit warga asing yang beragama Islam, mengalami open wound yang memerlukan pembedahan segera bagi mengelak komplikasi yang lebih teruk pada kecederaannya. Tetapi, seorang warga asing mesti membayar kos perubatan tanpa subsidized oleh kerajaan. Tanpa jaminan kos perubatan mampu ditanggung oleh pesakit atau waris, maka pembedahan tidak akan dilaksanakan. Maka, saban hari luka pesakit kian teruk. Terpaksa dicuci setiap hari dan pesakit yang tidak punya wang terpaksa menanggung kesakitan sewaktu dicuci selain kesakitan dari kecederaan yang dialami...

Hanya sebab dia bukan warganagera Malaysia, sekalipun negara sekular ini dengan gah claim sebagai "negara Islam contoh", saudara mereka yang beragama Islam tidak layak mendapatkan layanan sebagai seorang muslim, bahkan sebagai seorang MANUSIA YANG SETARA~!!!

2 perkara yang menjadi akar permasalahan ini: SISTEM SEKULAR KAPITALIS dan ASOBIAH.

Dalam sistem sekular kapitalis, seseorang wajib membayar polisi insurans bagi "kegunaan waktu kemalangan/kematian" dan negara berlepas dari kewajipan memastikan jaminan khidmat kesihatan kepada seluruh rakyat SECARA PERCUMA walaupun bagi negara terkaya di dunia, USA. Dalam negara bangsa, ikatan aqidah tidak lagi menyatukan umat Islam. Maka, tidak hairanlah jika warga Bangladesh, Indonesia, Arab atau apa bangsa pun, sekalipun mereka juga muslim, mereka tidak mendapat jaminan pembelaan dari negara bangsa lain... Negara bangsa bermunculan hanya setelah jatuhnya empayar KHILAFAH yang menyatukan seluruh umat Islam di bawah satu negara, di bawah seorang amir...

Then, bila ada si dungu suka mengejek, "sikit-sikit khilafah, sikit-sikit khilafah, macam tak ada menda lain yang penting...." Ketahuilah KHILAFAH itu persoalan HIDUP atau MATI. Khilafah itu penyelesaian bagi pelbagai kehidupan yang sempit dan tragik di bawah sistem sekular hari ini...

Al Umat turid, Khilafah jadid~!!!


Wednesday, May 28, 2014

KHILAFAH FOR ALL


"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Ayat ini sering digunakan oleh puak anti-Islam untuk mempropagandakan Islam sebagai agama yang jahat, zalim, memusuhi kaum yahudi dan kristian, walhal mereka lupa minoriti yahudi dan kristian hidup dengan selamat bernaung di bawah kekuasaan Islam selama lebih 1000 tahun. Tidak pernah tercatat pembunuhan, pembantaian etnik dilakukan oleh para khalifah Islam bahkan sejarah mencatatkan puak yahudi dan nasrani pernah memberi bantuan mempertahankan dawlah dari serangan puak tentera salib sewaktu perang salib. Komposisi minoriti non-muslim kekal utuh sekalipun mereka bernaung dibawah naungan kekuasaan Islam ribuan tahun lamanya!!!!

Ahlu zimmah wajib membayar jizyah kepada Dawlah Islam. Jizyah dipungut dari ahlu zimmah yang lelaki, baligh dan mampu. Jizyah tidak diambil dari anak-anak, perempuan dan orang yang tidak mampu. Abu Ubaid meriwayatkan bahawa Umar r.a. pernah mengutus surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan atas perempuan, anak-anak dan orang yang belum baligh. Bahkan, bagi yang tidak mampu, mungkin kerana sudah tua atau cacat, bukan sahaja tidak wajib membayar jizyah, sebaliknya menjadi kewajiban bagi Negara Islam (Baitul Mal) untuk membantu mereka pula.

Ahlu zimmah tidak boleh dipaksa meninggalkan agama mereka untuk masuk Islam. Rasulullah SAW telah menulis surat untuk penduduk Yemen (yang berbunyi),

“Siapa jua yang beragama Yahudi atau Nasara, dia tidak boleh dipaksa meninggalkan agamanya dan wajib ke atasnya jizyah” [HR Abu Ubaid].

Hukum ini juga berlaku untuk orang kafir secara umumnya yang bukan Yahudi atau Nasara. Dengan demikian, ahlu zimmah dibebaskan menganut akidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.

Allahualam


Wednesday, May 7, 2014

Konsep Ketuanan Melayu Bukan Dari Islam

Secara jelas dalam Islam tidak ada konsep KETUANAN Melayu. Tidak pernah dalam pemerintahan Islam dan khulafa Ar rashideen selepas Muhammad s.a.w melaksanakan "ketuanan Arab" walaupun kemudiannya empayar Islam melebar hingga ke Andalusia dan seluruh jazirah Arab dan sebahagian Afrika.

Kalaulah ada konsep "KETUANAN" berdasarkan keturunan, nescaya Islam itu bukan ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia yang Allah ciptakan dari pelbagai bangsa dan keturunan. Bahkan konsep asobiah ini akan mencetus perpecahan, permusuhan dan pertumpahan darah yang tidak sedikit dan terpapar dalam sejarah ketamadunan manusia sepanjang zaman.

Antara "dalil" golongan yang cuba menghalalkan asobiah ini ialah dengan menyatakan amirul mukminin wajib seorang keturunan Quraisy menggunakan hadis yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah bahawasanya beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya urusan kekuasaan ini di tangan orang Quraisy, siapa saja yang memusuhi mereka pastilah Allah akan membuatnya jatuh tersungkur, selama mereka masih menegakkan (hukum-hukum) agama ini".

Atau hadis riwayat Ibnu Umar yang berkata: "Rasulullah SAW bersabda:

"Kekuasaan ini selalu berada di Quraisy, selama masih ada dua orang diantara mereka ".

