Sunday, October 13, 2013

BACAAN AL FATIHAH KEPADA SI MATI TIDAK TERMASUK DALAM AMALAN NABI DAN PARA SAHABAT



Sesungguhnya tidak terdapat dalam sejarah Nabi dan para sahabat serta para salafusoleh yang terkemudian untuk menyedekahkan bacaan dari surah Al Fatihah kepada seseorang yang telah meninggal. 

Adapun bacaan yang bersandar pada perbuatan Rasulullah saw boleh didapati dari hadis riwayat Muslim ini:

لسلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

‘Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, InsyaAllah kami akan menyusul kalian, Aku berdoa kepada Allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. [riwayat Muslim]

Atau membacakan doa yang masyhur ketika menunaikan solat jenazah:

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

"Allah berikan keampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, ampunkanlah dia..... "

Sekadar peringatan kerana setiap Ibadat yang tidak ada asasnya dalam Islam adalah tertolak:

Hati-hatilah dengan perkara yang diada-adakan karena setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. [HR Abu Dawud dan At Tirmizi]


“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak. [HR Bukhari dan Muslim] 

Adapun bentuk pendekatan diri pada Allah yang lainnya, jika terdapat dalil shohih yang menunjukkan sampainya pahala amalan tersebut kepada si mati, maka wajib kita terima. Seperti sedekah yang diniatkan dari si mati, doa kepadanya, dan menghajikannya (badal haji). Sedangkan amalan yang tidak ada dalil bahwa pahala amalan tersebut sampai pada si mati, maka amalan tersebut tidaklah disyari’atkan sampai ditemukan dalil.

Mengupah seorang qari untuk membacakan Al-Qur’an bagi orang yang telah meninggal termasuk bid’ah dan makan harta manusia dengan tidak benar. Karana bila seorang qari membacakan Al-Qur’an dengan tujuan untuk mendapatkan upah atas bacaannya, maka perbuatannya termasuk kebatilan, karena ia menginginkan harta dan kehidupan dunia dari perbuatannya tersebut. 

“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali Neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan” [Huud : 15-16]


Perkara ibadah -termasuk membaca Al-Quran- tidak boleh dilakukan dengan tujuan duniawi dan mencari harta, akan tetapi harus dilakukan dengan tujuan untuk medekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Imam Nawawi dalam kitab Takmilatul Majmu' Syarah Muhadzab mengatakan :


"Adapun bacaan Al Quran dan mengirimkan pahalanya untuk si mati dan mengganti solatnya mayit dan sebagainya....menurut Imam Syafi'i dan Jumhur Ulama adalah tidak dapat sampai kepada mayat yang dikirim, dan keterangan seperti itu telah diulang-ulang oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muslim." (Lihat Imam As Subki, Takmilatul Majmu' Syarah Muhadzab, Juz X hal. 426)

Tafsir Fi Zilalil Quran SURAH AN NAJM : AYAT 29 oleh SAYYID QUTB

Maka tidaklah sekali-kali dihitung kepada seseorang manusia, kecuali dari hasil amal dan usahanya sendiri, tidaklah bertambah atasnya sesuatu (pahala) dari amal yang bukan dari amalnya sendiri, dan tidaklah berkurang sedikitpun sesuatu darinya untuk orang lain (tetap, tidak mengalami perubahan). Kehidupan dunia ini adalah kesempatan bagi dirinya untuk berbuat amal dan berusaha seoptimal mungkin. Dan apabila telah mati, maka kesempatan untuk berbuat dan beramal tidak berguna lagi, dan terputuslah amal perbuatannya. Kecuali hanya apa yang sesuai dengan keterangan "nash" padanya dari hadits Rasulullah SAW, seperti sabda beliau ; "Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal :

1. Dari anak yang soleh yang mendoakannya ( perhatikan!!! hanya anak yang "sholeh", bukan anak yang tidak sholeh)

2. Sedekah Jariyah yang dilakukan selama di dunia,

3. Ilmu yang bermanfa'at padanya dan bagi orang lain.





Perbincangan (oleh Syabab Hizb Tahrir: Ustaz Rdhuan Hakim)
"Tidaklah Kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku" [Adz-Dzariyat:56]

Ayat ini secara umum memaksudkan bahawa tujuan/motif penciptaan jin dan manusia adalah untuk tunduk/patuh kepada Allah Yang Maha Pencipta. Tunduk/patuh inilah maksud sebenar ibadah. Ibadah meliputi segala aktiviti kita sejak celik mata hingga terpejam semula. Semuanya (sepatutnya) berlandaskan kepada aturan Allah (perintah dan larangan-Nya).

Adapun, diantara amalan-amalan harian kita, ada sebahagiannya khusus ditunjuki oleh nas (As-Sunnah) sebagai ibadah khusus. Ibadah ini berasal dari Allah SWT yang diteladankan Rasul SAW. Misalnya solat. Ia merupakan perintah Allah kepada Rasul-Nya dan mukallaf umumnya. Jadi, benarlah sebuah qawa'id yang menyebut, "Asal ibadah (khusus) adalah terhenti/haram (tawaquf) hingga datang dalil mengiyakannya". Dalam hal ini, ibadah khusus wajib diteladani dari Rasul SAW. Menambah atau mengurangi kaifiyat (tatacaranya) adalah satu dosa. Menambah atau mengurangi kaifiyat inilah yang disebut sebagai bid'ah.

Bukan semua hal mudah-mudah disebut bid'ah. Bid'ah hanya terpakai dalam isu menambah atau mengurangi kaifiyat dalam ibadah khusus sahaja.

Lain halnya dengan ibadah umum seperti makan, minum, jogging, memanah, berenang dan lain-lain. Semuanya boleh dipanggil ibadah umum selagi mana ia dilakukan di dalam skop syarie. Biarpun ia asalnya (hukum) mubah atau boleh (jaiz), tetapi ia tetap disebut ibadah kerana tiada nas yang melarangnya. Namun tidak pula ada nas yang menyuruh ia dilaksana. Dalam hal ini, nas mendiamkan hal tersebut, maka ia kekal mubah (harus). Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani mengatakan bahawa segala perbuatan yang mubah boleh menghantar kepada amalan yang baik (hasan) apabila di dalamnya terdapat nilai ruhiyah iaitu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah). Misalnya, membaca fatihah ketika bersiar-siar di taman bunga. Bacaan itu dilakukan atas niat memuji-muji Allah, mendekatkan diri kepada Allah, memahamkan diri tentang makna dan mafhum ayat-ayat Allah.. maka perbuatan ini dikira sebagai sunat (mandub). Asalnya mubah (bersiar-siar) tetapi setelah disertai dengan nilai ruhiyah maka ia diganjar (bukan diiktiraf) dengan ganjaran sunat.

Begitulah halnya dengan membaca fatihah kepada jenazah. Ia bukan bid'ah kerana ia bukan pula ibadah khusus. Ia tidak berasal dari Nabi SAW mahupun ijmak para sahabat r.a. Ia sekadar bacaan biasa yang (insyallah) diganjarkan pahala kepada si pembacanya. Soal bacaan atau pahala bacaan itu sampai kepada si mati, itu bukan soal kita. Itu adalah hak Allah SWT. Hak kita ialah berusaha. Mendoakan si mati, memohon agar ditempatkan mereka dikalangan para solehin, syuhada', siddiqin.. itulah sebaiknya. Kita memohon kepada Allah. Makbul atau tidak, itu hak-Nya. Tak perlu kita bincangkan. Tak perlu kita bertelagah mengenainya.


No comments:

Post a Comment