Wednesday, July 17, 2013

KENAPA AKU KAGUM DENGAN PEMIKIRAN AL IMAM ABU IBRAHIM SYIEKH TAQIYUDDIN AN NABHANI RAHUMAHULLAH, PENGASAS HIZB TAHRIR



Let me share a little bit about myself, antara sebab utama aku sangat menyanjung pemikiran Syiekh Taqiyuddin An Nabhani yang sememangnya tinggi berbanding rata-rata kaum muslimin yang terkebelakang setelah era penjajahan yang panjang dan serangan pemikiran yang membukam segenap ruang kehidupan mereka.

Aku perhatikan realiti yang rosak. Aku sendiri hidup di tengah segala kerosakan itu. Aku tercari-cari apa penyelesaiannya. Aku selalu dapat markah A dalam karangan-karangan Bahasa Melayu sama ada masa PMR atau SPM dahulu bila tajuk karanganya bertajuk.... 

1. Gejala ponteng sekolah. Bincangkan penyelesaiannya.
2. Budaya hedonism yang menular di tengah masyarakat, bagaimana penyelesaiannya
3. Bagaimana membentuk masyarakat yang mementingkan kebersihan

dan lain-lain.... Tetapi karangan aku yang berjela-jela itu sesungguhnya masih tidak mampu memberi penyelesaian konkrit kepada semua masalah yang diperbincangkan.

Bila memasuki alam campus, aku perhatikan bagaimana rosaknya masyarakat dengan pelbagai penyakit sosial. Aku perhatikan pula antara kerosakan yang besar:

1. Sistem ekonomi yang menghimpit. Yuran pengajian semakin mahal, kos hidup semakin tinggi.

2. Perang berlaku. Afghanistan diserang, Iraq Palestine dibantai teruk. OIC dan UN hanya berlakon dengan drama dan skrip yang sama. Tanpa penyelesaian, tanpa kesudahan.

3. Rasuah dan ketirisan yang bermaharajalela. Bahkan di dalam kampus pun banyak projek-projek yang luar biasa mahalnya. Aku diberitahu, untuk menukar sebuah pintu pagar kolej kediaman yang sebenarnya tidak rosak pun mencecah puluhan ribu. 

4. Gejala sosial... buang bayi, sex bebas, pesta arak.... Anak-anak muda berbangga pula dengan menjadi skinhead, punk dan black metal... 

dan lain-lain.... Tanpa aku temui pemecahan bagi permasalahan yang disebutkan....

Maka, dari interaksi aku dengan para syabab Hizb Tahrir, aku yang pada mulanya memang menyampah, meluat, bosan bila mereka selalu kata.... solutionnya hanyalah MENDIRIKAN KHILAFAH. Penyelesaiannya mendirikan KHILAFAH. Pilihan yang ada hanyalah mendirikan KHILAFAH. 

KHILAFAH, KHILAFAH, KHILAFAH!!!! HUH!!!! BOSAN!!!

Aku mengambil masa sendiri, merenung, mengkaji satu frasa yang selalu diulang sebut... 

"PERMASALAHAN UTAMA KAUM MUSLIMIN IALAH TIDAK DILAKSANAKAN ISLAM DI TENGAH KEHIDUPAN"

... diikuti dengan... 

"ISLAM TIDAK AKAN DAPAT DITERAPKAN SEBAGAI SISTEM YANG LENGKAP KECUALI DENGAN ADANYA KHILAFAH".
Apabila aku rangkumkan keduanya, ternyata itulah jawapan yang aku tercari-cari selama ini. Iya, semua permasalahan, kerosakan yang berlaku adalah akibat dari Islam ditinggalkan dari menjadi sebuah aturan hidup. Seluruh aturan dalam Islam dilaksanakan dengan lengkap hanya dengan adanya institusi yang melaksanakannya iaitu KHILAFAH!!!!

Maka terjawab sudah persoalan besar dalam kepala aku oleh seorang Imam yang sebelum ni namanya langsung aku tak pernah dengar.....

Semoga Allah merahmatinya dan para pejuang Islam yang lain....