Hadis-hadis ini serta hadis-hadis yang serupa dari hadis-hadis yang sah sanadnya sampai kepada Rasulullah tentang pemerintahan yang diberikan kepada Quraisy-adalah hadis-hadis yang berbentuk ikhbar (berita) dan tidak ada satu pun diantaranya yang berbentuk thalab (perintah). Bentuk ikhbar (berita) walaupun mengandung pengertian tuntutan (thalab), tetapi tidak dianggap tuntutan secara pasti selama tidak didasari dengan suatu qarinah (indikasi) yang menunjukkan penegasan. Sementara hadis-hadis yang ada tentang masalah tersebut tidak disertai qarinah apapun.

Dengan demikian maka hadis-hadis di atas menunjukkan perintah sunnah, bukan wajib. Kesimpulannya persyaratan Quraisy itu sebagai syarat keutamaan, tetapi sebagai syuruth afdhaliyyat (syarat-syarat keutamaan).

Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan: "Sesungguhnya urusan kekuasaan ini ditangan orang Quraisy" dan "Urusan pemerintahan selalu ditangan Quraisy" tidak bererti bahawa kekuasaan tidak boleh berada ditangan orang selain Quraisy. Tidak pula bahawa kekuasaan selalu berada di tangan Quraisy itu bererti melarang selain mereka. Tetapi maksud nas tersebut adalah bahawa kekuasaan berada di kalangan orang-orang Quraisy dan dibenarkan pula berada pada selain mereka. Jadi, nas tentang Quraisy tidak mencegah munculnya pemimpin selain dari kalangan mereka dalam urusan kekhilafahan. Dengan demikian, syarat quraisy adalah syarat keutamaan bukan syarat sah terwujudnya akad pengangkatan khilafah.

Rasulullah SAW sendiri pernah mengangkat Abdullah Bin Rawahah, Zaid bin Haritsah, dan Usamah Bin Zaid menjadi amir. Padahal mereka bukan orang Quraisy. Jadi Rasulullah pernah mengangkat orang non Quraisy menjadi amir. Kata "Hadzal amru" bererti "wilayatul amri", iaitu pemerintahan secara umum, bukan khusus ditujukan kepada khalifah saja. Jadi tindakan Rasulullah mengangkat orang selain Quraisy itu menjadi dalil autoriti memerintah tidak terbatas di kalangan Quraisy saja dan tidak terlarang bagi selain mereka. Lagi pula, Imam Bukhari pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Dengarlah dan taatilah oleh kalian, sekalipun yang memerintah kalian adalah seorang budak hitam, sampai pun kepalanya dipenuhi bisul".

Sedangkan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Dzar yang berkata:

"Kekasihku (Nabi SAW) telah mewasiatkan kepadaku agar aku mendengarkan dan mentaati (pemimpin) sekalipun dia seorang budak yang cacat anggota tubuhnya."

Dalam riwayat lain:

"Jika dikuasakan kepada kalian seorang hamba yang cacat lagi hitam, lalu dia memimpin kalian dengan Kitabullah, maka dengar dan taatlah kalian kepadanya".

Hadis-hadis ini merupakan nas yang jelas tentang kebolehan seorang budak hitam menjadi pemimpin kaum muslimin. Sehingga hadis ini dapat dijadikan dalil bahawa khilafah atau Wilayatul Amri dapat dipegang oleh orang-orang yang bukan Quraisy, bahkan sekalipun bukan orang Arab. Jadi hadis-hadis tentang Quraisy di atas hanya menyebut sebahagian dari orang-orang yang berhak menjadi khalifah, demi menunjukkan keutamaan mereka, namun bukan bererti khalifah dibatasi pada mereka saja dan tidak boleh selain mereka.

Demikian pula tidak disyaratkan bahawa khalifah wajib keturunan Bani Hasyim atau keturunan Ali, kerana telah terbukti bahawa Nabi SAW pernah mengangkat pemimpin yang bukan dari Bani Hasyim atau keturunan Ali ra. Pada saat perang Tabuk beliau mengangkat Muhammad Bin Maslamah untuk memimpin Madinah, padahal dia bukan dari Bani Hasyim ataupun keturunan Ali. Beliau juga pernah mengangkat Mu'ad Bin Jabal dan Amr bin Ash sebagai amir di Yaman, padahal mereka berdua bukan dari Bani Hasyim maupun keturunan Ali. Terbukti pula secara pasti bahawa kaum muslimin telah membai'at Abu Bakar, Umar, dan Ustman, dimana Ali termasuk orang yang membai'at ketiga khalifah tersebut, padahal mereka semua bukan berasal dari Bani Hasyim. Dan para sahabat juga tidak mengingkari bai'at tersebut, sehingga terjadilah ijma' sahabat tentang sahnya pengangkatan khalifah selain Bani Hasyim dan Bani Ali. Termasuk berijma' dalam hal ini ialah Ali, Abbas dan seluruh Bani Hasyim.

Adapun hadis-hadis yang berhubungan dengan keutamaan Ali dan Ahlul Bait adalah sekadar menunjukkan keutamaan mereka, bukan menunjukkan persyaratan bahawa khalifah wajib dari kalangan mereka.

Adalah malang bagi umat Islam untuk terus menerima konsep yang jelas bertentangan dengan syarak ini dan lebih malang jika mereka berhujah dengan memanipulasikan dalil untuk menegakkan hujah dangkal mereka.

Allahualam.

Monday, April 21, 2014

PARADOX

Taktik biasa golongan Freethinkers untuk menyesatkan orang dengan mengajak berfikir secara paradox, menggunakan kenyataan dan persoalan yang kelihatan benar tetapi kontradik antara satu dengan lain. Contohnya, memikirkan "jika Tuhan itu Maha berkuasa mencipta segala sesuatu, bolehkah Dia mencipta perisai yang paling kebal di seluruh alam, tetapi dalam masa yang sama mencipta pedang yang paling tajam yang boleh menembusi segala jenis perisai..."    

