Monday, November 10, 2014

KEMPEN FAJAR II


Rasulullah s.a.w sebelum berhijrah sudah punyai pengikut yang ramai, yang sedia berperang dan mati untuk baginda. Namun, baginda tidak mengambil mana-mana wilayah lalu mengishtiharkan diri sebagai ketua negara lalu mendirikan daulah Islam. Baginda melakukan "thalabun nusrah" iaitu mencari dokongan dari kabilah-kabilah arab yang memiliki keupayaan perang dan akhirnya baginda dibaiat oleh bani Aus dan Khazraj, yang telah puluhan tahun berperang sesama sendiri, menyatukan mereka dengan ikatan yang lebih kuat dari ikatan kekeluargaan, iaitu ikatan mabda' (ideology) Islam.
Adapun ISIS yang muncul dan self claimed khilafah dan memaksa penduduk asal Iraq dan Syam untuk memberi baiat kepada mereka bukan merupakan method kenabian dalam mendirikan dawlah. Kemunculan mereka penuh misteri, menyatukan para pemuda dari merata dunia untuk berperang bersama mereka, dilengkapi persenjataan yang mampu melancarkan conventional warfare, iaitu peperangan terbuka yang biasanya hanya dilancarkan oleh angkatan tentera sesebuah negara, bukan kelompok atau kumpulan. Jelas ia sama sekali tidak menepati minhaj yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendirikan sebuah negara Islam dari ketiadaannya. Jelas ia bukan method yang syarie bagi menarik manusia kepada Islam. Lebih jelas apabila kemunculan puak ini memberi imej negatif terhadap Islam, khilafah dan kaum muslimin secara umumnya.
Hijrah Rasulullah s.a.w merupakan hijrah dari darul kufr kepada darul Islam, yang menyebabkan kafir Quraisy terdesak sehingga berkomplot untuk membunuh nabi s.a.w sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Ini kerana, mereka benar-benar yakin, hijrah ini merupakan titik tolak kebangkitan Islam sebagai sebuah mabda' yang agung setelah Islam dizahirkan sebagai sebuah cara hidup yang lengkap.
Fajar kebangkitan hakiki telah muncul. Kebangkitannya umpama terbitnya matahari yang tidak akan lagi mampu dihalang oleh pakatan musuh yang membenci, memusuhi Islam sama ada dari golongan munafiqun, ataupun kafir yang memusuhi Islam. Dan fajar itu akan membawa manusia dari pelbagai jenis ras dan bangsa untuk berbondong-bondong masuk ke dalam agama fitrah ini....


No comments:

Post a Comment