Wednesday, August 29, 2012

Soal Jawab Santai Mengenai Politik


1. Kalau bukan pilihanraya, nak buat macam mana?
Jawapan: Minhaj Rasulullah

2. Apa itu minhaj Rasulullah?
Jawapan: Fasa pembinaan kutlah melalui halaqah, fasa menzahirkan kutlah secara terang terangan, fasa thalabun nusrah, fasa mendirikan daulah dan fasa menyebar luas dawlah.

3. Kalau tak ada kuasa, bagaimana nak ubah sistem?
Jawapan: Memang kekuasaan itu perlu, tapi sepanjang perjalanan mencapainya juga wajib melalui cara yang syarie, bukan pragmatik dengan realiti kufur

4. Takkan nak biar parti sekular terus bermaharajalela?
Jawapan: Persoalan bukan siapa yang memerintah tetapi memerintah dengan apa. Baik kerajaan persekutuan atau negeri, pemerintah atau pembangkang,  keduanya berjuang untuk negara sekular dan bukan Islam sekalipun ada bedak dan make up yang dilumur untuk nampak Islam. Islam bukan sekadar untuk diambil "nilainya" tetapi wajib diambil seluruh SYARIATNYA.

5. Takkan seminar dan risalah je?
Jawapan: Tidak, itu cuma sebahagian kecil uslub untuk menyampaikan idea. Main thing is idea Islam itu wajib disebarluas.

6. Demokrasi tu kan diterima pakai ramai ulama sebagai wadah mendapatkan kuasa?
Jawapan: Jumlah ulama atau penerimaan majoriti bukan penentu benar atau bathil. Demokrasi itu sendiri merupakan tsaqofah (produk pemikiran) dari aqidah sekular yang memisahkan agama dari kehidupan. 

7. Siapa calon Khalifah?
Jawapan: sesiapa sahaja asalkan menepati 7 syarat pengangkatan Khalifah. Sultan yang ada sekarang juga layak menjadi khalifah sekiranya memenuhi 7 syarat tu.

8. Kita sedang berubah dengan perlahan2 menuju lebih baik. Salah ke?
Jawapan: Kesilapan memahami perubahan total (taghyir) atau perubahan berkadar (islah). Seseorang kafir, tetap sahaja kafir sekalipun dia lebih sopan atau jujur berbanding sebelumnya. Perubahan mendasar berlaku apabila aqidah yang menjadi mafahim sesuatu matlamat perubahan itu berubah, bagi Islam, sistemnya KHILAFAH, bagi sekular sistemnya DEMOKRASI.

9. Demokrasi tu kan sama dengan syura?
Jawapan: Tidak sama sekali.  Syura adalah pengambilan pendapat (dalam perkara yang dibolehkan oleh Islam) sedangkan demokrasi adalah sistem pemerintahan kufur yang berasal dari Barat yang berasaskan pada idea sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan.

10. Bukankah perjuangan politik mesti menimbangkan waqi' (tempat)?
Jawapan: Iya. Pertimbangan itu benar bagi uslub (teknik), tapi bukan pada thoriqoh (method dasar). Waqi di Malaysia, lebih suka cara santai, kita guna cara santai, waqi di Eropah suka perdebatan intelek, kita guna cara intelek. Dari segi thoriqoh, jalan peperangan, jalan demokrasi atau jalan kenabian, itu mesti selari dengan hukum syarak.

11. Puak mana yang patut saya join?
Jawapan: Kewajipan menyertai harakah Islam waktu ini ialah WAJIB. Mana2 gerakan Islam yang menyampaikan kalimat haq ialah harakah yang boleh disertai. Islam bukan hak eklusif sesiapa, bukan hak sebilangan puak sahaja, ia untuk sekalian manusia.

12.  Kenapa tak tunggu Imam Mahdi?
Jawapan: Perkhabaran mengenai Imam Mahdi bukanlah sumber syariat. Ia perkhabaran yang wajib kita percaya sebagaimana khabaran2 lain di dalam Al Quran. Tidak terbit sebarang hukum perbuatan dari kisah2 perkhabaran semacam itu. Sedangkan "perbuatan" mengangkat seorang amirul mukminin bagi sekalian kaum muslimin adalah wajib dan haram melengah-lengahkannya.

Monday, August 13, 2012

Fiqh Puasa: As-su’uth Dan Kaitannya Dengan Perubatan Kontemporari




Dalam perkara yang membabitkan perbuatan yang membatalkan puasa, terdapat suatu perbahasan yang dipanggil as-su’uth. As-su’uth juga disebut sebagai an-nusyuq ataupun an-nusyugh, iaitu meletakkan sesuatu benda di hidung lalu disedut ke dalamnya. Sesuatu ubat yang disedut melalui hidung dipanggil as-sa’uth. As-su’uth dalam beberapa hadis disebutkan seperti ubat, tetapi tidak ada satu pun hadis yang mengaitkan antara as-su’uth dan puasa secara bersama. Para muhadditsin (ahli hadis) tidak menjumpai istilah ini (as-su'uth) dalam masalah puasa kecuali yang diriwayatkan oleh Laqith bin Shabrah r.a., ia berkata:

{ قُلْتُ يا رسول الله أَخْبِرْنِي عَن الوُضُوءِ ؟ قال : أَسْبِغ الوُضُوءَ وَبَالِغْ فِي الْاِسْتِنْشَاقِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِماً }


Aku berkata, “Wahai Rasulullah, ajarkanlah aku tentang wudhuk”. Baginda saw berkata: “Sempurnakanlah wudhuk dan lebihkan dalam beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung melalui sedutan), kecuali jika engkau berpuasa”.
   [Riwayat Ibnu Majah, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan Ahmad]
Daripada hadis ini, para muhadditsin memasukkan perbuatan istinsyaq ketika berwudhu’ ke dalam kategori as-su’uth.

Para fuqaha' (ahli fiqh) berbeza pendapat dalam masalah as-su’uth, iaitu sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak. Al-Hasan menyatakan bahawa ia dibolehkan asalkan ia tidak sampai ke kerongkong. Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada al-Qa’qa yang menyatakan bahawa Ibrahim an-Nakhaie menyebutkan bahawa tidak ada masalah bagi orang yang berpuasa untuk melakukannya. Namun, majoriti ulama' berpendapat bahawa perbuatan as-su’uth membatalkan puasa dan wajib untuk diqadha' kembali puasanya jika terbatal. 

Para ulama' berbeza pendapat pula tentang air yang disedut melalui hidung (istinsyaq) oleh seseorang yang berpuasa lalu air tersebut sampai ke kerongkong tanpa sengaja. Mazhab Hanafi, Maliki dan Imam as-Syafi’e dalam salah satu qaulnya berpendapat bahawa perkara tersebut merosakkan puasa. Manakala Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Al-Auza’I serta para pengikut as-Syafi’e berpandangan bahawa ia tidak membatalkan sebagaimana orang yang terlupa. Hasan al-Basri dan Ibrahim an-Nakhaie berkata perkara tersebut membatalkan puasa jika ia disengajakan.

Syeikh Mahmud Abdullatif ‘Uwaidhah berpendapat bahawa hadis riwayat Ibnu Majah di atas tidak layak untuk dijadikan sandaran perbahasan tentang as-su’uth dengan hujah bahawa as-su’uth sendiri merupakan perbuatan memasukkan benda ke dalam hidung dan disedut agar kesemuanya atau sebahagian daripadanya masuk ke dalam paru-paru dan inilah fakta as-su’uth. Sedangkan memasukkan air atau ubat ke dalam hidung untuk mengubati sinusitis (keradangan pada selaput lendir dalam rongga hidung atau resdung) yang mana air tersebut tidak sampai ke paru-paru dan ini tidak termasuk ke dalam kategori as-su’uth.

Oleh yang demikian, memasukkan air ke dalam rongga hidung ketika berwudhuk tidak termasuk dalam kategori as-su’uth. Jika ditelusuri kembali jalur perbahasan tentang as-su’uth, ia sebenarnya diambil berdasarkan atsar sahabat sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdurrazzaq daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, ia berkata:

“Sesungguhnya puasa itu (menahan diri) daripada sesuatu yang masuk, bukan daripada sesuatu yang keluar. Dan wudhu’ itu disebabkan (menahan diri daripada) sesuatu yang keluar, bukan sesuatu yang masuk.”


Dalam atsar yang lain, daripada Abdullah bin Abbas r.a, ia berkata:

“Dia berkata tentang berbekam bagi orang yang berpuasa. Dia berkata,'Berbuka (puasa) itu kerana sesuatu yang masuk, bukan kerana sesuatu yang keluar.'” [Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah]

Bukhari meriwayatkan atsar ini secara mu’allaq (gugur salah seorang atau lebih perawinya) namun atsar ini sahih.

Telah disepakati oleh kaum Muslimin bahawa masuknya sesuatu benda melalui kerongkong merupakan perkara yang jelas membatalkan puasa tidak kira sama ada benda tersebut sampai ke perut ataupun ke dalam paru-paru, dan juga tanpa mengira apakah jenis benda yang masuk tersebut. Perkara tersebut sememangnya membatalkan puasa. Jika seseorang ingin berhelah dengan menumbuk kacang sehingga halus kemudian disedut dengan nafasnya melalui hidung, maka hal tersebut tetap membatalkan puasanya kerana hasil daripada perbuatan tersebut adalah memasukkan sesuatu ke dalam kerongkong (melalui hidung) hingga sampai ke paru-paru ataupun perut.

Selain itu, jika yang masuk itu bukan terdiri daripada zat yang mampu disentuh seperti wangi-wangian, maka hal tersebut tidak membatalkan puasa berdasarkan hadis Anas bin Malik r.a, ia berkata:

“Rasulullah saw ditanya, apakah seseorang yang berpuasa boleh mencium (bau)? Baginda menjawab: Adakah terdapat masalah dengan bau-bauan yang dihidunya?” [Riwayat At-Thabrani]

Rasulullah dalam hadis ini dan dalam hadis yang lain telah menyamakan antara mencium isteri (at-taqbil) dengan mencium wangi-wangian (as-syamm), di mana kedua-duanya menunjukkan satu persamaan iaitu tidak membatalkan puasa.

Berbalik kepada persoalan as-su’uth, maka pendapat jumhur adalah pendapat yang tepat iaitu as-su’uth membatalkan puasa dan ia wajib untuk menqadha kembali puasanya berdasarkan atsar sahabat mengenai puasa sebagai menahan “sesuatu yang masuk”, iaitu menahan diri daripada masuknya sesuatu ke dalam perutnya. Ini termasuklah apa sahaja yang melalui saluran organ pencernaan, mulai daripada kerongkong sehinggalah ke usus besar. Oleh itu, sesuatu yang masuk ke dalam perut membatalkan puasa dan sesuatu yang masuk melalui rongga badan antaranya seperti as-su’uth dianggap sebagai membatalkan puasa.

Beberapa amalan perubatan yang berkaitan

1.    Pemasangan jaringan wayar atau tiub (seperti catheter) yang digunakan untuk membuka pembuluh darah yang tersumbat, ataupun pemasangan tiub berkamera dan alat-alat lain yang seumpama dengannya (seperti bronchoscope, endoscope dan lain-lain) untuk pemeriksaan dalaman tubuh dan lain-lain, maka keadaannya perlu dikaji terlebih dahulu. Jika wayar atau tiub tersebut dimasukkan melalui kulit dan ia sampai kepada paru-paru, perut dan usus, maka hal tersebut membatalkan puasa. Jika ia masuk melalui kulit dan sampai ke jantung, hati ataupun pundi kencing iaitu tidak sampai kepada sistem pencernaan, maka tidak membatalkan puasa.

2.    Imbasan otak dan kardiografi untuk jantung yang biasanya disertai dengan pemasangan wayar atau elektrod pada tubuh tidak membatalkan puasa.

3.    Penggunaan pancaran sinaran (ray) dalam pelbagai tujuan seperti menghancurkan batu karang dan juga rawatan kanser, rawatan seperti ini tidak membatalkan puasa. Begitu juga rawatan yang menggunakan gelombang magnetik kerana gelombang dan sinaran tidak termasuk sebagai benda (yang mempunyai zat atau ’ain yang dapat diindera).

