Thursday, April 25, 2024

๐๐Ž๐‹๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐๐„๐‘๐๐€๐๐Š๐€๐ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ

Mungkin penulisan ini agak panjang dan teknikal. Moga boleh memberi cetusan minda yang berguna buat mereka yang mahu berfikir.

Di dalam industri perbankan Islam, setiap bank wajib menyatakan dengan jelas konsep syariah, disebut sebagai ๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘ฆ๐‘–๐‘“ ๐‘“๐‘–๐‘žโ„Ž๐‘– (adaptasi fiqh) bagi produk-produk yang digunakan dalam ๐‘ท๐’“๐’๐’…๐’–๐’„๐’• ๐‘ซ๐’Š๐’”๐’„๐’๐’๐’”๐’–๐’“๐’† ๐‘บ๐’‰๐’†๐’†๐’• (๐‘ท๐‘ซ๐‘บ). Sekiranya bantahan terhadap praktik perbankan Islam dikemukakan, seharusnya Product Disclosure Sheet ini dijadikan asas kritikan.

Dalam PDS yang saya lampirkan ini, pihak Bank Islam menjelaskan, berlakunya ๐‘ก๐‘Ž๐‘ค๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ž, iaitu konsep jual beli yang sering menjadi perbahasan yang hangat di kalangan para sarjana Islam kontemporari.

Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli. Yang pertama melibatkan jualan aset oleh penjual kepada pembeli atas dasar pembayaran tertangguh. Kemudian, pembeli pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga atas dasar tunai dan segera.

Mekanisme Tawarruq untuk adalah seperti berikut:
(๐š) Pelanggan membeli komoditi dari Bank atas dasar ๐‘€๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘๐‘Žโ„Ž๐‘Žโ„Ž (kos ditambah jualan) pada Harga Jualan Bank. Dalam susunan ini, pembelian akan dilakukan oleh Bank sebagai Ejen Pembelian pelanggan.
(๐›) Sebagai Ejen Jualan bagi pelanggan, Bank kemudian akan menjual komoditi kepada Pembeli Komoditi pada harga kos. Hasil daripada transaksi ini akan disalurkan untuk kegunaan pelanggan.
(๐œ) Pelanggan diwajibkan untuk membayar jumlah yang daripada transaksi Murabahah mengikut terma yang dipersetujui.

Satu lagi konsep yang sering menjadi subjek perbahasan ialah ๐ต๐‘Ž๐‘– ๐ต๐‘–๐‘กโ„Ž๐‘Ž๐‘š๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘—๐‘–๐‘™, merujuk kepada kontrak jual beli barang atas dasar pembayaran tertangguh. Peralatan atau barang yang diminta oleh pelanggan dibeli oleh bank yang kemudian menjual barang tersebut kepada pelanggan dengan harga yang dipersetujui, termasuk keuntungan bank (๐‘š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜-๐‘ข๐‘).

Terdapat dari kalangan sarjana Islam khawatir tentang penyalahgunaan konsep syariah dalam praktik perbankan Islam, di mana jika diteliti, transaksi-transaksi disusun sehingga mirip dengan praktik konvensional, tetapi hanya berlabel syariah.

Kritikan juga dilontarkan kepada ketidakjelasan dalam struktur dan mekanisme transaksi perbankan Islam, yang dapat menyebabkan kurang efisyen dan berlaku ketidakadilan.

Satu lagi isu yang saya kira tidak wajar diketepikan ialah, dalam perihal pembahagian risiko dan keuntungan antara bank dan ๐‘›๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘๐‘Žโ„Ž (pelanggan). Ada kekhawatiran bahwa praktik-praktik tertentu mungkin menguntungkan satu pihak lebih dari yang lain.

Bagi saya secara peribadi, isu ini seharusnya terbuka untuk perbincangan ilmiah dengan cara yang beradab, dalam rangka mencari penyelesaian yang tuntas. Polemik yang berpanjangan dalam bentuk kecaman, sindiran tidaklah menguntungkan sesiapa. Pihak yang perbeza pandangan perlu duduk semeja untuk membincangkan isu ini, serta memberi cadangan penambahbaikan yang akan membantu menguatkan lagi sistem kewangan Islam.

Bak kata pepatah, "๐‘ท๐’๐’‰๐’๐’ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’•๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š ๐’…๐’Š๐’‰๐’†๐’Ž๐’‘๐’‚๐’” ๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š๐’, ๐’“๐’–๐’Ž๐’‘๐’–๐’• ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’“๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‰ ๐’…๐’Š๐’•๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚ ๐’ƒ๐’‚๐’๐’‹๐’Š๐’“", ketika polemik hanya dibincangkan di kalangan orang awam, manakala ilmuan berdiam diri, porak-porandalah masyarakat.

