Wednesday, December 3, 2014

DA'IE MAHARAJA LAWAK?

Aku mempertahankan daie seperti Ustaz Azhar Idrus yang menggunakan element lawak sebagai daya penarik untuk menyampaikan dakwah. Beliau sendiri juga berulangkali pesan dalam kuliah-kuliahnya, intipati kuliah beliau sampaikan hanya menyasarkan public, masyarakat umum yang rata-rata masih jahil dalam perihal agama. Kalau mahukan yang advance, carilah guru yang lain.
Dalam beberapa hal, aku memang berbeza pandangan dengan UAI, tetapi beliau wajar dihormati sebagai salah satu mata rantai dakwah untuk menarik umat kepada Islam. Trend umat untuk "mendengar dakwah yang menghiburkan" sebenarnya kurang sesuai untuk konteks yang lebih besar, untuk medan yang lebih sengit. Maka, mata rantai itu harus disambung oleh sebilangan daie lain untuk melengkapi. (bukan sebaliknya nak pin point orang tertentu saja untuk kerja dakwah)
Islam dalam bentuk kefahaman mabdaie (ideologist) sememangnya agak berat untuk dihadam umat yang telah bergenerasi hidup dalam sistem yang jauh dari Islam. Maka, daie juga harus kreatif agar dakwah tidak membosankan.

Berkata Abu wail r.a katanya: Abdullah Bin Umar mengajar suatu jamaah tiap-tiap hari Khamis. Seorang lelaki berkata:”Hai Abu Abdul Rahman! Saya mengharap supaya kamu dapat mengajar kami setiap hari.” Jawab Abdullah:”Saya khuatir jikalau kamu semua menjadi bosan. Saya memilih waktu yang baik sebagaimana juga nabi memilih waktu yang baik untuk kami belajar, menjaga supaya kami tidak bosan.” [ Sahih Bukhari].
Allahualam.


No comments:

Post a Comment