Persoalan ini jika dijawab boleh, maka ia membawa logik kepada Tuhan itu lemah, sedangkan kalau tidak boleh, juga akan membawa logik kepada Tuhan itu lemah.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib berfikir secara cemerlang. Pemikiran cemerlang dibangun di atas landasan berfikir yang benar, dari asas aqidah yang benar. Memecahkan persoalan paradox semacam ini, aku menghujah:

1. Bukan urusan manusia memikirkan tentang jangkauan kekuasaan Allah.
2. Paradox ni tidak ada realitinya, maka ia cuma khayalan.
3. Mengkhayalkan sesuatu yang tak terjangkau tidak ada faedahnya.
4. Terhadap tohmahan mereka "Islam menghadkan pemikiran manusia, membawa kebodohan"... Kurang berfikir membawa kepada KEBODOHAN, terlebih fikir membawa kepada GILA. Islam sesuai dengan fitrah, mengajak berfikir sesuai dengan had keupayaan manusia.
5. Terhadap kecenderungan "mengfalsafahkan paradox", contohnya perkataan "perisai" dan "pedang" di atas merujuk kepada sesuatu yang lain.... Aku kira cara berkhayal semacam tu hanya sesuai untuk menghasilkan puisi, bukan untuk argument.


Thursday, April 17, 2014

PEJUANG IDEOLOGY



Digelar Tiger Bukit Jelutong, Karpal Singh merupakan seorang yang berjuang di atas ideology sekular kapitalis dengan teguh, berdiri di atas prinsip kebebasan, hak asasi manusia dan segala cabang pemikiran yang terbit dari ideology yang menjadi panutan. Dengan ideology ini, penyokong yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang berdiri di belakangnya. Dari ideology ini muncul pelbagai method pemecahan kepada permasalahan manusia. Munculnya sistem judiciary (kehakiman), sistem ekonomi, sistem pendidikan dan segala macam lagi berakar umbi dari ideology sekular kapitalis yang meletakkan pemisahan agama dari kehidupan. Ternyata ikatan mabda'e (ideologist) ini, sekalipun berdiri atas premis yang bathil, tetap berjaya menyatukan pelbagai jenis manusia dengan perasaan dan pemikiran yang sama. Ini merupakan ikatan yang lebih kuat berbanding ikatan atas nama bangsa, atas nama keturunan, atas nama tempat (wathaniah) yang menjuzukkan manusia yang secara fitrahnya berbeza.

Ideology sekular yang memisahkan segala aturan hidup dengan Sang Maha Pencipta tetap mengiktiraf agama sebagai hak individu tetapi bukan titik utama dalam prinsip untuk mengatur kehidupan. Maka menjadi urusan individu pula nanti di hadapan Allah Yang Maha Pencipta untuk diperhitungkan segala perbuatan didunia. Tidak menjadi urusan sesiapa untuk tentukan seseorang tu ke syurga atau neraka melainkan Allah.

Sebagai seorang Islam, bila Nabi s.a.w bersabda: “…Maka kalian wajib berpegang kepada sunnahku dan sunnah Khulafa’urRasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia erat-erat dengan gigi geraham…” [HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmidzi], tidakkah kita boleh menilai, apakah ideology sekular kapitalis yang bersamanya ada hak asasi manusia, freedom, demokrasi dan segala macam tsqafah (gugusan pemikiran) lain itu sesuai dengan SUNNAH yang Rasululullah s.a.w perintahkan kita agar berpegang dengan teguh itu?

Karpal telah kembali menemui Tuhan yang menciptakannya, namun watak sepertinya tetap ada dan terus bermunculan. Mereka boleh jadi bernama Ananda atau Anuar atau Ah Kit atau Anderson tetapi mereka membawa ideologi yang sama sesuai dengan realiti yang melahirkan watak-watak ini.

Di mana pula "watak-watak" yang bangkit menggengam sunnah khatimul ambiya' dengan segala kudrat dan upaya?

Sesungguhnya mereka terdiri dari anak-anak kaum muslimin yang berada di kalangan kalian. Mereka berikrar agar tidak tunduk kepada realiti yang menghimpit meskipun mereka berdepan dengan pelbagai halangan dan ancaman.

Insyallah, kebathilan akan sirna jua dan haq pasti akan mengatasi yang bathil.

Mari kita jadikan MAUT sebagai sebaik-baik pengajaran. Sekaya manapun kita, secerdik manapun kita, secantik/tampan manapun kita, segagah manapun kita, sepenting manapun kita di dunia, maut itu satu hakikat yang pasti akan menemui kita. Moga kita semua mati dalam keadaan Allah redha kepada kita


Sunday, April 13, 2014

Saintis Muslim Menulis



Melihat kepada rumput kering atas divider jalan dek kepanasan, terfikir juga akan penjaga rumput itu, penjaga yang mencipta ciptaan yang terhitung banyaknya sehingga terwujud rantaian kehidupan baik rantaian makanan, rantaian interaksi yang pelbagai yang mewarnai alam yang indah ini, sekalipun di lokasi kotor seperti tempat pembuangan sampah atau kumbahan.

Segala sistem yang dicipta Nya menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Nya yang Maha Agung yang tidak mungkin mampu ditandingi oleh sesiapapun.

Dia menurunkan Al Quran sebagai Al Furqan (Pembeza), yang mengatur seluruh kehidupan dengan aturan Nya. Alangkah ruginya sesiapa yang berpaling dari apa yang Dia aturkan.

Jika para atheist cuba berhujah segala ini berlaku "secara spontan", tidak ada penciptaan, maka dia perlu mendatangkan bukti sesuatu perkara yang tidak dicipta. Yang berlaku tanpa ada hukum dan aturan dibaliknya.

Ada atheist yang berhujah denganku menggunakan "Konsep Keabadian Tenaga"... Konon tenaga satu contoh yang tidak dicipta walaupun oleh Tuhan.

Atheist sebegitu menunjukkan kebodohan fatal sebab dalam quantum mechanic physic ada konsep yang dipanggil Wave Particle Duality yang menjadi titik tengah kepada banyak pengiraan fizik ke atas konsep kewujudan molekul & tenaga, serta segala macam sifat berkaitan dengannya yang sangat sukar diterangkan dalam bahasa mudah kecuali menyatakan jirim dan gelombang (tenaga) bersifat kembaran. Kembaran ini yang menerangkan ketidakpastian bentuk kekal jirim atau tenaga.