๐‘บ๐’‚๐’ƒ๐’“๐’Š ๐’€๐’‚๐’‚๐’„๐’๐’ƒ
24 April 2024



Monday, April 1, 2024

Keyboard Warrior

Beberapa hari kebelakangan ini, "cytro" Israel berpusu-pusu melontarkan komen di pelbagai platform media sosial, satu usaha counter propaganda untuk membawa naratif Israel di media sosial. 

Ia mungkin memberikan pengaruh terhadap orang-orang bodoh tetapi majoriti manusia yang waras tentu mampu membezakan antara kejahatan dan kebaikan. Secara semulajadi, manusia menolak kerosakan serta pelakunya.

Ada di kalangan ilmuan Islam berpandangan, selain dari combatant, golongan yang halal diperangi ialah golongan yang membantu combatant secara langsung sama ada melalui kewangan, mahupun propaganda, adalah termasuk dalam golongan yang dihalalkan untuk "dibunuh". Secara peribadi, saya amat membenci golongan yang menyokong sebarang bentuk kekejaman, apalagi kekejaman dalam skala yang berlaku di Ghazzah ketika ini. Perlu diingatkan, pengisytiharan "halal darah" hanya boleh dilakukan oleh pemerintah Islam yang adil, bukan sesuka hati sepertimana kelakuan ghuluw sebahagian umat Islam, yang akhirnya merugikan umat Islam sendiri.

Sekurang-kurangnya, ketika ini jadilah keyboard warrior, menentang propaganda keji negara haram serta sekutu mereka, dan terus-menerus memberi peringatan kepada kaum muslimin hingga kemenangan hakiki dicapai dan Al Quds akan kembali dibebaskan sebagaimana ia dibebaskan oleh para pendahulu kita.




Tuesday, March 5, 2024

Darah Kaum Muslimin Lebih Mulia Dari Ka'bah

 Jika ingin dinukilkan satu kebaikan dari polemik "cium hajar Aswad", saya boleh katakan, ia membuka lembaran perbincangan ilmiah yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan bagi sebahagian besar kaum muslimin.

Benar, batu itu ada kemuliaannya. Begitu juga dengan binaan Ka'bah yang telah didirikan oleh Bapa para nabi,Ibrahim Alaihisalam bersama anaknya, Ismail alaihisalam. Akan tetapi, mungkin tidak ramai yang tahu, semulia-mulia Ka'bah, ia tidaklah semulia darah seorang muslim yang haram ditumpahkan tanpa hak. Di sisi Allah, runtuhnya Ka'bah itu lebih kecil berbanding terbunuhnya seorang muslim.

"Dari Abdullah bin Umar berkata, 'Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w tawaf mengelilingi Ka'bah dan Beliau bersabda: 'Alangkah indahnya engkau Ka'bah, alangkah harumnya baumu, alangkah agungnya dirimu, alangkah agungnya kehormatanmu. Demi jiwa Muhammad yang ada di genggaman-Nya, kehormatan, harta dan darah (jiwa) seorang mukmin itu lebih agung di sisi Allah daripada keagunganmu (Ka'bah). Kita tidak boleh berprasangka kepadanya (kepada orang mukmin) kecuali prasangka yang baik. HR. Ibn Majjah.

Ketika ini, setiap hari jiwa kita seakan direntap oleh khabar dari bumi Syam. Tidak berdaya, tidak ada jalan keluar, kelihatan kesemua harapan begitu malap untuk keluar dari krisis kemanusiaan yang terburuk dalam abad ini.

Kenapa pula rakyat Pa1estine begitu teguh berdepan situasi ini. Mereka berbisik sesama mereka, kemenangan yang dijanjikan Allah sangat hampir, walaupun setelah 75 tahun berlalu.... 

Inilah yang dikatakan "KEIMANAN", melihat sesuatu "beyond realm and senses, beyond the inspiration". Amat sukar untuk kita faham sehingga kita juga memiliki mantiq yang khusus mengenainya. Muhammad Ismail mendefinisikan kesedaran politik sebagai "๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’Ž๐’Š๐’ ๐’›๐’‚๐’˜๐’Š๐’š๐’‚๐’•๐’Š๐’ ๐’Œ๐’‰๐’‚๐’”๐’‰๐’”๐’‰๐’‚๐’‰" (pandangan terhadap dunia dengan sudut pandang yang khas). Bagi kita sebagai kaum muslimin, pandangan khas ini haruslah terpancar dari aqidah kita, yang mentauhidkan Allah Azzawajalla. 

