Mustafa Kamal At Tarturk menghancurkan sistem Khilafah dan menggantikannya dengan negara republik, dengan menduduki jawatan Presiden. Api semangat kebangsaan Turki merupakan kekuatan yang menjadi slogan bagi Mustafa Kamal meraih dokongan pasukan tentera dan pual libral (Turki muda). Perjuangan mereka kononnya memperjuangkan kemerdekaan dan ternyata, British kemudiannya "memerdekakan" Turki sebagai ganjaran usaha pengkhianatan oleh Mustafa Kamal.
Pada waktu itu, terdapat deligasi dari Mesir dan India selain dari umat Islam di Turki sendiri yang merayu Mustafa Kamal supaya mengambil jawatan khalifah dan mengekalkan sistem Khilafah kerana umat Islam faham, kesultanan (kekuasaan) dan Islam tidak boleh terpisah.Mustafa Kamal menjadikan Ankara sebagai pusat negara sekular yang ditubuhnya, mengambil alih pusat pemerintahan Khilafah yang sebelumnya di Istanbul.
Analisis:
1. Sebagai agent British, matlamat Mustafa Kamal adalah menghancurkan Khilafah, bukan sekadar merampas kuasa. Maka, ini sebab jelas kenapa dia menolak untuk menjadi Khalifah.
2. Slogan kemerdekaan atas nama perjuangan kebangsaan merupakan satu plot yang dirancang musuh bagi memastikan, umat Islam sendiri menentang daulah Islam. Kemerdekaan palsu yang diberikan menjadikan penjajahan terus berlangsung bila mana agent mereka meneruskan legasi tinggalan mereka dan menjaga kepentingan mereka.Perkara yang seakan sama berlaku di Malaya, Mesir, Libya dan beberapa negara umat Islam lain.
3. Umat Islam merupakan sebuah kesatuan. Sekalipun ketika daulah Islam sudah terlalu lemah, mereka memahami, Khalifah adalah simbol kesatuan umat. Runtuhnya institusi Khilafah bermaksud hancurnya kesatuan umat.
4. Ankara mengambil ailh pusat pemerintahan dari Istanbul. Perubahan pusat kekuasaan dan politik hanya berlaku di bandar utama, dan tidak semestinya ibukota. Makar jahat Mustafa Kamal tidak mungkin berhasil jika ia cuba dilakukan di Istanbul yang penduduknya masih menjunjung kekuasaan Khalifah, maka dia mengalihkan pusat politik dan pentadbiran ke Ankara sehingga wujud "political vacuum" antara 1921 hingga 1924, sehingga Khilafah benar-benar dihapuskan.
Adaptasi dari kitab Daulah Islam, Syeikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah-