Nukilan peribadi berdasarkan pengkajian, analisis dan pemerhatian mengenai isu umat Islam, politik dan ilmu kewangan.
Tuesday, April 16, 2013
Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah
Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Pengasas Hizb Tahrir pernah ditanya seseorang "bagaimana anda terlintas untuk mendirikan Hizb Tahrir?"
Beliau menjawab... "Aku melihat Rasulullah saw dalam mimpiku sedang aku tengah bersendirian di dalam Masjil Al Aqsa. Lalu baginda berkata kepadaku, "Berdirilah dan berkhutbahlah kepada orang-orang!!!..."
Aku pun berkata "Bagaimana aku akan berkhutbah sedangkan tiada sesiapa pun disini?"
Rasulullah saw berkata kembali kepadaku, "Berdirilah dan berkhutbahlah kepada orang-orang!!!..."
Maka akupun berdiri dan berkhutbah.
Tiba-tiba, orang mulai datang, seorang demi seorang, segerombolan demi segerombolan sehingga Masjidil Aqsa penuh sesak dengan manusia di dalamnya....
Hari ini, seruan kepada Khilafah sudah tidak asing lagi di pelbagai belahan dunia. Baik di Eropah, wilayah-wilayah kaum muslimin hatta di Amerika sendiri. Ia satu seruan yang di sahut oleh pelbagai bangsa manusia, dari pelbagai latarbelakang...
Sesungguhnya, kemunculan kembali kuasa besar dunia yang pernah menaungi manusia selama lebih 1300 tahun, yang menguasai 1/3 daratan planet ini pasti akan berdiri kembali, dan jarak masanya sudah amat dekat!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment