Kaum Kafir Quraisy mengadakan perbincangan di rumah Walid Bin Al Mughirah dalam usaha merangka propaganda untuk menyekat dakwah nabi s.a.w sebelum masuknya musim haji pada waktu itu kerana khuatir, dakwah yang disampaikan baginda akan mempengaruhi para jemaah haji yang datang dari luar Mekah. Antara usul yang dibincangkan, tuduhan nabi sebagai bomoh. Ternyata ia tidak masuk akal kerana Muhammad saw bukan berwatak seperti seorang bomoh/dukun. Ada pula mengusulkan Muhammad saw dituduh sebagai orang gila. Ternyata Muhammad saw adalah seorang yang waras, bijaksana dan tidak ada satupun tanda menunjukkan baginda itu gila. Ada pula mengusulkan tuduhan Muhammad saw sebagai seorang ahli sihir. Ternyata masyarakat mengenali Muhammad saw tanpa sebarang perilaku seorang pengamal sihir. Akhirnya Muhammad saw dituduh sebagai PENYIHIR DENGAN PERKATAAN. Kata-katanya dikatakan mempengaruhi orang ramai sehingga memisahkan diri dari kaum keluarga dan meninggalkan amalan nenek moyang mereka.
Mengaitkan apa yang berlaku dengan perjuangan Hizbut Tahrir di merata belahan dunia. Hizb dituduh membawa ajaran sesat. ternyata bagi mereka yang mengenali para pendokong Hizb, dan mengkaji ajaran dari Hizb, tidak ada pun kesesatan seperti yang dituduh itu. Ada pula menuduh Hizb pemecah-belah masyarakat. Ternyata seruan yang diserukan ialah menyatukan seluruh bangsa manusia di bawah panji "لاَ إِلَهَ إِلَّاالله...." Yang merentasi sempadan wathaniah dan asobiyyah. Terbaru, tuduhan sebagai pengecut kerana memilih jalan menegakkan dawlah Islam dengan jalan keamanan. Ternyata dari kalangan Hizb, para pemuda yang berikrar menjaga dan mendokong agama Allah dengan amanah. Yang menginfakkan kehidupan mereka pada jalan dakwah bahkan ramai dari kalangan Hizbiyeen meringkuk di penjara-penjara seksaan tali barut musuh, diculik, dibunuh seperti As Syahid Abdul Aziz Al Badri (Ulama HT Iraq) dan Muhammad Muhazdzab (Syabab HT Libya) yang syahid dalam menyampaikan kalimat haq seperti sarana junjungan kita:
«سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ المُطَلِّبِ وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ»
Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berkata di hadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim).
Perjuangan mengambalikan kehidupan Islam bukan sebatas keberanian, keikhlasan dan ketinggian ilmu tetapi juga yang paling utama ialah KEBENARAN yang dibawa yang tidak lain hanyalah dengan tolok ukur dari syarak dan bukan selainnya. Kemenangan bukanlah dengan memperoleh kekuasaan, tetapi menjunjung kebenaran. Sungguh, ia sebahagian dari sunnatullah yang tidak akan pernah mudah!!!!
-Adaptasi dari kitab Daulah Islam: Sheikh Taqiuddin an_Nabhani Rahimahullah-
NOTE: Ini adalah foto dari para syuhada Hizbut Tahrir Libya, diambil dari dalam penjara Qaddafi dari kanan ke kiri (Mohamed Muhadhab Hafaf, Mohamed Al Sadeq, Saleh Al Qasabi, Abdul Rahman Alsaeed dan Hasan Al Kurdi). Semoga Allah menempatkan mereka di tempat yang mulia di sisi-Nya..
No comments:
Post a Comment