Wednesday, September 24, 2014

Satu Lagi Pengkhianatan

Secara umumnya, puak bersenjata yang digelar sebagai ISIS ni terdiri dari anak-anak muda yang semangatnya membara untuk jihad, tetapi sangat jahil dari pengetahuan Islam. Seperti biasa, si bodoh ialah makanan si cerdik. Tidak menghairankan jika di belakang penubuhan ISIS itu ialah Amerika sendiri untuk mencipta peluang campur tangan di Syiria secara militer di kala ekonomi Amerika sedang goyah. Amerika juga terpaksa menggunakan anjing-anjing belaannya dari kalangan para pemerintah umat Islam yang KHIANAT. Anjing-anjing ini akan bertindak sesuai dengan tindakan tuannya. Hezbolat pula yang selama ini berperang menyokong Assad Laknatullah mengutuk serangan ke atas ISIS oleh Amerika menunjukkan seakan ada pakatan antara ISIS dengan puak pengganas Syiah itu walaupun rata-rata puak ISIS ni terdiri dari kalangan sunni.


Tidak seperti Arab Spring di negara lain, revolusi Syam ini menyeru kepada sistem Islam dan menolak segala bentuk sistem lain sekalipun banyak cubaan meletakkan pemerintah boneka Amerika menggantikan Assad di situ. Syiria merupakan sebahagian dari wilayah Syam yang dijanjikan kemenangan untuk kaum muslimin. Dengan situasi geopolitik terbaru, tekanan ke atas kaum muslimin di Syiria semakin memuncak. Mereka dikepung dan dikhianati dari segenap arah!!!
Semoga Allah menguatkan hati-hati mereka dan menolong mereka dengan pertolongan yang tidak terduga. Jika dalam peperangan Ahzab, pakatan tentera mushrikin Mekah dihancurkan dalam keadaan mereka mengepung kaum muslimin di ketika itu,


Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman,

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللهِ أَلآَ إِنَّ نَصْرَ اللهِ قَرِيبُُ {214}

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)


Semoga Allah memberi kemenangan kepada kaum muslimin....


Wednesday, September 3, 2014

SEKILAS MENGENAI FUTUHAT (JIHAD MEMBUKA WILAYAH)

Menjadi sunnatullah, manusia hidup bermasyarakat. Manusia segagah, secerdik manapun mereka, tidak akan mampu hidup sendirian. Bila ada seorang dengan kepakaran pertukangan, ada pula dengan kepakaran mengasuh anak, berseni dan pelbagai lagi dan kombinasi ini mewujudkan satu masyarakat. Secara umumnya, masyarakat diikat dengan PEMIKIRAN, PERASAAN dan SISTEM yang sama. Tidak dinamakan satu masyarakat jika sekumpulan 1000 orang manusia berlayar di atas sebuah bahtera tetapi dikira satu masyarakat apabila terdapat cuma 100 di sebuah kampung yang hidup bersama dengan norma kehidupan yang diikat 3 unsur di atas.


Kehidupan yang semakin kompleks mewujudkan pula interaksi dan konflik sehingga manusia berbunuhan sesama sendiri. Itu juga sunnatullah kerana tidak akan wujud mesyarakat tanpa adanya konflik. Tekanan dalam persaingan kuasa politik menyebabkan berlaku tidak terkira banyaknya peperangan dan semakin maju teknologi ketenteraan, semakin besar jumlah korban. WW I dianggarkan memakan sekitar 37 000 000 korban manakala WW II pula angkanya melonjak sehingga 60 000 000 korban.


Adapun dalam Islam, peperangan bermotifkan meraih redha Allah, dan memenangkan agama Nya di atas segala deen yang lain dan bukan sebaliknya menjarah kekayaan, merampas serta menindas penduduk di wilayah-wilayah yang dibuka. Tidak ada kaum penjajah dan kaum terjajah di dalam wilayah Islam. Yang ada hanya kaum muslimin dan kafir zimmi yang membayar jizyah dan tunduk kepada kekuasaan Islam tanpa diganggu hak mereka beragama dan urusan peribadi mereka. Pada umumnya, rakyat yang negerinya dibuka oleh daulah Islam tidak menganggap Islam sebagai penjajah. Sebaliknya, yang terjadi, mereka menyatu dengan pemeluk Islam lainnya, bahkan menjadi pembela Islam. Tidak pernah didengar rakyat Mesir, Suriah, Libya, atau Bosnia menganggap Islam sebagai penjajah. Bahkan negeri-negeri itu dipenuhi dengan pejuang-pejuang Islam yang membela agamanya. Kalau Islam dianggap penjajah, bagaimana mungkin mereka membela dan memperjuangkannnya?


Di sisi lain, pihak yang terlibat dalam peperangan melakukan pelbagai penyelidikan dalam teknologi serta strategi peperangan yang kemudiannya pula dapat dimanfaatkan untuk kegunaan umum selepas peperangan. Tekanan kerana keperluan perang menyebabkan pelbagai industri dari industri berat sehinggalah industri kecil dijanakan sepenuhnya. Tidak melampau dikatakan mungkin tanpa peperangan, tidak ada kemajuan sains dan teknologi seperti yang kita saksikan hari ini.


Dalam tamadun Islam, JIHAD merupakan aktiviti yang sangat besar peranannya dan sangat dicintai Allah dan Rasul, firman Allah:
"Wahai orang orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (al-Saff 61: 10-11)"


Islam yang difahami dan diamalkan pada hari ini oleh sebahagian besar kaum muslimin ialah Islam yang didalamnya tidak ada jihad. Kalaupun ada, ia selalunya dilunakkan dengan makna bahasa perkataan jihad itu sendiri yang membawa maksud bersungguh-sungguh sehinggakan istilah politik seperti FUTUHAT (Jihad menghancurkan halangan dakwah) tersangat asing di tengah kaum muslimin. Faktanya, futuhat ialah aktiviti yang satu ketika dahulu dilakukan sendiri oleh Rasulullah saw dan diteruskan oleh para khulafa ar Rashideen kemudiannya sehingga benteng-benteng empayar kafir jatuh ke tangan kaum muslimin.


Begitulah sepintas lalu tinta sejarah mencatatkan sejarah emas kaum muslimin. Serentak dengan pengembangan wilayah dari aktiviti futuhat, kaum muslimin juga menjadi umat yang menjadi rujukan seluruh dunia dalam aktiviti keilmuan, dan menjadi peneraju dalam perkembangan sains dan teknologi.


Kegemilangan Islam hanya kembali dengan futuhat dan futuhat tidak akan berlangsung tanpa adanya daulah Khilafah. Menjadi kewajipan setiap kaum muslimin untuk berusaha mengembalikan kegemilangan ini dan ia pasti dicapai sedikit masa nanti, Insyaallah...