Sunday, June 30, 2013

SETELAH MATI, APAKAH ISTERI AKAN BERSAMA ARWAH SUAMI?


Persoalan ini sangat banyak ditanyakan kepada aku, selama ini. Antara yang paling kerap bertanya kepadaku ialah Ibuku sendiri, yang merindui arwah Abah yang telah kembali ke rahmatullah 4 tahun lalu setelah berkahwin selama lebih 30 tahun. Aku faham, Ibuku sangat rindu kepada arwah Abah, begitu juga kami semua sebagai anak-anak.


Dari pengkajian dan pertanyaan aku dengan para guru aku (yang memberi pelbagai jenis pandangan) aku simpulkan kat sini untuk dikongsi bersama:
Gambar Allahyarhamah Nike Ardilla


1. Di Syurga, manusia punyai jodoh yang tersendiri untuk mereka.

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

*Imam Nawawi memasukkan hadis ini ke dalam kitabnya yang masyhur, Riyadussaleheen.

2. Di Syurga, para Isteri akan bersama dengan suaminya yang terakhir dikahwini.

"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir". (H.R Al-Albani dan At Tabrani)

3. Di Syurga, para Isteri akan bersama dengan suami yang paling dicintainya semasa didunia:

Wahai Rasulullah saw., bagaimana pendapatmu tentang seorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu menyusul (amal shaleh) mereka?” Maka Rasulullah saw. bersabda, “Seseorang akan bersama orang yang dicintainya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak.

(dikeluarkan Thabarani dalam almu’jam al-kabir (23/367),dan dalam al-ausath (3/279)

Hadis ni dikuatkan lagi dengan ayat umum dari Al Quran:

“di dalamnya (surga) apa saja yang disenangi oleh jiwa.”
(QS.Az-Zukhruf: 71)

Maka, aku memilih untuk beriktiqad dengan pandangan ke tiga. Lagipun, sesungguhnya syurga Allah itu adalah sebaik-baik tempat kembali.

Moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga Allah. Untuk itu, sama-samalah kita jadi hamba Allah yang taat

Sunday, June 23, 2013

Syiekh Atha Khalil Bin Ahmad Abdul Qadir Al-Khatib Abu Ar Rasytah

Pada tanggal 11 Safar 1424H bersamaan 13 April 2003, ketua Dewan Mazhalim Hizb Tahrir telah mengumumkan pemilihan Alim al-Usul (Ahli Usul Fiq) Atha Abu Ar Rasytah (Abu Yasin) sebagai Amir (ketua) Hizb Tahrir yang ketiga. Melalui kepimpinannya, diharapkan dapat membawa Hizb Tahrir untuk meraih pertolongan Allah SWT. Hal itu kerana beliau memiliki perhatian yang luar biasa terhadap dakwah. Beliau juga melakukan pengurusan yang baik dalam aktiviti dakwah serta memanfaatkan potensi para syabab (pemuda-pemudi) Hizb Tahrir dengan semaksimum mungkin.

Nama penuh Amir Hizb Tahri yang ketiga ini ialah: Atha Khalil Bin Ahmad Abdul Qadir Al-Khatib Abu Ar Rasytah. Menurut informasi yang paling kuat, beliau dilahirkan pada tahun 1362H atau 1943M. Beliau berasal dari keluarga yang menitik-beratkan ilmu agama seperti masyarakat umum yang lain. Beliau dilahirkan di kampung kecil Ra'na yang termasuk di dalam wilayah al-Khalil, Palestine. Ketika masih kecil, beliau menyaksikan dan merasakan bencana ke atas Palestine serta penaklukan Yahudi ke atas tanah suci itu pada tahun 1948M, yang terjadi hasil dari dokongan British serta pengkhianatan para penguasa kaum muslimin di negara Arab. Kemudian beliau dan ahli keluarganya berpindah ke kem penempatan berdekatan al-Khalil. 