Dua elemen kesedaran politik:

1. Pandangan terhadap dunia (๐‘จ๐’-๐’๐’‚๐’…๐’›๐’“๐’‚๐’•๐’– '๐’Š๐’๐’‚ '๐’‚๐’๐’‚๐’Ž). Seseorang yang memiliki kesedaran politik tidak melihat masalah itu sebagai masalah tempatan atau rantau, sebaliknya sebahagian dari masalah dunia. Contohnya, dalam isu siapa yang harus dilantik sebagai pemimpin? Mereka akan melihat permasalahan bukan sekadar pada calonnya, tetapi bagaimana para pemimpin yang korup dan lemah terus muncul sehingga meletakkan seluruh kaum muslimin sebagai umat yang lemah dan terus berpecah, di seluruh belahan dunia.

2. Pandangan yang khas (๐’Ž๐’Š๐’ ๐’›๐’‚๐’˜๐’‚๐’š๐’‚๐’•๐’Š๐’ ๐’Œ๐’‰๐’‚๐’”๐’”๐’‚๐’‰), iaitu memandang politik dengan sudut pandang khas, sebagai seorang muslim. Ini dengan menjadikan ๐’Ž๐’‚๐’ƒ๐’…๐’‚' (ideologi) Islam sebagai ๐’Ž๐’Š๐’’๐’Š๐’š๐’‚๐’” (piawaian) terhadap persoalan politik. 

Tanpa kesedaran politik yang dibangun dari ruh Islam, mustahil akan berlaku dokongan dari umat Islam sendiri untuk membebaskan Pa1estine dan wilayah lainnya dari cengkaman kuasa penjajah dan membebaskan manusia di seluruh dunia dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah Yang Maha Agung.



Sunday, February 18, 2024

๐“๐„๐†๐”๐‘๐€๐ ๐๐”๐€๐“ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐™๐€๐ˆ๐๐€๐‹ ๐‘๐€๐’๐‡๐ˆ๐ƒ

Kelmarin, pertemuan dua pemimpin negara umat Islam iaitu Abdul Fatah Al Sisi dan Erdogan, Presiden Mesir dan Turki dikatakan menjadi pertemuan bersejarah yang tentu sekali memberi gambaran, akan berlaku sesuatu "yang penting" berkait genocide yang sedang berlaku di Ghazzah. Ramai yang berpandangan, Mesir seakan tidak ada pilihan kecuali mempertahankan kedaulatan wilayahnya sekiranya regim pengganas Zion1st membedil sempadan Mesir, dan berlaku kebanjiran pelairan dari Ghazzah.

Komentar Zainal Rashid mengenai lemahnya kekuatan kerajaan Mesir, menyebabkan hampir mustahil Mesir berupaya berhadapan dengan pihak Zion1st bagi saya, amatlah menduka-citakan. Kaum muslimin terdahulu tidak memperkirakan kekuatan persenjataan melebihi perhitungan mereka untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya. Sekiranya menurut narasi "lemah, miskin, tak ada senjata", sampai bila-bila pun kaum muslimin cuma mampu jadi pengecut, yang membiarkan Hama5 berjuang sendirian mempertahankan tanah suci kaum muslimin, berbekalkan persenjataan yang amat daif. Saya tak nampak alasan yang digunakan itu valid untuk berhujah di hadapan Allah Azzawajalla, bagi pengkhianatan yang dilakukan oleh umat ini terhadap Baitulmaqdis dan penduduknya.
Zainal menyelar pengkiritik dengan lebel "ahli tauhid" dan "geng akhir zaman", kerana kononnya, segala data dan pengalaman yang dia kongsikan memberi justifikasi yang kukuh sebagai sebab mushabab kerajaan-kerajaan kaum muslimin untuk berpeluk tubuh menyaksikan genocide yang terdahsyat dalam abad ini berlaku terhadap saudara seaqidah kita di Ghazzah.
Jadi, saya rasa, lebel yang sesuai untuk Zainal dan manusia sealiran dengannya ialah "pelupa". Mereka lupa bahwa dalam hadis yang mutawatir, Rasulullah s.a.w menyampaikan bisyarh bahawa kota Romawi akan dibuka oleh kaum muslimin di akhir zaman. 800 tahun selepas Rasulullah s.a.w menuturkan bahawa Constantinopel akan dibuka, Sultan Muhammad Al Fateh menjadi sosok yang dikhabarkan oleh baginda s.a.w, dan tenteranya merupakan sebaik-baik tentera, serta rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat dalam hadis:
Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan memberi ulasan mengenainya: “Ini adalah hadis sahih dengan syarat kedua syeikh (Bukhari dan Muslim), namun mereka tidak mengeluarkannya”. Az-Zahabi mengulas mengenainya dalam al-Talkhis dengan katanya, “dengan syarat Bukhari dan Muslim”. Demikian juga dalam hadis yang mulia, dari Abdullah bin Bisyr al-Khats’amiy dari bapanya bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Konstantinopel pasti akan dibuka. Sebaik-baik Amir adalah amirnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”. Beliau berkata: Lalu Maslamah bin ‘Abdul Malik memanggilku dan bertanya kepadaku, aku berbicara dengannya lalu beliau menyerang Konstantinopel”.

