Basic procedure kawad ini ialah bermula dengan transition dengan unut FRU dari PDRM dari lapangan (kawasan rusuhan) yang mana anggapan pada masa itu, situasi sudah sangat tidak terkawal dan nonlethal weapons semacam water canon, tear gas, pepper spray, ADS (Active Denial System) atau belantan sudah tidak lagi mampu mengawal rusahan yang bertukar ganas. (Doa aku moga tidak akan berlaku fasa sebegini di Malaysia, dan di mana-mana negara pun)....
Bila pasukan penembak dari tentera bersiap dalam 2 barisan. Banner dalam pelbagai bahasa dan seruan dalam pelbagai bahasa, in case di Malaysia, akan direntang banner berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin dan seruan juga dilakukan dalam semua bahasa utama yang memungkinkan semua peserta rusuhan memahami amaran yang disampaikan.
Pasukan penembak sebenarnya hanyalah self defend bagi military personnel dan barisan paramedic, doktor dan Pegawai Penyiasat PDRM yang berada di belakang defensive line tadi . Biasanya hanya satu atau dua penembak sebenar berada dalam barisan pasukan penembak, yang akan menyasarkan "kepala rusuhan" dan sasarannya seboleh-bolehnya bukanlah tembakan membunuh, tetapi tembakan ke arah kaki atau tangan yang difikirkan sesuai untuk menakutkan perusuh dan seterusnya meleraikan rusuhan.
Setelah amaran diberi, secara tulisan di kain rentang dan pembesar suara, maka tembakan dilepaskan. Dan, setelah perusuh bersurai, maka pasukan paramedic yang ditugaskan dan Pegawai Penyiasat akan segera mendapatkan mangsa untuk rawatan dan diambil maklumat siasatan.
Itu serba ringkas tentang kawad pemecah rusuhan yang aku pelajari dari Tentera Darat Malaysia. Itu jugalah yang digunakan di kebanyakan negara Komanwel.
Apa yang berlaku di Mesir dan Syiria adalah langsung tidak mematuhi sebarang procedure memecahkan rusuhan di dunia dan sesungguhnya paa penguasa kaum muslimin itu kadangkala jauh lebih kejam, ganas dan keji dari penguasa kafir yang sememangnya memusuhi kaum muslimin....
Wahai tentera kaum muslimin... Takutlah Allah. Sesungguhnya panglima kalian yang hina bersama tuannya akan dicampak ke neraka dan adalah malang untuk kalian turut serta dengan mereka.....
“Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong (yang menjadi pemimpinnya), ‘Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindar daripada kami sedikit dari azab Allah?’ Mereka (pemimpin) menjawab, ‘Kalaulah Allah memberi petunjuk kepada kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja bagi kita, sama ada kita mengeluh atau kita bersabar, sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari azab Allah)” [TMQ Ibrahim (14):21].
Di dalam ayat lain, Allah Azza Wa Jalla menerangkan,
“...Dan seandainya orang-orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat) bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaNya (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) (iaitu) ketika orang-orang yang diikuti (ketua-ketua) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat azab dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali, dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut, ‘Seandainya kami dapat kembali (ke dunia) pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami (pada hari ini)’. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi penyesalan bagi mereka, dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari (azab) neraka” [TMQ al-Baqarah (2):165-167].
Begitulah nasib orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, baik pengikut mahupun orang yang diikut! Mereka melakukan kezaliman dengan memaksiati Allah seolah-olah mereka tidak yakin dengan hari pertemuan mereka denganNya. Mereka menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Allah dengan mengikuti ketua-ketua mereka yang zalim itu. Walhal sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan melepaskan kedua-dua mereka sedikit pun dari azabNya. Siapa sahaja ketua yang memerintah kepada kemaksiatan dan siapa sahaja pengikut yang taat secara membabi buta kepada ketuanya itu, maka kedua-dua pihak tidak akan terlepas dari neraka Allah. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjiNya.
No comments:
Post a Comment