Aku suka perkataan ketidakpastian (uncertainty) ni sebab kita mudah faham, batas sains yang difahami manusia dipenuhi ketidakpastian, dan konsep keabadian tenaga yang merupakan sebahagian darinya juga berdiri atas premis ini.

Sedang sains penuh dengan ketidakpastian, Allah menurunkan Al Quran dengan penuh kepastian, menjawab konsep penciptaan yang tidak mampu dijawab oleh sains yang sangat terbatas.

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 2)

Tuesday, April 8, 2014

SISTEM EKONOMI YANG TRAGIS

Aku teringat balik apa yang aku belajar dalam subjek "Kemahiran Hidup" masa form 2 dulu. Katanya, Syarikat sendirian berhad mempunyai liabiliti terhad. Maksudnya, kalau syarikat mengalami kegagalan (bankrupt), maka pihak pemiuang berhak ke atas harta syarikat sahaja untuk dirampas/sita tetapi tidak boleh mengambil harta peribadi individu sekalipun individu itu pemilik syarikat. Dengan kata lain, pemiutang akan rugi besar kalau nak rampas harta yang tidak ada. Para pemodal tetap kaya raya sekalipun syarikatnya melingkup. Biasanya pemodal yang kaya raya memiliki kepentingan dalam banyak syarikat. Satu melingkup banyak lagi yang lain. Orang bawahan (pekerja) pula hilang punca pencarian. Sadis dan zalim.....

Aku berpandangan, sistem sebegini lahir dari ideologi sekular kapitalis yang direkacipta khusus untuk kepentingan para pemodal. Sekali imbas, memang syok berniaga dengan risiko terhad. Tapi hutang tak berbayar merupakan barah yang tak perlu lagi dipersoal dalam sistem ekonomi. Sesiapa yang berminat boleh baca kisah bankruptcy Lehman Brothers, syarikat security yang telah beroperasi selama 158 tahun akibat kegagalan pembayaran balik hutang oleh peminjam. Sedangkan kita faham, syarikat gergasi seperti itu tentunya memiliki budaya kerja yang terbaik, human resource yang terbaik, SOP yang terbaik serta aset yang sangat banyak. Then mereka tetap tumbang disebalik kekuatan dan kestabilan yang ada.

Sistem ekonomi Islam bukan sekadar kod akhlak atau supplement ke atas transaksi yang berlaku tetapi mesti berasaskan real trade. Ini berdasarkan dalil:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang penjualan sesuatu yang masih dalam kandungan induknya” ( HR Imam Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu membeli ikan di dalam air, kerana jual beli seperti itu termasuk gharar” (HR Ahmad)

Dengan amaran yang dikeluarkan oleh IMF semalam, akan kelembapan ekonomi dunia sepanjang 2014, kita boleh rasai kesan sistem ekonomi yang tidak dipandu oleh wahyu Sang Maha Pencipta tidak lebih dari mencetuskan kerosakan demi kerosakan.

Allahualam.


Tuesday, March 11, 2014

KEUTAMAAN JIHAD

Rasulullah saw ditanya, "amal apa yang paling utama?" baginda menjawab "iman kepada Allah dan Rasulnya", ditanya lagi, "kemudian apa?", baginda menjawab, "JIHAD FISABILILLAH", kemudian baginda ditanya lagi, "kemudian apa lagi?", baginda menjawab, "haji mabrur". [Muttafaqun A'laih]

Dengan memahami turutan keutamaan maka JIHAD adalah lebih utama dari ibadah haji.

"Jihad yang paling utama ialah menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" [HR At Tirmizi dan Abu Dawud]

"Penghulu para syuhada (mujahid yang mati dalam jihad fisabilillah) adalah Hamzah Bin Abdul Mutalib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa zalim kemudian menasihatinya, lalu penguasa itu membunuhnya" [HR Al Hakim dan At Thabrani].

Oleh kerana itu, dalam kes jihad mengangkat senjata dengan usaha hamlu dakwah yang berjuang menyampaikan kalimat haq bagi meluruskan penguasa zalim dengan Islam, ia merupakan pilihan antara dua kemuliaan. Ramai para syabab (pemuda) Hizb Tahrir Syiria yang turut berjihad menentang tentera kafir Basyar, dan ada pula dari kalangan hizbiyeen yang terus befungsi menerangkan kepada umat (termasuk para mujahideen) akan kepentingan mendirikan dawlah KHILAFAH. 


Berkomentar berkenaan dengan ISIS di Syiria, aku berpandangan, ada 2 perkara mustahak yang lebih perlu menjadi fokus:

1. Jihad menumbangkan regim dan mendirikan Khilafah. Bukan mendirikan khilafah dari wilayah yang sudah dikuasai mujahideen lain dan mengangkat puak sendiri sebagai khalifah dan bersikap keras terhadap perbezaan pandangan.


2. Melakukan pembinaan intensif dalam menyiapkan umat dengan kiyadah fikriyah (kepimpinan berfikir) Islam. Ini kerana, apa gunanya barisan mujahideen yang hebat dimedan tempur tapi gagal melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana diidamkan dek kejahilan?


Khabar gembira akan kemenangan kaum muslimin akan menjadi realiti sikit masa lagi insyaallah..... Semoga hati kaum muslimin bersatu dibawah kesatuan yang sebenar dan Islam sekali lagi menjadi kekuatan yang menguasai dunia dan membawa rahmat buat sekalian alam.



Monday, March 10, 2014

Ringasan Q&A Mengenai Perkembangan Konflik Syiria

 


1. Bagaimana kedudukan terbaru kebangkitan Syiria?

Revolusi Syiria genap 3 tahun pada March 2014. Regim secara kehilangan banyak wilayah ke tangan para pejuang dari maysof ke dier Ez Zour tetapi masih menguasai sekitar Latakia ke Damsyik. Secara keseluruhan, pihak pejuang menguasai kawasan yang lebih banyak dari regim tetapi regim tetap menguasai lokasi strategik yang menghubungkan Damsyik dengan Laut Mediterranean. 