Namun, kota Rom masih belum dibuka sehingga ke hari ini, dan sesungguhnya ini merupakan peluang keemasan bagi generasi hari ini untuk merealisasikan bisyarh yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w, sebagai tanda kecintaan kita. Persoalannya, bagaimanakah keimanan kita terhadap bisyarah Rasulullah (saw) tersebut, apakah usaha kita ke arah merealisasikan pembukaan kota Rom? Apakah dengan membawa narasi kita tak cukup kuat, kita wajar meletakkan diri untuk menunggu disembelih musuh? Lupakah bahawa kita merupakan umat Al Quran yang sepatutnya menjadi umat yang terbaik di kalangan manusia?



Saturday, February 3, 2024

Tinggalkan Adat Yang Menyusahkan

 Menjadi sunnah dalam ajaran Islam, jiran tetangga dan sahabat handai membantu keluarga yang kehilangan orang tersayang dengan menjamu mereka dan mengurangkan kesusahan yang mereka alami. Dari perintah Rasulullah s.a.w:

“Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Jaafar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyedihkan mereka.” [HR Ahmad] 

Sekiranya diadakan "adat" keluarga si mati mengadakan kenduri, sedangkan ada dalam masyarakat, keluarga yang kurang berkemampuan, dikhuatiri menyusahkan mereka. Sebaliknya, jika ia diadakan oleh pihak lain, pada kadar membantu, ia merupakan sunnah. Tabung sumbangan kematian ialah untuk membantu ahli waris, bukan untuk digunakan menjamu orang ramai.

Dalam perihal"konvo" anak-anak. Saya kira, ia wajar diadakan, tetapi dengan kadar sederhana. Meraikan anak-anak, menghargai prestasi mereka di sekolah adalah baik, tetapi jangan lah sampai membebankan. Saya perhatikan, pihak PASTI mengutip sumbangan ikhlas dari ibubapa untuk mengadakan majlis, dan orang ramai bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena majlis konvo anak-anak. Sangat sederhana tetapi meriah.

Tak perlulah majlis besar, diadakan di hotel hingga dikhuatiri membebankan ibubapa yang kurang berkemampuan. Ia bukan isu berkira, tetapi lebih utama untuk menimbulkan keadaan serba salah bagi ibubapa yang kurang dari sudut kewangan.

Adat dan tradisi yang menyusahkan seharusnya ditinggalkan, diganti dengan sunnah. By nature, Islam mengatur urusan masyarakat secara sederhana, tanpa perlu bersikap bakhil. 

Saturday, November 18, 2023

Bukan Semua Immigrant Itu Seperti Yahudi

Saya kurang setuju untuk disamakan komuniti cina yang berhijrah ke Malaysia seperti bangsa Yahudi yang masuk ke Palestine sepepas kekejaman Nazi. Di Palestine, terdapat Yahudi Ortodox yang hidup berdampingan dengan masyarakat Kristian dan Islam selama ribuan tahun di Palestine. Golongan Yahudi yang pindah masuk itu sebilangan besar merupakan penyokong Zionis yang menggunakan propaganda kononnya Zionis berjuang untuk agama Yahudi.


Mitos ini dibantah oleh kaum Yahudi sendiri, yang memahami agama mereka. Zionisme ialah fahaman ultra nasionalis Yahudi, yang sebenarnya tidaklah berakar dari agama Yahudi kecuali menggunakan slogan agama dan bangsa untuk meraih sokongan.


Cina Malaysia pula, mereka yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh penjajah British sebagai buruh di lombong dan estet, pada asalnya tidaklah bercadang untuk kekal selamanya di negara ini. Immigrant ketika era penjajah itu terus mengekalkan budaya dan cara hidup negara asal mereka, disokong institusi pendidikan vernacular. Pasca era penjajahan, keadaan berubah, dan penduduk Tanah Melayu menerima immigrant sebagai rakyat negara ini, dengan kesepakatan tertentu yang disebut "kontrak sosial". Tidak berlaku asimilasi budaya, sebaliknya persetujuan yang disepakati ialah co-exist dalam keadaan aman dan sama-sama menumpahkan ketaatan kepada negara ini.

