Monday, December 15, 2014

PENYELESAIAN HAKIKI

Dalam kitab Nizhamul Islam, karangan Syiekh Taqiuddin al-Nabhani Rahimahullah, beliau menggariskan bentuk pemikiran yang akan memberi penyelesaian secara tuntas ke atas segala macam permasalahan hidup yang membelit masyarakat secara kolektif.

Ada dua cara berfikir di kalangan manusia:

1. Menggunakan realiti sebagai SUMBER berfikir, menyesuaikan diri dengan realiti, dan melakukan islah (pembaikan) dari pemikiran yang dibentuk.
2. Menggunakan realiti sebagai OBJEK berfikir, menggunakan satu gugusan pemikiran dari ideology dan memecahkan permasalahan dengan method berasaskan ideology yang difahami dengan jernih.

Revolusi Barat menyaksikan doktrin ketaksuban, ketaatan melulu terhadap golongan agamawan menyaksikan bangkitnya tamadun barat di atas premis "SECULARISM" yang memisahkan agama dari kehidupan, memencilkan segala doctrine agama sebatas perkara individu dan seluruh sistem muamalat (hubungan sesama manusia) diatur sesuai dengan ideology sekular, yang terus mencampakkan fungsi agama Kristian yang sebelum itu menjadi tunjang panutan segala rantaian sistem yang wujud. Barat seterusnya berjaya bangkit dari dark Age dan muncul menjadi tamadun yang mendahului dunia dari teknologi, pemikiran, bahkan mereka berupaya pula melakukan penjajahan ke seluruh dunia.....

Masalah dari "penyelesaian mutlak" ini, muncul pula pelbagai barah dalam kehidupan manusia. Sex bebas, krisis ekonomi, penindasan sang pemodal yang kaya, monopoli pasaran, pemerasan sistematik, korupsi, dan pelbagai barah masyarakat yang menghanyutkan manusia kepada kehidupan tak ubah seperti binatang malah kadangkala lebih hina!!! Itulah ideology SECULAR CAPITALISM yang mana antithesis nya iaitu SOCIALISM muncul kononnya menyelesaikan masalah kerosakan yang timbul tetapi akhirnya lebih brutal dan tetap saja gagal memberikan solusi yang benar.

Maka.... Di tangan kita, sebagai umat Islam yang berikan Al Quran, sebagai petunjuk yang benar untuk mengatur seluruh kehidupan kita, cuba tanya diri kita dengan seikhlasnya, "apakah kita tidak yakin ada solusi dari Rob Yang Maha Bijaksana untuk segala macam permasalahan umat manusia yang pelbagai rencah dan ragam ini?"

Jika jawapannya "YA, kita yakin", selanjutnya, kita wajib menggali dengan benar mutiara-mutiara dari khazanah tsaqafah (gugusan pemikiran yang membekas) dari Deen yang Allah turunkan melalu Muhammad s.a.w sebagai ultimate solution yang akan membebaskan kita dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Rob Yang Maha Agung...

Sesungguhnya Allah telah menampakkan (seluruh) bumi di hadapanku, sehingga aku (dapat) menyaksikan bahagian-bahagian timur dan baratnya. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan menjangkau bahagian-bahagian bumi yang ditampakkan kepadaku” [HR Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Tsauban ra].

Semoga kita bersama mengambil iktibar.

Allahualam

-Adaptasi dari kitab Nizhamul Islam-


Wednesday, December 3, 2014

DA'IE MAHARAJA LAWAK?

Aku mempertahankan daie seperti Ustaz Azhar Idrus yang menggunakan element lawak sebagai daya penarik untuk menyampaikan dakwah. Beliau sendiri juga berulangkali pesan dalam kuliah-kuliahnya, intipati kuliah beliau sampaikan hanya menyasarkan public, masyarakat umum yang rata-rata masih jahil dalam perihal agama. Kalau mahukan yang advance, carilah guru yang lain.
Dalam beberapa hal, aku memang berbeza pandangan dengan UAI, tetapi beliau wajar dihormati sebagai salah satu mata rantai dakwah untuk menarik umat kepada Islam. Trend umat untuk "mendengar dakwah yang menghiburkan" sebenarnya kurang sesuai untuk konteks yang lebih besar, untuk medan yang lebih sengit. Maka, mata rantai itu harus disambung oleh sebilangan daie lain untuk melengkapi. (bukan sebaliknya nak pin point orang tertentu saja untuk kerja dakwah)
Islam dalam bentuk kefahaman mabdaie (ideologist) sememangnya agak berat untuk dihadam umat yang telah bergenerasi hidup dalam sistem yang jauh dari Islam. Maka, daie juga harus kreatif agar dakwah tidak membosankan.

Berkata Abu wail r.a katanya: Abdullah Bin Umar mengajar suatu jamaah tiap-tiap hari Khamis. Seorang lelaki berkata:”Hai Abu Abdul Rahman! Saya mengharap supaya kamu dapat mengajar kami setiap hari.” Jawab Abdullah:”Saya khuatir jikalau kamu semua menjadi bosan. Saya memilih waktu yang baik sebagaimana juga nabi memilih waktu yang baik untuk kami belajar, menjaga supaya kami tidak bosan.” [ Sahih Bukhari].
Allahualam.