4.    Taqthir (menitiskan sebarang cecair) ke dalam zakar lelaki atau ke dalam saluran kencing (al-ihlil menurut istilah ahli fiqh) tidak membatalkan puasa kerana ia tidak sampai masuk ke dalam paru-paru atau sistem pencernaan. Termasuk dalam hal ini seperti memasukkan tiub atau wayar (seperti urinary catheter, uretroscope dan lain-lain) melalui zakar untuk pemeriksaan pundi kencing dan ginjal serta operasi pemeriksaan rahim wanita dengan menggunakan vaginoscope ataupun alatan lain, kesemuanya tidak membatalkan puasa.

5.    Enema atau memasukkan ubat melalui dubur membatalkan puasa kerana ia melalui organ pencernaan. Pendapat Imam Ahmad berkenaan enema membatalkan puasa merupakan pendapat yang benar.

6.    Vaksin kulit dan yang sejenis dengannya tidak membatalkan puasa, namun vaksin mulut membatalkan puasa.

7.    Operasi membersihkan rahim wanita (douche), pemeriksaan rahim dan segala yang diperlukan seperti memasukkan ubat-ubatan melalui saluran ke rahim (vaginal suppository), kesemua ini tidak membatalkan puasa kerana rahim bukan termasuk dalam sistem pencernaan atau pernafasan.

8.    Sesuatu yang keluar daripada faraj, maka hal tersebut perlu diteliti. Seperti yang sedia maklum, haid dan nifas membatalkan puasa. Namun jika ia termasuk darah istihadhah (iaitu darah yang keluar kerana pembuluh darah putus atau pecah), maka puasanya tidak terbatal. Darah yang keluar daripada mana-mana anggota tubuh lelaki mahupun wanita tidak membatalkan puasa. Cairan yang keluar daripada alat kemaluan wanita selain darah juga tidak dianggap membatalkan puasa.

9.    Al-jaifah (luka yang bersambung ke perut atau bahagian dalaman tubuh) membatalkan puasa sekiranya luka tersebut masuk ke dalam paru-paru atau ke dalam sistem pencernaan. Jika lukanya tidak sampai kepada anggota-anggota tersebut, maka ia tidak membatalkan puasa. Contohnya jika luka terkena hingga ke jantung, hati dan organ lain. Manakala bagi al-ma’mumah (luka yang sampai ke selaput otak), ia juga tidak membatalkan puasa kerana memasukkan apa sahaja ke bahagian dalam tulang tengkorak tidak membatalkan puasa.

10.    Pembiusan dengan menyedut ubat bius melalui mulut atau hidung membatalkan puasa. Ia termasuk dalam perbahasan as-su’uth yang membatalkan puasa.

11.    Bagi pembedahan, jika ia melibatkan sampai ke perut, paru-paru atau sistem pencernaan, maka ia membatalkan puasa. Jika selain daripada perkara tersebut seperti pembedahan buah pinggang, jantung atau hernia, ia tidak membatalkan puasa seseorang kecuali jika ia diiringi dengan aktiviti perubatan lain seperti memasukkan ubat atau sesuatu melalui paru-paru atau sistem pencernaan.

12.    Operasi lutut, paha atau penggantian organ yang rosak pada kedua-duanya tidak membatalkan puasa.

13.    Jarum suntikan melalui pembuluh darah ataupun otot tidak membatalkan puasa, tidak kira sama ada yang dimasukkan itu adalah ubat, zat-zat makanan, darah ataupun bius selagimana tidak secara langsung memasuki sistem pernafasan atau pencernaan.

Secara ringkasnya, memasukkan sesuatu apa pun, sama ada ia pepejal atau cecair, ataupun alatan tertentu, jika ia memasuki ke dalam sistem pernafasan atau sistem pencernaan, maka hal tersebut membatalkan puasa. Sebaliknya jika ia tidak sedemikian, maka puasa seseorang itu masih sah.

