Friday, January 30, 2015

Dilema Melayu

Aku tidak setuju menyatakan bangsa melayu itu malas sebab ginetik seseorang manusia tidak ada kelebihan antara satu dengan lainnya dari segi potensi. Cuma, pola sikap sebahagian bangsa melayu di Malaysia yang "tak mau kerja lebih", dan kurang efisyien menyebabkan trade mark malas itu lebih ketara pada bangsa Melayu. Bangsa melayu sangat bertoleransi sehinggakan peluang untuk maju juga selalu dibiar terlepas begitu saja. Bangsa melayu suka berpolitik tetapi politiknya tidak bijak dan penuh ketamakan. Bangsa melayu merasakan mereka dekat dengan Islam tetapi sebahagian dari mereka tidak kenal Islam sebagai satu cara hidup. Bangsa melayu punya sejarah yang cemerlang tetapi kini dilupakan. Bangsa melayu bangsa yang penuh adat resam tetapi rupanya "adat sekular" menghakis segala adab kesopanan sehingga entah ke mana hilangnya adat. Bangsa melayu bangsa yang berani tetapi rupanya hari ini kita diperhambakan oleh musuh dalam sedar atau tidak.


Ku katakan buat bangsa melayu... Kalian adalah sebahagian dari tubuh umat yang satu. Kesatuan kalian kerana Islam, bukan kerana melayu. Kekuatan kalian kerana Islam dan bukan kerana hak bumiputera. Kemuliaan kalian kerana Islam dan bukan kerana bangsa.

Saturday, January 17, 2015

Respond kepada Eric Paulsen

Eric Paulsen, jawapan untuk semua persoalan kamu tentang "ketidakadilan hudud" ini cukup mudah, "Islam itu ad deen, way of life yang merupakan seluruh cara kehidupan. Ia bukan sebatas perundangan dan bukan sebatas hudud. Perlaksanaan hudud dalam sistem sekular demokrasi tentu sekali akan mempercambahkan 1001 permasalahan seperti yang kamu utarakan di sini. Maka, hudud tidak sesuai dilaksanakan, tetapi yang wajib dilaksanakan seluruh sistem Islam iaitu ekonomi, pendidikan, sosial, politik dan segala macam cabang muamalat (human-human interaction) wajib dilaksanakan berdasarkan Islam semata-mata".
Eric, Islam satu-satunya aqidah (faith) yang benar. Sekularisme, memisahkan agama dari kehidupan tidak pernah memberikan penyelesaian kepada segala masalah masyarakat. Si kaya akan terus kaya, si miskin terus papa kedana. Agama, ketuhanan hanyalah perkara individu yang tidak ada nilai dalam kehidupan kecuali untuk perkahwinan dan upacara kematian. Idea "kebebasan" yang meletakkan wanita berpakaian seakan bogel di khalayak, atau menjadikan halal atau haram itu di tangan manusia berdasarkan kehendak nafsu manusia, melahirkan masyarakat yang tenat. Tenat dengan krisis ekonomi yang berlarutan. Tenat dengan pelbagai masalah sosial yang tak berkesudahan. Tenat dengan inidvidu sakit mental kerana stress mengejar kehidupan dunia yang tak pernah berhenti menghambat. Tenat bertambah tenat dengan menghiburkan diri dalam pesta arak dan mengadakan hubungan sex bebas dengan justifikasi kebebasan.

Eric, aqidah yang benar hanya Islam. Allah tidak mencipta manusia ke dunia ini sia-sia. Allah tidak mencipta manusia sekadar untuk dibiarkan hidup seperti haiwan tanpa sebarang guidance. Allah mengutus para nabi dan menurunkan kitab-kitab sebagai panduan untuk manusia. Manusia yang memilih ideology sekular bererti menafikan panduan Sang Pencipta dan bertuhankan akal sendiri yang serba terbatas. Maka muncullah idea-idea karut yang memuja perbuatan berbogel di khalayak, atau pun lebih jijik, menghalalkan hubungan sejenis yang mana haiwan pun boleh kenal janta-betina, just some example.

Eric, untuk lebih adil dalam memberi justifikasi tentang undang-undang Islam, yang kononnya "tak berperikemanusiaan", kamu wajar teliti kembali adilkah sistem perundangan sekular yang ada sekarang? Segala permasalahan undang-undang yang kamu sebut seperti ketirisan dan rasuah itu muncul dalam sistem undang-undang sekular hari ini, bukan di dalam sistem Islam. Mana logiknya kamu menggunakan realiti yang penuh kerosakan ini untuk menilai adil atau tidak hukum yang Allah wajibkan? Jika potong tangan itu dilihat kejam, lihat pula berapa banyak kes jenayah yang mana mayat dipotong-potong di bawah sistem perundangan sekular, atau berapa banyak kes rogol, cabul, rompak, dan bermacam lagi. Adilkah undang-undang sekular? Amankah masyarakat dengan undang-undang sekular?




(Artikel ini merupakan respond kepada persoalan yang Eric utarakan, Hudud-20 persoalan untuk PAS, boleh layari: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/hudud-20-soalan-untuk-pas)