2. Bagaimana imbangan kuasa terkini di Syiria? 

Dengan bantuan dari Hizbolat dan Iran, regim masih berupaya mengekalkan kedudukan di Damsyik tetapi tidak mampu merampas kembali wilayah yang telah dikuasai pejuang. Di satu sisi, pihak pejuang dari kaum muslimin dan di satu sisi ialah puak Alawiyeen dibantu Iran dan Hezbolat. 

3. Siapakah Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) ?

ISIS ialah puak insurgent yang berjuang di Iraq semasa pencerobohan USA. Beroperasi dalam beberapa nama termasuk Al Qaeda dan Islamic State of Iraq. Disokong oleh amir ISIS Abu Bakr al-Baghdadi, Abu Muhammad al-Joulani menubuhkan Jabhat al-Nusra (Nusra Front) pada January 2012. Dengan pengalaman sebagai insurgent yang luas, Jabhat al-Nusra melakukan banyak serangan yang significant terhadap pihak regim. Matlamat Jabhat al-Nusra dan ISIS adalah sama iaitu mendirikan KHILAFAH tetapi berbeza dari segi keutamaan. ISIS mengutamakan penerapan syariat Islam di kawasan dikuasainya mana kala JAN lebih mengutamakan perang menumbangkan regim.

4. ISIS disusupi pihak perisikan musuh?

Kumpulan Jihad di merata dunia memerlukan latihan dan suasana kondusif untuk mengkoordinasi perang gerila secara efektif, persenjataan dan pembuatan bom. Iran mencipta Hezbolat dan Pakistan mencipta Taliban adalah contoh yang termudah. Banyak pula yang berlaku di mana kumpulan Jihadis ini membelakangkan "tuan" mereka dalam perkara tertentu. Hakikatnya, kumpulan Jihadis memiliki hubungan dengan kerajaan-kerajaan tertentu sekalipun pengaruh kerajaan tersebut ke atas mereka berubah-ubah.

Kerajaan Syiria memiliki sejarah panjang dalam membiayai gerakan jihad sejak 3 dekad lalu. Syiria memainkan peranan dalam menyusup masuk ke pihak penentang dari Sunni semasa perang Iraq dan menyalur maklumat risikan kepada pihak USA. Al Qaeda Iraq menyasarkan orang awam syiah dengan pengebom berani mati terhadap target awam dan melakukan banyak penculikan dan pembunuhan menyebabkan banyak kumpulan jihad lebih banyak mengangkat senjata menentang Al Qaeda dari memerangi tentera Amerika. Satu kenyataan penting untuk difahami, ISIS sepertimana group jihadis yang lain juga infiltrated dan bagi kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan kebangkitan Islam, mereka tidak akan yakin dengan keupayaan group seperti ini dalam menjayakan aspirasi mereka.

5. Atas asas apa ISIS mengisytiharkan Negara Islam di sesetengah wilayah di Syiria dan Iraq?

ISIS dituduh sebagai membuat pengisytiharan sebegitu sedangkan kenyataan rasmi ISIS ialah lebih kepada mendirikan sistem Emirates (Amir). Perlu difahami, sistem Khilafah dan Emirates memiliki ciri tersendiri yang berbeza. Dasar luar sebagai contoh, adalah perbezaan antara keduanya. 

6. Apakah ketegangan terbaru di Iraq berkait dengan Syiria?

Penaklukan Fallujah dilapor pada awal 2014. Jabhat al-Nusrah adalah pasukan jihad yang berasal dari Iraq yang kemudiannya ke Syiria menentang regim Basyar. Ini saja kaitan antara keduanya. Apa yang berlaku sekarang ni lebih kepada tentangan rakyat terhadap regim Maliki yang korup.Realitinya, kerajaan Iraq pimpinan Maliki dan pihak-pihak kabilah masih berkuasa di Iraq walaupun selalu dipropagandakan ISIS menguasai Fallujah. 

7.  Apa realiti perbalahan di pihak penentang?

Perbalahan ini berpunca dari sikap ISIS sendiri. Banyak pihak menyarankan ISIS bergabung dengan pihak mujahideen lain sebagai satu unit di Syiria dalam rangka menumbangkan regim dan mendirikan negara Islam tetapi sebaliknya ISIS menguasai kawasan yang sedia dikuasai pihak penentang dan "memerintah"nya. 

Isu tercetus apabila ISIS memasuki Atareb untuk menahan individu tertentu dan mendirikan mahkamah syariah di situ. Namun penduduk tempatan enggan. ISIS menculik individu berkenaan dan kemudiannya mayatnya yang penuh kesan seksaan dijumpai ditepi jalan. Pihak ISIS dihalang dari memasuki check point bandar Atareb bagi mengelakkan fitnah lebih besar dan dari situ pertempuran mula tercetus. 

8. Apa realiti pihak penentang di bawah panji Islam?

Dua pakatan terbesar iaitu Islamic Alliance yang ditubuhkan oleh 11 organisasi jihad pada September 2013. Pakatan ini terdiri dari puak terkuat dalam FSA iaitu Jabhat al-Nusrah dan Syirian Islamic Front dan mereka sepakat untuk mendirikan dawlah Islam. 

Beberapa hari kemudian, 50 kumpulan di sekitar Damsyik bergabung membentuk Jaish al-Islam dan tidak memperhitungkan kekuasaan FSA di sesetengah lokasi. Mereka bersepakat menola National Coalition dan menyatakan Islam sebagai sumber perundangan. 

9. Kenapa regim gagal mengalahkan para pejuang? 

Kekuasaan keluarga Assad selama lebih dua dekat adalah melalui imej menakutkan dengan dokongan pihak perisikan yang kejam. Sebahagian besar tentera Syiria terdiri dari puak sunni yang tidak mendapat kepercayaan penuh regim untuk digerak ke medan perang. Assad hanya bergantung kepada unit elitnya. Kelemahan ini ketara kerana Assad lebih banyak bergantung kepada kekuatan dari Hezbolat dan Tentera Revolusi Iran (IRGC) serta beberapa puak militia Syiah dari Iraq. 

10. Kenapa pejuang gagal menumbangkan regim?

Mereka kurang kawalan dan perintah di peringkat negara (national level) untuk mengkoordinasi peperangan selain beberapa pusat graviti pemerintahan di pihak pejuang. Keadaan diburukkan dengan perbalahan sesama pejuang.

