Dalam masa kira-kira sebulan kebelakangan ini, saya anggarkan, kebanyakan dari kita melihat gambar dan video tentang kematian dalam kuantiti yang sangat banyak. Ianya sangat ngeri, tragis, membakar kemarahan dan kesedihan manusia yang berjiwa insan.
Dalam perihal ini, ada hadis untuk kita jadikan ibrah:
Dalam hadis riwayat Muslim dikatakan bahawa Za'id bin Tsabit berkata- Pada saat Nabi s.a.w berada di kebun Bani Najjar sambil naik keldai dan kami menyertainya, tiba-tiba keldai itu meyimpang dari jalanan, lari dan hampir saja menghempaskan beliau. Ternyata di situ terdapat kuburan enam, lima atau empat orang. Baginda s.a.w bertanya, "Siapa yang mengenal penghuni kubur ini?" Seorang lelaki menjawab, "Saya." Baginda bertanya lagi, "Bila mereka meninggal?" Ia menjawab, "Ketika mereka syirik." Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya umat ini diuji dalam kuburannya, dan kalau bukan kerana kalian akan takut menguburkan (jenazah), sungguh aku akan berdoa kepada Allah agar Ia memperdengarkan azab kubur yang ku dengar kepada kalian. " [๐๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ]
Jangan sesekali lupakan penderitaan warga Pa1estine, atau sesiapa sahaja, di manapun mereka berada. Keadilan harus ditegakkan, kekejaman wajib dihentikan.
Cuma, dalam konteks kehidupan seharian, kita tidak boleh merosakkan emosi dengan kengerian secara berterusan. Sebagaimana Rasulullah s.a.w tidak mahu umat baginda ngeri akibat mendengar suara dari kuburan seperti dalam hadis di atas.
Al Quds pasti akan dibebaskan. Jangan putus asa dari berdoa dan berusaha membangkitkan kesedaran sehingga kejahatan dikalahkan dalam keadaan yang terpaling hina. Satu hari nanti, pasukan tentera yang benar-benar teguh keimanan mereka akan mengalahkan Zi0nist, hingga tidak ada penjuru planet ini mampu menjadi tempat untuk mereka bersembunyi. Demi Allah, ia pasti akan berlaku!!!
No comments:
Post a Comment