Tuesday, September 17, 2013

Rise of Empire

Dawlah Islam muncul di tengah padang tandus di wilayah Yathrib (kemudian dikenali sebagai Madinah) muncul menjadi pusat empayar terkuat yang menundukkan kedua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi dalam masa kurang 60 tahun.

Kebangkitan ini bukanlah berpunca dari kemajuan teknologi yang dimiliki kaum muslimin. Bukan juga disebabkan oleh ramainya mereka kerana dalam setiap peperangan antara kaum muslimin dengan dua empayar itu, bilangan kaum muslimin adalah lebih sedikit bahkan boleh menjangkau nisbah yang tidak masuk akal untuk menang perang!!!!

Tempoh yang paling singkat dalam sejarah kebangkitan sebuah empayar dalam tamadun manusia ini memiliki satu unsur "luar biasa" yang tidak terdapat dalam mana-mana tamadun lain iaitu AQIDAH YANG BENAR sebagai tunjang kekuatan mereka. Mereka berekonomi, berpolitik, beribadat, bergaul bahkan seluruh aturan hidup mereka adalah terbit dari aqidah yang benar ini dan mereka mencampakkan segala kepercayaan karut yang tidak selari dengan aqidah ini.

Hari ini, kaum muslimin yang juga menyatakan keimanan mereka kepada ajaran yang sama iaitu Islam tetapi mereka juga mengambil deen selain dari Islam sebagai tuntunan hidup mereka. Mereka percaya, demokrasi itu boleh disesuaikan dengan Islam lalu mereka cuba bermuamalat agar Islam itu sesuai dengan demokrasi itu. Contoh jelas, mereka menerima hukum taghut dan hukum Allah untuk dilaksanakan bersama-sama sedangkan ia jelas bertentangan dengan syiar Islam. Kaum muslimin meninggalkan kemuliaan jihad dan menjadi golongan yang pengecut dan cintakan dunia. Kaum muslimin menjadi bodoh dalam memikirkan penyelesaian terhadap permasalahan mereka sehinggakan dikala saudara mereka disembelih, dirogol, dibakar hidup-hidup mereka berbicara tentang "boikot barangan" atau sekadar berdoa dan menderma daripada berusaha kepada penyelesaian hakiki....

Kembalikan kemuliaan kita sebagai umat yang terbaik.....
Sambutlah KHILAFAH!!!!

Monday, September 9, 2013

Menyelamatkan Nyawa, Menyelamatkan Ummah

Dalam prinsip First Aid, ada konsep dipanggil 4B Concept untuk prioritize tindakan yang bakal diambil semasa menyelamatkan mangsa:

1. Breathing
2. Bleeding
3. Breaks
4. Burns

Pernafasan ialah perkara pertama untuk diperhatikan. Sama ada mangsa itu bernafas, tercekik, tidak bernafas dan sebagainya kerana otak manusia akan mati dalam masa kurang 10 minit tanpa oxygen. Setelah pernafasan berjaya distabilkan/bantuan perubatan tiba, maka perhatian dialihkan kepada yang seterusnya mengikut susunan di atas. Kesemua 3 yang lain itu tetap boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat, cuma urutan keutamaan ini disusun untuk memastikan yang mana sangat memerlukan perhatian segera dan seterusnya untuk tindakan (Sumber:Tony Howard: http://blog.sea2skyservices.com/2012/02/16/4-bs-of-first-aid-how-to-prioritize-care/ ) & Mr Kalaivanan: Manual Bantuan Cemas Persatuan Bulan Sabit Malaysia. 

Adapun didalam menangani krisis politik global, kita faham dalam situasi krisis seperti di Syiria di saat ini, bantuan segera ialah bantuan yang memastikan pembunuhan dihentikan ialah dengan bantuan ketenteraan bagi menghalang pembunuhan terus berlaku. Diikuti dengan bantuan makanan, perubatan, tempat tinggal, dan lain-lain yang juga sangat penting.

Kita boleh umpamakan usaha memberi bantuan yang dilakukan kaum muslimin hari ini adalah menyalahi hierarchy penyelamatan yang sewajarnya dilakukan bagi menyelamatkan mangsa krisis. Sememangnya ia akan membantu mangsa yang tersangat terdesak dan memerlukan namun jika mahu dianggap sebagai PENYELESAIN MASALAH, jawapannya kita sedia maklum, kan? Pihak yang memiliki kekuatan perang sahaja yang mampu melancarkan tindakan menamatkan krisis dan memberi perlindungan mangsa dari pemangsa.

Walaubagaimanapun, jika pihak yang melancarkan tindakan ketenteraan itu merupakan pembunuh yang juga masih hanyir berlumuran darah, akal waras tetap akan memahami bahawa ia bukan penyelesaian bagi konlik berdarah yang berlaku....

“Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, Nabi saw bersabda: 'Sesungguhnya Imam/Khalifah itu adalah perisai. Di belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung. Apabila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun apabila ia memerintah dengan selain daripadanya, maka ia akan mendapat akibatnya.” [HR Muslim].

Sunday, September 8, 2013

Dajal akan muncul dari Iran?

Haji Said Haji Ibrahim, Mantan Mufti Sabah ada mengongsikan beberapa hadis yang berkait dengan kemunculan Al Masih Dajjal di akhir zaman dalam kitabnya, bertajuk Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mari kita semak beberapa hadis berikut:
Dari Fatimah binti Qais bahwa beliau pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ
“Tidaklah dia (Dajjal) di laut syam, atau laut Yaman, tidak. Tetapi dari arah Timur. Dia dari arah Timur, dia dari arah Timur..” dan beliau berisyarat dengan tangannya ke arah Timur. (HR. Muslim no. 2942).
Dari Abu Bakr as-Sidiq radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
الدَّجَّالُ يَخْرُجُ مِنْ أَرْضٍ بِالمَشْرِقِ يُقَالُ لَهَا: خُرَاسَانُ

Dajjal akan keluar dari daerah Yahudiyah Asbahan. Dia bersama 70 ribu orang Yahudi.” (HR. Ahmad)
Asbahan: Sering juga disebut Isfahan. Termasuk wilayah Iran. 340 km di Selatan Teheran. Ketika Bukhtanshar menyerang Baitul Maqdis dan menjadikan penduduknya sebagai tawanan, bersama orang Yahudi. Kemudian mereka ditempatkan di Isfahan. Akhirnya wilayah tersebut dinamakan kampung Yahudiyah. Ibu kota Isfahan saat ini adalah Yahudiyah (Mu’jam al-Buldan, 1:208).
Hanya saja, fenomena kehadiran Dajjal mulai semarak di kalangan umat manusia, setelah dia berada di daerah antara Irak dan Syam (kawasan 4 negara: Syiria, Palestine, Libanon, dan Jordan).
Dari Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إنه خارج خلة بين الشأم والعراق، فعاث يمينا وعاث شمالا، يا عباد الله فاثبتوا
Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerusakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!” (HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).
Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan:
فيكون بدء ظهوره من أصبهان من حارة منها يقال لها اليهودية وينصره من أهلها سبعون ألف يهودي
“Pertama mulai munculnya Dajjal di Isfahan, tepatnya di dataran berbatuan, yang dinamakan kampung Yahudiyah. Dajjal dibela oleh 10 ribu orang yahudi dari penduduk Isfahan.” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim, Hal. 59).