Tuesday, March 5, 2024

Darah Kaum Muslimin Lebih Mulia Dari Ka'bah

 Jika ingin dinukilkan satu kebaikan dari polemik "cium hajar Aswad", saya boleh katakan, ia membuka lembaran perbincangan ilmiah yang sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan bagi sebahagian besar kaum muslimin.

Benar, batu itu ada kemuliaannya. Begitu juga dengan binaan Ka'bah yang telah didirikan oleh Bapa para nabi,Ibrahim Alaihisalam bersama anaknya, Ismail alaihisalam. Akan tetapi, mungkin tidak ramai yang tahu, semulia-mulia Ka'bah, ia tidaklah semulia darah seorang muslim yang haram ditumpahkan tanpa hak. Di sisi Allah, runtuhnya Ka'bah itu lebih kecil berbanding terbunuhnya seorang muslim.

"Dari Abdullah bin Umar berkata, 'Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w tawaf mengelilingi Ka'bah dan Beliau bersabda: 'Alangkah indahnya engkau Ka'bah, alangkah harumnya baumu, alangkah agungnya dirimu, alangkah agungnya kehormatanmu. Demi jiwa Muhammad yang ada di genggaman-Nya, kehormatan, harta dan darah (jiwa) seorang mukmin itu lebih agung di sisi Allah daripada keagunganmu (Ka'bah). Kita tidak boleh berprasangka kepadanya (kepada orang mukmin) kecuali prasangka yang baik. HR. Ibn Majjah.

Ketika ini, setiap hari jiwa kita seakan direntap oleh khabar dari bumi Syam. Tidak berdaya, tidak ada jalan keluar, kelihatan kesemua harapan begitu malap untuk keluar dari krisis kemanusiaan yang terburuk dalam abad ini.

Kenapa pula rakyat Pa1estine begitu teguh berdepan situasi ini. Mereka berbisik sesama mereka, kemenangan yang dijanjikan Allah sangat hampir, walaupun setelah 75 tahun berlalu.... 

Inilah yang dikatakan "KEIMANAN", melihat sesuatu "beyond realm and senses, beyond the inspiration". Amat sukar untuk kita faham sehingga kita juga memiliki mantiq yang khusus mengenainya. Muhammad Ismail mendefinisikan kesedaran politik sebagai "𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒊𝒏 𝒛𝒂𝒘𝒊𝒚𝒂𝒕𝒊𝒏 𝒌𝒉𝒂𝒔𝒉𝒔𝒉𝒂𝒉" (pandangan terhadap dunia dengan sudut pandang yang khas). Bagi kita sebagai kaum muslimin, pandangan khas ini haruslah terpancar dari aqidah kita, yang mentauhidkan Allah Azzawajalla. 

Dua elemen kesedaran politik:

1. Pandangan terhadap dunia (𝑨𝒏-𝒏𝒂𝒅𝒛𝒓𝒂𝒕𝒖 '𝒊𝒍𝒂 '𝒂𝒍𝒂𝒎). Seseorang yang memiliki kesedaran politik tidak melihat masalah itu sebagai masalah tempatan atau rantau, sebaliknya sebahagian dari masalah dunia. Contohnya, dalam isu siapa yang harus dilantik sebagai pemimpin? Mereka akan melihat permasalahan bukan sekadar pada calonnya, tetapi bagaimana para pemimpin yang korup dan lemah terus muncul sehingga meletakkan seluruh kaum muslimin sebagai umat yang lemah dan terus berpecah, di seluruh belahan dunia.

2. Pandangan yang khas (𝒎𝒊𝒏 𝒛𝒂𝒘𝒂𝒚𝒂𝒕𝒊𝒏 𝒌𝒉𝒂𝒔𝒔𝒂𝒉), iaitu memandang politik dengan sudut pandang khas, sebagai seorang muslim. Ini dengan menjadikan 𝒎𝒂𝒃𝒅𝒂' (ideologi) Islam sebagai 𝒎𝒊𝒒𝒊𝒚𝒂𝒔 (piawaian) terhadap persoalan politik. 

Tanpa kesedaran politik yang dibangun dari ruh Islam, mustahil akan berlaku dokongan dari umat Islam sendiri untuk membebaskan Pa1estine dan wilayah lainnya dari cengkaman kuasa penjajah dan membebaskan manusia di seluruh dunia dari perhambaan sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah Yang Maha Agung.