ISIS pula lebih memfokuskan perihal memerintah wilayah yang dikuasai dari berjuang menumbangkan regim. 

11. Apakah prospek berdirinya semula Khilafah?

Ada 2 aspek untuk dipertimbangkan:
i) Pandangan umum- Umat Islam di Syiria telah menyatakan kesediaan mereka menumbangkan regim dan mendirikan sistem Islam

ii) Keupayaan Syiria- Tanpa sokongan dari wilayah berjiran, amat sukar untuk Syiria bersendirian memikul kewajipan yang berat ini. Memilki kedudukan strategik dalam saluran gas dan minyak, serta tanah pertanian yang subur, Syiria kekurangan dari segi teknologi ketenteraan serta industri. Walaubagaimanapun, Rasulullah saw sendiri mendirikan daulah Islam di tengah kawasan gersang, dihimpit dua empayar besar Rom dan Parsi pada waktu itu. 

Apabila ketentuan Allah tiba, maka faktor ini tidaklah sesuatu yang perlu diperhatikan lagi dan bumi Syiria akan menjadi tapak tegaknya kembali KHILAFAH insyallah. 

12. Bolehkah perpecahan mazhab diselesaikan?

Strategi yang diguna oleh penjajah ialah meletakkan puak minority sebagai pemerintah, dengan itu pemerintah itu akan terus bergantung kepada mereka untuk melangsungkan kekuasaan. Di Syiria, Perancis meletakkan Nusayris (Alawis) sebagai menguasa yang mana golongan ini hanya mewakili 10% dari populasi Syiria. Kepimpinan didominasi keluarga Assad yang memerintah dengan zalim. 

Menyelesaikan masalah mazhab memerlukan penukaran regim bersama sistemnya dan menggantikannya dengan sistem alternatif. Kebanyakan perbezaan di kalangan ummah tidak semestinya political tetapi lebih kepada perundangan yang mana Islam telah memberi kerangka yang lebih jelas mengenainya. Hanya apabila permasalahan perundangan bertukar menjadi permasalahan politik, maka masalah mazhab tidak lagi mampu diselesaikan 

13. Apa rancangan Barat terhadap Syiria?

Memastikan bonekanya terus memerintah demi kepentingan mereka. Mereka cuba memastikan siapapun menguasai Syiria, matlamatnya bukan sebuah dawlah Islam.

14. Apa peranan negara kaum muslimin di sekitar?

Iran, Turki, Arab Saudi, Jordan dan Qatar hanyalah buah catur bagi pihak musuh. Mereka tidak menawarkan sebarang penyelesaian selain apa yang dikehendaki oleh tuan-tuan mereka di Landon, Paris atau Washington. 

15. Bolehkan negara sekitar menamatkan krisis?

Turki dan Mesir memiliki keupayaan tentera yang lebih dari mencukupi untuk menumbangkan regim Basyar Assad yang sudah sedia lemah. Mereka memiliki kekuatan tetapi memilih hanya sebagai penonton. 

-Terjemahan ringkas dari analisis oleh Adnan Khan- http://www.khilafah.com/images/stories/Resources/SyriaQ&AupdateJan2014.pdf

 

Thursday, March 6, 2014

PETROLEUM MERUPAKAN HAK MILIK UMUM

Tak lama dulu, aku sempat berbincang dengan beberapa orang kakitangan Petronas berkenaan dengan hak milik petroleum, isu royalti serta corporate social responsibility. Perbincangan itu panjang lebar, penulisan ini hanya untuk tujuan rumusan berkaitan isu ini, memetik perbincangan dari Sautun Nahdah 16 yang dikeluarkan pada tahun 2005.

Minyak diesel/petrol adalah bahan hidrokarbon yang merupakan salah satu hasil sulingan dari petroleum mentah. Maka, hukum asal benda yang perlu dirujuk dalam kes ini adalah hukum asal kejadian minyak mentah. Minyak mentah ini adalah barangan milik awam kerana ia terkait dengan sifatnya seperti ‘air yang tidak putus-putus’ (ma'ul ‘iddu),

Berdasarkan hukum syara’, lombong atau kawasan takungan minyak yang banyak kandungannya, yang akan tetap wujud dalam jangkamasa yang sangat panjang, maka bahan lombong itu termasuk dalam pemilikan awam, dan kawasan lombong tadi tidak boleh menjadi hak milik persendirian. Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abyadh bin Hamal, bahawa dia telah meminta daripada Rasulullah SAW untuk mengelolakan lombong garamnya. Lalu Rasulullah memberikannya, namun seorang lelaki yang berada disitu menjelaskan realitinya kepada Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah, tahukah engkau apa yang engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan sesuatu yang bagaikan air mengalir.” Rasulullah kemudian bersabda: “ Tariklah lombong tersebut daripadanya.”

Ma’u al-‘iddu adalah air mengalir yang banyak. Hadis tersebut memberi perumpamaan bahawa garam yang boleh didapati dilombong itu adalah seperti air yang mengalir, kerana kandungannya yang banyak. Hadis ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah memberikan lombong garam bukit kepada Abyadh bin Hamal. Ini menunjukkan bahawa lombong garam bukit boleh diberikan kepada individu. Tetapi, apabila beliau mengetahui bahawa kandungan lombong itu adalah seumpama air yang mengalir (yang terlalu banyak kandungan galiannya), seolah-olah tidak akan dapat dihabiskan, maka beliau menarik balik pemberian itu dan melarang ianya dimiliki secara peribadi, kerana lombong tersebut adalah milik awam. Peristiwa ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah SAW menarik balik pemberian kawasan lombong yang diberikan kepada Abyad semata-mata kerana terdapat lombong garam bukit yang kandungannya terlalu banyak. Ini menjadi qarinah bahawa sesuatu kawasan yang mempunyai kandungan atau takungan yang banyak dengan galian maka lombong tersebut akan menjadi milik umum.