Thursday, July 11, 2013

BICARA STRATEGIK: Caliphate and Nuclear warfare



Pentagon telah menerbitkan dokumen bertarikh 15 March 2005 dengan tajuk ‘Doctrine for Joint Nuclear Operations’ yang juga merupakan revisi terhadap dokumen yang sama yang pernah diterbitkan pada tahun 1995. Tambahan penting yang wajar diberi perhatian di dalam dokumen versi baru ini adalah perubahan sikap Amerika terhadap polisi penggunaan senjata nuklearnya. Dokumen ini memberikan kebenaran kepada Amerika untuk memulakan serangan nuklear (preemptive strike) ke atas musuh-musuhnya, samada dalam bentuk negara atau bukan negara, dengan alasan untuk mengelakkan mereka (musuh-musuh AS) dari menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (SPBB) ke atas Amerika. (AFP)

Doktrin ini mengimbau kembali ingatan kita kepada langkah AS ketika menyerang Jepun pada tahun 1945. Ketika itu, Amerika memberikan dua justifikasi untuk menyerang Jepun dengan bom atom. Pertama, serangan terus ke atas tanah Jepun akan menyebabkan korban jiwa yang banyak seperti di dalam Perang Iwo Jima dan Okinawa. Kedua, satu penamat perang yang segera diperlukan kerana tentera Jepun tidak bersedia untuk menyerah kalah. Namun hakikatnya, setelah Jerman menyerah kalah dalam bulan Mei 1945, sangat jelas di mata dunia bahawa Jepun yang pada masa itu telah pun terlalu lemah akan turut menyerah kalah. Jabatan Luar Negara Jepun telah pun secara rasmi memaklumkan kepada Rusia pada 13hb Mei 1945 keinginan mereka untuk berdamai dengan pihak sekutu. Perisikan Amerika mengetahui rancangan diplomatik ini namun Projek Manhattan tetap diteruskan juga. Mereka bimbang Jepun akan menyerah kalah sebelum bom tersebut boleh digunakan. Dua kota di Jepun yang dipilih itu dibiarkan tanpa sebarang pengeboman ke atasnya untuk dijadikan sebagai sasaran ujian - dan inilah perkataan yang digunakan oleh Presiden Truman dan Major Groves yang pada masa itu mengetuai Projek Manhattan. Presiden Truman mengatakan, “Dunia akan melihat bahawa bom atom pertama dijatuhkan di Hiroshima, sebuah pangkalan tentera. Ini adalah kerana kami ingin mengurangkan kadar kematian di dalam serangan pertama ini”. Beliau juga berkata dalam tahun 1945, “Kami telah membelanjakan USD2 bilion di dalam sebuah pertaruhan saintifik yang paling besar dalam sejarah - dan telah menang”. Apa yang dicapai oleh Amerika adalah satu demonstrasi kuasa baru – kuasa yang telah membunuh lebih 200,000 orang sebagai harga yang ‘wajar’ dibayar untuk sebuah ‘eksperimen’.

Begitulah juga keadaannya ketika mereka menyerang Iraq. Dalam rangka untuk membenarkan tindakan mereka melancarkan Perang Teluk pada 26 Ogos 2002, Dick Cheney menyebut di Konvensyen Kebangsaan Veteran Perang Luar Negara, “tidak ada keraguan lagi bahawa Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.” Kemudian pada bulan September, Presiden Bush dengan tegas mengatakan kepada persidangan umum PBB, “..sekarang ini Iraq sedang mengembangkan kelengkapan yang akan digunakan untuk membuat senjata biologi” dan dalam ucapan kepada negaranya pada Januari 2003 beliau sekali lagi mendakwa, “..pegawai perisikan kita menganggarkan bahawa Saddam Hussein mempunyai bahan-bahan untuk membuat sebanyak 500 tan sarin, mustard dan agen saraf VX”. Sebaliknya pada bulan Mei 2003 setelah puas mencarinya, Leftenan Jeneral James Conway, pegawai tertinggi marin AS di Iraq berkata “Sangat menghairankan kepada saya – dan ia kekal menjadi kejutan kepada saya - bahawa kita tidak menjumpai senjata, seperti yang anda katakan. Percaya atau tidak, kita telah mencari di setiap pusat bekalan antara sempadan Kuwait dan Baghdad, namun kami tidak menemui apa-apapun”.

Seluruh manusia, sama ada muslim atau non muslim memahami, akibat yang tersangat buruk dari nuclear warfare bahkan tidak sedikit bantahan terhadap "polisi Cow Boy" Amerika ini berlaku dari dalam Amerika sendiri. Apalagi setelah imej pentadbiran White House berulang kali dicalarkan setelah ternyata dakwaan WMD yang dimiliki Iraq itu hanya satu pembohongan besar yang tidak mampu ditutup dengan apa-apa cara lagi.

