Wednesday, May 29, 2013

Assabiyyah dan Wathaniyyah yang tidak pernah menyatukan manusia

Assabiyyah merupakan ikatan yang mengikat bangsa Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Mereka sering bergaduh serta berperang antara satu sama lain semata-mata kerana ingin mempertahan puak masing-masing. Setelah Rasulullah diutus, baginda terus menghapuskan ikatan ini dan menyatukan manusia di bawah satu ikatan baru yang bukan sahaja dapat mengikat bangsa Arab, malah seluruh umat manusia. Siapa sahaja yang menyahut seruan Rasulullah, maka terburailah semua ikatan bangsa atau keturunan, walau antara bapa dengan anak sekalipun dan mereka hanya bersatu di bawah ikatan yang baru ini, yakni ikatan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.

Ikatan akidah ini terus menjadi asas kepada hubungan antara Muslim selama beribu tahun, dari zaman Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hinggalah ke zaman Khilafah Uthmaniyyah. Islam telah menyatukan bangsa Arab, Barbar, Rom, Parsi, India dan lain-lain dan menjadikan mereka ummatan wahidah (umat yang satu). Islam juga telah mempersatukan manusia tanpa mengira warna kulit, keturunan, bahasa mahupun status sosial. Semuanya disatukan berdasarkan kalimah yang sama dan digabungkan di bawah negara yang sama (Daulah Khilafah). Tidak diragukan lagi, kalimah tauhid inilah yang telah meruntuhkan semua sifat dan sempadan assabiyyah serta wathaniyyah yang telah membelenggu manusia selama ini. Dan ikatan suci tanpa sempadan inilah yang pihak kuffar Barat berusaha siang dan malam untuk menghapuskannya.

Dengan membelek lipatan sejarah, kita akan dapati bahawa pihak kuffar telah berusaha berabad-abad lamanya untuk menghancurkan Daulah Islam yang telah dibina dan berdiri kukuh di atas asas akidah yang telah dibawa oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Peperangan demi peperangan tak kunjung padam, bermula dari Perang Badar, Uhud, Ahzab, Mu’tah, Tabuk, Yarmuk, Qadisiyah, dan yang paling panjang, Perang Salib. Namun, semua usaha golongan kuffar untuk memadamkan cahaya Allah ini tidak mendatangkan hasil. Kekuatan Daulah Islam yang tiada taranya membuatkan musuh-musuh Islam akur bahawa Daulah Islam adalah satu kuasa yang tidak akan dapat dikalahkan. Hal ini berlaku tidak lain kerana kaum Muslimin memerangi kuffar semata-mata atas satu dasar yakni Islam. Kaum Muslimin dulunya adalah orang-orang yang hidup hanya untuk Islam dan sanggup menyerahkan jiwa dan raga demi Islam, bukannya demi assabiyyah atau wathaniyyah. Bak ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan “ORANG-ORANG YANG BERSAMAKU INI MENCINTAI MATI (SYAHID) SEBAGAIMANA KAMU MENCINTAI HIDUP". Para mujahideen ini berjuang dengan penuh semangat, keberanian dan keimanan demi meninggikan kalimah Allah dan bukannya berperang atas dasar bangsa atau tanahair.


"Tinggalkanlah!!! Itu adalah perkara yang busuk!!!" (HE Bukhari & Muslim)

"Siapa sahaja yang berperang di bawah panji kejahilan, marah kerana asobiah (fanatisme puaknasionalisme, rasis dan sejenisnya), atau menyerukan asobiah, atau menolong dalam rangka asobiah lalu dia mati, maka matinya adalah mati jahiliah" (HR Muslim)

Dalam hadis lain yang lebih keras dan jelek peringatan dari Rasulullah saw:

"Siapa sahaja yang berbangga-bangga dengan kebanggaan jahiliah, maka hendaklah kalian menyuruh mereka menggigit kemaluan bapak mereka, dan janganlah kalian menyatakan hal itu secara samar-samar" (HR Ahmad, Nasa'i, Ibn Hibban & At Tabrani)