Syubhat yang muncul adalah mengapa dibolehkan sesuatu yang mempunyai zat makanan masuk melalui jarum suntikan sedangkan puasa itu termasuk sebagai menahan diri daripada makan dan minum? Bukankah menyuntik zat makanan atau vitamin mempunyai kesamaan dengan makan dan minum itu sendiri?  Sebagai jawapan bagi syubhat tersebut, perlu difahami bahawa seseorang yang berpuasa itu dilarang untuk makan dan minum, iaitu dilarang daripada melakukan sesuatu yang boleh diistilahkan sebagai makan dan minum. Inilah yang disebutkan dalam pelbagai dalil dan nas. Tidak ada satu pun nas atau dalil yang mengatakan supaya orang yang berpuasa itu menahan diri daripada al-mughadziyat (sesuatu yang berzat makanan) atau at-taghdziyah (pemberian zat-zat makanan). 

Oleh itu, seseorang yang menelan segenggam tanah atau beberapa biji batu kerikil dianggap sebagai membatalkan puasa walaupun benda-benda yang ditelan itu tidak dikategorikan sebagai al-ghidza (sesuatu yang berzat makanan). Yang menjadi sandaran adalah proses atau perbuatan makan dan minum itu sendiri secara fizikal, bukan pemberian zat makanan (at-taghziyah) atau sesuatu yang berzat makanan (al-ghidza). Oleh yang demikian, tidak ada keraguan lagi bahawa pemberian zat makanan atau darah melalui kulit tidak termasuk sebagai makan dan minum serta ia tidak mengakibatkan terbatalnya puasa. Wallahu a’lam.

*Disunting dan diringkaskan daripada tulisan Syeikh Mahmud Abdullatif ‘Uwaidhah bertajuk Himpunan Hukum-Hakam Tentang Puasa (Al-jami’ li Ahkam As-Siyam).

Wednesday, August 8, 2012

Benarkah Syaikh Taqiyuddin An Nabhani pernah Bergabung dengan Ikhwanul Muslimin?


Syaikh Dr. Abdul Aziz Al Khayyath, seorang tokoh Ikhwanul Muslimin (IM) di era 1940-an (yang kemudian bergabung bersama Hizbut Tahrir) menyatakan bahwa setelah kembali dari Al Azhar, Syaikh Taqiyuddin aktif melakukan dialog atau kontak (ittishal) dengan masyarakat. Dialog-dialog tersebut dilakukan dengan sejumlah to
koh-tokoh dan pemuda di wilayah Palestina seperti Dr. Nimr Al Mishri dan Ustadz Dawud Hamdan dan Syaikh Dr. Abdul Aziz Al Khayyath sendiri. Di samping itu, beliau juga giat melakukan kunjungan ke berbagai negeri-negeri Arab untuk menghubungi para tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam untuk menyampaikan gagasannya untuk membangkitkan kembali ummat Islam. Proses tersebut dilakukan sebelum ia menjadi anggota di Mahkamah Isti’naf (Pengadilan Tinggi) Palestina sekitar tahun 1946.

Syaikh Taqiyuddin An Nabhani sendiri (baik sebelum dan setelah mendirikan Hizbut Tahrir) cukup aktif melakukan dialog dengan sejumlah tokoh Ikhwanul Muslimin. Dr. Abdul Aziz Al Khayyath menyatakan bahwa tema pembicaran beliau dengan Taqiyuddin An Nabhani berkisar pada upaya untuk mewujudkan cara-cara baru untuk menerapkan dan mengembalikan Islam ke tampuk pemerintahan.

Setelah mendapat pencerahan pemikiran dari Syaikh Taqiyuddin An Nabhani, Dr. Abdul Aziz Al Khayyath (yang pada waktu itu menjadi penanggung jawab tawanan Ikhwanul Muslimin di wilayah Palestina, Suriah, Lebanon dan Yordan tersebut), kemudian menerbitkan majalah yang bernama Al Waie Al Jadid bersama dua orang tokoh Ikhwanul Muslimin, yaitu Abdul Razaq Khalifah dan dan Sayyid Kurkur.

