Monday, September 9, 2013

Menyelamatkan Nyawa, Menyelamatkan Ummah

Dalam prinsip First Aid, ada konsep dipanggil 4B Concept untuk prioritize tindakan yang bakal diambil semasa menyelamatkan mangsa:

1. Breathing
2. Bleeding
3. Breaks
4. Burns

Pernafasan ialah perkara pertama untuk diperhatikan. Sama ada mangsa itu bernafas, tercekik, tidak bernafas dan sebagainya kerana otak manusia akan mati dalam masa kurang 10 minit tanpa oxygen. Setelah pernafasan berjaya distabilkan/bantuan perubatan tiba, maka perhatian dialihkan kepada yang seterusnya mengikut susunan di atas. Kesemua 3 yang lain itu tetap boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat, cuma urutan keutamaan ini disusun untuk memastikan yang mana sangat memerlukan perhatian segera dan seterusnya untuk tindakan (Sumber:Tony Howard: http://blog.sea2skyservices.com/2012/02/16/4-bs-of-first-aid-how-to-prioritize-care/ ) & Mr Kalaivanan: Manual Bantuan Cemas Persatuan Bulan Sabit Malaysia. 

Adapun didalam menangani krisis politik global, kita faham dalam situasi krisis seperti di Syiria di saat ini, bantuan segera ialah bantuan yang memastikan pembunuhan dihentikan ialah dengan bantuan ketenteraan bagi menghalang pembunuhan terus berlaku. Diikuti dengan bantuan makanan, perubatan, tempat tinggal, dan lain-lain yang juga sangat penting.

Kita boleh umpamakan usaha memberi bantuan yang dilakukan kaum muslimin hari ini adalah menyalahi hierarchy penyelamatan yang sewajarnya dilakukan bagi menyelamatkan mangsa krisis. Sememangnya ia akan membantu mangsa yang tersangat terdesak dan memerlukan namun jika mahu dianggap sebagai PENYELESAIN MASALAH, jawapannya kita sedia maklum, kan? Pihak yang memiliki kekuatan perang sahaja yang mampu melancarkan tindakan menamatkan krisis dan memberi perlindungan mangsa dari pemangsa.

Walaubagaimanapun, jika pihak yang melancarkan tindakan ketenteraan itu merupakan pembunuh yang juga masih hanyir berlumuran darah, akal waras tetap akan memahami bahawa ia bukan penyelesaian bagi konlik berdarah yang berlaku....

“Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, Nabi saw bersabda: 'Sesungguhnya Imam/Khalifah itu adalah perisai. Di belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung. Apabila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun apabila ia memerintah dengan selain daripadanya, maka ia akan mendapat akibatnya.” [HR Muslim].

No comments:

Post a Comment