"Sungguh hina-dina kaum yang membangga-banggakan nenek moyang mereka, atau mereka menjadi lebih hina di sisi Allah dari Ju'al (sejenis haiwan) yang mengais-ngais sampah menggunakan hidungnya" (HR Ahmad & At Tabrani)

"Sesiapa sahaja yang menyeru kepada asobiah (fanatisme puaknasionalisme, rasis dan sejenisnya), maka dia tidak termasuk di dalam golongan kita (kaum muslimin)" (HR Abu Dawud)

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa Allah menciptakan kalian dari setitis air mani, lalu dijadikan segumpal darah dan kemudian segumpal daging. Kalian berada di dalam keadaan yang lemah selama sembilan bulan di dalam perut ibu-ibu kalian. Allah kemudian mengizinkan kalian lahir ke dunia dalam keadaan tidak berdaya dan tidak mengerti apa-apa. Kalian kemudian menyusu dan membesar dalam dakapan ibu-ibu kalian. Apakah setelah Allah menjadikan kalian sebagai seorang Muslim, kalian kemudian merasa bangga dilahirkan sebagai seorang Melayu atau Arab atau Pakistan? Dan apakah kalian merasa bangga dengan tanahair tempat kalian dilahirkan sehingga bumi itu lebih mulia di sisi kalian berbanding bumi-bumi Allah lainnya? Ingatlah wahai saudaraku bahawa setiap insan tidak pernah meminta untuk lahir ke dunia dan setiap insan juga tidak pernah meminta jenis bangsa, keturunan dan bumi tempat untuk dia dilahirkan. Allahlah Yang Maha Mencipta dan Allahlah yang menentukan segala-galanya. Tunduk dan patuhlah wahai setiap insan...




Monday, May 20, 2013

As Syahid Syiekh Abdul Aziz Al Badri- Ulama Hizb Tahrir yang syahid dalam menyatakan haq

Kenalkah kalian akan lelaki ini? Beliau ialah As Syahid Syiekh Abdul Aziz Al Badri, Ulama Hizb Tahrir Iraq, yang dibunuh oleh pemerintah rejim khianat Parti Baat pada 1969 kerana kelantangannya mengkritik rejim diktator yang memerintah Iraq pada waktu itu. Beliau merupakan anak didik Syiekh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah.

Dinukilkan dari Hajjah Al Ula'u Al Badri mengenai kisah seorang penggali kubur yang secara tidak sengaja tersentuh jasad As syahid di dalam makamnya sewaktu kerja menggali kubur di sebelah makam As Syahid pada tahun 2000, didapati jasad beliau tetap segar seolah baru sahaja meninggal walaupun setelah lebih 30 tahun gugur syahid!!!!

“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutallib dan seorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim lalu menasihatinya, kemudian dia dibunuh oleh penguasa tersebut” [HR Hakim].

Dilahirkan pada 1930 dan syahid pada 1969, beliau sekurang-kurangnya 14 kali dipenjarakan, diseksa akibat keberanian beliau menegur para diktator yang memerintah Iraq dari era Abdul Qarim Kassim (Penguasa Bagdad), kemudiannya Abdul Salam Arif dan Abdul Rahman Arif....

Pada satu malam, tahun 1969, beliau diculik sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya dan dibawa ke Penjara Qashrun Nihayah. Tujuh belas hari selepeas itu, para algojo regim mengheret jenazahnya dan dicampak di hadapan rumahnya. Keluarga as syahid diberitahu beliau meninggal kerana sakit jantung dan diminta dikuburkan tanpa dibuka kain kafannya..... Dikhabarkan beberapa bahagian jenazah As Syahid dipotong, termasuk lidah beliau. 