Daripada hadis diatas, jelas bahawa illat(sebab) larangan supaya tidak diberikan lombong garam tersebut adalah kerana kandungan garam lombong tersebut adalah seperti air yang mengalir dan jumlahnya tidak terbatas. Lebih jelas lagi didalam riwayat Amru bin Wais, bahawa yang dimaksudkan disini adalah lombong garam, di mana beliau mengatakan :“ma’danul milhi” (lombong garam). Jika diteliti pernyataan yang dibuat oleh ahli fiqih, maka jelaslah bahawa mereka telah menjadikan garam termasuk didalam kategori lombong, kerana hadis ini jelas berkaitan dengan lombong garam dan bukannya garam itu sendiri

Hukum berkenaan lombong yang tidak terbatas jumlah galiannya adalah ianya merupakan milik awam. Ini termasuk semua lombong, samada lombong yang boleh diperolehi tanpa perlu kerja berat yang boleh diperolehi manusia, serta boleh dimanfaatkan oleh manusia, contohnya garam bukit, antimoni, batu permata dan sebagainya; ataupun lombong yang berada di dalam perut bumi, yang tidak boleh diperolehi selain dengan kerja berat dan kos yang tinggi, contohnya lombong emas, perak, besi, tembaga, timah dan sebagainya, samada yang berbentuk pepejal seperti kristal ataupun berbentuk cecair seperti petroleum, semuanya termasuk dalam kategori lombong yang dinyatakan di atas.

Dalam hal ini, syarak telah menentukan harta benda yang menjadi milik umum dengan ketentuan/nas yang sangat jelas. Harta benda dalam kategori berikut adalah milik umum dan tidak boleh (haram) menjadi milik individu –

(i) bahan galian yang jumlahnya tidak terbatas,

(ii) sumber daya alam yang sifat pembentukannya menghalangi untuk dimiliki oleh individu secara perseorangan,

(iii) harta benda yang merupakan fasiliti umum di mana jika fasiliti tersebut tidak ada di suatu tempat atau komuniti, persengketaan akan berlaku di dalam komuniti tersebut dalam mencarinya.

Manusia itu bersyarikat (bersekutu) dalam tiga perkara (iaitu) air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud & Ahmad].

Persoalan yang mungkin timbul apabila membicarakan sistem pemilikan awam petroleum ini adalah sekiranya semua harta tersebut diberikan kepada rakyat sehingga tiada tertinggal apa-apa sebagai milik negara akan menyebabkan negara kekurangan hasil - pendapatan negara mungkin tidak cukup untuk membayar gaji kakitangan awam dan boleh saja melumpuhkan perjalanan sistem politik negara. Persoalan sebegini sering timbul, namun Rasulullah SAW telah menunjukkan mekanisme bagi menyelesaikan masalah ini 1,400 tahun yang lepas; Rasulullah SAW sebagai ketua negara telah menyediakan rizab untuk negara dari pemilikan awam.

"Tidak ada (Hima) Rizab kecuali untuk Allah dan Rasul" [Hadis Riwayat Imam Abu Daud Nasa'i]

Makna dari hadis ini adalah bahawa rizab tidak boleh dikumpulkan kecuali oleh negara, sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk keperluan jihad, untuk kaum miskin serta untuk kemaslahatan kaum Muslimin. [Abdul Qadim Zallum, Sistem Kewangan Dalam Negara Khilafah, ms 83]. Rasulullah SAW juga telah melakukan rizab di kawasan Naqii', yang mana kawasan ini dilarang untuk dimanfaatkan oleh pengguna awam. Begitu juga dengan tindakan pengurusan negara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang menunjukkan bahawa khalifah juga mempunyai beberapa hak yang sama untuk mengurusi negara. Khalifah, sebagai ketua Negara Islam juga boleh merizabkan beberapa telaga minyak untuk dimasukkan terus kedalam pendapatan negara untuk menampung perbelanjaan mengurus negara, seandainya hasil negara tidak mencukupi.

Kenapa perlu berharap kepada Idelogi kafir Karl Marx untuk menggantikan sistem dari ideology sekular kapitalis yang menyempitkan ini????

Wednesday, February 19, 2014

MENELANJANGKAN KEPERCAYAAN KARUT

Mereka yang mengusung "Spontaneous theory" yang menafikan konsep penciptaan oleh Sang Maha Pencipta percaya, semua tindakbalas spontan yang berlaku antara atom dan molekul secara rawak dan mengambil masa jutaan tahun menghasilkan cell asas dan kemudiannya jutaan tahun kemudian membentuk microorganism dan seterusnya macro-organism yang kemudiannya hidup dilautan dan seterusnya merangkak naik kedaratan. Mudahnya:

(1) Atom -> Sel -> Microorganism -> Hidupan laut ->Serangga (haiwan kecil darat selepas hidupan laut merangkak ke darat) -> Monyet -> Manusia.

So..... In "spontaneous theory" aku:


(2) Amik sebiji basikal, biarkan selama 100 000 000 tahun, kita akan dapati basikal tu akan jadi sebuah Pesawat Pejuang lengkap dengan persenjataan, radar dan peralatan navigasi.

Bila aku bandingkan antara beruk dengan robot, aku katakan beruk lebih canggih sebab beruk ada emosi, ada sistem biology yang kompleks, boleh beranak.... berbanding dengan robot yang cuma ada litar elektronik, skru, rangka dan sumber tenaga. Mungkin harga robot lebih mahal dari seekor beruk tapi beruk juga yang lebih canggih kan?

Kalau teori (1) itu "LOGIK", maka tidak ada masalah untuk percaya teori (2) kan?


Monday, February 17, 2014

Alahai Benz Ali dan Golongan yang menggelar diri "School of seekers"

Sebenarnya nama Benz Ali ni baru sampai ke pengetahuanku kurang seminggu. Sebelum tu aku tak pernah tahu pun. Then, dari "pertembungan" singkat di alam maya ni, aku simpulkan dia dan manusia sejenisnya terperangkap dalam persoalan yang direka dan cuba dijawab sendiri. Soalan-soalan seperti:

1. Kenapa aku solat? Lepas tu kalau tak khusyuk Allah tak terima??? Padahal aku dah buat sedaya-upaya.

2. Asal kewujudan manusia boleh dibuktikan dengan sains.

Dan lain2... (Tak minat nak bincang kesemuanya).

