Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w dilantik sebagai ketua negara, perkara yang disegerakan baginda ialah mewujudkan "atmosfera jihad" di Madinah. Kaum muhajirin yang sebelum itu teruk ditindas diberi kepercayaan melakukan lebih kurang 30 ekspedisi kententeraan berupa pasukan cavalry berkuda dari 30-70 anggota dan melakukan contact dengan kabilah-kabilah yang tinggal di sekitar Madinah. Dari ekspedisi-ekspedisi ini, baginda kemudiannya berjaya mendapatkan sokongan kabilah-kabilah di sekitar Madinah sama ada mereka terus tunduk menyokong baginda ataupun mereka bersedia untuk tidak campur tangan sekiranya Mushrikin Mekah berperang dengan Daulah Islam Madinah.
Beberapa perkara diperhatikan disini:
1. Kaum muhajirin yang selama ini inferior dek penindasan yang berterusan sepanjang era Mekah, kini diberi nafas baru dengan suntikan semangat jihad yang sangat berkobar-kobar.
2. Kemunculan ketumbukan tentera di Madinah dari pasukan perang yang lengkap bersenjata menakutkan kaum yahudi dan munafiq yang tinggal di dalam dan luar kota madinah untuk meneruskan makar jahat mereka terhadap daulah dan baginda s.a.w.
3. Di pihak Mushrikin Mekah, mereka mula memperkira semula kekuatan daulah Islam dalam kapasiti sebuah armada tentera yang bersiap sedia melancarkan perang. Sekalipun pasukan Mushrikin jauh lebih besar dan lengkap berbanding pasukan Rasulullah s.a.w, mereka tidak lagi boleh memandang rendah kekuatan pasukan kaum muslimin.
4. Peralihan fasa dakwah dari kapasiti harakah Islam (kelompok) kepada NEGARA. Jihad dalam konteks menghapuskan halangan dakwah dengan kekuatan militer tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sebelum adanya daulah dan tidak pula menyebarkan keganasan (seperti ISIS). Wilayah-wilayah yang dibuka oleh tentera Islam sebaliknya bergabung dengan menjadi sebahagian kaum muslimin yang kemudiannya turut sama berjuang mempertahankan agama suci ini dari musuh. Berbeza dengan penjajahan oleh Barat di era modern, atau serangan Tentera Salib yang ganas, atau serangan Jepun ke atas sebahagian benua asia, kesemua itu menimbulkan jurang PENJAJAH-ORANG DIJAJAH. Sangat berbeza dengan realiti jihad FUTUHAT oleh kaum muslimin.
5. Keutamaan JIHAD sebagai satu polisi antarabangsa yang sangat penting dalam Islam. Sebagai sebuah mabda', Islam sama sekali tidak sama dengan agama-agama lain didunia kerana ia mencakupi seluruh sistem hidup termasuklan sistem sebuah negara. Negara yang digagaskan oleh Rasulullah s.a.w itu kemudiannya menyebar luas sehingga ke Eropah, Afrika utara, Timur China dan sebahagian besar Asia Tenggara.
“Dan pada hari (kemenangan) itu, orang-orang yang beriman bergembira kerana pertolongan Allah.
Dia menolong siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQar-Rum (30):4-5].
#****6. Negara Islam tidak memerlukan "Indeks Syariah" seperti Malaysia. Itu semua merepek!!! Ini negara sekular. Tengok lah ikut manapun, no kelentong please!!!
Adaptasi dari kitab Daulah Islam- Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah
No comments:
Post a Comment