Dalam kitab As Syahid, bertajuk "Al Islam Baina Al Ulama wa Al Hukkam, beliau menulis"

SESUNGGUHNYA ISLAM SAAT INI MENGHENDAKI UMAT, KHUSUSNYA PARA ULAMA AGAR BERJUANG DENGAN SEKUAT TENAGA MENJELASKAN HUKUM-HUKUM ISLAM DENGAN TERUS TERANG, BERANI, MEMIKUL DAKWAH ISLAM, BERDIRI TEGAK MEMEGANG DASAR-DASAR ISLAM. JIKA MEREKA TIDAK MEMBELA HAQ DAN TIDAK MENCEGAH KEBATILAN, TIDAK MENYRUH KEPADA YANG MA'RUF DAN TIDAK MELARANG APA YANG MUNGKAR, TIDAK MENEGUR PENGUASA..... LALU APA MANFAAT KEBERADAAN MEREKA??? LEBIH BAIK MEREKA MATI SAHAJA DARI HIDUP DI MUKA BUMI....!!!!"

Begitulah serba ringkas kisah seorang penghulu syuhada yang menginfakkan seluruh hidupnya demi memastikan KHILAFAHditegakkan dan Islam diterapkan sebagai deen yang mengatur kehidupan seluruh manusia. 

Semoga sedikit perkongsian ini membakar semangat para pejuang yang rindukan kemenangan Islam yang hakiki...

Wednesday, May 1, 2013

Polemik Vaksinisasi


Ada segelintir orang Islam di Malaysia hari ini mengelakkan anak-anak mereka dari disuntik dengan sebarang vaksinisasi atas sebab meragui status halal vaksin yang dikenakan. Boleh jadi ia dari unsur babi, atau haiwan yang tidak disembelih, mereka mengambil pilihan "ultimate" dengan tidak membenarkan langsung sebarang vaksinisasi dilakukan ke atas bayi mereka, yang seterusnya sangat mendedahkan anak mereka kepada pelbagai risiko penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan dengan adanya vaksinisasi....

Salah satu vaksin yang dikenakan ke atas bayi ialah vaksin untuk rotavirus, yang setakat ini hanya disintesis dari sumber babi. Mazhab Syafie mengharamkan penggunaan sebarang benda haram walaupun untuk berubat melainkan dalam keadaan yang benar-benar darurat, berdasarkan dalil:

Mengapa kamu tidak mau memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas. (Al An'am ayat 119)

Bagi pandangan yang menghalalkan penggunaan benda haram dalam perubatan berdasarkan hadis:

Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)

“Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)


Pandangan saya, berbincanglah dulu dengan para doktor sebelum mengambil keputusan mengharamkan terus segala vaksin dari disuntik kepada anak-anak. Contohnya, virus hepatitis B, sekiranya salah seorang atau kedua ibubapa adalah pembawa atau pengidap penyakit ini, adalah satu kewajipan melindungi anak kecil yang berisiko tinggi dijangkiti dengan vaksinisasi. Bagi penyakit rotavirus pula, ia masih boleh dipertimbangkan berdasarkan risiko dari faktor persekitaran dan latar belakang keluarga seseorang itu. Bukanlah sesuatu yang bijak untuk terus mengabaikan segala keperluan vaksinisasi tanpa memeberikan justifikasi yang saksama terhadapnya. Justifikasi sebegini bukanlah dibuat hanya dengan google di internet atau dengar ucapan-ucapan mereka yang bukan ahli, tetapi mesti merujuk oleh mereka yang berpengetahuan dalam vaksinisasi ini dan dipertimbangkan berdasarkan keadaan yang ada. Benar, hukum Allah itu tetap sepanjang masa hingga kiamat. Namun Islam juga memberi kelonggaran tertentu dalam isu berkaitan dengan fiq perubatan dan perhitungan keselamatan sebagai pilihan kepada kita.

Dari satu sisi yang lain, adalah sesuatu yang tersangat urgent untuk mengembalikan KHILAFAH yang pasti akan memajukan teknologi perubatan dan pharmaceutical nya yang tersendiri dan pada masa itu kita pasti tidak perlu lagi perlu bergantung kepada negara-negara kafir dalam mendapatkan perlindungan kesihatan.....

Ayuh, bersama berusaha mengembalikan KHILAFAH dan ia satu kewajipan!!!!