PENDIDIKAN DAN BIDANG ILMU

Beliau menghabiskan pendidikan awal dan menengah di kem penempatan. Kemudian menyambung ijazah Tanawiyah al-Ula (menurut status Jordan) dari madrasah al-Husain Bin Ali ats-Tsanawiyah di al -Khalil pada 1959M. Seterusnya beliau memperoleh ijazah ats-Tsanawiyah al-Amah (menurut pendidikan Mesir) pada tahun 1960M di Madrash al-Ibrahimiyah di al-Quds asy-Syarif. Setelah itu beliau menyambung pengajian di Universiti Cairo, pada 1960-1961 dalam bidang kejuruteraan. Beliau memperoleh ijazah pada tahun 1966 dalam bidang kejuruteraan Civil pada 1966M. Setelah lulus dari Cairo, beliau bekerja sebagai jurutera di beberapa negara arab. Beliau memiliki karya dalam bidang kejuruteraan sicil iaitu "Al-Wasith fi Hisab al-Kamiyat wa Muraqabah al-Mabani wa ath-Thuruq (method pengiraan kuantitatif dan kawalan bangunan dan jalan). 

Beliau bergabung dengan Hizb Tahrir semasa pendidikan menengah sekitar pertengahan tahun 1950-an. Dalam perjalanan di Jalan Allah, beliau pernah dipenjara beberapa kali di penjara-penjara para penguasa zalim seperti di Saudi, Libya, Iraq dan Jordan. Beliau terus menjadi pengembang dakwah dalam Hizb Tahrir dalam seluruh tingkatan administrasi dan organisasi iaitu sebagai daris, anggota, musrif, naqib mahaliah, anggota wilayah, mu'tamad, jurucakap rasmi dan anggota maktab al-Amir. Sejak 11 Safar 1424H bersamaan 13 April 2003M, dengan izin Allah, beliau terpilih untuk memikul tampuk kepimpinan Hizb Tahrir. Beliau sentiasa memohon kepada Allah agar diberi pertolongan kepadanya untuk mengembang amanah yang besar ini.

PENULISAN DAN KARYA

1. Tafsir surah al Baqarah dengan judul At-Taysir fi Usul at-Tafsir: (Pokok-pokok tafsir praktis surah Al Baqarah)
2. Kajian dalam Usul Fiq berjudul Taysir al-Wusul ila al-Usul (Cara mudah menguasai Usul Fiq) 
3. Sejumlah buku kecil:
a. Al-Azmat al-Iqtisadiyah: Waqi'uha wa Mu'alajatuha min Wijhah Nazri al-Islam (Krisis Ekonomi: realiti dan Penyelesaiannya menurut pandangan Islam)
b. Al-Ghazwah as-Salibiyah al-Jadidah fi al-Jazirah wa al-Khalij (Perang Salib baru di Jazirah Arab dan Teluk)
c. Siyasah at-Tashni' wa Bina ad-Daulah Sina'iyan (Politik Industrialisasi dan Pembangunan Negara Industri)

Hizb Tahrir semasa kepimpinannya (hingga sekarang), juga telah mengeluarkan sejumlah buku:

1. Min Muqawimat an-Nafsiah al Islamiah (Pilar-pilar pengukuh nafsiah Islamiah)
2. Qadhaya Siyasah Bilad al-Muslimin al-Muthallah (Masalah masalah politik negeri kaum muslim yang terjajah)
3. Revisi dan perluasan atas buku Mafahim Siyasiyah li Hizb Tahrir Konsep-konseo politik Hizb Tahrir)
4. Usus at-Ta'lim al-Manhaji fi Daulah al-Khilafah (Asas-asas program pendidikan dalam dawlah Khilafah)
5. Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Negara Khilafah dari sudut Pemerintahan dan Administrasi).
6. Revisi dan penyempurnaan kitab Muqaddimah ad-Dustur (Pengenalan Perlembagaan).



       Rujukan: Artikel keluaran Hizb Tahrir Malaysia dan diedar ke seluruh Malaysia (2013)

Monday, June 10, 2013

As Long As We Have Allah's Blessing, We Have Everything!!!!




