Kelmarin, pertemuan dua pemimpin negara umat Islam iaitu Abdul Fatah Al Sisi dan Erdogan, Presiden Mesir dan Turki dikatakan menjadi pertemuan bersejarah yang tentu sekali memberi gambaran, akan berlaku sesuatu "yang penting" berkait genocide yang sedang berlaku di Ghazzah. Ramai yang berpandangan, Mesir seakan tidak ada pilihan kecuali mempertahankan kedaulatan wilayahnya sekiranya regim pengganas Zion1st membedil sempadan Mesir, dan berlaku kebanjiran pelairan dari Ghazzah.
Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Sunday, February 18, 2024
𝐓𝐄𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐒𝐇𝐈𝐃
Saturday, February 3, 2024
Tinggalkan Adat Yang Menyusahkan
Menjadi sunnah dalam ajaran Islam, jiran tetangga dan sahabat handai membantu keluarga yang kehilangan orang tersayang dengan menjamu mereka dan mengurangkan kesusahan yang mereka alami. Dari perintah Rasulullah s.a.w:
“Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Jaafar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyedihkan mereka.” [HR Ahmad]
Sekiranya diadakan "adat" keluarga si mati mengadakan kenduri, sedangkan ada dalam masyarakat, keluarga yang kurang berkemampuan, dikhuatiri menyusahkan mereka. Sebaliknya, jika ia diadakan oleh pihak lain, pada kadar membantu, ia merupakan sunnah. Tabung sumbangan kematian ialah untuk membantu ahli waris, bukan untuk digunakan menjamu orang ramai.
Dalam perihal"konvo" anak-anak. Saya kira, ia wajar diadakan, tetapi dengan kadar sederhana. Meraikan anak-anak, menghargai prestasi mereka di sekolah adalah baik, tetapi jangan lah sampai membebankan. Saya perhatikan, pihak PASTI mengutip sumbangan ikhlas dari ibubapa untuk mengadakan majlis, dan orang ramai bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena majlis konvo anak-anak. Sangat sederhana tetapi meriah.
Tak perlulah majlis besar, diadakan di hotel hingga dikhuatiri membebankan ibubapa yang kurang berkemampuan. Ia bukan isu berkira, tetapi lebih utama untuk menimbulkan keadaan serba salah bagi ibubapa yang kurang dari sudut kewangan.
Adat dan tradisi yang menyusahkan seharusnya ditinggalkan, diganti dengan sunnah. By nature, Islam mengatur urusan masyarakat secara sederhana, tanpa perlu bersikap bakhil.