Dr. Abdul Aziz Al Khayyath sendiri kemudian semakin intens melakukan dialog dengan Taqiyuddin An Nabhani, termasuk mengenai upaya untuk melakukan reformasi gerakan, uslub, tujuan, dan pandangan gerakan Ikhwanul Muslimin. Dengan hal tersebut, Dr. Abdul Aziz Al Khayyath berharap tidak perlu lagi membentuk partai politik baru untuk kembali menerapkan Islam ke tampuk pemerintahan sehingga upaya orang-orang yang berjuang untuk kembali menerapkan Islam tidak berserakan. Menurut Dr. Abdul Aziz Al Khayyath, usaha tersebut nyaris berhasil jika saja ia tidak dihalangi oleh Syaikh Dr. Said Ramadhan Al Buthi yang merupakan tokoh panutan IM pada masa itu. Setelah upaya untuk membenahi Ikhwanul Muslimin, termasuk menyuguhkan pemikiran-pemikiran dan pandangan-pandangan baru telah mengalami kebuntuan, Dr. Abdul Aziz Al Khayyath kemudian bersama-sama Syaikh Taqiyuddin An Nabhani mendirikan Hizbut Tahrir (HT).

Beliau juga menegaskan bahwa Syaikh Taqiyuddin tidak pernah menjadi bagian dari Ikhwanul Muslimin. Ustadz Auni Judu’ (penulis kitab Hizbut Tahrir Al Islamy) juga menampik hal tersebut. Alasannya, Taqiyuddin An Nabhani merupakan sosok yang alim yang memiliki sejumlah tulisan-tulisan yang berserakan di berbagai media pada tahun 1940-an. Seandainya ia pernah menjadi bagian dari Ikhwanul Muslimin, tentu sedikit banyak akan ditemukan gambaran pemikiran-pemikiran beliau yang bersinggunan dengan Ikhwanul Muslimin. Tetapi sejumlah terbitan Ikhwanul Muslimin pada masa itu ternyata tidak ada yang dapat membuktikan hal tersebut.

Syaikh Taqiyuddin beserta orang-orang yang bergabung dengan HT kemudian semakin intens melakukan dialog-dialog dan interaksi pemikiran dengan berbagai tokoh gerakan, ulama, dan masyarakat secara umum termasuk dari kalangan aktivis Ikhwanul Muslimin. Tidak heran, jika sebagian anggota Ikhwanul Muslimin termasuk sejumlah tokohnya kemudian bergabung dengan Hizbut Tahrir seperti Dr. Nimr Al Mishri, Syaikh Ahmad Ad Daur, dan Ustadz Ghanim Ismail Abduh. Meski demikian, Dr. Abdul Aziz Al Khayyath menegaskan bahwa tidak benar jika seluruh atau sebagian besar anggota awal Hizbut Tahrir berasal dari Ikhwanul Muslimin.

Pada masa itu, menurut Dr. Abdul Aziz Al Khayyath, hubungan antara Hizbut Tahrir dengan Ikhwanul Muslimin sempat mengalami kebekuan akibat adanya diskriminasi sebagian anggota Ikhwanul Muslimin kepada anggota HT yang sebelumnya berasal dari Ikhwanul Muslimin, seperti yang dialami oleh Almarhum Abu Hisyam yang mengalami intimidasi sebanyak dua kali. Syaikh Taqiyuddin dan Dr. Abdul Aziz Al Khayyath sendiri banyak mendapatkan tuduhan-tuduhan yang tidak benar. Salah satunya adalah tuduhan bahwa Syaikh Taqiyuddin menerima sumbangan dana dari salah seorang diplomat AS senilai 80.000 dollar. Masya Allah!

Meski demikian, Syaikh Taqiyuddin sendiri masih sering diundang oleh para anggota Ikhwanul Muslimin untuk menyampaikan pemikiran-pemikirannya yang selanjutnya menarik minat sebagian mereka untuk bergabung ke Hizbut Tahrir. Bahkan pada masa Imam Asy Syahid Hasan Al Banna sekalipun, Taqiyuddin An Nabhani banyak menghadiri daurah-daurah yang diadakan oleh Ikhwanul Muslimin untuk menyampaikan gagasan-gagasannya.

