Monday, February 23, 2015

PUBLIC OPINION

Basuki Tjahaja Purnama 'Ahok', Gabenor Jakarta yang baru dilantik ialah seorang berbangsa cina dan beragama Kristian. Di negara yang 90% penduduk beragama Islam, tidak ada masalah untuk seorang non-muslim dipilih sebagai pemerintah yang memegang jawatan penting.
Mitos kononnya sekiranya umat Islam di Malaysia menolak demokrasi, 40% non muslim akan menguasai negara dan umat Islam akan jadi "lebih rugi" mungkin dapat dirungkai sekiranya difahami beberapa perkara:

1. Pemerintah yang diperlukan rakyat ialah pemerintah yang LAYAK dan MENERIMA SOKONGAN. Latar belakangnya tidaklah sesuatu yang terlalu rumit dengan kelayakan dan sokongan. Sebaliknya, seorang yang hebat pun tak akan mampu memerintah tanpa sokongan dikala rakyat melihatnya sebagai tidak layak.

2. Meraih public opinion merupakan kerja politik. Hizbut Tahrir di seluruh dunia berusaha menjelaskan kepada umat Islam khususnya, masyarakat dunia amnya tentang kerosakan sistem sekular yang ada dan mempersembahkan Islam dalam bentuk Ideology yang memberi penyelesaian terhadap segala macam permasalahan yang berlaku baik ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.

3. Public opinion yang mahukan kekuasaan Islam seperti di Madinah menyaksikan Rasulullah s.a.w dilantik sebagai ketua negara dan seterusnya membina asas negara empayar yang kukuh, sehingga kekuasaan ini mampu menandingi empayar besar rom dan parsi ketika itu.

4. Sebaliknya, Dr Morsi di Mesir dan FIS (Islamic salvation Front) di Algeria merupakan bukti kekuasaan yang diperoleh secara demokratik, ditumbangkan musuh kerana asas yang dimiliki tidak mampu memberikan sustainability kepada kekuasaan yang diraih walaupun majoriti rakyat mahukan peralihan kuasa!!!

5. Mendapatkan kekuasaan itu mustahak, namun apa yang lebih penting ialah mengekalkan kekuasaan itu. Tanpa asas ideology yang utuh, tanpa sokongan padu dari rakyat dan pihak angkatan bersenjata, tidak ada kerajaan mampu berdiri teguh. Sekali lagi, minhaj yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w merupakan method meraih kekuasaan dan melangsungkan kekuasaan Islam secara berkesan dan penuh bijaksana.

6. Ideology sekular membawa pelbagai kerosakan. Paling mudah cuba check "indeks stress" masing-masing. Betapa kehidupan yang sempit dalam sistem ideology sekular ini menghimpit kita dari segenap arah. Anak-anak semakin biadab, gaji semakin mengecut, harga barang yang melambung, jenayah yang mengerikan dan pelbagai lagi. Anti thesis bagi idelogy kapitalis iaitu sosialis telah berkubur.Sedang ideology Islam membawa keluasan hidup yang kini merupakan satu-satunya pilihan untuk menyelamatkan umat manusia... Rahmatan lila'lamin....

“Tiadalah Kami mengutus engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107).

Moga kita sama-sama berfikir.

Sunday, February 15, 2015

MEMPERSIAPKAN ATMOSFERA JIHAD

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w dilantik sebagai ketua negara, perkara yang disegerakan baginda ialah mewujudkan "atmosfera jihad" di Madinah. Kaum muhajirin yang sebelum itu teruk ditindas diberi kepercayaan melakukan lebih kurang 30 ekspedisi kententeraan berupa pasukan cavalry berkuda dari 30-70 anggota dan melakukan contact dengan kabilah-kabilah yang tinggal di sekitar Madinah. Dari ekspedisi-ekspedisi ini, baginda kemudiannya berjaya mendapatkan sokongan kabilah-kabilah di sekitar Madinah sama ada mereka terus tunduk menyokong baginda ataupun mereka bersedia untuk tidak campur tangan sekiranya Mushrikin Mekah berperang dengan Daulah Islam Madinah.
Beberapa perkara diperhatikan disini:

1. Kaum muhajirin yang selama ini inferior dek penindasan yang berterusan sepanjang era Mekah, kini diberi nafas baru dengan suntikan semangat jihad yang sangat berkobar-kobar.