Antara propaganda Amerika yang paling tak masuk akal ialah apabila mereka mendakwa, memiliki keupayaan senjata nuklear sehingga mampu memusnahkan planet bumi ini sebanyak 6 kali, juga di pihak Soviet yang mendakwa mampu menghancurkan planet ini sebanyak 2 kali..... Teori keabadian tenaga, tidak mungkin ada daya tenaga sekuat itu within planet ini melainkan planet ini akan menjadi tidak stabil dan musnah dalam masa yang singkat disebabkan tenaga yang tersimpan dalam plutonium atau uranium yang menjadi sumber kekuatan senjata nuklear. Memang benar, senjata nuklear mampu menghasilkan kemusnahan yang amat dahsyat tetapi ia tidak seperti yang didakwa oleh Amerika itu. Lagipun, kalau planet ni musnah, takkan Amerika nak bina planet baru untuk rakyatnya??? Orang bodoh saja percaya omongan karut macam tu!!! 

Dari satu sisi yang lain, kaum muslimin menguasai lebih 60% sumber tenaga dunia, iaitu minyak dan gas. Kaum muslimin menguasai hampir ke semua laluan strategik selat-selat perdagangan. Kaum muslimin mempunyai kadar pertumbuhan polpulasi yang sangat besar berbanding kebanyakan negara Barat yang materialistik dan menguncup kadar pertumbuhan populasinya, apalagi dengan kadar kelahiran anak luar nikah yang luar biasa ramainya..... Kaum muslimin juga menguasai pengeluaran makanan yang melebihi 55% dari pengeluaran dunia dan menjadi pengeksoport makanan yang sangat penting berbanding negara industri barat yang terpaksa mengimport makanan untuk menampung keperluan rakyat mereka sendiri. Alangkah bangang nya kalau mereka nak musnahkan sumber makanan sendiri yang akhirnya meninggalkan rakyat sendiri kebuluran kan?

Yang paling utama, paling penting ialah... Kekuatan IDEOLOGY kaum muslimin ialah dari Quran, dari kalamullah!!! Dari Sang Pencipta yang Maha Bijaksana, yang mengetahui seluruh rentang peristiwa yang tersurat dan tersirat. Kekuatan ideology ini sahaja satu-satunya jalan keluar bagi segala masalah dan krisis masyarakat yang melanda masyarakat dunia terutama di Barat. Kalau dahulu mereka mempopularkan "free sex". Hari ini mereka cuba reverse dengan menggalakkan perkahwinan. Ada slogan "Get married, stay married" yang semakin berkumandang di Barat setelah mereka menyedari, kehidupan yang mereka katakan sebagai "free" itu sebenarnya tidak lebih dari kemusnahan, kehinaan dan kehancuran.... Lalu, sungguh tidak masuk akal bagi kaum muslimin yang di kurniakan Al Quran berpaling dari panduan yang agung ini untuk mengambil konsep hidup Barat yang rosak??? 

Kekuatan senjata nuklear, kecanggihan pesawat stealth, kehebatan sub-marine dan frigates, Persenjataan elektronik dan senjata EMP, Satellite guided ballistic, Mother of All Bombs, Napalm Bomb, Senjata-senjata kimia, senjata biologi.... semua itu tidak setanding dengan ALLAH!!! Selama mana kita berjuang dengan disisi kita adanya keredhaan Allah, maka, senjata-senjata pembunuh itu tak lebih dari kekuatan seekor nyamuk kekenyangan. 

“Sesungguhnya Allah telah menolong kalian di medan peperangan yang banyak dan juga pada hari peperangan Hunain, iaitu di waktu kalian menjadi congkak kerana ramainya jumlah kalian. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepada kalian sedikit pun dan bumi yang luas itu terasa sempit oleh kalian, kemudian kalian lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kalian tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir” [TMQ at-Taubah (9):25-26].

Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar” [TQM al-Baqarah (2):249]. 

“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dengan pelbagai cubaan. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah datangnya pertolongan ALLAh?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAh itu sangat dekat.” – al Baqarah : 214

Tidakkah kita semua yakin dengan pertolongan Allah sehingga memilih untuk menjadi pengecut dan bacul?????