1. Bagaimana kedudukan terbaru kebangkitan Syiria?
Revolusi Syiria genap 3 tahun pada March 2014. Regim secara kehilangan banyak wilayah ke tangan para pejuang dari maysof ke dier Ez Zour tetapi masih menguasai sekitar Latakia ke Damsyik. Secara keseluruhan, pihak pejuang menguasai kawasan yang lebih banyak dari regim tetapi regim tetap menguasai lokasi strategik yang menghubungkan Damsyik dengan Laut Mediterranean.
2. Bagaimana imbangan kuasa terkini di Syiria?
Dengan bantuan dari Hizbolat dan Iran, regim masih berupaya mengekalkan kedudukan di Damsyik tetapi tidak mampu merampas kembali wilayah yang telah dikuasai pejuang. Di satu sisi, pihak pejuang dari kaum muslimin dan di satu sisi ialah puak Alawiyeen dibantu Iran dan Hezbolat.
3. Siapakah Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) ?
ISIS ialah puak insurgent yang berjuang di Iraq semasa pencerobohan USA. Beroperasi dalam beberapa nama termasuk Al Qaeda dan Islamic State of Iraq. Disokong oleh amir ISIS Abu Bakr al-Baghdadi, Abu Muhammad al-Joulani menubuhkan Jabhat al-Nusra (Nusra Front) pada January 2012. Dengan pengalaman sebagai insurgent yang luas, Jabhat al-Nusra melakukan banyak serangan yang significant terhadap pihak regim. Matlamat Jabhat al-Nusra dan ISIS adalah sama iaitu mendirikan KHILAFAH tetapi berbeza dari segi keutamaan. ISIS mengutamakan penerapan syariat Islam di kawasan dikuasainya mana kala JAN lebih mengutamakan perang menumbangkan regim.
4. ISIS disusupi pihak perisikan musuh?
Kumpulan Jihad di merata dunia memerlukan latihan dan suasana kondusif untuk mengkoordinasi perang gerila secara efektif, persenjataan dan pembuatan bom. Iran mencipta Hezbolat dan Pakistan mencipta Taliban adalah contoh yang termudah. Banyak pula yang berlaku di mana kumpulan Jihadis ini membelakangkan "tuan" mereka dalam perkara tertentu. Hakikatnya, kumpulan Jihadis memiliki hubungan dengan kerajaan-kerajaan tertentu sekalipun pengaruh kerajaan tersebut ke atas mereka berubah-ubah.
Kerajaan Syiria memiliki sejarah panjang dalam membiayai gerakan jihad sejak 3 dekad lalu. Syiria memainkan peranan dalam menyusup masuk ke pihak penentang dari Sunni semasa perang Iraq dan menyalur maklumat risikan kepada pihak USA. Al Qaeda Iraq menyasarkan orang awam syiah dengan pengebom berani mati terhadap target awam dan melakukan banyak penculikan dan pembunuhan menyebabkan banyak kumpulan jihad lebih banyak mengangkat senjata menentang Al Qaeda dari memerangi tentera Amerika. Satu kenyataan penting untuk difahami, ISIS sepertimana group jihadis yang lain juga infiltrated dan bagi kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan kebangkitan Islam, mereka tidak akan yakin dengan keupayaan group seperti ini dalam menjayakan aspirasi mereka.
5. Atas asas apa ISIS mengisytiharkan Negara Islam di sesetengah wilayah di Syiria dan Iraq?
ISIS dituduh sebagai membuat pengisytiharan sebegitu sedangkan kenyataan rasmi ISIS ialah lebih kepada mendirikan sistem Emirates (Amir). Perlu difahami, sistem Khilafah dan Emirates memiliki ciri tersendiri yang berbeza. Dasar luar sebagai contoh, adalah perbezaan antara keduanya.
6. Apakah ketegangan terbaru di Iraq berkait dengan Syiria?
Penaklukan Fallujah dilapor pada awal 2014. Jabhat al-Nusrah adalah pasukan jihad yang berasal dari Iraq yang kemudiannya ke Syiria menentang regim Basyar. Ini saja kaitan antara keduanya. Apa yang berlaku sekarang ni lebih kepada tentangan rakyat terhadap regim Maliki yang korup.Realitinya, kerajaan Iraq pimpinan Maliki dan pihak-pihak kabilah masih berkuasa di Iraq walaupun selalu dipropagandakan ISIS menguasai Fallujah.
7. Apa realiti perbalahan di pihak penentang?
Perbalahan ini berpunca dari sikap ISIS sendiri. Banyak pihak menyarankan ISIS bergabung dengan pihak mujahideen lain sebagai satu unit di Syiria dalam rangka menumbangkan regim dan mendirikan negara Islam tetapi sebaliknya ISIS menguasai kawasan yang sedia dikuasai pihak penentang dan "memerintah"nya.
Isu tercetus apabila ISIS memasuki Atareb untuk menahan individu tertentu dan mendirikan mahkamah syariah di situ. Namun penduduk tempatan enggan. ISIS menculik individu berkenaan dan kemudiannya mayatnya yang penuh kesan seksaan dijumpai ditepi jalan. Pihak ISIS dihalang dari memasuki check point bandar Atareb bagi mengelakkan fitnah lebih besar dan dari situ pertempuran mula tercetus.