Beberapa persamaan, iaitu dibawa masuk oleh British, tidak adanya asimilasi sosial dan budaya, serta ciri dominasi ke atas ekonomi menjadikan sebahagian pemikir Melayu beranggapan, golongan immegrant sebagai ancaman, persis apa yang berlaku di Palestin.
Pun begitu, kita harus tengok dalam perspektif yang lebih luas, tanpa terburu-buru untuk bersikap prejudis terhadap sesiapa sahaja. Berbeza dengan Yahudi di Israel yang rata-rata memiliki dua kerakyatan, warga cina di Malaysia ialah rakyat Malaysia yang tidak memiliki kerakyatan asing. Ia tidak diterima dari segi perlembagaan di negara Malaysia. Dari segi ekonomi, sumbangan golongan ini terhadap kemajuan ekonomi negara ialah fakta yang tidak boleh diketepikan.


Idea asimilasi budaya juga tidaklah begitu utama, malah hampir mustahil untuk dilakukan setelah lebih 60 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, sebaliknya, negara Malaysia seharusnya dibangun dengan identiti yang menerima kepelbagaian budaya sebagai identiti negara. Diversiti sebagai kekuatan, bukan kelemahan.


Dalam sebuah negara Islam, sepatutnya usaha dakwah dilakukan secara sistematik. Golongan non-muslim diberi kefahaman yang betul tentang Islam, dipelihara nyawa, harta, agama serta kehormatan mereka, manakala umat Islam memaparkan sikap yang selari dengan ajaran Islam, sehingga bangsa-bangsa yang berhijrah ke wilayah umat Islam berasa aman, selamat dan lembut hati untuk menerima Islam. Pun begitu, setelah segala kebaikan diberikan, jika terdapat unsur jahat yang cuba menggugat kedudukan Islam di dalam wilayah umat Islam sendiri, tidakan tegas wajib dikenakan. Kaedah lembut dan tegas harus seimbang untuk menjaga kemaslahatan umum.

Wednesday, November 1, 2023

๐ˆ๐ฆ๐ž๐ฃ ๐๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฉ ๐‰๐ข๐ฐ๐š

 Dalam masa kira-kira sebulan kebelakangan ini, saya anggarkan, kebanyakan dari kita melihat gambar dan video tentang kematian dalam kuantiti yang sangat banyak. Ianya sangat ngeri, tragis, membakar kemarahan dan kesedihan manusia yang berjiwa insan. 

Dalam perihal ini, ada hadis untuk kita jadikan ibrah:

Dalam hadis riwayat Muslim dikatakan bahawa Za'id bin Tsabit berkata-  Pada saat Nabi s.a.w berada di kebun Bani Najjar sambil naik keldai dan kami menyertainya, tiba-tiba keldai itu meyimpang dari jalanan, lari dan hampir saja menghempaskan beliau. Ternyata di situ terdapat kuburan enam, lima atau empat orang. Baginda s.a.w bertanya, "Siapa yang mengenal penghuni kubur ini?" Seorang lelaki menjawab, "Saya." Baginda bertanya lagi, "Bila mereka meninggal?" Ia menjawab, "Ketika mereka syirik." Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya umat ini diuji dalam kuburannya, dan kalau bukan kerana kalian akan takut menguburkan (jenazah), sungguh aku akan berdoa kepada Allah agar Ia memperdengarkan azab kubur yang ku dengar kepada kalian. " [๐‡๐‘ ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ] 

Jangan sesekali lupakan penderitaan warga Pa1estine, atau sesiapa sahaja, di manapun mereka berada. Keadilan harus ditegakkan, kekejaman wajib dihentikan.

Cuma, dalam konteks kehidupan seharian, kita tidak boleh merosakkan emosi dengan kengerian secara berterusan. Sebagaimana Rasulullah s.a.w tidak mahu umat baginda ngeri akibat mendengar suara dari kuburan seperti dalam hadis di atas. 

Al Quds pasti akan dibebaskan. Jangan putus asa dari berdoa dan berusaha membangkitkan kesedaran sehingga kejahatan dikalahkan dalam keadaan yang terpaling hina. Satu hari nanti, pasukan tentera yang benar-benar teguh keimanan mereka akan mengalahkan Zi0nist, hingga tidak ada penjuru planet ini mampu menjadi tempat untuk mereka bersembunyi. Demi Allah, ia pasti akan berlaku!!!