2. Kemunculan ketumbukan tentera di Madinah dari pasukan perang yang lengkap bersenjata menakutkan kaum yahudi dan munafiq yang tinggal di dalam dan luar kota madinah untuk meneruskan makar jahat mereka terhadap daulah dan baginda s.a.w.

3. Di pihak Mushrikin Mekah, mereka mula memperkira semula kekuatan daulah Islam dalam kapasiti sebuah armada tentera yang bersiap sedia melancarkan perang. Sekalipun pasukan Mushrikin jauh lebih besar dan lengkap berbanding pasukan Rasulullah s.a.w, mereka tidak lagi boleh memandang rendah kekuatan pasukan kaum muslimin.

4. Peralihan fasa dakwah dari kapasiti harakah Islam (kelompok) kepada NEGARA. Jihad dalam konteks menghapuskan halangan dakwah dengan kekuatan militer tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebelum adanya daulah  dan tidak pula menyebarkan keganasan (seperti ISIS). Wilayah-wilayah yang dibuka oleh tentera Islam sebaliknya bergabung dengan menjadi sebahagian kaum muslimin yang kemudiannya turut sama berjuang mempertahankan agama suci ini dari musuh. Berbeza dengan penjajahan oleh Barat di era modern, atau serangan Tentera Salib yang ganas, atau serangan Jepun ke atas sebahagian benua asia, kesemua itu menimbulkan jurang PENJAJAH-ORANG DIJAJAH. Sangat berbeza dengan realiti jihad FUTUHAT oleh kaum muslimin.

5. Keutamaan JIHAD sebagai satu polisi antarabangsa yang sangat penting dalam Islam. Sebagai sebuah mabda', Islam sama sekali tidak sama dengan agama-agama lain didunia kerana ia mencakupi seluruh sistem hidup termasuklan sistem sebuah negara. Negara yang digagaskan oleh Rasulullah s.a.w itu kemudiannya menyebar luas sehingga ke Eropah, Afrika utara, Timur China dan sebahagian besar Asia Tenggara.

“Dan pada hari (kemenangan) itu, orang-orang yang beriman bergembira kerana pertolongan Allah.
Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQar-Rum (30):4-5].

#****6. Negara Islam tidak memerlukan "Indeks Syariah" seperti Malaysia. Itu semua merepek!!! Ini negara sekular. Tengok lah ikut manapun, no kelentong please!!!

Adaptasi dari kitab Daulah Islam- Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah

Saturday, February 7, 2015

Allah Wujud Tak Bertempat?

Syiekh Taqiyuddin An Nabhani, pengasas gerakan Hizbut Tahrir menekankan bahwa untuk sesuatu perkara dipanggil sebagai pemikiran, mesti melalui proses PENGINDERAAN dan kemudiannya berlaku INTERAKSI BIOLOGY di dalam tubuh terhadap sesuatu yang SEDIA MEMPUNYAI MAKLUMAT AWAL agar mampu difahami.

Ini kerana, seorang yang tidak memahami tulisan arab, tidak akan mampu menerbitkan pemikiran dengan membaca tulisan arab sebagus manapun tulisan itu kecuali ada terjemahan yang membantunya memahami tulisan berkenaan. Begitu pula untuk mencerap, manusia memerlukan pancaindera agar maklumat itu dapat sampai kepada otak untuk ditafsir.

Memerhatikan gelagat so called ASWJ Malaysia yang sibuk membahaskan perihal "Allah wujud tak bertempat", satu perbahasan yang tidak akan membawa kepada penghujung kerana manusia tidak mampu mencerap zat Allah. Para ulama mujtahideen dan salafusoleh tidak sibuk berbahas dalam isu ini kerana tidak ada keperluan bahkan membahayakan aqidah terutama bagi orang bodoh.

Aqidah Islam itu benar kerana lahir dari proses berfikir yang memuaskan akal tanpa perlu dibahas berkenaan dengan zat Allah Yang Maha Agung, yang berada di luar kemampuan manusia untuk dicapai:

"Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-An'Aam[6]:103)

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Berfikirlah tentang nikmat-nikmat Allah, dan jangan sekali-kali engkau berfikir tentang Zat Allah." (Hasan, Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah [1788]).

Allahualam.