Islam, sebagai sebuah ad deen (cara hidup) yang lengkap memberikan panduan yang sangat berguna dalam berhadapan dengan situasi ancaman berskala massa seperti ini;

“ Bersiap sedialah kamu menghadapi mereka dengan kekuatan dan tambatan kuda yang dengannya kamu akan dapat menakutkan musuh Allah dan musuh kamu …” [TMQ Al-Anfaal:60].

Adalah HARAM bagi kaum muslimin menyerang melancarkan serangan nuklear secara preemptive war terhadap musuh yang mengorbankan  jutaan nyawa yang tidak berdosa sekalipun adalah merupakan KEWAJIPAN bagi sebuah dawlah Khilafah memiliki persenjataan canggih termasuklah senjata nuklear, biologi dan kimia bagi menakutkan musuh sebagaimana mafhum ayat di atas.

Sesungguhnya, dunia ini tidak akan sesekali aman apabila negara adidaya seperti Amerika yang berlagak selaku polis dunia, yang terbukti kegilaannya dalam melancarkan perang dan memusnahkan, merosak, membunuh nyawa yang tidak berdosa, melainkan seluruh manusia memberikan sokongan kepada kemunculan sebuah negara adidaya yang baru, yang akan mengamankan dunia ini dengan aturan yang diturunkan dari Pencipta Yang Maha Penyayang....

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima [An Nasr 1-3]

Selamatkan dunia dengan KHILAFAH~!!!!

Tuesday, July 9, 2013

Who are you to teach Muslims how to treat our women?

Isu wartawan asing dirogol di Tahrir Square, bila membaca komen, komen golongan kafir yang anti Islam, bermacam tuduhan tohmahan dilemparkan ke atas kaum muslimin secara keseluruhannya. 

Ada yang kata "All Muslims are animals", "Islam is barbaric", Tidak kurang pula yang menyatakan "In Islam, rape victims will stoned to death" atau "Islam is full of lies and victimize woman..." And so on, so on... boleh klik dan tengok sendiri ruangan komen di pelbagai web dalam alam cyber ni...

OK, setakat nak menuduh, bagi komen bodoh, semua orang boleh buat. Let's discuss with fact, bagaimana ideology secular "melindungi" wanita...

1. Dari prinsip kebebasan individu, kebebasan berpakaian merupakan salah satu cirinya. Tetapi, wanita muslim didenda hanya kerana memakai hijab dan menutup aurat sedangkan wanita dibayar untuk berbogel..... Kebebasan hypocrite!!!!

2. Idea kesama rataan gender. Dalam tentera Amerika (sebagai contoh), terlalu banyak kes pencabulan ke atas anggota dan pegawai tentera wanita. Malah dalam markas operasi, anggota US Marine terpaksa berteman dengan wanita lain untuk ke tandas di malam hari, kerana bimbang dirogol walaupun mereka di dalam markas tentera (which suppose to be safe enough).

3. Dengan purata 200 000 kes rogol setiap tahun, atau setiap 2 minit akan berlaku satu kes serangan sexual, Barat cuba mengajar kaum muslimin how to treat women?

4. Kesempitan hidup memaksa wanita dalam dunia sekular kapitalis keluar bekerja, meninggalkan anak-anak tanpa asuhan yang sewajarnya. Ia kemudian membarah sehingga anak-anak liar menjadi penyakit dalam masyarakat. Pelajar college di Barat lebih mengutamakan rakan dari keluarga bahkan kita lihat sendiri dari kaca TV bagaimana mereka mempromosikan budaya hedonism (gila hiburan) yang menjadikan anak-anak muda mereka mabuk dengan glamour dan hiburan... Ibu? Ayah? Kena kerja cari duit...

5. Tentera penceroboh di Iraq, Afghan dan perlaku mereka di kem-kem tahanan rahsia terhadap wanita. Mereka merogol mencabul, menyeksa, membunuh malah ada pula yang memfilemkan aksi terkutuk mereka untuk memalukan kaum muslimin dan menakut-nakutkan kaum keluarga mangsa. Perilaku mereka tidak mampu kita temukan walau di dalam kandang binatang buas sekalipun!!! Mereka lebih binatang dari segala binatang!!!!

6. Kita tinjau sejarah, siapa yang melanyak aborigine di Australia, North America dan kepulauan Hawaii. Segala pembantaian dan tentu sekali kes pemerkosaan wanita yang tidak terhitung banyakknya. Sekali lagi, who are you to teach Muslims how to treat our women?