Manusia secara fitrahnya memiliki naluri dan salah satu naluri itu dipanggil Ghorizoh Tadayun, naluri beragama, menyembah, mengagungkan satu kuasa luar biasa. Manusia yang mengaku atheist hanya berbohong bila tidak mempercayai langsung Tuhan sebab mereka hanya mengalihkan ketundukan kepada Tuhan yang kononnya tidak rasional itu kepada ketundukkan kepada sains yang kononnya rasional.

Well, aku mungkin bukan saintis yang terbaik tapi aku boleh menjawab bahawa ilmu sains itu sendiri bukanlah rasional 100%. Ia hanya fakta yang diperoleh dari pemerhatian, ujikaji atau pengiraan matematik. Kita boleh argue dengan jutaan cara method eksperimen dan kiraan maths terutamanya bila dalam kiraan itu ada memasukkan kebarangkalian (possibility) atau juga dinamakan postulate. Ia hanya sebuah kebarangkalian menghampiri kebenaran tetapi tetap saja bukan absolute truth.

Begitu juga dalam bidang biology. Terlalu banyak uncertainties yang masih menjadi misteri dalam cabang-cabang sains ni yang belum mampu dibongkar.

Balik kepada persoalan diatas... Kalaulah yang bertanya tu ngaji lebih sikit, dia akan dapati dalil:

Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah [HR Muslim]

Hadis ini perlu kita fahami bersama ayat-ayat al-Qur’an berikut:

Sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”. [al-Nahl 16:32]

Yang dimaksudkan adalah, seseorang itu dengan rahmat Allah ‘Azza wa Jalla akan mengerjakan amal soleh dan dengan itu dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam ertikata lain, seseorang itu memerlukan kedua-duanya, rahmat Allah dan amal soleh untuk masuk syurga.

Rahmat Allah bererti hidayah, bimbingan dan pemeliharaannya sehingga dengan itu seseorang akan beramal soleh dengan apa yang benar secara ikhlas. Tanpa rahmat Allah, mungkin sahaja seseorang itu beramal tetapi ia adalah satu bid‘ah atau dengan sifat ria’ yang menyebabkan amalan tersebut tidak diterima Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Begitu juga mengenai asal kejadian manusia. Jika benar dia claim mempercayai sains, maka dia mesti akur dengan keterbatasan dalam sains , satu ruang ilmu yang sangat luas yang masih belum mampu dihurai dengan sains sehingga hari ini. Jadi, mereka yang selalu menuduh agama sebagai hypocrite sepatutnya mengakui diri mereka sendirilah yang hypocrite.

Nasihatku... Bertaubatlah. Kalau tak mahu bertaubatpun usahlah melakukan kerosakan dengan mempengaruhi orang disekeliling yang sedia JAHIL, MALAS, BODOH dan TAKSUB.

Aku akhiri coretan ini dengan firman Allah, Tuhan segala kewujudan:

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat .Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. [Al Baqarah; 1-5]

Sunday, February 9, 2014

KHAS BUAT GOLONGAN PENCACI-MAKI

Aku perhatikan dalam berpolitik, kaum muslimin, khususnya di Malaysia ini terlalu banyak dari kalangan mereka yang buruk perangainya. Apa sahaja pandangan yang tidak selari dengan mereka akan dikecam (termasuk mereka yang mengkritik) dan selalunya mereka melampau dalam berkelahi. Mungkin hadis-hadis dibawah sesuai buat peringatan bersama:

1. Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: “Jauhilah olehmu berprasangka. Sebab berprasangka adalah SEBURUK- BURUK pembicaraan. Janganlah kamu saling mencari keburukankan orang lain, janganlah saling bermegah-megahan, dan janganlah saling dengki mendengki. Janganlah saling mengumbar emosi, dan janganlah saling menjauhi. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersatu dan bersaudara sebagaimana yang telah diperintahkan Allah kepadamu. Seorang muslim dengan muslim lainnya adalah bersaudara, yang di antara mereka dilarang saling menganiaya, saling menghina, dan saling meremehkan. Taqwa adalah di sini (sambil Rasulullah memberi isyarah ke arah dada). Cukuplah seorang muslim dikatakan melakukan keburukan apabila dia menghina sesama muslim. Seorang muslim dengan muslim lainnya harus saling menjaga darah, kehormatan, dan harta kekayaannya.” (HR. Bukhari danMuslim).

2. “Mencaci maki seorang muslim adalah perbuatan fasik, sedang membunuh seorang muslim adalah tindak kekufuran.” (HR. Bukhari dan Muslim). 

3. “Apabila seseorang melaknati sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit kemudian seluruh pintu-pintu langit dikunci. Lalu laknat itu mengambil posisi ke kanan dan ke kiri. Bila tidak ada tempat kosong, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang dilaknati bila dia pantas untuk mendapatkan laknat. Tetapi kalau orang yang dilaknati tidak sewajarnya mendapat­kan laknat, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang mengucapkan laknat tersebut.” (HR. Abu Dawud).

4. "Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, [1] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; [2] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! [3] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. [4] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? [5] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), - [6] Yang naik menjulang ke hati; [7] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. [8] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. [9] " (Al-Humazah : 1-9)

5. Ada dua orang yang saling mencaci di hadapan Nabi shallallahu'alaihi wasallam. Salah satu dari keduanya mencela yang lain, sedangkan yang dicela terdiam saja. Tak lama kemudian, orang yang dicaci tersebut membalas cacian dengan mengucapkan suatu ucapan.Maka Nabi shallallahu'alaihi wasallam berdiri. Lalu orang (yang membalas celaan) berkata,

"Wahai Rasulullah, tatkala aku membalas sebagian caciannya (mengapa) engkau berdiri..."
Nabi menjawab, "Awalnya malaikat membelamu. Namun ketika engkau membalas caciannya, setan datang. Dan aku tidak ingin duduk bersama setan..."

(HR Abu Daud, Ahmad; Syarhus Sunnah al-Baghawi, dinyatakan hasan oleh Syaikh Salim al-Hilali)