8. Apa realiti pihak penentang di bawah panji Islam?
Dua pakatan terbesar iaitu Islamic Alliance yang ditubuhkan oleh 11 organisasi jihad pada September 2013. Pakatan ini terdiri dari puak terkuat dalam FSA iaitu Jabhat al-Nusrah dan Syirian Islamic Front dan mereka sepakat untuk mendirikan dawlah Islam.
Beberapa hari kemudian, 50 kumpulan di sekitar Damsyik bergabung membentuk Jaish al-Islam dan tidak memperhitungkan kekuasaan FSA di sesetengah lokasi. Mereka bersepakat menola National Coalition dan menyatakan Islam sebagai sumber perundangan.
9. Kenapa regim gagal mengalahkan para pejuang?
Kekuasaan keluarga Assad selama lebih dua dekat adalah melalui imej menakutkan dengan dokongan pihak perisikan yang kejam. Sebahagian besar tentera Syiria terdiri dari puak sunni yang tidak mendapat kepercayaan penuh regim untuk digerak ke medan perang. Assad hanya bergantung kepada unit elitnya. Kelemahan ini ketara kerana Assad lebih banyak bergantung kepada kekuatan dari Hezbolat dan Tentera Revolusi Iran (IRGC) serta beberapa puak militia Syiah dari Iraq.
10. Kenapa pejuang gagal menumbangkan regim?
Mereka kurang kawalan dan perintah di peringkat negara (national level) untuk mengkoordinasi peperangan selain beberapa pusat graviti pemerintahan di pihak pejuang. Keadaan diburukkan dengan perbalahan sesama pejuang.
ISIS pula lebih memfokuskan perihal memerintah wilayah yang dikuasai dari berjuang menumbangkan regim.
ISIS pula lebih memfokuskan perihal memerintah wilayah yang dikuasai dari berjuang menumbangkan regim.
11. Apakah prospek berdirinya semula Khilafah?
Ada 2 aspek untuk dipertimbangkan:
i) Pandangan umum- Umat Islam di Syiria telah menyatakan kesediaan mereka menumbangkan regim dan mendirikan sistem Islam
ii) Keupayaan Syiria- Tanpa sokongan dari wilayah berjiran, amat sukar untuk Syiria bersendirian memikul kewajipan yang berat ini. Memilki kedudukan strategik dalam saluran gas dan minyak, serta tanah pertanian yang subur, Syiria kekurangan dari segi teknologi ketenteraan serta industri. Walaubagaimanapun, Rasulullah saw sendiri mendirikan daulah Islam di tengah kawasan gersang, dihimpit dua empayar besar Rom dan Parsi pada waktu itu.
Apabila ketentuan Allah tiba, maka faktor ini tidaklah sesuatu yang perlu diperhatikan lagi dan bumi Syiria akan menjadi tapak tegaknya kembali KHILAFAH insyallah.
12. Bolehkah perpecahan mazhab diselesaikan?
Strategi yang diguna oleh penjajah ialah meletakkan puak minority sebagai pemerintah, dengan itu pemerintah itu akan terus bergantung kepada mereka untuk melangsungkan kekuasaan. Di Syiria, Perancis meletakkan Nusayris (Alawis) sebagai menguasa yang mana golongan ini hanya mewakili 10% dari populasi Syiria. Kepimpinan didominasi keluarga Assad yang memerintah dengan zalim.
Menyelesaikan masalah mazhab memerlukan penukaran regim bersama sistemnya dan menggantikannya dengan sistem alternatif. Kebanyakan perbezaan di kalangan ummah tidak semestinya political tetapi lebih kepada perundangan yang mana Islam telah memberi kerangka yang lebih jelas mengenainya. Hanya apabila permasalahan perundangan bertukar menjadi permasalahan politik, maka masalah mazhab tidak lagi mampu diselesaikan
13. Apa rancangan Barat terhadap Syiria?
Memastikan bonekanya terus memerintah demi kepentingan mereka. Mereka cuba memastikan siapapun menguasai Syiria, matlamatnya bukan sebuah dawlah Islam.
14. Apa peranan negara kaum muslimin di sekitar?
Iran, Turki, Arab Saudi, Jordan dan Qatar hanyalah buah catur bagi pihak musuh. Mereka tidak menawarkan sebarang penyelesaian selain apa yang dikehendaki oleh tuan-tuan mereka di Landon, Paris atau Washington.
15. Bolehkan negara sekitar menamatkan krisis?
Turki dan Mesir memiliki keupayaan tentera yang lebih dari mencukupi untuk menumbangkan regim Basyar Assad yang sudah sedia lemah. Mereka memiliki kekuatan tetapi memilih hanya sebagai penonton.
-Terjemahan ringkas dari analisis oleh Adnan Khan- http://www.khilafah.com/images/stories/Resources/SyriaQ&AupdateJan2014.pdf
16. Kenapa malaysia tak hantar tentera?
ReplyDeleteKerana malaysia juga adalah buah catur British. Lemah. Pemimpinnya yg lebih cintakan dunia. Lebih suka mengikut telunjuk british atas alasan perjanjian pertahanan & keselamatan. Lebih suka berkiblatkn amerika atas alasan perniagaan yg penuh riba. Sedangkan saudara islam di moro, selatan thai, rohingya maupun di seluruh dunia byk yg tertindas. Apakah kita menolong membebaskan mereka? Tidak! Atas alasan menolak keganasan! Oh lupa pula sy yg kita ini bkn daulah khilafah tetapi sebaliknya berhukum taghut. Firman Allah:
'Āli `Imrān:28 - Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
An-Nisā':74 - Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.