Syaikh Taqiyuddin An Nabhani, sebelum mendirikan Hizbut Tahrir, sempat bertemu secara langsung dengan Asy Syahid Hasan Al Banna di akhir tahun 1940-an di Kairo. Upaya dialog untuk mencari persamaan dengan Ikhwanul Muslimin sebenarnya telah dilakukan oleh beliau sebelum mendirikan Hizbut Tahrir. Meski hal tersebut mendapatkan penolakan dari beberapa pihak dari Ikhwanul Muslimin. Bahkan Syaikh Dr. Said Ramadhan Al Buthi, sebagaimana yang dituturkan oleh Dr. Abdul Aziz Al Khayyath, melakukan sejumlah distorsi terhadap gambaran aktivitas Islam yang dilakukan oleh Taqiyuddin An Nabhani termasuk berbagai perjalanan yang dilakukan oleh Taqiyuddin An Nabhani dan rekan-rekannya ke sejumlah negara Arab, khususnya di Yordania untuk menyebarkan gagasan-gagasannya. Bahkan Dr. Said Ramadhan Al Buthi membekukan majalah Al Waie Al Jadid yang dikeluarkan oleh Dr. Abdul Aziz Al Khayyath bersama rekan-rekannya dari Ikhwanul Muslimin.

Sikap Taqiyuddin An Nabhani terhadap Asy Syahid Hasan Al Banna
Dalam sebuah wawancara dengan Syaikh Ahmad Ad Daur (salah seorang tokoh senior Hizbut Tahrir), ia mengatakan bahwa sama sekali tidak ada hubungan organisasi antara Taqiyuddin An Nabhani dengan Ikhwanul Muslimin, meskipun beliau pernah bertemu dengan Hasan Al Banna, yang pada masa itu menjadi Mursyid Aam (pimpinan tertinggi) Ikhwanul Muslimin. Tentang Hasan Al Banna, Taqiyuddin An Nabhani pernah berkata, “Syaikh Al Banna merupakan orang yang alim, cerdas, sungguh-sungguh dan seorang mujtahid.”

Salah seorang sumber sebagaimana yang dikutip oleh Ustadz Auni Judu’ mengatakan bahwa sepanjang interaksinya dengan An Nabhani di Lebanon, ia tidak pernah mendengarkan beliau mencela organisasi-organisasi kaum muslimin. Bahkan terhadap Ikhwanul Muslimin sendiri Syaikh Taqiyuddin pernah berkomentar, “Ikhwanul Muslimin merupakan jamaah Islam yang teguh dan tidak ada yang kurang padanya kecuali kajian tentang politik Islam.”

Sikap Hizbut Tahrir sendiri terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya setidaknya tercermin dari pernyataan Amin Nayaf, salah seorang tokoh Hizbut Tahrir (ketika beliau memberikan jawaban atas tuduhan terhadap beliau yang telah menyebarkan pemikiran Mu’tazilah). Amin Nayaf berkata, “Janganlah kalian mencoba untuk mencari permusuhan atau mengarah pada permusuhan terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya. Kita harus waspada terhadap pihak-pihak yang mencoba untuk memecah-belah gerakan-gerakan Islam. Kepada merekalah seharusnya serangan itu dilancarkan.”

Demikian pula harus ada dialog-dialog yang intensif dengan aktivis gerakan-gerakan Islam untuk melakukan diskusi dengan cara yang penuh hikmah, nasihat yang baik (mauidzah hasanah), dan debat yang baik dimana nash-nash syara dan hukum-hukum syara’ dijadikan sebagai dasar seluruh tindakan dan ucapan. Di samping itu harus dijauhi sikap-sikap pelecehan, penghinaan, serangan atau pembodohan (terhadap gerakan-gerakan Islam lainnya). Kami (aktivis Hizbut Tahrir) hanya berdiskusi dengan menggunakan dalil untuk mencapai kebenaran dan hukum yang shahih tanpa ada rasa permusuhan sedikit pun.

(Referensi tulisan ini didasarkan pada sebuah buku yang ditulis seorang peneliti Ustadz ‘Auni Judu’ Al ‘Abidy dengan judul: Hizbut Tahrir Al Islamy (1992)

Setelah tulisan ini diterbitkan, kita berharap agar sentimen kelompok bisa terlempar jauh dari diri kita. Sesungguhnya Hizbut Tahrir dan Ikhwanul Muslimin itu bersaudara. Saling mengingatkan dalam kebenaran dan kesabaran