Sunday, April 13, 2014

Saintis Muslim Menulis



Melihat kepada rumput kering atas divider jalan dek kepanasan, terfikir juga akan penjaga rumput itu, penjaga yang mencipta ciptaan yang terhitung banyaknya sehingga terwujud rantaian kehidupan baik rantaian makanan, rantaian interaksi yang pelbagai yang mewarnai alam yang indah ini, sekalipun di lokasi kotor seperti tempat pembuangan sampah atau kumbahan.

Segala sistem yang dicipta Nya menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Nya yang Maha Agung yang tidak mungkin mampu ditandingi oleh sesiapapun.

Dia menurunkan Al Quran sebagai Al Furqan (Pembeza), yang mengatur seluruh kehidupan dengan aturan Nya. Alangkah ruginya sesiapa yang berpaling dari apa yang Dia aturkan.

Jika para atheist cuba berhujah segala ini berlaku "secara spontan", tidak ada penciptaan, maka dia perlu mendatangkan bukti sesuatu perkara yang tidak dicipta. Yang berlaku tanpa ada hukum dan aturan dibaliknya.

Ada atheist yang berhujah denganku menggunakan "Konsep Keabadian Tenaga"... Konon tenaga satu contoh yang tidak dicipta walaupun oleh Tuhan.

Atheist sebegitu menunjukkan kebodohan fatal sebab dalam quantum mechanic physic ada konsep yang dipanggil Wave Particle Duality yang menjadi titik tengah kepada banyak pengiraan fizik ke atas konsep kewujudan molekul & tenaga, serta segala macam sifat berkaitan dengannya yang sangat sukar diterangkan dalam bahasa mudah kecuali menyatakan jirim dan gelombang (tenaga) bersifat kembaran. Kembaran ini yang menerangkan ketidakpastian bentuk kekal jirim atau tenaga.

Aku suka perkataan ketidakpastian (uncertainty) ni sebab kita mudah faham, batas sains yang difahami manusia dipenuhi ketidakpastian, dan konsep keabadian tenaga yang merupakan sebahagian darinya juga berdiri atas premis ini.

Sedang sains penuh dengan ketidakpastian, Allah menurunkan Al Quran dengan penuh kepastian, menjawab konsep penciptaan yang tidak mampu dijawab oleh sains yang sangat terbatas.

Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 2)

No comments:

Post a Comment